Sunday, January 31, 2010

paNaS baLik

Aimin kat dalam bilik di Grand Hyatt Macau


Aimin dan Sarah di dalam Casino Metro Golden Mayers (MGM)

Saya dan SK di hadapan Ruins of St Paul

Saya, SK dan Sarah di Senado Square

Alhamdulillah saya sekeluarga selamat sampai di Kuala Lumpur pada pukol 5-00 pagi hari Sabtu yang lalu. Dari tempat sejuk ke tempat bercuaca panas macam kita kat sini memang lambat sedikit nak sesuaikan diri. Sampai je kat rumah, anak-anak saya terus ajak pekena nasi kandar kat kedai mamak dekat rumah saya. Jadi pukol 5 pagi kami sekeluarga terus pekena nasi kandar mamak. Nasib baik juga hari esok Isnin Cuti Hari Wilayah, jadi bolehlah rehat lebih sedikit kat rumah.

Macau pada saya bukanlah tempat percutian sebenarnya. Kalau pergi untuk business trip bolehlah. Tapi kalau nak pergi family holiday, baik la pergi Hong Kong atau China. Selain harga barangan yang mahal dan susah nak cari makanan halal, Macau sebenarnya adalah betul-betul Gambling Destination. Tiada proper shopping complex, yang ada merata-rata cuma casino sahaja. Mat Salleh pun susah nak jumpa kat Macau kerana Macau banyak dikunjungi oleh Tycoon-Tycoon China dan Hong Kong sahaja untuk berjudi. Sebab itu semuanya mahal di Macau. Macau mencatatkan GDP ke 2 tertinggi di Asia selepas Japan dan kos sara hidup di sini sama seperti di Tokyo atau boleh saya katakan lebih tinggi lagi. Pendapatan bersih dari casino sahaja adalah USD$ 1.9 billion sebulan mengatasi pendapatan Las Vegas casino. SK kata gaji rakan sekerja Prudential beliau yang sama jawatanya dengan beliau di sini adalah HK$ 25 ribu seminggu...sebulan dia dapat HK$100 ribu.

Di depan hotel kita boleh lihat jutawan-jutawan China yang datang ke sini. Tiada BMW atau Mercedes. Cikai. Yang ada Rolls Royce, Jaguar, Porsche, Ferrari, Buick dan Hummer sahaja. Saya kata kat SK, kalau jutawan Malaysia nak rasa jadi miskin, datanglah ke Macau ni, gerenti dia rasa kedana dan orang tak layan dia. So, habis dah la kita cerita tentang Macau dan mari kita sambung dengan acara kita di sini pula yer.

Thursday, January 28, 2010

seJuKNyaaa! 2


Saya baru balik dari Casino The Boulevard yang terletak di bawah hotel saya di Grand Hyatt. Casino tersebut bersambung antara Grand Hyatt dan Hard Rock Hotel. Memang besar seluas stadium Bukit Jalil rasanya. Puas berjalan dalam tu. Sampai juga la hajat nak tengok camne rupa casino ni. Dalam casino tu tak boleh ambil gambar tetapi rupa-rupanya semua ada, disco, live band dan meja judi serta mesin-mesin slot. Makanan dan minuman semuanya free dalam casino. Siap ada feeder bas lagi nak kemana-mana, semuanya percuma.

Pagi semalam pula, sementara SK sibuk bermesyuarat, saya 3 beranak berjalan-jalan sekitar City of Dreams dan terus ke Macau Peninsular yang dihubungkan dengan jambatan. City of Dreams terletak di Pulau Taipa sementara Macau Peninsular pula sebuah pulau lain. Rupa-rupanya bas-bas di sini semuanya percuma kerana setiap casino menyediakan feeder bas. Kami sampai di Macau Peninsular kira-kira jam 11 pagi dan terus kami berjalan-jalan ke Fishermen Wharf dan pekan Macau. Betul seperti yang saya baca dalam internet sebelum ini, Macau rupanya tiada shopping complex. Semua bangunan besar adalah casino. Venetian, Sands, Wynn, MGM semuanya casino. Hanya adalah kedai-kedai di dalam casino tersebut tetapi semuanya branded punyer kedai seperti di Pavilion. Luis Vitton, Prada, Marc Jacobs, Coach dll. Harga barang toksah tanya la tetapi itupun saya rasa kalau beli kat KL murah lagi dari beli kat sini. Contoh baju Asworth kalau kat KL paling murah boleh dapat RM60 tapi kat sini paling murah RM400. IPod Apple kalau kat Low Yat boleh dapat RM300 lebih kat sini RM700. Banyak bezanya. Kat sini pula tiada barang immitation lebih2 lagi barang China, tadak pun.

Makan pun mahal kat sini. Saya tengok kat kedai biasa pun paling murah makan nasi cecah RM30. Kat Grand Hyatt jangan cerita la. Paling cikai breakfast set pun RM120. Rupa-rupanya SK kata ada geng Macau dia beritahu gaji eksekutif biasa kat sini cecah RM20-30 ribu seminggu beb. Patut ler mahal..dah jadi macam Japan plak.

Hari ini insyaallah saya nak explore ada beberapa tempat lagi yang sengaja saya simpan tak pergi semalam. Sebabnya kat sini tak banyak benda nak tengok pun. Betul kata dalam internet forum yang saya tengok...Macau ni tempat casino jer dan branded product.

Wednesday, January 27, 2010

seJuKNyaaa!

