Saturday, March 13, 2010

spM

Khamis lepas telah diumumkan keputusan SPM 2009. Anak saya Sarah alhamdulillah berjaya mendapat 3A. Begitu juga dengan anak Fadil Sutok juga mendapat 3A. Anak Kudin Mekanik yang bersekolah di MRSM Kuantan pula berjaya mendapat 7A. Sekarang nak kena fikir pulak kemana budak-budak ni nak melanjutkan pelajaran seterusnya. Mungkin langkah terbaik di UitM la nampaknya.

25 comments:

hairie @ zm said...

Ok lah tu Kida. Penyambung warisan ITM/Uitm.

LaN kidA said...

betul tu ZM...kalau tak anak-anak kita, sape lagi kan. Mudah-mudahan berjayalah permohonan ke UitM.

Lagi satu, UitM ni paling murah la kalau nak sambung belajar. Asrama pun disediakan. Kalau tempat lain mungkin nak kena loan PTPTN sebab yuran dan asrama serta kos tinggi. Macam ada anak kawan koi belajar di Uni Petronas...keluar kerja dah kena potong gaji RM300...3 tahun lepas tu naik pula potong RM500...kan naya kat bebudak tu. Baru nak belajar hidup, gaji dah kena potong dah. Kalau masuk Uni kerajaan biasa pun yuran jer cecah jugak 5-7 ribu setahun depend pada course. Kalau ambik medic...lagi banyak. Kesian kat budak jugak sbb nak kena bayar puloh2 ribu bila kerja nnt.

UitM murah la sikit. Yuran masih dalam lingkungan bawah RM700 tengok pendapatan ibubapa. Bayar asrama campur makan mungkin la cecah RM1,000 satu semester. Mungkin boleh la gagau lagi kita cari. Tapi kalau dah cecah 5-6 ribu satu semester atau kalau medic main 12 ribu satu semester...kena gagau PTPTN jugak la nampaknya.

Mungkin pada sesape yang ambik insuran pendidikan utk anak2 masa dia org kecik2 dulu, masa nilah boleh guna duit tu..takpayah nak gagau PTPTN. Takpun keluar duit KWSP kita pada yang banyak sampai setengah juta ada dlm KWSP tu boleh lah keluar2kan utk anak2. Boleh tanya Abg Amid kat KWSP Raub.. betul Abg Amid?

Mizi said...

Tahniah Lan, Fadil dan Kudin.

My daughter pun baru dapat result SPM dia last week, dapat 4As. Since dia dapat A+ for English dan A2 for English 1119, saya suruh dia amik TESL. Pilihan pertama di Institut Bahasa Antarabangsa, kedua melalui Matrikulasi. UiTM ada course TESL tak? Kalau ada, saya nak suruh dia sambung di UiTM selepas tamat Matrik.

walid said...

Salam
Tahniah kpd semua anak2 budiman..truskan kejayaan utk masa depan. Anak koi tahun depan...sorang spm..sorang pmr...sorang upsr..TAHUN 2011..

abgjemm@gmail.com said...

Yo Yo sekalung tahniah buat rakan2 yg mana anak anak telah berjaya dalam spm baru ini.., ada

abgjemm@gmail.com said...

abg jemm sebenaqnya nak tambah sket je lagi..,

1. Kejayaan kat sini adalah peringkat pertama dalam beberapa phase kehidupan.., akan banyak lagi dugaan dan pesan dgn anak2 kalu jatuh musti bangun semula dan jalan musti kehadapan.

2. Kalu gagal ini bukanlah bermakna akhirnya gagal buat selama-lamanya.., kalu tak caya gaks, tanya kla2 kita.,

p/s grass over the fences is always looks greener.., dun get caught.

matdwan said...

Tahniah buat rakan2.., utk bro mizi (rakan sepermotoran ku) tadi sempat aku bertanya ngan isteri aku (almaklum kaunselor sekolah menengah) dia kata program tu ada d UITM , nama dia Asasi TESL, sebagai preparation programme untuk entry kemana2 relevant degree d IPTA yg lain, jika sambung d UitM sendiri bolek masuk program B Ed (Hons) TESL:-
Full time 1 year (2 sems)
Intake May
Application at http://www.upu.mohe.edu.my
general reqmt : excellent SPM minimum 5 credit incl BM
special rqmt : min A2 in English and Maths/ add maths
candidates must pass written test and interview
Only valid to cutrrent year spm leavers (maknanya org tua cam kita tak layak)

Tu la saja mizi.., moga berjaya dan pada yg lain bule la disseminate info nie.

tq bro...
Asta Lavista

MieMahmud said...

