Bilal ada mengirimkan email menganjurkan satu program amal Ramadhan bertajuk "Program Kasih Ramadhan". Saya percaya ramai rakan budiMaN turut menerima email dari Bilal. Bagaimanapun saya siarkan email beliau di bawah untuk tatapan rakan budiMaN semua.
OBJEKTIF PROGRAM
Melaksanakan program amal sempena Ramadhan
Membantu mereka yang amat memerlukan samada dalam bentuk kewangan mahupun barangan
Memberi ruang dan peluang bagi mereka yang Daif dan Miskin agar dapat sama menikmati Ramadhan dan Syawal bersama
keluarga
Memupuk keperihatinan dan sikap suka beramat serta tolonmg menolong sesame insan
Melaksanakan Salah satu dari Ibadat yang dituntut khususnya dalam bulan Ramadhan
SASARAN
1. Keluarga Miskin dan Daif sekitar Selangor, Kuantan dan Negeri Sembilan yang dikenal pasti dan dipilih.
2. Rakan-rakan BUDIMAN yang dah berkeluarga serta mempunyai pendapatan Seisi rumah kurang RM800 sebulan
BENTUK SUMBANGAN
1. Pakaian terpakai yang masih cantik dan boleh digunakan
2. Barangan keperluan asas seperti Beras, susu, minyak dll
3. Wang untuk sara kehidupan
Untuk Item 1 dan 2, Barangan akan di kutip pada 25hb dan 26hb Ogos 2010. Sila email butiran alamat agar mudah untuk diambil.
Beberapa sukarelawan yang ingin membantu mengkoordinasikan kutipan serta cadangan adalah dialu-alukan
Untuk item 3 sila bank in ke akaun maybank 101254011503 dan sms ke no 013-3350036 sebaik sahaja setelah bank in untuk
akad. Sumbangan wang mesti di salurkan sebelum 25hb. Ogos.
Semua Penyerahan akan dibuat pada 29 Ogos 2010 dan akan disertai oleh beberapa wakil BUDIMAN yang ingin turut serta.
(Jumlah penyerahan adalah tertakluk pada jumlah kutipan dan akan diumumkan pada semua)
Majlis akan dirakam dan gambar akan dikongsikan di laman Blog : www.budakitmpahang.blogspot.com
Jika ada cadangan lain juga turut di alu-alukan.
SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT
Boleh hubungi Hj Azmi Hj Abu Bakar ( Bilal) di : azmiabakar@gmail.com atau FB: Azmi A.Bakar atau 013-3350036
6 comments:
Untuk coolection kawasan shah alam, kelang subang jaya dan puchong saya sedia menghulurkan tangan... tq
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA BUDIMAN
SAYA SEDIA MEMBANTU BAGI MENJAYAKAN MISI 'AMAL' INI.
SAYA ADA SATU BERITA YG TAK BAIK MENGENAI SEORANG 'JUNIOR' KITA DIB86 (BATCH 3 ITMCP) MOHD ASRI @ ATOK, MEMERLUKAN BANTUAN KEWANGAN UTK RAWATAN LEMAH JANTUNG DI IJN KL. DIHARAP KITA DAPAT KIRANYA MEMBANTU BELIAU SETAKAT YG TERMAMPU OLEH KITA. MUNGKIM SAUDARA KIDA / BILAL BOLEH JAYAKAN TABUNG UTK MOHD ASRI @ ATOK.
TQ
Salam Kida dan semua Budiman...
Emm...cadangan yg baik...Daerah Ktn sapa tekong? InsyaAllah Ummi akan menyumbang dlm bentuk kewangan je laa..sebab kain baju baru jek adik Ummi yg guru di Kelantan tu booking nak amik untuk program titip kasih di sekolahnya selepas hari raya nnt...So xda pakaian dh nak disumbangkan....Moga program ini berjaya hendaknya.
Salam,
Insyaallah kita akan aturkan setiap sukarelawan bagi setiap kawasan.
Rod, insyaallah kita akan masukkan saudara mohd asri sebagai salah seorang penerima sumbangan nanti. Kalau boleh Rod boleh tolong emailkan kepada saya berkaitan Mohd Asri, tentang penyakit yang dihidapinya dan background keluarga beliau dan di mana beliau tinggal dan pekerjaannya, mungkin kita boleh mengenali beliau dengan lebih dekat lagi.
Harap lebih ramai rakan budiMaN akan dapat tampil menghulurkan tenaga kerana setakat ini sambutan sumbangan dari segi pakaian rasanya baik di kalangan rakan budiMaN menerusi maklumbalas email yahoo group Wani dcs
Salam...InsyaAllah,rodong2 kat Temerloh & sewaktu dengannya boleh contact koi untuk sampaikan apa2 sumbangan...koi cuba cover semampu yg boleh...
salam alaikum...
pertama sekali aku nak ucapkn Tahniah atas kewujudn blog ni!!!
aku masa kat ITM Kuantan, Pahang member2 panggil AJI...
course DBS...
aku masuk, intake Julai88, lepas tu tahun akhir kat Segamat...
aku ni kira last batch la sebelum ITM dipindah ke Jengka...
apa apa pun aku ucapkn JUTAAN TAHNIAH DAN TERIMAKASIH KPD NGKO LAN.. KERANA MUNGKIN DGN ADANYA BLOG NI.. DAPATLA JUMPA SAHABAT SAHABAT LAMA ITM PAHANG DARI TAHUN 88 HINGGA 90...
TERIMA KASIH...
Post a Comment