Saturday, August 29, 2009

kudENG jR

Kudeng dsS ada mengirimkan gambar anak lelaki beliau yang lahir pada 10 Julai 2009 yang lalu. Namanya Tengku Ahmad Qais bin Tengku Anzarudin. Kudeng beritahu dalam email beliau bahawa anak bongsu beliau ini baik dan sihat. Sementara isteri Kudeng yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat pendarahan di luka pembedahannya pun telah beransur sihat dan boleh membuat kerja-kerja rumah yang ringan. Saya doakan Kudeng sekeluarga akan sentiasa sihat dan sejahtera dalam menempuh Ramadhan yang mulia ini dan juga hari-hari seterusnya.

Friday, August 28, 2009

kitaNG

Semasa dalam perjalanan untuk ngeteh dengan Fadil Sutok tengah malam semalam, saya menelefon Kitang dan apabila panggilan saya di jawab terdengar suara perempuan. Rupa-rupanya isteri Kitang, Lily yang menjawab panggilan saya itu. Saya tanyakan Kitang dan sangkakan beliau berada di Temerloh di rumahnya. Rupa-rupanya Lily memberitahu bahawa Kitang telah dimasukkan ke Hospital Pantai sejak dari Selasa lalu kerana sakit di bahagian usus perut. Kitang telah selamat menjalani pembedahan usus pada hari Rabu dan kini masih di rawat di situ. Kitang pula sudah tidur ketika itu dan saya minta Lily sampaikan salam saya kepadanya. Saya lupa pula bertanyakan Lily berapa lama lagi Kitang akan berada di hospital. Mungkin esok saya akan menelefon semula untuk bertanyakan kepada Kitang atau Lily nanti. Semoga Kitang akan kembali sihat dan pulih semula.

Wednesday, August 26, 2009

kaRtiKa

Alhamdulillah, sudah 4 hari kita menempuh Ramadhan namun isu Kartika semakin panas dan mendapat perhatian begitu meluas. Sampaikan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita turut campurtangan memberikan pandangan. Tengku Mahkota Pahang sendiri turut memberikan peringatan. Semalam sewaktu menonton CNN, BBC dan AlJazeera, isu Kartika turut di beri perhatian di seluruh dunia dan mengambarkan suatu hukuman yang tidak adil dan memberi kesan buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang Islam Moderate.

Isnin lepas sewaktu bermesyuarat dengan seorang sahabat saya dari Australia, saudara Jack Alfred Williams yang menjadi penasihat kepada Shell Malaysia, beliau turut membangkitkan isu ini dalam perbualan beliau. Katanya isu Kartika turut menjadi perbualan hangat di Australia dan ini sesuatu yang memberikan kesan buruk kepada imej Malaysia di mata dunia.

Dan sebentar tadi membaca berita BERNAMA, Kartika sendiri setelah dinasihatkan oleh pihak-pihak seperti di atas masih tetap dengan pendirian beliau untuk menerima hukuman yang telah di tetapkan oleh Mahkamah Syariah Pahang dan beliau redha menerima ketentuan tersebut.

Pada pandangan saya, biarkanlah Kartika menerima hukuman yang telah ditetapkan dan saya percaya beliau telah betul-betul insaf dan bertaubat dan dengan hukuman tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kesalahan yang ditanggung oleh beliau di atas dunia ini sementara menantikan hukuman Allah swt di akhirat kelak. Janganlah dipedulikan nasihat-nasihat mereka-mereka yang sememangnya kurang keagaamaannya dan bukan ahli dalam memberikan nasihat agama. Pedulikanlah apa dunia ingin memandang Malaysia sekalipun kerana di dalam Islam tiada moderate tapi hanyalah semata-mata peraturan Allah swt sahaja.

Tenanglah Kartika dan redhalah segala apa yang berlaku. Kuatkanlah keimananmu Kartika dari musuh-musuh yang sentiasa ingin memecahbelahkan dan melemahkan kekuatan keimanan kamu, semoga kamu akan sentiasa di lindungiNya dan diberi kekuatan olehNya. Tenanglah Kartika.

Friday, August 21, 2009

raMadhaN

Alhamdulillah, insyaallah kita semua akan dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang penuh dengan hikmah dan barakah dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan beribadah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kepada seluruh warga budiMaN dan saudara muslimin dan muslimat yang mengikuti blog ini.

Sempena Ramadhan ni saya nak mengingatkan diri saya sendiri supaya kena berhentilah sekejap balun golf sambil bawak botol air dan nasi lemak bungkus, berhenti lah sekejap party kat Hard Rock, Loft, Sunshine, Blanc, News dan Redbox Pavillion, berhentilah sekejap lepak kat Carlos dan La BodeGa, berhentilah kutuk member walaupun ianya benar, berhentilah jeling kat awek yang pakai string yang renung kita dari tadi, berhenti lah buat perkara di atas walaupun dalam bulan puasa ni member-member anda semua masih buat perkara di atas macam dalam bulan tak puasa jer dan berhentilah selama-lamanya mana-mana yang patut anda berhenti lakukan.....

Sebab bukan dalam bulan Ramadhan jer perkara-perkara yang tak elok ni perlu dihentikan tetapi kalau boleh dimulakan melalui Ramadhan ni kan kah elok namanya tu.... So Good Luck everybody and me....

