Kiri baju hitam tu adik saya yang bongsu, Muzamir, kerja di SUK Pahang, yg duduk hujung sekali tu adik ipar saya, Ahmad Zabarudin ex SEMSAS kini kerja di Telekom dan paling kanan tu adik saya no 4, Moharizal, kerja di TNB KL
Adik saya no 2 dan satu2nya pompuan dlm keluarga saya Masliyatun yang kerja di TNB Shah Alam takde dlm gambar ni sebab dia duduk kat suami dia Zabarudin tadi. Ini pula keluarga adik saya yang no 3 Mazulhisham yg kerja di Hospital Jerantut bersama isterinya juga bertugas di situ.
Gambar adik ipar saya Tengku Vera Lidya (anak bekas Gabenor Medan Indonesia) kerja di MIA (Malaysia Institute of Accountant), tengah tu anak sulong dia Qisya dan sebelah tu siapa lagi SK la, isteri kesayangan saya...hehe
2 minggu lepas ayah serta adik-adik saya dari Kuantan, Temerloh, Jerantut dan Shah Alam beramai-ramai telah menziarahi nenek saya di Sg Buloh. Sepupu-sepupu saya yang berada di KL juga ada hadir sekali. Makcik (emak tiri) saya tak dapat datang kerana sudah ada temujanji dengan pihak RISDA yang mengaturkan pertemuan dengan pekebun-pekebun kecil di Kg Tanjung Besar, Temerloh.
Selepas menziarahi nenek saya, oleh kerana semuanya dah berkumpul di Kuala Lumpur (memang jarang dapat berkumpul di KL keluarga sebelah saya ni, selalunya di Temerloh tu memang biasa sangat lah), maka saya pun mengajak mereka semua makan di Restoran Al Rawsha (Lebanese Restaurant) berhampiran Bulatan Kg Pandan. Memang seronok makan ramai-ramai tambahan semua adik-adik saya ada bersama ayah saya. Cuma sayang makcik, Aiman (anak saudara saya) dan Maisarah, anak saya sahaja tiada.
5 comments:
Bro..rupanya muzamil tuu adik awok...kenal laa kwn selalu memboling free kat ktn..and rasanya zabaruddin tuu junior kwn kat semsas..koi penah mkn gak katrestoran tuu..mmg best sebab free..hehehe
haha....muzamir tu koi tahu kerap bowling kat kuantan. Ahmad Zabaruddin tu senior setahun sabri cigak...junior setahun sarip dgn sidi rasa koi. Awk batch sidi latep la dgn sarip kot?
Lan...sebenornya jumpa Muzamil bila TM selalu buat boling free utk gomet client..nowdays dah takde sbb big boss TM pahang dulu suka boling skrg doh pencen..dgn boling 2 pencen.
hahaha..MG..kena cari sponsor lain ler
شركة رش الدفان
شركة رش مبيدات بالقصيم
شركة رش مبيدات بجازان
التخلص من الحشرات المنزلية
Post a Comment