Friday, October 09, 2009

baCk iN kL

Alhamdulillah berkat doa keluarga dan rakan2 semua, saya selamat sampai ke Kuala Lumpur dari Manila, Philipines pada hari Selasa lewat petang. Amat meletihkan perjalanan saya untuk 2 hari terakhir di Philipines dan sampai di rumah dan keesokannya, saya mengambil peluang untuk berehat sepenuhnya. Semalam, hari Khamis saya memulakan tugas saya semula kerana banyak perkara yang perlu di selesaikan dan di dokumenkan untuk perjalanan saya di Philipines. Gambar di atas adalah gambar pertama yang saya rakamkan apabila tiba di Davao City yang menarik perhatian saya dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Datok Bandar Davao kepada penganut agama Islam di sana.

Insyaallah, gambar-gambar lain akan saya siarkan di sini dari masa ke semasa selain dari beberapa berita berkaitan rakan budiMaN yang saya perolehi di artikel akan datang.

4 comments:

wani said...

alhamdulillah selamat sampai. Risau juga ya bila tau ada ribut kat belakang tengah mengejar.'

alhamdulillah tak terlibat dgn ribut tu

walid said...

Salam
Syukran da slamat sampai...mmm tentu bz kan...
semuga apa yg direncanakan berjalan lancar danmendpt keberkatan

LaN KidA said...

Salam Wani dan Walid,
Memang risau jugak masa nak balik tu sebab flight banyak cancel akibat taufan Pepeng. Dah la masa sampai Manila balik tu fikir nak tidur mana...Angeles City ker atau Manila...last2 tidur Manila..tapi nightmare jugak la sampai Manila malam tu...macam Indiana Jones plak..adventures..tapi apa2 hal..alhamdulillah selamat sampai.

Insyaallah kalau ada rezeki, maybe nak kena pergi lagi next year kalau semuanya ok.

walid said...

salam
tahun depan pegi lagi?,,nak itut....nak itut..