Monday, April 28, 2008

zoLA

Sebenarnya ada satu e-mail saya terima sudah agak lama tapi saya terlupa untuk siarkan kerana kesibukan beberapa hal. Saya minta maaf kat Zola kerana lambat siarkan e-mail untuk tatapan kawan-kawan budiMaN semua. Di bawah ini saya siarkan e-mail dari Zola :


Salam,
Aku nak joint blog ni, tapi buta IT sket, pandai tenguk aje, tak reti nak respond, so aku sertakan butir-butir aku untuk masuk directory supaya boleh menjalin kembali hubungan dengan kawan-kawan lama terutama kak sue(dbs), mek jar(dia), kak tie(dia) dan kak zie(dia)

Nama : Norzulaipah Abu Bakar
Gelaran : zola
Batch : DIA85
Alamat : No. 7 Lorong 4, Taman Sri Inderapura, KM 15
Jalan Kuantan/Pekan, 25230 Kuantan
Pekerjaan : Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, KM 8
Jalan Gambang, 25150 Kuantan
Tel : 013 984 9764, 09 536 5353 (P)

aku nak joint sangat gathering ari tu, tapi…..maybe next time…

Sunday, April 27, 2008

teRjah budiMaN

Jumaat lepas, Kitang ada mengirimkan e-mail kepada saya. Rupa-rupanya beliau telah bertemu dengan Khairul Aziah dan Harlina, 2 orang rakan kelas diA batch beliau. Saya siarkan e-mail Kitang seperti di bawah :

Salam Kida,
Semalam 24/04/08, koi gi lunch, pekena nasi briyani kat Shahira, Masjid India ngan Khairul Aziah (DBKL) dan Harlina Abu Bakar. Harlina(berkaca mata) ni satu batch/course ngan koi. Tak jumpa dia since koi grad. Asal dari Bentong. Sekarang keja kat Bank Islam HQ, Jln Raja Laut, opposite Bangunan DBKL. Masih solo lagi, dok kat Nilai 3. Yah(Khairul Aziah) sekrg kat DBKL, Tingkat 21. Masa lunch tu ada gak bincang pasal nak buat mini gathering ngan geng2 DIA batch Jun'85. Kalu tengok gambo masa muda tu, Harlina yg dok di barisan hadapan(kanan),yg hitam manis x bertudung tu..didepan Mek Ja.. (gambar ni saya tak dapat siar lagi.. later2 ye beb...ada masalah teknikal skit)

Saturday, April 26, 2008

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Ada beberapa berita berkaitan kengkawan yang saya nak share dengan anda semua. Antaranya ialah :

1. Lt Komander Man Troq @ Syed Azman diA kita yang kini bertugas sebagai askar laut di Kementerian Pertahanan ada sms saya memberitahu beliau kini sedang mengikuti kursus untuk menjadi Pegawai Diplomatik Kementerian Pertahanan sudah sebulan di Hotel De Palma, Ampang. Menurut beliau jika lulus temuduga nanti, insyaallah beliau kemungkinan akan bertugas di Kedutaan Malaysia di Jakarta pada bulan Jun nanti. Saya beritahu beliau jika sudah tetap tarikh keberangkatan beliau nanti, mungkin budiMaN boleh buat satu teh tarik farewell untuk beliau.

2. Che Dat @ Sidi dpA yang bertugas sebagai Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran khabarnya dalam peringkat akhir untuk menyiapkan rumah bungalow beliau yang didirikan di tanah warisan ibubapanya di kampung beliau di Kampung Jelam, Durian Tawar, Triang. Khabarnya beliau akan ke Kuala Lumpur minggu depan untuk membeli lampu-lampu bagi persiapan untuk di pasang di rumahnya itu nanti.

