Friday, December 05, 2008

seLaMat aidiLAdhA

Hari Isnin minggu hadapan semua umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Oleh kerana saya dan keluarga akan pulang ke kampung di Temerloh pada pagi esok insyaallah untuk menyambut AidilAdha, maka saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua warga budiMaN khasnya dan semua umat Islam yang mengikuti blog ini. Marilah kita sama-sama menghayati AidilAdha bersama-sama keluarga dan rakan-rakan pada hari itu nanti. Kepada yang nak pulang ke kampung, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan anda semua untuk berhati-hati memandu di jalanraya dan semoga AidilAdha ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan meningkatnya ketakwaan kita semua.

8 comments:

Anonymous said...

Salam
Skali lagi yg ketama hehehe..
Walid sefamili juga ingin mengucapkan kpd semua rakan budiman sekeluarga "Selamat Menyambut HAri RAya Aidil Adha" semuga keberkatan dpt dirasai dan dinikmati bersama.
Mcm pesan Kida...berhati2 ketika dlm perjalanan pulang dan balik dan sentiasa berjaga2.Agar kita slamat dlm apa jua perjalanan kita.

p/s Jangan biarkan yg tersayang menanti kepulangan anda dlm tangisan..hehe (cam iklan gomen JKJR jerrr..)

Anonymous said...

Salam semua,

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha"

P/s: Golfers semua, kalau nak main golf, jangan ajak Mangkuk, dia tipu handicap, main 16 kata 24.Tak caya??? tanya Mat Taib. Kah... Kah... Kah...Mangkuk raya ni hang ada kat mana? Jom main golf...

Anonymous said...

2nd sini!(macam main guli pulak...)

Kwn & family pun nak ucapkan selamat menyambut hari raya korban, biar hari raya ni binatang je yang terkorban, jangan yang lain pulak terkorban...

bagi yg balik kg, pasangkan tali pinggang keledar anda juga yang duduk di belakang, pesanan dari JKJR (nok jugok!!)

SaYanG kidA said...

Salam semua

SK ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha juga di sebut Hari Raya Korban untuk semua sahabat budiman dan juga pengunjung blog ini.

Begitu besar makna korban ni jadi sama2lah kita menghayati dan mencari ertikata pengorbanan yang sebenar dalam hidup. Moga pengorbanan dapat dibuktikan dengan perlaksanaan insyaallah.

Suhaimi Y said...

Salam... terasa nak komen gak pagi ni sebab apamz dah sound nama aku. Bila nak korbankan diri, masa, kekayaan, idea untuk AGAMA??? Jgn dok buat "korban" kat pdg golf je bang .. Suhaimi Yaidin DIA.. tolong promote blog aku nih http://ambilpeduli.blogspot.com

Anonymous said...

Salam semua.. Saya & fmly pun ingin mengucapkan Selamat Hariraya Aidiladha.. Semuga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & dikekalkan silaturrahim yang berpanjangan... Aminnnnn...

Lan Kentei & fmly..

LaN KidA said...

Salam Suhaimi diA,
Macam ni la elok surface kan diri bersama-sama dalam komen ni. Selamat datang ke sini dan semoga Suhaimi akan bersama-sama bergiat aktif dalam aktiviti budiMaN macam Walid, Apamz, Kitang, Bilal, Ummi dan lain-lain.

Kita memang memerlukan budiMaN yang aktif dalam kerja-kerja amal terutama untuk initiate dan bekerja.

Selamat datang Suhaimi.

Anonymous said...

Salam...eheemm!!! terbatuk2 ni bila orang duk sebut2 nama Ummi..hehe..Salam dan Selamat Aidiladha untuk semua..sori laa bz sesangat minggu lepas..pastu cuti panjang..Harap semua Budiman sihat2 dan berbahgia selalu...