Thursday, June 25, 2009

niKah di siAM

Setelah angau dan cintan habis kat girlfriend dan rasa-rasa mampu nak bernikah lagi satu maka berpakatlah dengan girlfriend tu nak menikah. Malangnya bini nombor satu tak kasi pulak atau nak suarakan kat bini tak berapa berani sebab dah tahu dah jawapannya. Maka langkah seterusnya ialah bernikah senyap-senyap kat Siam.

Cara nak menikah kat Siam ni senang je sebenarnya. Cari jer tukang atur pernikahan kat Siam ni yang berlambak kat sempadan tu tapi kena hati-hati jugak sebab banyak konsultan tipu buat nikah dengan jurunikah tak bertauliah. Bagi geng budiMaN yang rasa-rasa ada hajat..tanya2 lah kat Mizi sebab hari tu dia pun pelawa kalau ada kengkawan nak nikah. Konsultan tipu ni ada yang pernah charge sampai RM13,000 urus nikah ni beb. Betul punya cerita ni.

Dah dapat konsultan nikah tu beritahu dia bila nak pergi nikah. Tetapkan tarikhnya then bertolak la dengan bakal bini ke Bukit Kayu Hitam atau Golok ker...mana-mana la yang senang. Sampai kat sempadan agen nikah ni akan tunggu dan bawa pasangan angau tadi ke Siam. Kena ada passport beb, tidak nanti susah nak daftar. Bawak passport dan bawak Kad Pengenalan.

Agen nikah akan uruskan akad nikah dengan Jurunikah yang bertauliah dan di iktiraf oleh Jabatan Agama Islam Thailand di Songkhla. Saksi akan di sediakan oleh Agen Nikah. Akad nikah ni tak sampai 10 minit dan kalau di buat di Songkhla, boleh terus dapat Sijil Nikah yang sah. Kalau nikah di Narathiwat ker, Golok ker, Danok ker, Satun ker..sijil nikah hanya boleh di buat di Songkhla. Jadi kalau nak cepat, nikahlah kat Songkhla. Tidak mahu kena tunggu seminggu beb.

Lepas nikah, pasangan pengantin baru kena menghadirkan diri di Konsulat Malaysia di Songhkla untuk Surat Pengesahan Konsulat. Jadi kalau nikah kat Narathiwat kena pergi Songkhla jugak beb. Surat ni ambil masa jugak sebab Konsulat sibuk, banyak acara...hehe tapi kalau kengkawan budiMaN punya pasal...setengah jam jer siap..atas padang golf pun Mizi boleh sign. Tidak kena la tunggu 2-3 hari kot sebab banyak permohonan nikah ni... kan Mizi.

Selesai dapat 2 surat tu iaitu Sijil Nikah dari Pejabat Agama Thailand dan Surat Pengesahan dari Konsulat, pengantin pun boleh balik Malaysia. Lepas tu pergi lah pejabat Agama di Malaysia tempat bermastautin atau seperti alamat kad pengenalan dan daftar perkahwinan tersebut. Kena denda tapi tak melebihi RM1,000. Kan senang proses tu...semuanya tu kalau geng budiMaN punya pasal, saya rasa dalam 2 jam siap la semuanya nikah di Thailand.

Lepas tu korang pandai-pandai la jawab dengan bini tua korang kalau rahsia terbongkar. Habis kuat 3-4 bulan jer mengamuk sakan pun...tahan je la...ibarat kerak nasi kata orang tua2...lama2 lembut la beb. Tu pun gua mau ajar jugak ker?

Tuesday, June 23, 2009

toLoNG

Raman Kerbau kini bekerja dengan Al Rajhi Bank sebagai pegawai pinjaman peribadi. Driving Range di Maran yang diusahakannya nampaknya tidak begitu berjaya. Jadi kepada sesiapa yang nak buat personal loan dengan Al Rajhi boleh mengubungi Raman Kerbau di 013-9189221. Kakitangan kerajaan saya rasa boleh pinjam sampai 35 kali gaji manakala swasta sampai 8 kali gaji. Apa-apa pun maklumat lanjut boleh di dapati dengan menghubungi Raman Kerbau sendiri dan saya percaya beliau boleh menolong rakan budiMaN yang ingin membuat pinjaman dengan Al Rajhi. ( Untuk Abg Amid epF - gambar atas tu gambar caddy kelab golf Siam masa pergi ari tu...hehehe)