3. Yang lain-lain berita-berita biasa sahaja. Antaranya Antu dan Puis ada datang ke Kuala Lumpur semalam. Fadil Sutok pula demam tak baik-baik lagi dan batuk-batuk dah dekat seminggu. Kuat sangat kerja agaknya gara-gara ada pejabat baru ni. Bilal pula menurut Kudin baru pulang dari Sarawak kerana urusan kerja dan ada berjumpa beliau untuk mengambil Van Citroen beliau yang di baiki oleh Kudin.

Tuesday, April 22, 2008

siNdRoM 40aN

Sembang-sembang semasa di Restoran Kunang-Kunang tempohari bersama beberapa kengkawan budiMaN berkisar juga kepada perubahan umur yang makin meningkat dengan beberapa perubahan diri yang agak ketara. Nyata beberapa sindrom 40an telah mula melanda kengkawan budiMaN yang kebanyakannya sudah mencecah umur 40an atau ada yang hampir memasuki era 40an. Antara beberapa sindrom yang ketara menurut kengkawan budiMaN ialah :

1. Sindrom Pelupa
Banyak antara budiMaN yang memasuki umur 40an khabarnya semakin kurang daya ingatan. Mudah lupa. Walaupun untuk perkara yang sebentar tadi sahaja baru di lakukan. Fadil Sutoq bercerita baru-baru ni bagaimana beliau terkunci di luar pejabatnya. Waktu tu dia kata bini dia baru call beritahu suruh hantar anak beliau tuisyen. Beliau pulak boleh lupa anak dia tuisyen pada setiap Isnin dan Rabu. So dia pun bergegas la keluar pintu dan terus kunci mangga grill pejabat. Sebaik "klak" dia kunci, terus teringat kunci pejabat dan kunci kereta masih lagi kat dalam pejabat. Pejabat di tingkat 1, nak turun bawah ada satu grill lagi kat pintu bawah, pun berkunci jugak, naya betul. Nasib baik telefon bimbit tak lupa sebab selit kat pinggang. Dekat 1 jam jugaklah katanya nak cari member yang ada kunci spare. Last-last, anak pun tak dapat hantar tuisyen dan dia terpaksa melenggung antara tangga pintu depan dan pintu pejabat hampir sejam.

2. Sindrom Rabun Dekat
Sindrom ni pun dah banyak dah saya tengok ada pada budiMaN. Bila membaca kertas bertulisan kecil terpaksa tengok jauh-jauh. SK pun dah pakai cermin mata rabun dekat. Padil Sutoq, Kudin Mekanik, Raman Kerbau, Kudeng dan ada 2-3 orang lagi, saya tengok bila membaca je, memang nak kena jarakkan jauh-jauh sikit baru nampak. Saya sendiri pun kekadang macam tu juga terutama bila mata kepenatan. Tanda-tanda....

3. Sindrom Tak Lawas Berak
Nipun ada beberapa kengkawan cakap, katanya kalau dulu memang cukup disiplin bab buang air besar ni, tiap-tiap pagi bangun tidur, gerenti on. Tapi bila masuk 40an jer, mulalah dia buat hal. Perut masuk angin la, buang air besar pun 2 hari sekali. Makan banyak tapi susah nak buang air. Tanda-tanda kebuncitan perut nak datang sebenarnya. Ada juga yang selera makan makin kurang tapi bila nak buang air besar dah tak disiplin macam dulu. Camno tu! Tu yang makin banyak angin dalam badan dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit... tu yang selalu naik angin satu badan tu beb. Angin betul lah...

4. Sindrom Kurenngg
Sindrom ni pun ada kengkawan budiMaN kata sedar tak sedar bila masuk umur 40an dia rasa makin kurennggg. Kurenngg apa...kurenngg sex excitement dan kurenngg nak buat sex relation. Lebih kurang macam kurang cas atau kurang karan la.... malap je tak macam dolu-dolu. Ni saya dengar dari kengkawan budiMaN lelaki la...pompuan tak tahu la plak. Mungkin lama sangat dah kot... nak kena recharge atau bagi karan full power...tak pun tanda-tanda nak dapat sindrom satu lagi la...sindrom gatal 40an...hehehe. Mungkin jugaklah kalau kena cas baru atau karan baru...baru boleh buat full throttle agaknya...hehehe.