Tengahari semalam saya sekeluarga bertolak ke LCCT dan menaiki penerbangan AirAsia ke Macau kira-kira jam 4-30 petang. Kami sampai di Macau International Airport kira-kira jam 8-30 malam tadi. Keluar saja kapalterbang saya dapat rasakan cuaca sejuk sekitar 15 Celcius dan kami menaiki teksi ke City of Dreams ke penginapan kami di Grand Hyatt Hotel Macau. Sampai sahaja di depan hotel, terpegun sejenak dengan senibina hotel yang memang unik dan mewah dan saya rasa tiada hotel secantik ini boleh ditemui di negara kita (Saya rasa The Royal Chulan pun jauh tertinggal lagi). Grand Hyatt Macau sebenarnya baru siap pembinaan kira-kira 10 bulan yang lalu terletak di City Of Dreams yang merangkumi 4 buah hotel bertaraf 6 bintang iaitu Grand Hyatt Hotel, Hard Rock Hotel, The Crowns dan juga The Venetian.

Selepas check in dan kami memasuki bilik yang memang kow2 best giler (SK kalau meeting Prudential Asia Zone memang bilik hotel kow2 punyer...harganya pun kow2 jugak la...tapi ofis bayar...belasah je ler) saya, Sarah dan Aimin pergi berjalan-jalan sekitar City of Dreams. SK ada homework nak siapkan untuk meeting beliau esok jadi dia tak ikut sama. Jam dah tunjukkan pukol 11-00 malam dan sebaik melangkah keluar hotel...perghh sejuk giler beb sebab suhu dah jatuh sekitar 10 celcius. Walaupun dah tengah malam tetapi rasanya begitu selamat kita bersiar2 di sekitar City of Dreams. Sempat jumpa satu group Indian Malaysia dari KL juga, yang nak pergi ke Hard Rock Hotel. So kami bersiar dalam satu jam dan tak tahan dengan cuaca yang makin sejuk, kami pulang semula ke hotel.

Esok insyaallah kami akan ke Macau Peninsula pula. Maghrib kat sini cepat juga sekitar 6-15 petang dan waktunya adalah sama dengan Malaysia.

Sunday, January 24, 2010

reUniOn UitM pahaNG 3

Selepas perjumpaan di Restoran Tupai-Tupai tempohari dengan di hadiri oleh beberapa rakan budiMaN berkaitan ReuNion Jubli Perak UitM Pahang, saya telah menerima email dari Norm dsS yang mengandungi butiran perbincangan pada malam itu. Selain itu saya juga mendapat email yang dikirimkan oleh Wani dcS yang dihantar kepada rakan-rakan dcS beliau berkaitan ReuNion. Dari email Norm yang dikirimkan kepada saya beberapa butiran CADANGAN berkaitan ReuNion seperti yang dibincangkan (saya tak sempat datang semasa perbincangan)adalah seperti di bawah :

1. Tarikh ReuNion : 29hb Mei 2010-Sabtu jam 8 malam (sehari sebelumnya iaitu 28hb Mei adalah Cuti Hari Wesak)
2. Venue : Concorde Hotel Shah Alam
3. Jemputan Khas : YB Datuk Khalid Nordin - Menteri Pengajian Tinggi, bekas-bekas pensyarah dan kakitangan UitM Pahang.
4. Penginapan percuma di Asrama UitM dengan sedikit bayaran untuk dobi.
5. ReuNion adalah terbuka kepada bekas pelajar UitM Pahang sahaja ( without spouse ) terutama kepada batch 1985.
6. Bayaran Penyertaan - akan ditentukan oleh Committee nanti. Pihak committee juga akan berusaha untuk mendapatkan sumbangan bagi mengurangkan bebanan kos.

Itu adalah secara ringkasnya cadangan butiran ReuNion yang di bincangkan pada malam itu. Dari cadangan-cadangan di atas, saya merasakan pandangan dan buah fikiran rakan budiMaN semua di sini untuk memberikan maklumbalas terhadap cadangan-cadangan tersebut amat perlu diambilkira dan didengari serta diteliti. Ianya penting terutama maklumbalas berkaitan Venue, Jemputan dan paling utama bayaran penyertaan.

Venue...adakah bersesuaian Concorde Hotel Shah Alam atau ada cadangan lain. Penyertaan....adakah untuk batch 1985 sahaja atau harus juga di buka kepada sesiapa sahaja bekas pelajar UitM Pahang yang ingin menyertai. Bayaran penyertaan..... apakah jumlah maksima yang harus di kenakan.. RM50 perhead paling maksima? atau kurang lagi.

Harap rakan budiMaN dapat memberikan pandangan dan jika sekiranya ingin menggunakan anonymous pun akan saya benarkan untuk kali ini tetapi biarlah di nyatakan sedikit identitinya seperti contoh - Anonymous Mat Karat atau Anonymous Minah Seksi ke dsb supaya kalau nak refer kepada komen tersebut senang sedikit.

Saturday, January 23, 2010

gaMbO Mie MahMud

Akhirnya gambor Mie Mahmud sekelorga di hantar jugak oleh Mie semalam melalui email. Ada nampak boroi sikit tapi muka masih boleh kenal lagi la. Malangnya takde discription apa-apa pulak bersama gambar yang dikirim oleh beliau. Kita tunggu Mie bercerita la kat ruangan komen tu nanti kalau dia singgah sini yer.