Saturday, June 20, 2009

siAM

Pada petang Selasa lalu saya bersama 5 lagi rakan saya meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Thailand dengan menaiki 1 kereta dan 1 SUV. Kami bertolak dari KL kira-kira jam 2-30 petang dan singgah di beberapa perhentian. Sampai di Ipoh, kereta Mercedes Benz yang saya naiki buat hal pula dan hanya boleh dipandu sekitar 110 km/j sahaja. Rupa-rupanya gearbox rosak tetapi kami teruskan perjalanan juga kerana saya sudah berjanji dengan rakan Mizi Songkhla untuk sampai sekitar waktu Maghrib di sempadan. Akhirnya kami sampai di Bukit Kayu Hitam jam 8-00 malam dan gearbox Benz memang out terus cuma boleh dipandu sekitar 60 km/j sahaja.
Sampai di Bukit Kayu Hitam, rakan Mizi yang menguruskan kedatangan saya iaitu Ed Siam sudah siap menunggu dan membuat 2 trip menaiki kereta beliau untuk masuk ke Danok dan check-in di KPK Hotel. Amin dsS juga ada menghubungi saya dan memberitahu beliau juga sudah berada di Danok dan akan tidur di sana juga untuk bertemu dengan saya. Selepas selesai mandi, kami semua pergi menjamu selera di Restoran NurLaila yang terkenal di Danok. Di restoran tersebut saya bertemu dengan Amin dsS bersama 2 lagi rakan beliau dari Alor Star. Restoran NurLaila memang terkenal dengan masakan Thai dan banyak jenis makanan yang istimewa seperti Asam Pedas Ikan Keli, Kerabu Kaki Ayam, Somtam dan bermacam-macam lagi.
Selepas makan, kami semua sambung sembang dan rilek di sebuah pub bersama-sama Amin dsS sehingga jam 1 pagi. Selepas itu kami pulang ke hotel menaiki teksi motosikal. Amin dsS duduk di hotel berlainan dan beliau beritahu bahawa beliau akan pulang ke Alor Star pagi2 esok kerana beliau tidak cuti.
Pagi esoknya Ed Siam sudah sedia menunggu di lobby hotel untuk membawa 2 rakan saya untuk urusan di Kedutaan Songkhla. Saya menghubungi Mizi untuk mengaturkan beberapa urusan tersebut dan kemudiannya saya dan Mizi berjanji untuk bertemu di Kelab Golf Southern Hill, Hatnyai sekitar jam 2-00 petang. Jadi 2 rakan saya bersama Ed Siam terus ke Songhkla sementara saya bersama 3 lagi rakan saya stay di hotel menunggu kereta yang diuruskan oleh Mizi untuk membawa kami ke Kelab Golf Southern Hill. Kira-kira jam 12-00 tengahari, kereta yang membawa kami sampai dan kami bertolak ke Hatnyai dan sampai kira-kira jam 1-00 tengahari dan sementara menunggu Mizi, kami menjamu selera di Kelab Golf Southern Hill. Tidak lama kemudian Mizi sampai dengan seorang pegawai beliau dari PDRM dan kami berenam memulakan golfing kami.
Habis bergolfing sekitar jam 7-00 petang dan kami teruskan bersembang di Coffee House Club sampai jam 9-00 malam. Mizi kemudiannya menghantar kami ke Van Kedutaan yang disediakan oleh beliau untuk pulang semula ke Danok di hotel penginapan kami. Sampai di Danok sekitar jam 10-00 malam dan kami mandi dan terus sekali lagi ke Restoran NurLaila untuk makan malam dengan di sertai oleh 2 rakan kami yang ke Songkhla tadi. Amin dsS ada menelefon dan beliau kata kalau lapang beliau akan datang untuk sertai kami tetapi akhirnya beliau tidak dapat datang kerana ada sedikit urusan. Habis dinner sekitar jam 12-00 malam dan kami tapau pula Pulot Mempelam, Pulot Ayam untuk kami sambung makan dan sembang di hotel.
Pada hari Khamis tengahari, kami berenam check-out dari hotel di Danok dan Ed Siam sudah sedia menunggu untuk membawa kami keluar melepasi sempadan dan masuk ke Malaysia. Urusan kami tidak selesai lagi dan 3 orang rakan kami menaiki SUV untuk ke Kangar pula bagi urusan selanjutnya sementara saya dan 2 rakan lagi menaiki Mercedes yang rosak gearbox perlahan-lahan ke pekan Jitra untuk di tukar gearbox baru.
Sampai di Jitra lebihkurang pukol 2-00 petang dan terus ke bengkel Mercedes Benz dan saya terima panggilan dari rakan di Kangar bahawa beliau sudah menempah hotel di Putra Palace untuk kami. Gearbox hanya boleh disiapkan pada tengah malam jadi kami berjanji untuk mengambil kereta pada pagi Jumaat dan mereka memberikan kami sebuah Mercedes Kompressor untuk ke Perlis.
Kami sampai di Putra Palace sekitar jam 8-00 malam dan selesai check in dan mandi, tuan rumah kami di Perlis telah sedia menunggu di lobby hotel Putra Palace untuk membawa kami makan malam di Han Tien Restoran di Kuala Perlis. Memang kow-kow udang galah besar ( Seekor2 besar betis kita ) dan macam-macam seafood lagi dijamu kat kami. Urusan kami di Perlis dapat di selesaikan pada hari itu juga.
Esok paginya untuk breakfast, Pengarah BPR (SPRM) Perlis, Dato' Yusof Shamsudin sudah sedia menunggu saya di lobby hotel dan kami semua breakfast bersama. Macam-macam sembang dan tak sedar dah pukol 11-00 dan kami minta diri untuk ke Jitra semula mengambil kereta yang sudah siap di pasang dengan gearbox baru. Sampai di Jitra sekitar jam 2-00 petang dan rakan saya menguruskan mengambil kereta sementara kami berlima lagi di bawa pula ke sebuah dusun durian untuk menjamu buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain lagi.
Kira-kira jam 4-30 petang, kami semua berenam bertolak balik ke Kuala Lumpur dan sampai jam 8-00 malam di pejabat kami di Wangsa Maju. Di sini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Mizi Songkhla yang telah bersusah payah mengaturkan urusan perjalanan kami di Thailand, terima kasih kepada Amin dsS yang sanggup bersama kami tidur di Danok dan membawa kami pusing-pusing di sana dan alhamdulillah segala urusan seperti yang dirancangkan telah berjalan dengan lancar dan berjaya. Pada saya this is one of the best top 10 outstation trip walaupun kereta Benz kami mengalami sedikit kerosakan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua.