Itulah antara sindrom-sindrom bila meningkat umur 40an yang dapat saya perhatikan melalui perbualan dengan beberapa kengkawan lelaki budiMaN. Tupun tak termasuk kes sakit badan la, sakit urat la, berpantang dengan makanan la, mula ada tanda-tanda nak dapat sakit macam-macam la dan berbagai lagi. Nak hurai pun panjang lebar beb. Minta kengkawan la huraikan pengalaman masing-masing kat ruangan komen plak. Apa-apapun, semakin meningkat umur di harap semakin matang dan berpengetahuan diri kita di samping meningkatkan lagi amalan kita kepada Allah swt. Sebenarnya banyak lagi tanggung jawab yang lebih besar yang mendatang yang perlu kita tangani baik kepada keluarga, masyarakat dan diri kita sendiri.

Monday, April 21, 2008

teH taRik kuNaNg-kuNaNg

Malam semalam (Ahad malam Isnin), Bilal telah mengajak beberapa kengkawan budiMaN untuk berteh tarik di Restoran Kunang-Kunang yang terletak di Gombak. Restoran Kunang-Kunang ni khabarnya usahasama antara Yazid Search dengan Ramli Sarip dan menghidangkan makanan Melayu dan Western. Antara kengkawan yang hadir ialah Walid, Fadil Sutoq dan Kudin serta saya sendiri. Arash dan Apek yang pada mulanya di katakan nak hadir tapi tak muncul-muncul sehinggalah selesai teh tarik.

Rupa-rupanya Bilal dan kengkawan budiMaN telah membuat suprise kepada saya dengan kek harijadi saya. Maka saya pun memotong kek tersebut dan kami semua pun makanlah beramai-ramai. Terima kasih kepada kengkawan yang bersusah payah membeli kek untuk harijadi saya ini. Kami pun bersembang dengan pelbagai topik dan antaranya perancangan aktiviti budiMaN untuk setengah tahun 2008 akan datang ini.

Friday, April 18, 2008

beSday GuA La pLaK

Hari ini 18hb April 2008, genaplah umur saya 43 tahun. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepada Allah swt kerana dapat saya mencecah usia sampai ke sini dengan kesihatan yang masih sempurna dan baik serta kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan dan kesejahteraan. Memang dalam usia sebegini masih banyak lagi hasrat yang belum kesampaian, usaha yang mengimpikan kejayaan dan bakti yang ingin di semaikan. Menoleh kebelakang juga masih banyak amalan yang belum di tunaikan dan hasrat untuk meningkatkan cinta dan kasih kepada Yang Maha Pencipta dengan meningkatkan amalan kepadaNya dan memperkuatkan keimanan. Sempena malam Jumaat yang amat berkat ini saya memanjat doa kepada Allah swt moga hasrat yang tak kesampaian dapat di sampaikan, moga keinginan di makbulkan, moga kesihatan yang baik dikekalkan, moga keimanan di tingkatkan, moga amalan di lipatgandakan dan moga kesejahteraan di dunia dan akhirat diperolehkan.

Wednesday, April 16, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Saya rasa bermula dari blog ini di terbitkan, bulan April 2008 merupakan bulan di mana paling kurang artikel yang saya hasilkan untuk blog ini. Buktinya setelah memasuki pertengahan April cuma 2 artikel sahaja yang dapat saya hasilkan. Mungkin kesibukan kerana beberapa urusan membuatkan saya terbatas idea untuk menulis. Untuk mengadakan suatu projek amal atau perjumpaan budiMaN seperti yang di suarakan oleh sesetetengah kengkawan pula, buat masa ini saya belum mempunyai kekuatan, ketabahan dan kesabaran dan yang paling penting masa untuk merealisasikan perkara seumpamanya. Insyaallah, jika beberapa perkara yang menyebabkan kesibukan saya dapat di selesaikan, akan saya usahakan nanti suatu aktiviti budiMaN yang akan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Walau dengan kesibukan akibat beberapa perkara, saya masih sempat menjenguk blog ini seketika sekurang-kurangnya 2 hari sekali di samping berteh tarik dengan beberapa kengkawan budiMaN samada yang datang ke KL mahupun yang duduk di KL. Sempat bersembang berbagai perkara baik urusan perniagaan mahupun kehidupan.