Saturday, August 15, 2009

h1N1

Gejala penyakit H1N1 kini semakin membimbangkan dan sudah sampai ke tahap kritikal di negara kita. Banyak institusi, sekolah telah di tutup bagi membendung merebaknya penyakit ini. Di ketika ini Malaysia telah menjadi negara ke 3 di rantau Asia Pasific yang mempunyai kematian paling tinggi selepas Australia dan Thailand. Sehingga ini, sudah ada 51 kematian akibat H1N1 dan pola kematian yang paling tinggi adalah dari bangsa Melayu. WHO pula meramalkan penduduk Malaysia seramai 500,000 orang akan dihidapi penyakit ini dan jumlah kematian boleh mencecah sehingga 28,000 orang. Satu jumlah yang sangat-sangat membimbangkan. Langkah-langkah yang lebih serius sewajarnya di lakukan oleh kerajaan dalam membendung gejala ini selain kesedaran orangramai sendiri untuk sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan. Adakah ini satu lagi bala yang diturunkan kepada kita semua akibat keangkuhan dan kedegilan manusia yang tidak pernah ingin memperjuangkan syariatNya? Sesungguhnya setiap kerosakan di muka bumi ini adalah berpunca dari kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Semoga budiMaN semua di lindungiNya dan seluruh ahli keluarga budiMaN sentiasa dalam sihat sejahtera. Amin.

Thursday, August 13, 2009

reWind -nikAh siAM

Semenjak artikel nikah siam tempohari keluar kat blog ni dah ada 7-8 orang dah mintak panduan dari gua camne nak nikah kat Siam. Ada yang call sendiri, ada yang sms dan ada yang e-mail. Ada lelaki dan ada perempuan yang call. Dari gaya mereka semuanya nampaknya macam betul-betul serius dan mengharapkan gua bagi panduan. Rupa-rupanya ramai yang berhajat sungguh nak mendirikan masjid ni walaupun terpaksa lalu ikut jalan belakang. Kasihan jugak dengan dia orang tu sebab kebanyakan yang berhajat tu selalunya terpaksa memendam hasrat dan sendiri-sendiri cari jalan. Nak bersuara terang-terang takut pulak nanti pecah lobang dan di ketahui isteri tua. Susah-susah...nak kahwin pun susah..tak kahwin pun susah. Camne?

Sunday, August 09, 2009

jeM giLeR

Jumaat lepas sewaktu pulang dari Port Dickson, laluan lebuhraya PLUS sesak dengan kenderaan yang kebanyakan menghala ke selatan. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 40 minit dari PD ke Kuala Lumpur menjadi hampir 2 jam. Rakan saya yang membawa kereta kata kalaulah petrol harga RM10 seliter tentu tak jadi jem giler ni. Dah tentu ramai yang pakai motosikal dan kereta hanya di gunakan untuk balik kampung jer tupun kalau ada budget untuk minyak. Bayangkan nak isi minyak tangki penuh 70 liter jadi RM700, memang tak pakai kereta la. Yang boleh pakai kereta pun Datuk K dengan Siti Nurhaliza jer dan yang sekaya macam mereka. Barulah aman sikit rasanya Kuala Lumpur kalau minyak RM10 seliter ni. Masa tu barulah tengok CEO naik basikal pergi kerja pakai drebar macam iklan kat TV tu. Bagus juga kalau minyak RM10 seliter tapi dengan syarat kerajaan bagi subsidi minyak untuk lori dan kenderaan awam lah, barulah harga tiket bas, teksi dan barangan tak naik, sama macam sekarang. Amacam, ok tak kalau kita suggest kat kerajaan macam tu?

Satu lagi kalau nak suruh orang berhenti hisap rokok, apa kata kerajaan tetapkan harga minima rokok jadi RM200 sebungkus... Gerenti berapa juta orang berhenti hisap rokok! Kalau hisap pun kena tong-tong beli rokok batang yang harganya RM30 sebatang dan kongsi sip 2-3 pam. Amacam?

Thursday, August 06, 2009

bZ

Cuma beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan. Saya sendiri cuba menghabiskan beberapa urusan kalau boleh sebelum Ramadhan menjelang supaya apabila Ramadhan nanti takdelah nak sibuk sangat ke sana sini. Tak banyak berita kengkawan budiMaN yang saya perolehi sepanjang 2 minggu ini mungkin juga kerana saya tidak berpeluang bertemu dengan mereka. Kebanyakan rakan budiMaN juga saya rasakan sibuk dengan pelbagai urusan dan ini membataskan masa lapang untuk bertemu kengkawan..

Apamz ada e-mail kepada saya dan memberitahu saya bahawa ada rakan budiMaN yang menyampaikan sumbangan kepada beliau bagi membeli peralatan perniagaan beliau. Terima kasih kepada rakan budiMaN tersebut yang prihatin dengan keadaan rakan budiMaN kita itu..

Dalam blog Suhaimi diA pula (seperti yang saya link kat bawah tu) beliau ada menyatakan bertemu dengan Razali dbS Julai 85( Zali Totet ) yang kini bergelar Tuan Haji Razali yang kini menetap di Simpang Kg Awah dan menjalankan perniagaan cleaning product dengan showroom beliau di Simpang Kg Awah. Khabarnya Zali Totet juga mempunyai kilang mengeluarkan cleaning product ni di Jengka. Gambar Zali Totet dan showroom beliau ada di muatkan dalam blog Suhaimi.