Sunday, June 14, 2009

beRitA

Ada beberapa perkara yang saya nak sampaikan:

1. Pada 11hb Jun 2009 (Khamis), isteri Raman Kerbau dbS iaitu Puan Kamisah telah dimasukkan ke Hospital Temerloh akibat kekurangan darah di dalam badan. Kandungan darah beliau hanya 3.7 sahaja sedangkan kadar normal sekitar 10-12. Beliau telah dimasukkan darah dan keadaan beliau telah stabil sedikit.

2. Wan Mazlan @ Apek dpA rupa-rupanya baru menimang cahayamata pada 2hb April 2009 yang lalu. Beliau mendapat anak lelaki. Kini Apek dah ada 2 anak dara dan seorang anak teruna. Moga bertambah-tambah rezeki Apek sekeluarga dengan kehadiran baby baru. Mesti Apek tengah sibuk basuh lampin dan buat susu tengah-tengah malam sekarang. Nak berjalan pun kena bawak bakul raga siap-siap dengan kelengkapan.

3. AGGP 2009 Songkhla mungkin terpaksa di tangguhkan kerana ramai budiMaN yang pada mulanya ingin menyertai terpaksa membatalkan penyertaan kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun jika ianya ditangguhkan, insyaallah saya akan ke Songkhla juga pada hari Selasa ini untuk bertemu Mizi di Kedutaan kerana sedikit urusan. Saya pun dah janji dengan Mizi untuk bergolfing kalau sempat nanti.

