Monday, March 08, 2010

seMbaNG

Macam Sarif Zafar
Sebenarnya takde cerita sangat nak share pun. Minggu lepas saya cuma sempat bertemu dengan beberapa rakan budiMaN yang memang biasa saya ketemu seperti Walid, Raman Kerbau, Fadil Sutok dan Kudin Mekanik. Walid katanya dah lama bercuti dari WW kerana rakankongsi beliau mempunyai hal yang perlu di selesaikan di kampung. Walid banyak menumpukan kepada kerja-kerja audit/akaun syarikat saja sekarang. Katanya beliau ada bertemu dengan Zambran dbS dan Suhaimi diA di Temerloh pada minggu lepas.

Raman Kerbau ada datang ke KL minggu lepas dan katanya beliau ada membuat kerja bersama Fadil Sutok dbS. Kudin Mekanik pula nampak macam sibuk dengan banyak kereta yang perlu di baiki di Wokshop beliau di Selayang. Sempat jugaklah saya bersama Walid, Raman dan Sutok jamming 2-3 lagu minggu lepas di ofis Sutok di Batu Caves.

Pihak AJK ReuNioN pula ada mengedarkan borang penyertaan ReuNioN kepada wakil-wakil kelas untuk di edarkan kepada rakan budiMaN yang ingin hadir nanti. Borang tersebut untuk di isi bagi mengesahkan penyertaan beserta dengan bayaran yang telah ditetapkan sebanyak RM80 seorang. Selain itu peserta juga di minta menyatakan samada membawa keluarga dan memerlukan penginapan. Kepada rakan budiMaN yang ingin hadir ke ReuNion bolehlah mendapatkan borang penyertaan tersebut dengan menghubungi wakil kelas masing-masing seperti yang saya nyatakan didalam artikel ReuNioN di bawah (Artikel ReuNioN siri 5).

2 comments:

Juragan said...

Nampaknya Lan dah takde gambar nak letak tu, maka timbul gambar lama, ronnie james dio, mmmm dulu aku minat betul dengan mamat ni sebab suara dia baik, dapat anugerah "golden throat" lagi, banyak band jugak dia masuk macam black sabbath dengan guitarist toni iommi, Rainbow dengan guitarist ritchie blackmore pastu buka band sendiri berjenama DIO, tapi sebelum popular dia ada main kat funfair2 kat raub kampung matdwan, bila dah popular mula lupa kat dong, ulu atuk, sega, sg ruan, sg koyan, dia ada ajak sarif join dulu tapi sarip terikat dengan kontrak karkun nak keluar 40hari dan tak boleh installment, tapi itu semua kisah lampau, aku ketawa sensorang bila mengenangkan, nasib baik sempat kembali ke pangkal jalan, nama setan yang pegang rantai tu lucifer dan ada disebut dalam khutbah jumaat sebab dah ramai pengikut di malaysia ni, ada ke rerodong dah jadi pengikut? aku rasa takda sebab ramai dah insaf, masa tu darah muda katakan, mat brengsek pun dah insaf, aku ingat lagi masa kat asrama remaja di lorong tengah ada tayang video Dio, ada kutip duit lagi, nak bayar sewa katakan, ini semua kerja geng aziz, wahab, megat, amran, apal kot, harap2 dapat jumpa kat reunion nanti, tapi nampak macam berat saja, oklah kida, saja gatal nak tumpang sekaki sebab nampak warung pantai gelora dah sunyi nampaknya. Assalamualaikum.

LaN kidA said...

Tu la Juragan oii...takde artikel nak kasi panas sikit. Nasib baik la awk dgn Mat Dwan rajin jugak jengok2 kat komen ni...yang lain tu ada juga tapi deme tu lalu jer tak menyinggah