Wednesday, January 20, 2010

reUniOn UitM pahaNG 2

Malam semalam selepas menyelesaikan beberapa urusan lebihkurang jam 10-30 malam, Antu dpA ada call saya mengajak teh tarik. Sebelum itu saya ada sms kepada Kak Shake memberitahu bahawa saya tidak dapat hadir ke perbincangan ReuNioN. Jadi selepas pulang sebentar ke rumah kira-kira jam 11-00 malam saya keluar semula berjumpa Antu di Sucasa Hotel Apartment. Rupa-rupanya beliau mengajak saya ke Restoran Tupai2 kerana beliau ada menelefon Hanif diB yang memberitahu bahawa geng senior masih berada di sana meneruskan perbincangan ReuNioN. Saya sampai di Restoran Tupai2 kira-kira jam 11-45 malam dan saya lihat ramai geng senior seperti Halim dpA, Magnum dpA, Hanif diB serta beberapa rakan dari dsS seperti Kak Shake, Kak Sit, Sheena dan lain-lain lagi yang saya tak ingat dan memang tak cam langsung nama dan rupa mereka. Khatilah dsS juga ada dan Kak Zah, Pengurus Asrama kita dulu pun ada datang bersama Puan Fauziah. Rupa-rupanya walau dengan ketiadaan saya, mereka dah lantik saya menjadi salah seorang Jawatankuasa ReuNioN. Sabor je la. Walaubagaimanapun insyaallah mereka akan emailkan saya all the particulars pasal ReuNioN dan akan saya sampaikan di sini nanti.

Monday, January 18, 2010

reUniOn UitM pahaNG

Pagi tadi Kak Shake dsS ada telefon saya menyampaikan jemputan perbincangan ReuNion UitM Pahang Jubli Perak yang akan di adakan pertengahan tahun nanti. Perbincangan tersebut akan di adakan di Restoran Tupai-Tupai ( berdekatan Dewan Bahasa Pustaka ) pada jam 9 malam 19hb Januari 2010. Kak Shake juga memberitahu saya untuk menjemput sesiapa rakan budiMaN yang ingin turut serta dalam perbincangan itu nanti. Saya pula belum pasti lagi samada dapat menghadirkan diri kerana ada sedikit urusan pada petang itu dan mungkin berlarutan sampai malam.

Mie MaHmud dbS

Pagi Sabtu lalu saya dapat menghubungi Azmi Mahmud dbS melalui no phone yang diberikan oleh Shima dbS. Azmi masih tinggal di Taman Saujana Impian, Kajang bersama keluarganya dan kini sudah mempunyai 3 orang anak. Anak beliau yang sulong kini berada di Tingkatan 2. Beliau kini menjalankan perniagaan dengan memberikan perkhidmatan perakaunan kepada beberapa buah syarikat. Saya minta Azmi untuk menghantar gambar beliau sekeluarga untuk tatapan rakan budiMaN semua.

Malam Sabtu pula saya sekeluarga ke WW(Warung Walid) di Jalan Raja Abdullah di Kampung Baru. Walid masa tu dah nak tutup kedai hanya menantikan kedatangan saya sekeluarga jadi beliau telah menyimpan baki nasi ayam dara yang masih tinggal untuk kami sekeluarga. Di atas gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di WW. Petang Ahad tadi, Walid ada sms saya memberitahu bahawa Lan Kentei sekeluarga dan Kitang sekeluarga juga ada datang menjamu selera di WW.

Friday, January 15, 2010

waRuNG WaLid

Tengahari tadi saya sms Walid tanya samada Warung Walid jadi ke di buka hari ini. Beliau kata WW masih tak dapat dibuka lagi hari ini kerana ada beberapa masalah teknikal belum dapat disiapkan. Insyaallah Walid kata mungkin esok WW akan beroperasi. Mudah-mudahan WW akan di buka dalam minggu ini dan Walid kata beliau akan maklumkan kepada saya nanti. Bukan mudah sebenarnya sesuatu perancangan berniaga nak dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Memang banyak dugaan dan cabarannya. Selamat Menempuh Alam Berniaga Walid.

Thursday, January 14, 2010

cO-piLot

Petang semalam saya ke Workshop Kudin Mekanik untuk membaiki kereta Volvo saya kerana speed censor saya buat hal pulak. Sambil baiki kereta saya kami sembang-sembang. Kudin Mekanik ni dulunya masa saya di UitM Shah Alam ialah Co-Pilot membonceng motosikal saya. Co-Pilot ni mesti ada kebiasaannya kepada mana2 student yang ada kenderaan seperti motosikal. Masa saya di UitM Kuantan, co-pilot saya ialah Puis atau Khirusham. Co-Pilot ni selain tumpang motor kita, mereka pun bantu isi minyak motor. Co-Pilot pun kekadang gunanya juga kalau kita malas pergi kelas dan bagi motor kita kat dia dan minta dia sign kat kertas kedatangan bagi pihak kita nanti. Dulu2 rasanya ramai Co-Pilot ni, kalau Apamz dengan Walid, Mat Dwan dengan Hakim rasanya, Mat Brengsek dengan Mie Mahmud, Jepun dengan sape entah...ramai lagi la dah tak ingat saya...mungkin kengkawan budiMaN boleh refresh balik.

Wednesday, January 13, 2010

juMpa RodOnG

Sebelum buka blog ni kejap tadi, saya buka facebook saya dan dapati ada satu friend request, saya klik la accept, rupa-rupanya classmate saya masa UiTM Shah Alam Part 5 dan Part 6 dulu iaitu Aminuddin Harun. Beliau sebelum itu dari UitM Melaka datang ke Shah Alam. Saya dan Kudin Mekanik satu kelas dengan beliau dalam kelas Marketing. Kemudian semasa saya masuk kerja SPRM( dulu BPR ) pada tahun 1991 dulu, beliau pun dapat kerja yang sama juga satu batch dengan saya dan kami sama-sama kursus 3 bulan kawad kaki dan belajar undang-undang. Kemudian setelah tamat latihan dan kursus, saya bertugas di HQ sementara beliau pula tak silap saya ke BPR Melaka. Selepas itu jarang dah berjumpa dan saya rasa dah hampir berbelas tahun jugak. Tapi beliau berhenti lebih awal dari saya dari BPR dan kembali bekerja dengan syarikat swasta.

