Wednesday, November 17, 2010

aidiLAdhA

Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut hariraya AidilAdha kepada semua rakan budiMaN semua. Saya sekeluarga akan berada di Kuala Lumpur dan insyaallah saya bercadang untuk menziarahi nenek saya yang berada di Sg Buloh selepas sembahyang sunat AidilAdha nanti.

Walaubagaimanapun ada satu acara pada hari Sabtu nanti bertempat di Inderapura Resort, Pekan Pahang di mana saya bersama seluruh keluarga ayah saya dan juga Charlie Koy diB dengan seluruh keluarganya akan menyertai satu perhimpunan susurgalur keturunan kami di seluruh Malaysia dan Brunai. Saya call Charlie tadi dia kata insyaallah dia akan hadir dan katanya 8 ekor lembu bakal di korbankan dalam acara tersebut. Wakil dari Brunai katanya seramai 30 orang di ketuai oleh Penyimpan Mohor Besar Sultan Brunai sendiri. Saya sendiri hanya mengetahui salasilah keluarga ini semasa kecil dulu di rumah datuk saya di Kg Temai, Pekan, Pahang yang menceritakan asalusul keturunan dari sebuah kerajaan di Majapahit, berkahwin di Brunai kemudian menetap di Pahang dan meninggal dunia di Mekah kira-kira pada abad ke 17 dahulu. Jadi saya memang merasa amat teruja kerana berharap dalam majlis itu nanti penerangan yang lebih terperinci tentang salasilah akan terungkai. Ini kerana saya masih berada mungkin dalam keturunan ke 6 manakala Charlie mungkin dalam keturunan ke 7 dalam salasilah ini (Kalau kata orang tua-tua darah asal 7 keturunan masih tetap ada). Yang penting semua ini akan menjadi suatu bahan sejarah keluarga yang boleh disimpan dan dijaga untuk rujukan anak cucu cicit nanti.

Insyaallah saya akan menulis satu artikel lain tentang Majlis Pertemuan Susurgalur Keturunan ini nanti.

3 comments:

karami said...

susurgalur keturunan mana tu??

Fuad said...

Jawa kawin dengan pengiran jadi Jawiran. Sampai Pahang jadi Rodong lapulak.

Tapi kalau syed dari keturunan nabi Muhammad tau hahaha. Tak caya tanya Syed Hamid @ Syed Azman @ Syarifah Norashikin. Hehehe.

ummi said...

Salam...Waaaaaaa Kida, ni mst keturunan Radin Galoh jugak nih...elok la tu kita susurgalur mana yang boleh kan...seronok bila tau asal dan keturunan kita, x kira dari mana sekalipun, tentu ada sejarah dan kisahnya tersendiri...Adik Ummi pun dah susurgalur keturunan kitaorg dan buat link di Geni utk gambaran kpd kami semua...so senang, masing2 boleh letakkan maklumat tuk family sendiri....Semoga misi berjaya ya..