1. Rabu malam yang lalu saya terima sms dari Kitang memberitahu bahawa Lan Kentei diA di masukkan ke hospital di Selangor Specialist Centre, Seksyen 20, Shah Alam dan akan menjalani pembedahan hernia pada keesokannya (Khamis). Kudeng dsS juga ada menghantar sms kepada beberapa kengkawan memberitahu hal ini. Kentei kini ditempatkan di Wad 347 dan telah selamat menjalani pembedahan tersebut. Saya telah menelefon beliau sebentar tadi dan beliau beritahu saya keadaan beliau baik dan pembedahan tersebut berjalan dengan selamatnya. Semoga Kentei akan segera sembuh dan kepada kengkawan yang nak menziarah Kentei eloklah telefon beliau dulu di 019-3852022.
2. SK pula telah selamat sampai di Manila dan terus ke Cebu dalam penerbangan yang memakan masa hampir 6 jam. SK menginap di Hotel Shangrila Mactan Cebu dan telah mula bermesyuarat dari semalam (Khamis). SK kata pantai di Cebu cantik dan air lautnya jernih. Waktu solat Subuh pula jam 4-45 pagi dan waktu Isyak pula masuk pada pukol 7-02 malam jadi aktiviti di Cebu tutup seawal jam 8-30 malam. Mencari makanan halal adalah paling sukar kerana kebanyakan makanan adalah tidak halal. Jadi SK beritahu beliau cuma makan buah dan biskut yang dibawa dari Malaysia saja. Cuma semalam SK jumpa suatu restoran yang ada nasi dengan ikan yang di masak dengan di beritahu tanpa penggunaan benda yang tak halal jadi jumpalah dengan nasi. Yang tak bestnya SK kata semua wakil IT Head/ CEO/ COO IT Prudential Insurance Asia Region yang datang semuanya lelaki baik dari Japan, Korea, China, India, Thailand, Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Singapore dan lain-lain negara Asia, jadi SK seorang jer pompuan. SK In A Man'S World! Insyaallah SK akan sampai pulang pada Sabtu malam nanti dan SK ada ambil banyak gambar, jadi lepas ni boleh siar kat blog.
1 comment:
Salam semua.. Tqvm kpd yg dtg melawat, call & anta SMS kpd saya.. Alhamdulillah, saya sihat & slmt menjalani minor operation. Doakan speedy recovery utk saya.. InsyaAllah esok ptg saya will be discharged agaknya.. Tq n salam..
Lan Kentei
katil 347, Selangor Mdcl Ctr, Shah Alam
Post a Comment