Setelah mengadakan perbincangan dengan beberapa rakan budiMaN dan setelah hampir 4 bulan semenjak Februari lalu budiMaN mengadakan kerja amal di Surau Kg Tanjung Belengu, maka saya ingin mengajak kengkawan budiMaN semua sekali lagi untuk bersama-sama melakukan sedikit program amal untuk masyarakat. Kali ini tumpuan adalah untuk mengutip sumbangan bagi 3 perkara iaitu :
1. Sumbangan amal budiMaN kepada Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kg Sri Damai, Kuantan
Menurut Bilal, Maahad ini telah ditubuhkan kira-kira 10 tahun yang lalu dan di tadbir secara persendirian oleh Ustaz Rosli Abd Jabar. Terdapat 60 orang pelajar tahfiz belajar di sana dalam suasana persekitaran prasarana pembelajaran yang sangat sederhana. Banyak bergantung kepada sumbangan orangramai untuk prasarana, makan minum dan penyelenggaraan. Segala bentuk sumbangan dalam bentuk material seperti beras, susu, tepung dan sebagainya sangat-sangatlah di alu-alukan.
Sumbangan dari budiMaN, insyaallah akan di berikan dalam bentuk bahan-bahan material seperti beras, gula, susu dan keperluan2 lain yang di fikirkan sesuai. budiMaN akan menguruskan pembelian bahan-bahan tersebut dari hasil sumbangan tunai oleh warga budiMaN nanti.
2. Sumbangan Amal untuk Keluarga Apamz
Hampir setiap tahun semenjak budiMaN dipertemukan, sumbangan amal budiMaN kepada keluarga Apamz alhamdulillah dapat di lakukan. Namun untuk tahun 2008 ini, budiMaN masih belum mengadakan sebarang aktiviti bersama keluarga Apamz. Untuk itu saya ingin mengajak budiMaN semua untuk menyumbang kepada keluarga Apamz tambahan pula isteri Apamz, Miza akan melahirkan anak ke 3 mereka sekitar bulan Ogos nanti.
3. Sumbangan Amal untuk Masyarakat
Ada beberapa email yang saya terima dari beberapa rakan budiMaN seperti dari Amir USA yang memberitahu berkaitan kesusahan dan penderitaan keluarga yang mungkin boleh di bantu oleh budiMaN setakat yang termampu. Selain itu jika ada lebihan sumbangan, saya juga bercadang untuk membuat sumbangan kepada beberapa buah surau samada dalam bentuk material atau tunai terutama kepada surau-surau daif yang terletak di ceruk-ceruk kampung.
Program Amal budiMaN pada kali ini akan hanya tertumpu untuk kutipan sumbangan dahulu dan tempohmasa kutipan sumbangan ini mungkin akan dibuat dalam tempoh sebulan dari tarikh artikel ini. Setelah itu, kita akan istiharkan jumlah kutipan di sini dan akan menetapkan pembahagian sumbangan untuk 3 kerja amal seperti yang diterangkan di atas. Mungkin kalau bersesuaian di harap akan dapat pula di adakan ekspedisi berkonvoi beramai2 budiMaN bagi menyerahkan sumbangan itu jika perlu dan ada interest dari kengkawan.
Kitang telah bersetuju dalam perbincangan dengan saya tempohari untuk sekali lagi menjadi Bendahari budiMaN dalam mengutip sumbangan ini. Segala sumbangan bolehlah di bank in melalui akaun Maybank seperti butiran di bawah :
Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Telefon : 03-22972584, 019-7567799
EMail : zainordin@maybank.com.my
Setelah anda menyumbang menerusi akaun tersebut, sila sms atau berhubung dengan Kitang untuk memberikan butiran sumbangan anda untuk tujuan catatan pengurusan.
Diharap kengkawan budiMaN dan sesiapa yang mengikuti blog ini dapat menjayakan program amal budiMaN ini. Sumbangan walau sedikit mana pun amat dihargai dan sumbanglah setakat mana yang termampu oleh anda hatta RM1 sekalipun dan janganlah berasa malu dan segan untuk menyumbang walau dalam nilai yang rendah. Jumlah keseluruhan sumbangan akan di siarkan di sini tetapi nama penderma serta jumlah yang di derma tidak akan di siarkan dan hanya menjadi catatan pengurusan dan untuk rekod yang disimpan sahaja.
Saya menjangkakan dalam keadaan ekonomi dan kos kehidupan yang mencabar ini, program amal mungkin akan berlaku sedikit kelembapan, namun doa saya agar perancangan kita ini di permudahkan Allah swt jua dan niat suci murni ini akan beroleh kejayaan, insyaallah.