Wednesday, August 26, 2009

kaRtiKa

Alhamdulillah, sudah 4 hari kita menempuh Ramadhan namun isu Kartika semakin panas dan mendapat perhatian begitu meluas. Sampaikan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita turut campurtangan memberikan pandangan. Tengku Mahkota Pahang sendiri turut memberikan peringatan. Semalam sewaktu menonton CNN, BBC dan AlJazeera, isu Kartika turut di beri perhatian di seluruh dunia dan mengambarkan suatu hukuman yang tidak adil dan memberi kesan buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang Islam Moderate.

Isnin lepas sewaktu bermesyuarat dengan seorang sahabat saya dari Australia, saudara Jack Alfred Williams yang menjadi penasihat kepada Shell Malaysia, beliau turut membangkitkan isu ini dalam perbualan beliau. Katanya isu Kartika turut menjadi perbualan hangat di Australia dan ini sesuatu yang memberikan kesan buruk kepada imej Malaysia di mata dunia.

Dan sebentar tadi membaca berita BERNAMA, Kartika sendiri setelah dinasihatkan oleh pihak-pihak seperti di atas masih tetap dengan pendirian beliau untuk menerima hukuman yang telah di tetapkan oleh Mahkamah Syariah Pahang dan beliau redha menerima ketentuan tersebut.

Pada pandangan saya, biarkanlah Kartika menerima hukuman yang telah ditetapkan dan saya percaya beliau telah betul-betul insaf dan bertaubat dan dengan hukuman tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kesalahan yang ditanggung oleh beliau di atas dunia ini sementara menantikan hukuman Allah swt di akhirat kelak. Janganlah dipedulikan nasihat-nasihat mereka-mereka yang sememangnya kurang keagaamaannya dan bukan ahli dalam memberikan nasihat agama. Pedulikanlah apa dunia ingin memandang Malaysia sekalipun kerana di dalam Islam tiada moderate tapi hanyalah semata-mata peraturan Allah swt sahaja.

Tenanglah Kartika dan redhalah segala apa yang berlaku. Kuatkanlah keimananmu Kartika dari musuh-musuh yang sentiasa ingin memecahbelahkan dan melemahkan kekuatan keimanan kamu, semoga kamu akan sentiasa di lindungiNya dan diberi kekuatan olehNya. Tenanglah Kartika.

2 comments:

walid said...

Salam.
Go KArtika Go.....

walid said...

Salam lagi
semmgnya mereka yg mencetuskan kontroversi pasal takutkan bayang-bayang sendri.
Katakan la kartika disebat...dah tentu sapa2 pasni yg ditangkap dan didapatii bersalah bawah Syariah court, kerna arak ,judi , tentu kena sebat.Jadi in oder takut terkena btg hidung sendri, terpaksalah menangkis hukum ni...agk2nya gitu..