Hari Jumaat lepas, Kitang ada menelefon saya mengajak rakan budiMaN beramai2 menziarahi Mat Dwan di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam. Saya kemudiannya menelefon Kudin Mekanik dan Fadil Sutok mengajak mereka sekali. Lebihkurang jam 8-00 malam, saya, Kudin dan Fadil bertolak dari Gombak ke Shah Alam dan sampai di rumah Mat Dwan agak lewat kira-kira jam 9-30 malam kerana kesesakan jalanraya.
Di rumah Mat Dwan sudah sampai Kitang dan Bilal. Tidak lama kemudian Walid (Syed Hamid diA) serta Lan Kentei diA pun tiba. Saya membawa sedikit buahtangan untuk di hidangkan bersama Mat Dwan dan rakan budiMaN. Jadi kami semua bertemu Mat Dwan dan bertanyakan kabar sambil mengeteh dan menjamu selera di situ.
Seperti yang saya terangkan dalam artikel terdahulu, Viral Fever adalah punca di mana Mat Dwan terlantar di hospital dan menyebabkan jangkitan kepada jantung beliau. Ini menyebabkan doktor menjalankan proses engiogram bagi memastikan punca sebenar keadaan jantung beliau pada hari Selasa minggu lepas di Sime Darby Medical Center. Beliau semasa dalam keadaan demam telah mengalami kesukaran bernafas yang amat kirikal.
Sebelum beliau discharge dari SDMC pada hari Khamis lalu, doktor telah menerangkan hasil ujian engiogram kepada beliau. Hasil ujian menunjukkan terdapat 3 blokage dalam saluran darah ke jantung beliau yang memerlukan pembedahan bypass di jalankan. Doktor di SDMC telah mengaturkan rawatan susulan untuk pembedahan jantung beliau di Hospital Universiti, Petaling Jaya dan insyallah minggu ini beliau akan menjalani rawatan susulan tersebut.
Harap mana kengkawan budiMaN yang kelapangan bolehlah pergi menziarahi Mat Dwan yang fizikalnya begitu lemah dan memberikan sedikit moral support kepada beliau. Dengan kedaaan kesihatan dan pembedahan jantung yang bakal di hadapi beliau serta dengan kos rawatan yang begitu tinggi yang terpaksa di tampung, kadangkala membuatkan orang yang sakit semakin sakit dengan bebanan yang terpaksa di fikirkan. Dengan kehadiran rakan2 sekurang-kurangnya boleh memberikan sedikit kekangan dari tekanan dan moral support.
beRitA taMbahaN
Selepas menziarahi Mat Dwan dan beredar dari rumah Mat Dwan kira-kira jam 12-00 malam, kami semua berteh tarik pula di sebuah restoran berdekatan situ. Sambil bersembang kami bertukar-tukar berita tentang rakan budiMaN. Antaranya :
1. Emak Mertua Bilal yang terlantar di Hospital akibat stroke kini beransur pulih tetapi masih lagi perlu di tempatkan di Hospital. Kini berada di Hospital Kuala Lumpur Bahagian Neurologi dan Bilal kata beliau nak cuba tukarkan ke Hospital Seremban yang mana berdekatan sedikit dengan adik-beradik isterinya atau beliau sendiri dan senang berulang-alik. Sudah hampir 4 minggu emak mertua Bilal berada di Hospital dan Bilal memberitahu kebanyakan masanya berulang-alik ke Hospital.
2. Emak Mertua Mat Dwan juga dalam masa yang sama semasa beliau di serang sakit jantung dan Viral Fever ini, juga menghadapi sakit jantung dan di jaga oleh isteri Mat Dwan. Memang keluarga Mat Dwan menghadapi pelbagai dugaan kini dan kesabaran keluarganya menempuh memerlukan sokongan dan doa kengkawan budiMaN semua di sini.
3. Sabri diA kini sudah berhenti dari Arab Malaysian Assurance yang saya rasa beliau mula bekerja bersama isteri saya dahulu selepas graduate tahun 1988. Beliau kini bekerja sendiri dan tinggal bersama keluarganya di Bangi.
4. Charlie diB sekeluarga mengalami kemalangan di Pontian kira2 3 minggu lepas dan mengalami cedera ringan dan kini beransur pulih. Isteri beliau yang terkena airbag mengalmai kecederaan di tangan memerlukan jahitan yang banyak juga dan hampir 2 minggu tidak dapat bertugas. Semoga Charlie sekeluarga sihat dan pulih kembali, Amin.
Akhirnya selepas selesai menziarahi Mat Dwan dan kemudian berteh tarik, kira-kira jam 2-00 pagi, kami semua beredar dari Shah Alam. Kitang terus balik ke Temerloh manakala saya, Kudin dan Fadil ke Gombak dan selepas menghantar Kudin dan Fadil, barulah saya beredar pulang dan sampai kira-kira jam 4-00 pagi di rumah.
Diharapkan ziarah kepada Mat Dwan ini bukan setakat kali ini sahaja dan di harapkan mana kengkawan berdekatan atau datang ke KL tu, dapatlah menziarah Mat Dwan atau mana2 kengkawan budiMaN lain jika ada kelapangan.

9 comments:
Salam Kida
Baru aja habis sembang dngan mat duan tadi dalam pukul 1:30 pagi EST sini. Alhamdulillah, walaupun tersangkut2 terbatuk2 terasa keceriaan dari suara dia. Dia kata dia dah agak aku nak call dia bila dia tengok nombor phone keluar tu pelik aja katanya. Dapat la juga bersembang dalam hampir stengah jam dengan dia bertanya kabar2 berita dan keadaan dia ... Dia juga sempat bertanya tentang keadaan aku & family aku disini. Akhir kata, aku mendoakan agar dia cepat sembuh kembali seperti biasa dan kami sekeluarga akan selalu mendoakan kasihatan yang terbaik buat dia & keluarga dia jua, insyallah.
wassalam
Amir Isa DIB
haha...Mir...rupanya engkau pun ada nama mat salleh kat sana...Brandon Amir...haha.
Insyaallah nnt apa2 aku update kat sini.
Seronoknya sesekali berkumpul dengan kengkawan.. gelak ketawa dengan keletah sutoq dan lan kentei menghilangkan stress kawan seketika..kalau tak kerana koi bawak sikecil mlm tu harusnya koi join juga sampai ke pagi..
Moga Mat Dwan punya semangat tinggi..
Betul Bilal...ni masa Mat Dwan...masa kita tak tau lagi....kurang2 kalau kita tak dpt nak bantu kengkawan dgn wang ringgit...dengan cara menziarah dan dpt menghiburkan dia seketika pun dah kira elok.
Sekurang2nya dia tahu bahawa kengkawan tak pernah lupakan dia.
Ni nak pegi tgk Mulyadi pulak ni....bila la agaknya boleh pegi ni...
salam semua.
semuga kita dpt lebih mengukuhkan silahturahim kita..amin

InsyaAllah.....
cakap sekali dah le walid...
ntah Walid ni...haha.
Semalam Fadil Sutok beritau saya Slamber Jr bawak Mat Dwan jumpa rodong diaorg kat Raub mintak second opinion.
Post a Comment