Bila jumpa kembali dalam facebook, saya pergi ke blog beliau. Rupa-rupanya dah hampir 3 tahun beliau menjadi wakil rakyat DUN Sikamat, Seremban. Nama pun dah jadi YB Haji Aminuddin Hj Harun. Alhamdulillah, harapan saya melihat kengkawan UitM menjadi wakil rakyat dan pemimpin di tahun 2010 sudahpun menjadi kenyataan. Mungkin akan datang kita dapat lihat budiMaN pula menjadi wakil rakyat dan pemimpin suatu hari nanti. Amin.

Monday, January 11, 2010

abG jeM ceRitA paSai kaWiN baNyaK La puLoK

Hari ni 4Jan 2010, hari pertama dalam bulan pertama didalam tahun 2010, pagi-pagi lagi abgjemm menyiapkan anak-anak abgjemm utk kesekolah, maklum hari pertama darjah satu pulak tu.. agak sukar juga anak abgjemm nak bangun tambahan pula dia diserang batuk2 malam tadi. Abgjemm harap semua nya OK nanti…

Sahabat Budiman,
Sebenarnya Abgjemm ingin meneruskan pengalaman Abjemm merancangkan pertemuan ‘Ah Long’ dengan salah seorang pegawai tertinggi PDRM dan seorang lagi pengarah salah sebuah Bank utk usahawan tetapi abgjem tengok ada Mat Dwan komen pasal poligami abgjemm rasa elok juga kita sentuh sikit pasal topik yang menjadi kegemaran ramai lelaki budiman ni…. Bukan apa untuk panduan dan mungkin juga satu perbincangan yang ilmiah untuk rakan-rakan budiman…
Nota: Ini semua adalah pendapat dari pengalaman abgjemm semata-mata..

POLIGAMI SATU FENOMENA
Sebut sahaja perkataan hikmat poligami .. tentu ada rakan budiman terutama rakan wanita yang akan melompat sampai ke siling.. ini adalah kerana kesensitifan perkataan ini.., tetapi Abgjemm sebenarnya bukan menyokong amalan ini juga menyangkal amalan ini kerana ianya telah pun digariskan didalam alquran .., Cuma sementelah ia telah disebut didalam surah an nisaa dan sirah rasulullah maka ramailah para suami telah menggunakannya secara langsung atau tidak langsung didalam mendapatkan atau mengukuhkan alasan untuk berpoligami.

Jika rakan ada terbaca tulisan seorang pengamal poligami kalu tak silap prof dr hilmi dari upsi yang mana abgjemm juga bersetuju iaitu poligami juga bisa menjadi sebahagian dari obat kepada masalah sosial sekarang .., kebersetujuan ini adalah berpaksi kepada research abgjemm sendiri dilorong-lorong hitam, bohsia, bohjan (minta maaf istilah ini lebih menepati maksud) mat/minah rempit, kes-kes buang bayi.. kebanyakan nya berpunca dari masalah tidak mahu menerima poligami lalu memilih perceraian atau lebih dahshat lagi berlaku penzinaan sebagai jalan hidup..

Sebagai kontra kepada keadaan ini abgjemm juga melihat kepada permasalahan didalam berpoligami terutama jika melihat dari sudut kemampuan.., sama perti rukun islam yang lima, kemampuan didalm surah an nisa seringkali di salah tafsir ., asal ada uang, dikira mampu.. tidak begitu mudah tuan-tuan.., seringkali rakan2 menanyakan kepada abgjemm tentang ini, respon abgjemm mudah aje.. sebelum nak mimilih jalan poligami, pergilah tunaikan haji terlebih dahulu.., kerana rintangan dan cabaran dimekah adalah hebat, jika bisa diharungi maka layaklah berpoligami.., tak begitu Bilal?.. Mungkin lebih manis jika haji dijadikan salah satu pra-syarat untuk poligami., ini juga merujuk kepada keresahan tuan guru Nik Aziz yang mana kebanyakan lelaki berpoligami hanya untuk mengikikis uang dari isteri kedua yang bekerja , berpangkat dan berpendapatan tinggi.

Seringkali beberapa isu penting samada dilupakan, di buat-buat lupa atau dirasakan tidak penting oleh bakal pengamal poligami didalam masyarakat kita, seperti perasaan orang sekeliling terdekat (ringside) seperti ibu mertua, bapa mertua, bakal ibu mertua dan ipar duai… isteri yang muda juga berkehendakkan cahaya mata… bagaimana jika anda terpaksa bangun dinihari untuk membuat susu untuk anak yang masih kecil sedangkan umur anda dah mencecah 50, bagaimana pula jika timbul hari seperti hari ini anda terpaksa mendaftarkan dua-dua anak anda didalam darjah 1 di dua buah sekolah yang berbeza kan haru-biru.

Mungkin juga diusia-usia begini (maklum saja gas pun dah nak habis) ada rakan-rakan wanita budiman telah diusha atau diapproach oleh suami masing-masing untuk berpoligami..ermm, bagimana respon kakak-kakak sekelian.. terus melenting atau merajuk, mendiamkan seribu bahasa,,(ingat,, diam tanda setuju). Sebelum abjemm memberi sedikit tips rasanya eloklah abgjemm mengimbas beberapa rakan abgjemm punya alasan untuk berpoligami.