Tahniah utk anak kekawan yg berjaya. Bagi yg kurang tu jangan putus asa, cuba sehingga berjaya. Lambat pun tak pa.

muzzo said...

tahniah abg lan..bapak borek anak rintek nampak join UiTM gak...eheheh..

kerbau said...

salam,tahniah kpd kengkawan yg anak2 baru mendpt keputusan cemerlang tk kiralah brp A pun.bkn senang nk dpt A tu,maklumlah A tu bermakna ia berada dlm kedudukan paling cemerlang atau paling baik dlm satu2 mata pelajaran.tahniah kpd kengkawan dan anak2 kengkawan........

LaN kidA said...

Salam,
Terima kasih kepada kengkawan atas ucapan tahniah. Betul kata abg Jem perjalanan hidup anak2 kita tu masih jauh lagi. SPM, universiti, bekerja, berkahwin...macam2 lagi yang perlu ditempuhi. Saya selalu pesan dengan anak-anak saya memberitahu mereka bahawa saya tak kisah sangat dengan tahap pelajaran mereka walaupun saya akan cuba berikan pelajaran setinggi mana yang termampu kerana pelajaran dan ilmu itu penting...pada saya yang paling utama untuk mereka menjadi manusia yang berguna, boleh berdikari, tidak menyusahkan ibubapa dan menjadi manusia yang beriman dan berguna kepada ibubapa, bangsa dan agama. Itu yang selalu saya pesan kepada anak-anak saya.

Pada saya takde gunanya mempunyai anak yang berpelajaran tinggi tetapi sentiasa menyusahkan ibubapa, melupakan ibubapa. Bila bekerja nanti pula cukup bulan masih meminta wang ibubapa. Bila berkahwin pula dapat menantu yang menjadikan anak kita kurang ajar kepada ibubapa, lupakan ibubapa.

Perjalanan anak-anak kita ni masih jauh dan kalau umur kita panjang bermacam-macam cabaran membesarkan anak-anak kita ini akan kita tempuhi lagi. Cuma doa kita supaya anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh, taat kepada ibubapa dan menjadi manusia yang berguna.

Mizi, tahniah kat anak hang dapat keputusan SPM baik tu. Aku browse UitM website..memang ada course TESL macam Mat Dwan kata.

Competition nak masuk Uni memang kuat tambah pulak bagi budak2 pompuan. Semoga anak2 budiMaN beroleh kejayaan.

matdwan said...

Bro.., abg mat dwan nak wat amal sket la kalu di ijinkan..,

sesiapa yg nakkan advise dari isteri mat dwan bule la email kan pertanyaan, atau kemuskilan pada mynetvista@yahoo.co.uk
(utk masalah pembelajaran dan kerjaya aje tau..., yg lain2 tanya abgjemm)

asta lavista

Juragan said...

Skreeeet.... sorry Lan lambat sikit komen pasal result SPM ni, tahniah untuk semua yang skor dan yang tak skor, kalau kita tenguk dalam tv tempuhari,ada yang menangis gumbira, ibu bapa bangga, ada pula lupa nak cakap bahasa melayu, loghat temerloh jauh sekali, mmmm macam2 ada, cuma mereka tak siar anak2 yang kurang menyerlah, kesian budak2 tu, dah jadi lumrah dunia yang berjaya akan dipuji, manakala yang gagal diketepi, tapi Lan ada ke budak2 sekarang tau result kita dulu, cara pemberian markah, serta gred dalam SPM, nak dapat A masa dulu punyalah teruk, A pulak A1 @ A2, pastu C ada C3,C4,C5,C6 pastu 7 dan 8 kira pass, 9 pulak kira kantoi ler. Gred pulak ada Gred 1,2,3. Gred 4 kira dapat S.A.P, tak dapat sijil SPM sebab tak cukup kumpulan, kira bengung lah tu, kalau gred 9, ada masuk askar @ polis, retain pun ramai, aku pulak semua ada dari 1 sampai 7, pun kira bingung sikit, dapat gred satu paras hidung, agregate 24, hahahaha jenis kepala hotak berjambul, tapi itu tahun 1982, sekarang ibu bapa asyik tanya anak dapat berapa A, dia A pun tarak, SPM gred 3 saja dok cerita anak dapat 8 A, bak kata member aku anak cerdik tapi mak bapak bengung hahaha. Last sekali masuk ITM kat kuantan, jumpa jibaok2 kat situ, dapat diploma, sambung degree dan sekarang ada hati nak ambil master, kira ok lah, yang dapat banyak A tu belum tentu boleh dapat master macam laughing horse, itu pun kantul paper ekonomi kat itm, dia ketawa punya lah kuat, oklah Lan aku minta diri dulu. Assalamualaikum.

Mizi said...

