Sunday, December 19, 2010

5 seBab

Selain dari kesibukan kerja dan urusan seharian, sebenarnya ada beberapa sebab mengapa aktiviti blog budiMaN terutama aktiviti amal dan gathering tidak segairah dulu untuk di anjurkan. Hanya tumpuan kepada aktiviti golf yang sememangnya penggerak asal kepada budiMaN masih lagi sesekali diusahakan. 5 Sebab kenapa aktiviti budiMaN tidak segairah dulu kerana :

1. Ada di antara budiMaN yang menjadikan pertemuan dengan kengkawan sebagai ruang untuk meminjam wang dan menipu kengkawan. Pinjam kat orang ni 2 ribu, orang ni 6 ribu, ianya mencecah puluh ribu dan kawan yang dipinjam bukannya orang senang malah ada yang ditimpa malapetaka tapi bukan dia nak membantu, buat tak tahu saja.

2. Ada kengkawan berselindung di sebalik kononya beliau susah tetapi menipu kengkawan lain supaya beliau di bantu oleh rakan budiMaN dengan sedekah dan sebagainya.

3. Selama ini budiMaN sering membantu dan rakan-rakan budiMaN pun personally bantu tetapi sekali seorang budiMaN ini tidak di bantu oleh kita semua, habis di cerca dan di keji kita kerana tidak menghulurkan bantuan kepada beliau.

4. Menjadikan budiMaN tempat melahirkan perasaan cinta yang terpendam setelah hampir 23 tahun tidak bertemu. Masing-masing dah berkahwin tapi masih lagi nak membaharui cinta 23 tahun dulu...Apa hal ni beb!

5. Kekurangan sukarelawan apabila mengadakan aktiviti amal.

Itu antara 5 sebab mengapa aktiviti budiMaN hanya bertumpu kepada golfing sahaja kebelakangan ini. Namun begitu saya berharap Allah swt akan memberikan kekuatan kepada saya dan budiMaN semua supaya dapat bangkit semula menghidupkan kembali aktiviti amal, gathering dan pertemuan silatulrahim sambil beramal yang kita lakukan seperti dulu-dulu.

8 comments:

karami said...

Nawaitu mesti betul! Tapi hati masing2 siapa yang tau.

LaN kidA said...

Salam..betul syed..asasnya hati kena ikhlas dan jujur serta ringan tulang...semua tu kena ada. Tapi aku percaya dlm budiMaN ni hampir 98% semuanya nawaitu baik cuma yang 2% tu je...tapi sekor kerbau bwk lumpur habis terpalit kena kat org lain.

Yang aku tak bleh tahan ni sbb kena kat ramai budiMaN...kalau aku sorg tadak hal...biasa dah tu.

hairie @ zm said...

Sabar ajelah...inilah salah satu kesilapan org Melayu.

ummi said...

Salam...
Waaaaaahhhh macam2 hal eks! huh!!

walid said...

Salam

JOM NGETEI WEEEERRRR......

Anonymous said...

Lan....gitu pun ade ka??? poning jugak yea...kalu gitu kite ngetea jelaa smpai pagi

Anonymous said...

salam sejahtera,

alhamdulillah, naluri saya percaya kejadian seperti ini bakal berlaku. kesungguhan kita membantu yang tak berkemampuan, sering disalahgunakan org lain. sering saya baca keluhan dan rentetan insan-insan yg memerlukan bantuan itu, tapi apakah mereka juga tahu ada insan lain yg hidupnya tak jauh beza dari mereka? yg membezakan mereka cuma yg masih bekerja dan bekerja sendiri ataupun menganggur!
hidup tak pernah sunyi dari masalah kawan-kawan! tak merintih, tak bererti kita tak kesempitan! tersenyum pun bukan bererti senangnya kehidupan kita ini!
bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini!
awin~DIB86

LaN kidA said...

Salam semua,
Betul Awin...sentiasalah bersyukur dengan apa yg kita ada.

Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang artikel ini dan tak kurang juga yg bertanyakan siapakah orang2nya.

Setakat ini tidak pernah terniat di hati saya untuk mendedahkan nama-nama tersebut walau di desak oleh sesiapa pun. Saya tahu ada antara kengkawan budiMaN sendiri tahu siapa org-org ini (terutama kepada yang pernah terkena dengan mereka-mereka itu), tapi cukup di sini saja la apa yang ingin saya sampaikan berkaitan 5 sebab.

Tahun 2011 akan mendatang beberapa hari saja lagi jadi eloklah kita buka buku baru dan berazam untuk meningkatkan silatulrahim antara kita dan memperbanyakkan lagi amal dan amalan, insyaallah.