Saturday, February 20, 2010

reUniOn UitM pahaNG - siRi 6

Cuti-cuti sempena Raya Cina dah sampai ke penghujung. Tapi kedai Cina masih lagi banyak yang tak buka-buka. Kereta saya pulak dua-dua buah buat hal dengan aircondnya lah dan bearing tayar. Nak baiki pun Kudin Mekanik kata Cina tak buka kedai lagi. Banyak betul duit dia org ni raya lama-lama plak tahun ni. Kalau 2-3 tahun lepas rasanya masuk raya ke3 jer...hampir semua kedai dah buka.

Saya pula sempat balik juga ke kampung di Temerloh pada Ahad lepas sehingga hari Selasa. Malangnya kenduri AR tak sempat saya pergi kerana saya juga mempunyai kenduri di Sg Buloh di rumah Mak Sedara saya pada tengahari itu juga. Minta maaf banyak2 AR kerana tak dapat nak hadir. Mungkin Kitang dgn Lily pergi kot... okaylah kurang2 ada jugak wakil budiMaN.

Semalam juga saya email kepada wakil2 kelas Reunion dan bertanyakan sambutan setakat ini dari rakan budiMaN. Masih lagi dingin dan beku. Takat ini ada la 4-5 orang jer budiMaN yang sahkan nak pergi. Nak buat camne...takat 4-5 org kita pergi ngeteh jer la sambil pakai baju batik UitM kat mamak tepi longkang Masjid India pekena roti canai banjir nampak gayanya.

6 comments:

Anonymous said...

Okey gak tu bro,,
Dah lama tak makan mengcangkung, tepi longkang, pakai baju batik sekali. perkhhhh..

LaN kidA said...

Kalau nak tahu mamak tepi longkang tu la yang mula2 buat roti canai banjir kat lembah kelang ni. Dulu2 kalau antara pukol 9mlm tu penuh dgn geng tabligh terutama sabtu malam ahad. Lepas dengar bayan kat masjid india terus pekena roti canai banjir kat situ. Meja limited tapi boleh duduk mana2 gerenti ada space. Awal pagi sat lagi penuh plak dgn geng disco awek2 cun melecun beb.

Masa tu ada 2 jer tpt makan meriah waktu subuh ni kat kl...mamak longkang tu dan bangsar tpt artis.

Kalau clubbing kat KL masa tu ada BettleNut dgn La Bamba kat tapak KLCC skrg ni gerenti pi situ la lepas disco.

Ataupun lepas lepak tengok geng motor kat belakang KUWASA dgn tengok maknyah atau kat Pertama...lepak situ jugak la roti banjir. Masa tu adalah Ella dgn tunang dia Ray main motor kat Pertama...Dayangku Intan, Rina Rahman, (Erra Fazira kemudian skit)...seme bekas budak Pertama...tpt pot beli satay RM10 secucuk...betul tak Jepun?

Bak kata Saleem...Tinggal Kenangan

matdwan said...

Yo aki.., jgn lupa abg jepun kita.., regular tu kat kuwasa.., sampai kenal la yg mana satu ori yg mana palsu...he3 .., "sap tang bang" (selamat petang abang").., yo ..,
roti banjir pun ada banyak banjir bro,
banjir banyak sampah, banjir kosong, banjir kambeng.., kalu lan kida banjir cili sos...,he3 ..,
jgn maree, pengsan aki

LaN kidA said...

Awak ingat lagi Dwan yek koi bubuh sos..cekap2

matdwan said...

Laksamana Bernama Tun Sri Lanang
Belayar Bersama Berbulan-bulan
Tempat Jatuh Lagi Dikenang
Inikan pula Rakan Dan Taulan..

Tamarulan said...

Sejak bila pulak matdwan minat berpantun ni, mat brengsek pun geli kalau dengar, agaknya lepas tahun baru lohong kot dia dapat hidayah untuk insaf, apapun aku harap nafsu seks masih kuat lagi, sebab gaya cakap tu ada tenaga, cuma bila mintak hadiah harijadi dan nyanyi serta tepuk tangan and tiup lilin lagi, mau terbakar bulu hidung nanti, aku tau matdwan tak merokok, ramai rakan2 bagi ucapan kat rodong, jangan nangis dahle, Lan kida pun terlewat hantar ucapan, tak macam tahun2 lalu, pening macau ada lagi kot, ok matdwan jumpa lagi jika ada umur.