Many thank Mat Dwan. I'll ask my daughter to contact your wife. Dia skrg ada dgn saya di Songkhla. Antara soalan-soalan lanjutan yang dia nak tanya ialah:

i. Kursus TESL Twinning Programme antara IPTA dengan universiti luar negara;

ii. Kursus TESL di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa;

Selain dari itu, saya pun nak dapatkan pandangan daripada Puan Kaunselor, which one better for my daughter samada ambil Asasi TESL atau ambil Matrix dulu?

For your info, my daughter dapat A+ in English and A in Mathematic, melepasi syarat special rqmt. Dia juga perolehi A2 utk subjek English 1119. Sebab saya sokong dia ambil TESL.

zola said...

anak teruna ai dpt 7A dengan mod math dan add math A+...bersungguh benar dia nak buat sains aktuari (ai pun tak tau course pe tu, siap kene tanya pakcik google lagi...)so pegilah kat uitm pahang nak register...pegawai kat situ tak beri teruna ai amik aktuari, dia suh buat engineering sebab maths strong.....sekarang anak ai dah konfius...ai?? Laaaagilah konfius, takut salah beri nasihat...mungkin orang umah matdwan boleh bantu?

matdwan said...

zola,

setahu saya actuarial science courses ni is not a pure science courses, die is a mere statistics and maths base..,(nanti sy confirm ngan pn kaunselor)

Ini ada sikit write up pasal acturial science;

An actuary is a business professional who manages financial risks related to insurance product design, pension and other financial corporate planning. By applying his knowledge in probability, statistics, risk theory and financial principles, an actuary is abled to quantify future risk with respect to insurance, anuiti and pension programs.

To achieve all this, an actuary must initially collect and analyse data to formulate mathematical models. Models on the probability of sickness, death, accident and so on together with unemployment , marriage and other demographic tables are constructed. After all probabilities and company's expenses are calculated, an actuary is abled to determine the value of periodical or single premium needed to pay for expected insurance benefits to be paid in the future.

An actuary is also known as a financial architect and a social mathematician due to his unique combination of quantitative analysis and business expertise to solve the ever increasing financial and social problems. The calculations and planning of an actuary is the backbone of the insurance industry and financial securities. Eventhough an actuarial career involved a lot mathematics, an actuary must always observe current issues and trends in business, social science, legal environment and the economy.

Diantara kerjaya yg buleh dicapai oleh pakar dalam actuary;

# Strategic Planning
# Environmental Risk
# Demography
# Weather Forecasting
# Health Insurance
# Asset and Fund Management
# Legal Firms

Sesiapa yg ada criteria sebegini layak layak lah dia

* An outstanding student in mathematics.
* Love to do research and to learn and solve complicated problems.
* Love strategic games like chess and computer games.
* Love to write and communicate with other people.
* Interested in history, social, legal and political issues.
* Self motivated and good leadership qualities..

Kursus bachelor in acturial science ada d ukm dan uitm (fakulty of science and mathematics)

gitu la kira2 nya zola..

tq

asta lavista

LaN kidA said...

Salam,
Panjang lebar Mat Dwan bercerita pasal Acturial Science atau kalau dah ada degree tu bergelar Actuarist.

Setahu koi, course ni memang pecah kepala giler babi punyer...belajar susah...bila bekerja nanti pun ada sikit teruk la.

Tapi malangnya kalau dlm insuran company...takde melayu yang betul2 berjaya sebagai actuarist....even takaful product pun pakai cina jugak sebagai actuarist kerana sorry to say..actuarist melayu memang selalu salah buat calculation product. Memang melayu kurang pandai main telek dan teka2 ni agaknya jauh sekali la buat kiraan actuarial..amat menyedihkan.

zola said...

thanx matdwan for the info...nanti ai suh teruna ai pk balik sebelum finalise permohonan upu dia...pe pe pun dia yang nak belajar...ai tolong support aje...

matdwan said...

First comment utk En Mizi, Pn kaunselor cakap .., kalau tak silap untk masa terkini TESL twinning programme (O/sea) dan IPTA telah diletakkan under BPG (Bhg Pendidikan Guru).., sila lihat senarai tawaran kursus masa pendaftaran.,

Begitu juga TESL di IPBA, Mizi kena rujuk kepada BPG dan cara permohonan sama dgn permohonan institut perguruan seperti biasa.