Kes Pertama, mamat ni orgnya waraq (tapi tetap simpan gf) agak berjaya dalam bisnes, punya anak 5 .. 4 lelaki 1 perempuan. 3 dari anak lelaki yang abgjemm kenal memasuki sekolah tahfiz. Isterinya sangat baik hati, lemah lembut dan begitu anggun sekali, apabila diajukan soalan ini, isterinya bertanya kembali seperti biasa, ‘apa yang abang rasa kurang dan bolehkah saya perbaiki.., sebab saya belum tentu boleh menerima poligami. Lalu mamat tu mengatakan bahawa tiada apa2 kekurangan malah amat bersyukur sekali tetapi ‘Allah telah menguji abang dengan seorang isteri dan abang berjaya membentuk keluarga bahagia, kini Allah mengurniakan satu lagi wanita untuk abang membentuk sebuah lagi keluarga bahagia… ‘. Tapi sudahnya berakhir dimahkamah syariah jua…

Kes Kedua, seorang rakan fasih berbahasa cina dan rupa pun macam cina, sekembalinya dari US, terus mengahwini seorang gadis berbangsa cina setelah 5 tahun berkahwin tidak dikurniakan zuriat tetapi disebabkan terlalu banyak campurtangan keluarga, rakan saya terpaksa melepaskan isterinya… Berkahwin sekali lagi, pun dengan wanita cina juga, sama juga ceritanya selepas 5 tahun Cuma bezanya ibu mertua rakan abgjemm ni dekat nak meninggal dunia meninggalkan wasiat supaya beliau berpisah dan dihadapkan dengan wang RM120K. Lalu rakan abgjemm berpisah dan mendermakan wang tersebut kepada rumah-rumah anak yatim. Selepas itu beliau bertemu jodoh dengan seorang lagi gadis berbangsa cina, kali ini beliau berhati-hati dan tidak mendeclarekan perkahwinan tersebut sehinggalah isteri beliau itu sangat bersedih hati melihat keadaan suaminya lalu meminta beliau untuk berpoligami dengan salah seorang sahabatnya yang juga bekerja sama ofis dengan rakan abgjemm ini…. Panjang juga kesah rakan abgjemm ni, selepas perkahwinan itu, isteri cina beliau pula terasa ‘inferiority complex’ setelah melihat madunya yang juga rakannya berjaya menimang cahaya mata… lalu meminta untuk mendeclare perkahwinan yang hamper berusia 2 tahun… kini isteri melayu pula agak berat hati untuk menerima deklarasi tersebut. Alangkah komplicatednya… tetapi AlhamduLillah rakan abgjemm berjaya didalam menguruskan perkara tersebut dan perkahwinan mereka berkekakalan sehingga kini….

Kes Ketiga, juga rakan yang telah di rekomen oleh isteri untuk menikahi rakan nya yang telah lama menjanda beranak 3, rakan abgjemm ni bolehkata ok dari segi perawakan, appearance, kewangan dan tuturbicara boleh dikatakan lelaki idaman wanita lah… Setelah persetujuan dicapai, calun madu isteri kawan abgjemm pun membuat sedikit keramaian makan2 bersama rakan2, kengkawan termasuk abgjemm juga menghariri majlis… malangnya sebelum tamat majlis, isteri rakan abgjemm telah kalut mengajak rakan tersebut pulang. Rakan tersebut menurut aje. Esok paginya rakan memberitahu rancangannya untuk berpoligami telah musnah semuanya kerana apabila isteri beliau diwaktu hendak ketandas kelmarin telah melalui bilik tidur ‘pengantin’ yang telah dihias indah dan sejak dari itu beliau merasa gundah gelana lalu membatalkan hasrat untuk membenarkan suami berpoligami…

Itulah beberapa kesah rakan2 abgjemm yang telah, akan dan bercita-cita untuk berpoligami… Mcamana dengan kakak-kakak sekelian,.. dapat jawapannya kepada persoalan ini… Nasihat abgjemm apabila telah diapproach, janganlah melenting tak tentu pasal.. katakan kepada beliau perkara sunnah dan kebenaran didalam surah An nisaa adalah perkara besar dan tidak harus di lihat sebagai humor atau sesuatu yang remeh… kerana ia pastinya melibatkan ramai pihak dan bisa merobah hala tuju kehidupan. Memanglah niat kita baik, tetapi kadang2 yang kita lihat adalah warna yang hijau sahaja, warna yang kelabu terlindung disebalik kehijauan.

Kepada rakan2 lelaki budiman pula jika ada menyimpan hasrat untuk berpoligami, atau mempunyai ‘kekasih hati’ lain mahupun sudah mengahwini seseorang baik diseberang atau dimana sahaja, sebaiknya buatlah deklarasi kerana ‘it is better to deal with devil that we know rather than angel that we do not know’ dan cubalah renungkan hadis ini – Dari Abdullah ibn Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda ‘tiga jenis lelaki yang pada hari kiamat yang akan didalam timbunan kasturi, pertama orang yang melaungkan azan lima waktu disiang dan malam hari, orang yang mengimami dalam keadaan mereka menyenangi dan ketiga mereka yang menunaikan hak Allah dan hak tuannya.’ HR Tirmizi

Abangjemm – Setia pada yang satu

Friday, January 08, 2010

geRai waLid


Dah habis cerita pasal MaT, kita sambung plak kisah Gerai Makan Walid kat Kampung Baru (Macam kebetulan jer..lepas cerita Najiha cerita pasal Walid la pulok..main pakat ke?). Lokasi dan alamatnya minta Walid sampaikan nanti. Khabarnya Walid akan memulakan gerai ini pada hari Ahad 10hb Januari 2010 ni. Bolehlah kita serbu gerai Walid mulai minggu depan. Walid ada emailkan saya banner yang akan di pasang digerai beliau nanti seperti kat atas tu.