Sembang 1:
Dalam suasana ekonomi dan kos kehidupan yang makin meningkat dengan sangkaan kita terlalu payah menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, tersentuh hati saya bila ada sahabat bercerita bahawa beliau pernah di suatu hari (lebih kurang 1-2 bulan yang lepas) di mana tiada duit langsung untuk membeli barang keperluan dapur. Rumahnya di KL. Sampaikan 2 anaknya merengek kelaparan sedangkan tiada apa untuk di beri makan jauh sekali untuk membeli makanan. Maka di suruh isterinya membuat susu untuk diberikan kepada ke dua anaknya itu. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi berumur 7 tahun. Selesai di berikan susu tiba-tiba ke dua-dua anaknya muntah kerana perut telah masuk angin akibat kelaparan. Dengan berlinangan air mata kedua suami isteri itu melihatkan keadaan anak-anak mereka, si sahabat kita ini berjalan kaki membawa segala kad ATM yang beliau ada dan cuba mengeluarkan segala baki wang yang boleh di dapati. Mujurlah katanya dapat juga di keluarkan dari 7 ATM yang mempunyai baki antara RM15-RM20. Dari 7 ATM tersebut dapatlah dikeluarkan RM70 dan dapatlah beliau membelikan makanan untuk anak-anaknya. Tersentuh hati saya mendengar cerita sahabat kita itu kerana kadang-kadang kita tengok seseorang yang susah tetapi merasakan sendiri kesusahan yang di tanggung tidaklah sama dengan melihatnya sahaja.

Sembang 2:
Ada sahabat kita juga (sahabat budiMaN yang lain) yang berniaga gerai di tepi jalan. Kadang-kadang katanya tersentuh hatinya melihat anak-anak beliau yang menunggu beliau berniaga tidak seperti anak-anak orang lain terpaksa bermain di tepi longkang yang berbau busuk dan bermain-main dengan tikus-tikus yang merayap. Kekadang anaknya meminta untuk di belikan gula-gula berharga 20 sen tetapi ada masanya tiada langsung pendapatannya dan terpaksa berkata kepada anaknya "Lain kali la abang". Realiti.

Sembang 3 :
Dalam akhbar The Star Isnin 14hb April 2008, muka surat 15, saya tersentuh juga membaca berita berkaitan kanak-kanak lelaki Yeap Jia Hui berumur 10 tahun yang tinggal berseorangan di sebuah apartment di Batu Ferringhi, Pulau Pinang selama 2 tahun setelah ibu beliau meninggalkan beliau berseorangan. Ibunya hanya meninggalkan beliau kad ATM dan kadang-kadang 2-3 minggu sekali, ibu beliau akan singgah melihat keadaan beliau. Ibunya juga akan memasukkan wang sekitar RM20 atau RM30 untuk belanja Jia Hui sebulan. Beliau tetap ke sekolah, beli makanan selepas balik sekolah dan menghadiri kelas tambahan sekolah 3 kali seminggu tanpa sesiapa tahu beliau tinggal berseorangan. Beliau akan membuat kerja sekolah dan bermain dengan kawan-kawan dan sekitar pukol 8-30 malam beliau akan kembali ke apartment (smelly rubbish-filled apartment - gambaran The Star). Bayangkan kengkawan budiMaN semua, bagaimana perasaan budak sekecil begini duduk berseorangan di tinggalkan keluarga. Bagaimanakah beliau survived dengan wang sebanyak RM20 atau RM30 sebulan yang diberikan oleh emaknya.

