Saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat memberikan lapuran segera Golf budiMaN yang berlangsung pada hari Rabu lepas. Ini kerana laptop saya mengalami sedikit masalah teknikal dan untuk artikel ini pun gambar-gambar sepanjang golf budiMaN terpaksa saya siarkan kemudian. Golf budiMaN Kuantan vs KL telah berlangsung dengan jayanya di Kelab Golf Kinrara pada 7hb April bersamaan hari Rabu minggu lepas bermula jam 2-30 petang. Sebanyak 4 team match play telah bermain di mana 2 team dari Kuantan dan 2 team dari KL telah berentap dalam satu perlawanan yang hebat. Team Kuantan 1 terdiri dari Antu dan Joe Malady telah berentap dengan Team KL 1 terdiri dari saya dan Charlie Koy. Manakala Team Kuantan 2 terdiri dari Mat Taib dan Raman Kerbau telah berentap dengan Team KL 2 terdiri dari Hanif dan Halim Lucah.
Keputusannya Team KL 1 telah mengalahkan Team Kuantan 1 dengan 3-2 manakala Team Kuantan 2 pula mengalahkan Team KL 2 juga dengan 3-2. Maka keputusan mata adalah seri 1-1 dan suatu perlawanan ulangan telah dirancangkan tidak lama lagi. Berkemungkinan juga perlawanan ulangan ini akan di jalankan secara 3 penjuru di mana Team Utara kabarnya akan turut serta ( Siap sedia Mizi dgn Amin dsS ye!)
Selepas perlawanan golf, kami semua makan malam di Coffee House Kelab Golf Kinrara dan selepas itu kami mandi dan bersiap untuk acara teh tarik pula. Kami berlapan kemudiannya bertolak dari Kelab Golf Kinrara menuju ke Restoran Rasa Sayang di Jalan Yap Kwan Seng dan sampai di sana sekitar jam 10-00 malam. Di Restoran Rasa Sayang, kami disertai pula oleh Fadil Sutok, Mat Rock dan Anuar Mangkuk. Selepas itu tiba pula Megat diB bersama Shahrul diA menyertai teh tarik bersama-sama kami. Akhirnya kira-kira jam 3-00 pagi kami semua bersurai.
Insyaallah acara Golf budiMaN akan di adakan lagi dalam masa terdekat ini dan di harap lebih ramai rakan budiMaN akan dapat menyertai.

No comments:
Post a Comment