Thursday, January 07, 2010

MiSteRi aWeK tudUNg 3 - fiNaL

Maka dalam siri akhir berkaitan MaT ini terjawablah sudah siapa AT ini. Beliau tak lain tak bukan ialah Najihah bt Abas dbS batch Julai 85. Semalam semasa sessi JiB di Gombak, kami berempat sempat berbual melalui telefon dengan beliau yang masih lagi berada di pejabatnya. Insyaallah kami semua akan mengadakan suatu lunch appointment dengan beliau dalam masa terdekat ini untuk bertemu dengan beliau yang saya rasa sudah hampir 21 tahun tidak ketemu. Gambar di atas adalah semasa Najihah sekeluarga bercuti di Australia baru-baru ini dan katanya background gambar tu adalah sebatang pokok yang mencecah 500 tahun usianya. Disebelah beliau adalah anak gadis beliau yang kini berada di dalam Form 3. Insyaallah Najihah juga ada memberitahu saya untuk menyumbang artikel di dalam blog ini untuk tatapan budiMaN semua.

Tuesday, January 05, 2010

MiSteRi aWeK tudUNg 2

MaT (Misteri Awek Tudung) diteruskan lagi sebab saja nak bagi suspen sikit macam jugak kes Abg Jem yang tak berenti2 kengkawan budiMaN tanya kat saya siapa dia tu. Hari ni kita cerita serba sedikit pasal biodata awek tudung ni.

AT (Awek Tudung) ni adalah seorang rakan budiMaN batch Julai 1985. Kini bekerja sebagai Timbalan Pengarah di Malaysia Industry Development Authority berpejabat berdekatan KL Central. Bertugas di bahagian Industry Assist dan katanya akan di tukarkan ke Transport Industry tidak lama lagi. Setelah habis UitM, beliau telah berkahwin dan kemudian melanjutkan pelajaran di UIA dan seterusnya ke United States. Telah bekeluarga dan suami beliau adalah seorang General Manager di Telekom Malaysia dan mempunyai 5 orang anak. Yang sulong Form 5, kemudian yang ke 2 dalam Form 4 dan ketiga Form 3. Keempat dan kelima saya kurang pasti. Anak2 beliau ada yang bersekolah di Tunku Kursiah dan Sekolah Intergrasi Gombak (sama dengan anak Kudin Mekanik tu) Tapi hebat jugak lah dia ni sebab setahun seorang tu...canggih. Rumah beliau di Tasik Putri, Rawang berdekatan Kelab Golf Tasik Putri (biasa den belasah golf kat situ sebab caddy meriah beb tapi tak tau plak dia ni duduk kat situ).

So sekian dulu intro AT ni dan insyaallah esok kita reveal sape AT ni yer.

Monday, January 04, 2010

MiSteRi aWeK tudUNg

Bila saya keluarkan gambar wanita awek tudung semalam, mesti ramai yang tanya kenapa yer. Sebenarnya takde apa-apa, cuma wanita misteri tu kata gambar tu gambar lama, jadi dia nak saya siarkan gambar baru dia. So inilah gambar baru awek tudung tu. Biodata awek tudung ni nanti saya siarkan di artikel akan datang pulak yer. Oleh kerana ada siri akan datang pasal awek tudung ni jadi saya siarkan gambar dia pun sekerat jer dulu yer...haha

Sunday, January 03, 2010

2010

Semalam saya, Sutok, Walid dan Apek JiB (Jamming In Brainstorming) sambil pekena goreng pisang panas di ofis Sutok di Gombak start pukol 4-00 petang dan habis kira-kira jam 9-30 malam. Banyak cerita dan idea-idea baru.

Hari ini pula tentunya ramai rakan budiMaN yang sibuk menguruskan persiapan anak-anak ke sekolah dan ada yang menghantar anak-anak ke asrama untuk memulakan persekolahan esok. Ada yang ke MRSM, Sekolah Sains, Sekolah Integrasi, Tunku Kursiah, MCKK, SDAR, Sekolah Teknik dan lain-lain lagi. Ramai juga anak-anak budiMaN yang cerdik-cerdik masuk ke sekolah berasrama penuh ni. Bagi yang biasa-biasa pula macam anak saya, persiapan macam biasa sahaja cuma hari ni dah bermula kehidupan dia orang tanpa PS2, PSP dan juga My Space.... kena tarik balik beb.

2010 juga ada beberapa budiMaN akan memulakan langkah baru dalam kehidupan. Walid dah berhenti kerja mulai 1hb Januari lalu dan akan memulakan perniagaan gerai makan di Kampung Baru dalam masa terdekat ini. Apek dpA pun akan memulakan perniagaan makanan kecil-kecilan juga khabarnya. Sutok pula katanya akan meneroka perniagaan lain dan kalau boleh nak tinggalkan bidang kontraktor ni sebab katanya peluang kerja-kerja kontrak makin slow. Nak harap rakan budiMaN yang jadi Ketua Pengarah ker atau KSU Kementerian pun, takde lagi yang sampai ke tahap tu.

2010 yang baru menjelma di harap akan membawa sinar baru dalam kehidupan beberapa rakan budiMaN. Harapan 2010 kita boleh saksikan beberapa rakan budiMaN yang akan berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. 2010 harap ada rakan budiMaN yang berjaya mengetuai sesebuah jabatan kerajaan atau sekurangnya menjadi Pengarah Jabatan Negeri, berjaya menjadi CEO public listed company atau berjaya mengetuai sesuatu bahagian dalam pergerakan politik. Ada beberapa individu budiMaN berpotensi mencapai status di atas sebenarnya.

