Wednesday, June 04, 2008

waLiMatUL uRuS


Setelah minggu lepas kami sekeluarga dengan 8 buah kereta berkonvoi dan bermalam selama 2 malam di Kuala Terengganu kerana majlis akad nikah dan kenduri pihak pengantin perempuan kini tibalah giliran kami sekeluarga mengadakan kenduri menyambut menantu pula. Jadi saya Mazlan bin Mokhtar dengan ini menjemput semua warga budiMaN dan kengkawan yang mengikuti blog ini untuk ke majlis perkahwinan adik bongsu saya Muzamir bin Mokhtar pada hari Sabtu 7hb Jun 2008 bertempat di rumah ayah saya di Kampung Tanjung Besar, Paya Pulai, Temerloh, Pahang. Majlis makan akan bermula dari jam 12-00 tengahari. Petunjuk ke rumah ayah saya ialah kalau dari Temerloh, sebelum Sekolah Kebangsaan Paya Pulai akan bertemu satu simpang ke Kampung Tanjung Besar, sila masuk simpang tersebut dan kira-kira 200 meter dari simpang tersebut akan bertemu Masjid Kg Tg Besar di sebelah kiri. Di hadapan masjid tersebut ada sebuah lorong di sebelah kanan dan dari lorong tersebut akan nampak rumah ayah saya. Kalau nak parking di depan masjid pun takpe kerana rumah ayah saya hanya kira-kira 50 meter setelah memasuki lorong tersebut.

Pada 6hb Jun 2008 pula, di tempat yang sama pada sebelah malamnya selepas waktu Isyak, akan di adakan juga Majlis Tahlil dan Doa Selamat. Kepada kengkawan yang nak hadir pun di persilakan kerana pada malam itu yang akan menyediakan makanan ialah Raman Kerbau dbS yang saya telah tempah awal-awal lagi.

Jadi kepada kengkawan budiMaN dan kengkawan yang mengikuti blog ini, jikalau mempunyai kelapangan atau berada di sekitar Pahang, sila lah nanti samada pada hari Sabtu atau pada hari Jumaat malam Sabtu nanti.

No comments: