Pada petang Selasa lalu saya bersama 5 lagi rakan saya meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Thailand dengan menaiki 1 kereta dan 1 SUV. Kami bertolak dari KL kira-kira jam 2-30 petang dan singgah di beberapa perhentian. Sampai di Ipoh, kereta Mercedes Benz yang saya naiki buat hal pula dan hanya boleh dipandu sekitar 110 km/j sahaja. Rupa-rupanya gearbox rosak tetapi kami teruskan perjalanan juga kerana saya sudah berjanji dengan rakan Mizi Songkhla untuk sampai sekitar waktu Maghrib di sempadan. Akhirnya kami sampai di Bukit Kayu Hitam jam 8-00 malam dan gearbox Benz memang out terus cuma boleh dipandu sekitar 60 km/j sahaja.
Sampai di Bukit Kayu Hitam, rakan Mizi yang menguruskan kedatangan saya iaitu Ed Siam sudah siap menunggu dan membuat 2 trip menaiki kereta beliau untuk masuk ke Danok dan check-in di KPK Hotel. Amin dsS juga ada menghubungi saya dan memberitahu beliau juga sudah berada di Danok dan akan tidur di sana juga untuk bertemu dengan saya. Selepas selesai mandi, kami semua pergi menjamu selera di Restoran NurLaila yang terkenal di Danok. Di restoran tersebut saya bertemu dengan Amin dsS bersama 2 lagi rakan beliau dari Alor Star. Restoran NurLaila memang terkenal dengan masakan Thai dan banyak jenis makanan yang istimewa seperti Asam Pedas Ikan Keli, Kerabu Kaki Ayam, Somtam dan bermacam-macam lagi.
Selepas makan, kami semua sambung sembang dan rilek di sebuah pub bersama-sama Amin dsS sehingga jam 1 pagi. Selepas itu kami pulang ke hotel menaiki teksi motosikal. Amin dsS duduk di hotel berlainan dan beliau beritahu bahawa beliau akan pulang ke Alor Star pagi2 esok kerana beliau tidak cuti.
Pagi esoknya Ed Siam sudah sedia menunggu di lobby hotel untuk membawa 2 rakan saya untuk urusan di Kedutaan Songkhla. Saya menghubungi Mizi untuk mengaturkan beberapa urusan tersebut dan kemudiannya saya dan Mizi berjanji untuk bertemu di Kelab Golf Southern Hill, Hatnyai sekitar jam 2-00 petang. Jadi 2 rakan saya bersama Ed Siam terus ke Songhkla sementara saya bersama 3 lagi rakan saya stay di hotel menunggu kereta yang diuruskan oleh Mizi untuk membawa kami ke Kelab Golf Southern Hill. Kira-kira jam 12-00 tengahari, kereta yang membawa kami sampai dan kami bertolak ke Hatnyai dan sampai kira-kira jam 1-00 tengahari dan sementara menunggu Mizi, kami menjamu selera di Kelab Golf Southern Hill. Tidak lama kemudian Mizi sampai dengan seorang pegawai beliau dari PDRM dan kami berenam memulakan golfing kami.
Habis bergolfing sekitar jam 7-00 petang dan kami teruskan bersembang di Coffee House Club sampai jam 9-00 malam. Mizi kemudiannya menghantar kami ke Van Kedutaan yang disediakan oleh beliau untuk pulang semula ke Danok di hotel penginapan kami. Sampai di Danok sekitar jam 10-00 malam dan kami mandi dan terus sekali lagi ke Restoran NurLaila untuk makan malam dengan di sertai oleh 2 rakan kami yang ke Songkhla tadi. Amin dsS ada menelefon dan beliau kata kalau lapang beliau akan datang untuk sertai kami tetapi akhirnya beliau tidak dapat datang kerana ada sedikit urusan. Habis dinner sekitar jam 12-00 malam dan kami tapau pula Pulot Mempelam, Pulot Ayam untuk kami sambung makan dan sembang di hotel.
Pada hari Khamis tengahari, kami berenam check-out dari hotel di Danok dan Ed Siam sudah sedia menunggu untuk membawa kami keluar melepasi sempadan dan masuk ke Malaysia. Urusan kami tidak selesai lagi dan 3 orang rakan kami menaiki SUV untuk ke Kangar pula bagi urusan selanjutnya sementara saya dan 2 rakan lagi menaiki Mercedes yang rosak gearbox perlahan-lahan ke pekan Jitra untuk di tukar gearbox baru.
Sampai di Jitra lebihkurang pukol 2-00 petang dan terus ke bengkel Mercedes Benz dan saya terima panggilan dari rakan di Kangar bahawa beliau sudah menempah hotel di Putra Palace untuk kami. Gearbox hanya boleh disiapkan pada tengah malam jadi kami berjanji untuk mengambil kereta pada pagi Jumaat dan mereka memberikan kami sebuah Mercedes Kompressor untuk ke Perlis.
Kami sampai di Putra Palace sekitar jam 8-00 malam dan selesai check in dan mandi, tuan rumah kami di Perlis telah sedia menunggu di lobby hotel Putra Palace untuk membawa kami makan malam di Han Tien Restoran di Kuala Perlis. Memang kow-kow udang galah besar ( Seekor2 besar betis kita ) dan macam-macam seafood lagi dijamu kat kami. Urusan kami di Perlis dapat di selesaikan pada hari itu juga.
Esok paginya untuk breakfast, Pengarah BPR (SPRM) Perlis, Dato' Yusof Shamsudin sudah sedia menunggu saya di lobby hotel dan kami semua breakfast bersama. Macam-macam sembang dan tak sedar dah pukol 11-00 dan kami minta diri untuk ke Jitra semula mengambil kereta yang sudah siap di pasang dengan gearbox baru. Sampai di Jitra sekitar jam 2-00 petang dan rakan saya menguruskan mengambil kereta sementara kami berlima lagi di bawa pula ke sebuah dusun durian untuk menjamu buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain lagi.
Kira-kira jam 4-30 petang, kami semua berenam bertolak balik ke Kuala Lumpur dan sampai jam 8-00 malam di pejabat kami di Wangsa Maju. Di sini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Mizi Songkhla yang telah bersusah payah mengaturkan urusan perjalanan kami di Thailand, terima kasih kepada Amin dsS yang sanggup bersama kami tidur di Danok dan membawa kami pusing-pusing di sana dan alhamdulillah segala urusan seperti yang dirancangkan telah berjalan dengan lancar dan berjaya. Pada saya this is one of the best top 10 outstation trip walaupun kereta Benz kami mengalami sedikit kerosakan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua.
2 comments:
Lan,
Kereta Merc tu repair gearbox atau tukar gearbox? berapa kosnya. Sampaikan salam saya kepada Sham, Hasnan dan Sani.
Salam Mizi,
Kereta Merc tu tukar gearbox secondhand dari Butterworth. Tapi kedai tu memang bagus la. Kerja dia kemas dan cepat dan harga dia banyak murah dari KL. Tapi gearbox lama kena trade in kat dia.
2 minggu lagi Sani mungkin pergi lagi sebab urusan hari tu tak settle lagi kat Perlis. Dia orang ada kata nak main lagi kat Southern Hill. Dia orang ajak aku sekali tapi aku tengok keadaan dulu kalau tak bz.
Pengarah BPR Perlis hari tu rupanya member kamcing dengan si Rosli PDRM tu. Aku cerita kat dia main golf dengan korang.
Post a Comment