2010 juga jangan sekali-kali kita lupakan sebilangan rakan budiMaN yang kehidupannya semakin hari semakin kabur harapannya. Dalam mengejar kejayaan kehidupan, ramai rakan budiMaN sebenarnya terhimpit dengan kesesakan ekonomi yang semakin meruncing. Kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan sebenarnya menimpa ramai budiMaN. Jadi harapan 2010 lebih banyak amal kebajikan akan dapat di lakukan budiMaN terutama bagi rakan budiMaN yang telah berjaya sikit tu, toleh-tolehlah kebawah dan ambillah tahu tentang kesengsaraan sebilangan rakan budiMaN kita yang lain. Bantulah seberapa boleh yang dibantu. Kemudian tolonglah beritahu kepada rakan budiMaN lain, jangan fikir kita beritahu tu sebab nak menunjuk tetapi sebenarnya nak beritahu rakan budiMaN lain supaya mereka pun boleh bantu sama. Janganlah terikut dengan sebilangan fikiran yang mengatakan tak payah nak tunjuk2 lah bila tolong orang atau kawan. Itu silap. Nawaitu kita kena perbetulkan. Kita tunjuk kerana kita nak rakan budiMaN lain turut sama membantu bukan duduk diam jer syok-syok tengok blog ni lepas tu buat tak tahu jer. Nak membantu RM10 pun tak mahu lepas tu kutuk belakang lagi. Harap mentaliti sebegini di 2010 akan berubah dikalangan budiMaN.

2009 menyaksikan amat kurang aktiviti amal di lakukan budiMaN. Tiada yang mengajak dan tiada yang nak proposed. Dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya dimana budiMaN begitu banyak melakukan aktiviti amal baik dengan orang kampung dan juga anak-anak yatim serta tahfiz. Harapan 2010 aktiviti amal budiMaN akan mengatasi pencapaian kita yang lepas-lepas.

Friday, January 01, 2010

peNgaKuaN 3

Ini Pengakuan 3 dari abg jem yang diterima melalui email...

Hari ni adalah hari terakhir didalam TAHUN 2009 menjelang esok kita semua akan bersama-sama menghadapi TAHUN 2010 .. Persoalan nya apakah yang telah kita lakukan untuk diri kita, keluarga, agama, bangsa dan Negara dan apakah yang akan kita lakukan pula untuk tahun hadapan… ada rakan memeritahu sesuatu yang amat menarik pagi tadi (apabila soklan ini ditanya) katanya ‘di tarikh-tarikh yang istimewa di tahun hadapan (seperti harijadi, ulangtahun perkahwinan dsb) aku akan bawa isteri atau isteri-isteri dan anak-anak aku untuk celebrate di rumah anak-anak yatim… Abgjemm rasa itu sangat baik.

Sahabat Budiman,
Abjemm kelmarin pulang awal untuk duduk bersama anak-anak, abgjemm telah ditanyakan oleh anak abgjemm yang berumur 16 tahun tentang apakan maksud perseverance dan persistence, mungkin dia jumpa kat blog lan Kida agaknya, Tahniah En Mazlan, lalu abgjemm kesahkan tentang pengalaman abgjemm didalam perniagaan (demi untuk menerangkan maksud perkataan tersebut) ternganga mulut anak-anak abgjemm .. tak percaya.., tetapi setelah ditunjukkan beberapa bukti akhirnya mereka percaya… ini kesah abgjemm didalam dunia perniagaan..

PERSEVERANCE DAN PERSISTANCE
Abgjemm sebenarnya telah nebgenal dunia perniagaan semejak umur abgjemm di dalam darjah 3 lagi.., abgjemm tinggal disebuah kampong didalam daerah yang agak besar di Pahang dan abgjemm pergi kesekolah menaiki bas seperti rakan-rakan yang lain. Ketika itu ialah musim buah-buahan dikampung abgjemm, memandangkan ramai diantara rakan sekelas abgjemm tinggal dibandar, abgjemm membawa sedikit buah-buahan seperti buah langsat, matakucing dan rambutan untuk mereka nikmati semasa rehat. Tak sangka pula selepas itu mereka membawa pulang kerumah dan akhirnya ibubapa mereka mengirimkan wang kepada abgjemm untuk membekalkan mereka buah-buahan. Abgjemm pun setiap petang akan membungkus buah-buahan tersebut dan dibawa kesekolah esok harinya. Alhamdulillah pada tahun itu perbelanjaan ‘hariraya’ abgjemm settle.

Didalam darjah 4 angjemm juga melakukan perkara yang serupa, ini adalah kerana abgjemm seolah-olah telah menjadi seorang ikon untuk buah-buahan tempatan masa itu, malah beberapa guru juga memesan buah-buahan dari abgjemm. Didalam darjah 5 dan darjah 6 pula arwah bapa abgjemm telah mendapatkan sebuah rumah berdekatan sekolah di bandar memandangkan salah seorang abag kepada abgjemm akan menduduki MCE pada tahun yang akan datang, malangnya arwah bapa dan ibu tidak berupaya untuk bersama-sama kami kerana kekangan perniagaan, lalu tinggallah kami 4 beradik bersama 2 sepupu yang kecil-kecil. Abgjemm tidak boleh duduk diam tanpa mencari wang saku..lalu abgjemm memohon melalui majalah untuk menjadi agen menjual sticker dan t-shirt.. kali ini target market abgjemm selain rakan sekolah ialah orang-orang kampong pula.. dari situlah abgjemm mengenali perkataan ‘commision’ ‘agent’ ‘profit’ dan ‘catalogue’ …

Semasa di tingkatan 1 dan 2 abgjemm menjalakan perniagaan buah tempatan semula kerana rumah dibandar arwah bapa telah menyewakan kepada orang, lalu abgjemm telah memikirkan suatu perniagaan yang agak besar juga iaitu abgjemm membeli hasil pertanian orang kampong seperti pisang di hari sabtu dan meminta emak saudara (yg juga arwah) abgjemm (yang mmg berniaga dipasar ujung minggu) untuk dipasarkan.