Guru TESL ini biasanya akan bertaraf degree ditempatkan di sekolah rendah.., berbeza dgn Asasi TESL di Uitm dimana candidate mempunyai ruang yang lebih luas spt yg telah sy terangkan diatas..,

Pergh.., mcm penceramah kerjaya..,

untuk meleraikan kekusutan zola, sy cadangkan pn Zola membawa anak puan berjumpa kaunselor d sekolah anak puan dan minta beliau menjalani 'personality test' dan insyAllah keputusan nya nanti bulehlah digunakan sbg panduan d dalam membuat keputusan, ini adalah kerana engineering dan actuarial adalah dua bidang yg berbeda, macam langit dan bumi.., walaupun mengambil calon yg lebih kurang sama keupayaan iaitu maths dan add maths..,
tetapi rasanya jika anak puan adalah daripada sekolah yg berteknik (mcm abg amid) agak lebih menjurus kpd bidang engineering.
Kerjaya juga berbeda spt en kida kita dah xplain tu.

Ok .., gitu la kira2.., adious
Asta Lavista

Balok said...

Matdwan, Amid sekolah teknik, tapi ambik course business studies, kerja kwsp, lagi celaru, pastu kawin doktor lapulak........ asta lavista tu loghat raub ke?

zola said...

thanx again matdwan...sebenarnya teruna ai dah amik personality test tu...dan keputusannya memang bertepatan dengan course yang dia nak amik, dan itulah yang telah di advise oleh guru kaunselingnya...cuma dia jadi confius selepas berjumpa dengan pegawai di Uitm tu...teruna ai pun sekolah SMART, sekolah biasa aje dan bukan dari aliran teknik...

ai pernah nasihat kat teruna ai tu, kita ni orang susah, pilih course yang boleh menjanjikan pekerjaan selepas keluar nanti, bukan belajar sebab minat semata-mata...sedangkan pegawai di Uitm tu kata kalau buat aktuari, peluang pekerjaan agak sukar...itu yang mengkonfiuskan tu...antara nak mematuhi permintaan sang ibu atau nak menurut minat...huhuhu....

matdwan said...

Zola,
Saya pernah berbincang tentang perkara yang sama dgn beberapa cendikiawan dalam bidang undang-undang dan psikologi baru2 ni..,

mereka sependapat mengatakan mengikut trend malaysia sekarang dikira uptrend dari segi tahap pemikiran, dan untuk anak2 kita kalu boleh jangan stop minat mereka selagi minat itu tidak menyalahi undang2.., ini adalah kerana semakin maju sesuatu negara, keperluan kepada yg niche itu akan bertambah dan lagi.., 'The Good Thing Never Die'

Harap Zola buleh tolong taruna zola kat sini, ransang lah dia, hilangkan confuse timbulkan confident..InsyaAllah..

Adious, Asta Lavista

LaN kidA said...

Salam Zola dan semua,
Kat Great Eastern Insurance...ada sorang pompuan Master Actuarist...genius giler...tapi dah 10 tahun dia jadi exec jer.

Kat Prudential baik takaful mahupun conventional....semua actuarist China.

Kebanyakan actuarist di Mesia masih pakai Mat Salleh seperti William Mercer.

Course ni pecah kepala sbb itu bdk melayu kat UitM banyak ambik sampai diploma jer dan tak sanggup nak teruskan lg. Dan bnyk Actuarist melayu yang ambik sampai master pun tak boleh nak pursue kerjaya dlm bidang actuarist dan endup dlm bidang yg lain seperti management dll.

Course ni memerlukan kesungguhan dan ketekunan yg tinggi. So pada pendapat saya kalau anak Zola betul2 minat...galakanlah dia tetapi beritahu dia supaya jangan separuh jalan sebab benda ni susah dan kerjanya tak tahu lagi...mana tahu memang dah rezeki anak Zola untuk berjaya dlm bidang actuarist....semuanya di tangan Allah swt.

zola said...

sekali lagi tima kasih untuk semua atas pandangan...semuanya dah ai tunjukkan pada teruna ai...nampaknya memang dia tetap berminat nak buat course tu...so ai tetap sokong aje...mungkin ai patut revise balik nasihat kat dia bahawa buat masa sekarang, teruskan ajelah dengan niat dan minat dia...bab rezeki kerja tu semuanya Allah yang tentukan, yang penting ai akan beri dia pendidikan yang terbaik yang termampu ai berikan...

Ummi said...

Salam Kida...
Sampaikan salam tahniah kepada Sarah..alhamdulillah...kejayaan sentiasa ada selagi gigih berusaha. Buat anak kawan2 lain jugak, Ummi ucapkan tahniah..semoga semuanya berjaya dan cemerlang untuk ke alam pembelajaran seterusnya...Kita sebagai parents sentiasa lah menyokong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat bersesuaian serta berdoa selalu untuk diaorang...insyaAllah. Ummi ni, 3 orang duk kat U..alhamdulillah x byk masalah, kewangan pun kena kukuh gak, insyaAllah berkat rezeki, cukup dan berkatlah pembelajaran anak2...