Wednesday, June 10, 2009

pApa rOck

1. Apamz ada mengirimkan 2 keping gambar kenangan beliau semasa di UitM Kuantan dahulu. Sekeping gambar di atas dan sekeping lagi gambar bersama geng diA. Gambar bersama geng diA sebenarnya telah di hantar oleh Kitang diA dahulu semasa awal blog dan saya rasa sudah di siarkan, jadi saya cuma siarkan gambar atas sahaja. Dari kiri Sabri Cigak, Apamz, Ramli Sarip (Papa Rock), Mizi Songkhla dan Alias diB. Gambar ni saya rasa di ambil kat kantin UitM Taman Gelora sebab saya ingat lagi Ramli Sarip ada singgah di sana dahulu.

2. Mizi Songhkla yang dalam perjalanan ke KL malam tadi ada sms kepada saya bertanyakan pasal AGGP Songkhla dan bertanyakan samada event tersebut jadi ke tidak. Saya kata kepada beliau insyaallah kalau tiada aral sampai juga nanti geng budiMaN. Ada beberapa orang geng budiMaN yang terpaksa cancel kerana mempunyai beberapa urusan yang tidak dapat di elakkan tetapi saya rasa masih ramai juga yang akan pergi. Kepada yang tiada passport, insyaallah boleh menyertai juga cuma mungkin kena extra charges sikit la tetapi jangan bimbang ada jalannya. Jadi kepada yang nak pergi tu, sila-sila confirm balik sebab nak arrange transport dan sebagainya. Mizi Songkhla akan menjadi hos untuk Dinner AGGP budiMaN selama 2 malam nanti kita di sana dan acara serta penginapan insyaallah akan saya umumkan nanti selepas confirmation budiMaN yang pergi.

Monday, June 01, 2009

sK iN dA hoUsE!

Assalamualaikum,
Ha! Mesti kengkawan pelikkan? Tetiba je SK menjelma. SK luangkan masa jugaklah letak n3 dalam blog. Lama sungguh SK tak jenguk blog. Bukan blog budiMaN saja blog kawan2 SK yang lain pun dah lama SK tak jenguk. Bukan nya tak sudi tapi tak ada kesempatan nak jenguk hari2. SK doakan kengkawan semua sihat dan sejahtera sentiasa.

Kejap aje dah bulan Jun kan? (harap2 Jun tak tersedak sbb sebut nama Jun ni heheee). Ramai yang bercuti, maklumlah cuti sekolah. Masa nilah nak bawak keluarga beriadah kan? Cuti2 Mesia. Seronoknya!

Bagi SK pulak hari ni, 1 June buat SK terkenang2 kan masa 18 thn lalu. Masa dok atas pelamin ahaks! Hari ni hari ulangtahun perkahwinan SK dan Kida. Alhamdulillah dah 18 tahun dah. Moga SK dan Kida sentiasa dirahmati Allah swt. Amiinnnnn. Balik dari lunch tadi, SK terkejut sbb ada sejambak bunga atas meja. Alahai Kida ni… beli jiwa pulak dia.. Darling you are so sweet. Bunga tu cantik sangat. Thank you so much! Love u! Sayang suka banget!

Sian kat Kida hajat nak bercuti tak kesampaian sebab SK tak dapat nak cuti. Banyak sangat urusan perlu di bereskan dalam bulan Jun ni. Tulah darling len kali jangan nak wat surprise2 gitu…Insyaallah kalau ada umur panjang dan ada rezeki kita pergi cuti2 mesia ye! Jangan merajuk tau!

Hari ni jugak best fren SK masa kat ITM called. Sapa lagi kalau bukan Arfah. Arfah jemput SK ke rumah dia this weekend sebab raikan birthday anak dia (Aiman). Malangnya SK nak balik Kampung jadi tak dapat lah nak join besday tu. Apa pun Happy Birthday Aiman. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan jadi anak yang soleh. Dengar2 Tim Mohiden pergi jemputan rumah Arfah. Buat Arfah dan para jemputan semua selamat bergumbira ye!

Dengan malu2 kucing, SK letak gambar sejambak bunga pemberian insan yang tercinta kat sini tuk kenangan2...