Pernah disatu ketika semasa didalam tingkatan 2, satu hamlau mana telah mengadu kehilangan wang didalam beg semasa PE .., guru disiplin petang lalu membuat spot check kepada semua murid petang, hampeh.., masa tu hari senin abgjemm ada rm300 .. kantoiii… terpaksa abgjemm mengadap disiplin master.. lalu abjemm ceritakan kepada beliau tentang asal usul duit abgjemmm perghhh selamat.. selepas itu abgjemm serik lalu setiap kali abgjemm mendapat bayaran, terus abgjemm bank in.

Masuk form 3 dan form 4 abgjemm sangatlah active berniaga, pantang ada cuti sekolah baik cuti hujung menggu atau cuti penggal, abgjemm akan occupied sepenuhnya, dimana ada peluang, di situ ada abgjemm, pernah diwaktu cuti penggal selepas SRP abgjemm mengambil upah membersih kebun orang dan menanam koko dikebun tersebut (masa tu popular dgn tanaman koko di kampong abgjemm) sehinggkan abgjemm terpaksa menyewa traktor dan mengupah kengkawan abgjemm untuk melaksanakan kerja secepat mungkin.

Di masa tingkatan 5, arwah bapa mengingatkan abgjemm supaya slowdown sket, ‘nanti kao kantoi aku x tahu’ abgjemm ckp ngan dia balik,’ sy ni meniaga bukan untk duit bah, tapi passion’ … ikut kao lah.. kao dah besaq.. ujar beliau, lalu abgjemm mencari idea yang baru, itulah dunia perniagaan yg sebenar, kita musti dinamik dan sentiasa dengan idea baru. Abgjemm mendapat pembekal dari Kuala Lumpur yang sanggup membekalkan abgjemm buku2 rujukan utk SPM. Maklum musim peksa ni abgjemm berusaha juga agar mendapat tempias dari peperiksaan dengan menjual buku2 rujukan dan soklan2 spot.

Selepas SPM abgjemm kembali aktif dengan menjalankan perniagaan hasil-hasil pertanian kampong seperti pisang, sayur-sayuran dan buah-buahan.., ada sekali tu abgjemm mendapat tahu bahawa restoran-restoran dibandar telah ketandusan supply kelapa, lalu pada hari sabtu berikutnya angjemm dengan menggunakan sebuah motosikal yang diletakkan bakul besar bersama seorang lagi rakan (pemanjat pokok kelapa) telah berpusing keliling kampong untuk mengumpulkan buah kelapa di sekeliling kampong dan pagi2 esok nya kami dengan menggunakan lori arwah bapa telah mengangkut semua kelapa tersebut ke pekan ujung minggu.., rupa2nya di sana telah ramai pemilik restoran menunggu abgjemm (ada insider trading) dan tak sempat turun lagi kelapa abgjemm telah diborong oleh tokeh kedai mamak dan pemilik gerai di pasar besar. Happy betul abgjemm, tambah lagi mereka turut membuat pesanan untuk minggu berikutnya.

Dipendekkan cerita.., (kalu nak citer penuh email kat abgjemm@gmail.com) abg meneruskan pengajian di ITM Pahang tanpa bantuan dari arwah bapa abgjemm, malah diwaktu rakan2 budiman bercuti semestrer, abgjemm juga meneruskan perniagaan dan mengambil upah kontrak kecil-kecilan. Sehinggalah kita sama-sama memegang segulung diploma sitahun 1988 abgjemm telah mendirikan sebuah kilang perabut rotan untuk dipasarkan disekitarkampung dan bandar… sampai disini anak abgjemm bertanya, ‘kenapa tak dikekalkan kilang tersebut ayah?’ abgjemm nyatakan kepadanya bahawa kilang tersebut telah terbakar dek kerana kesalapan salah seorang pekerja abgjemm dan semua stok, mesin, tanggam, equipment dan finish goods telah musnah dijilat api… Abgjemm kena marah dengan teruknya dengan arwah bapa kerana tidak memberi perhatian kepada aspek keselamatan.

Masih ada beberapa jenis perniagaan yang abgjemm bina setelah abgjemm membawa diri di Kuala Lumpur (maklum .. merajuk dgn arwah bapa kerana tidak menyokong .. kununnya, tak sedar awak yang salah). Tapi itu lah yang abgjemm maksudkan dengan ‘persevarance dan persistance’ ujar abgjemm pada anak abgjemm. Satu lagi pesanan angjemm ‘You are not rich, until you enrich the others’ oleh itu marilah kita memberi makan burung-burung dan ikan-ikan yang berkeliaran…
InsyaAllah, akan datang akan abgjemm akan kesahkan pertemuan abgjemm dgn ‘ah long’ yang paling besar diseluruh Mesia dan bagaimana Org Melayu gagal dalam mengurus kekayaan dan pakar mengurus kemiskinan.

Terima Kasih
Abangjemm