Sembang 4 :
Bercakap pasal survival dengan RM20 atau RM30 sebulan seperti Jia Hui, saya juga pernah berjumpa dengan seorang anak orang kaya yang hidup penuh dengan kemewahan tiba-tiba menjadi miskin dan susah. Kalau dulu setiap kali makan samada di hotel atau restoran yang terkenal. Sekali makan sekurang-kurangnya RM200-300 seorang. Bila beliau menjadi miskin beliau seperti hilang punca dan tidak tahu bagaimana untuk hidup dengan wang yang sedikit. Diberi beliau RM10 beliau tidak reti bagaimana nak makan dengan wang RM10 itu. Kalau kita dengan wang RM10 kita tahu bagaimana untuk membeli makanan tetapi beliau tidak tahu kerana beliau tidak pernah mengalami situasi dengan hanya RM10 kita boleh dapatkan makanan. Nampak mustahil tapi realitinya begitu. Bila duduk di atas tanpa pernah memandang atau turun ke bawah, bila jatuh tersungkur, beliau tidak tahu situasi di bawah. Sebab itu pada saya, kita boleh kata seseorang itu susah dan amat berat masalahnya tetapi selagi kita sendiri tidak pernah mengalami masalah sedemikian, kita tidak akan pernah faham dan dapat merasakan kesusahan tersebut sebenar-benarnya.

Ketabahan, kesabaran dan menempuh hidup sebegitu seperti cerita-cerita di atas kadang-kadang membuat saya amat terharu dan menyanjung tinggi dengan apa yang telah mereka semua lalui. Kadang-kadang kita merasakan diri kita susah tetapi sebenarnya masih banyak lagi insan yang lebih susah dari kita. Semestinya kita sentiasa bersyukur kepada Allah swt dengan apa yang kita ada. Semestinya juga kita sentiasa prihatin dengan sahabat-sahabat kita di sekeliling dengan selalu bertanyakan khabar dan mengunjungi mereka kerana dengan hanya bertelefon atau mendengar khabar melalui pihak ketiga tidaklah sama seperti kita bertemu sendiri dan dapat meluahkan isi hati dan melihat sendiri keadaan sahabat kita itu. Ikhlaskanlah diri kita.

Wednesday, April 09, 2008

fAdiL sutOQ

Antara kengkawan budiMaN yang kerap saya temui selain dari Kudin Mekanik ialah Fadil Sutoq. Sebenarnya antara kengkawan budiMaN yang rapat jugalah semenjak dari tahun 90an lagi semasa saya berpindah ke Kuala Lumpur. Dulu-dulu semasa saya bekerja di BPR, Fadil bekerja di syarikat swasta, begitu juga dengan Kudin Mekanik yang pernah menjadi Remisier di Lion Securities. Masa muda-muda dulu keraplah kami pergi main bowling atau berteh tarik bersama selain melepak kat Workshop Wahab di Jalan Gombak berhadapan dengan rumah nostalgia klasik Pak Ali (kini dah tiada sebab dah terbakar dah).

Masa saya berhenti dari BPR pada tahun 2001 dahulu untuk belajar-belajar berniaga, tidak lama selepas itu Fadil Sutoq yang pada masa itu bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan juga telah mengambil keputusan yang sama untuk berhenti dan memulakan perniagaan kontraktor pembinaan Kelas F. So, sampai sekarang, setelah jatuh bangun dan menempuh bermacam-macam dugaan dan cabaran dalam perniagaan, akhirnya kini beliau telahpun membuka sebuah pejabat sendiri di Seri Gombak. Masih lagi dengan perniagaan kontraktor pembinaan dan beliau mahir dalam ubahsuai rumah, ubahsuai pejabat dan sebarang pembinaan baik rumah untuk individu mahupun pembinaan kontrak-kontrak kerajaan.

Sekalung tahniah kepada Fadil Sutoq yang kini beroperasi di pejabat sendiri semoga perniagaan beliau akan bertambah maju lagi dan beliau sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburinya. Nanti mungkin Fadil boleh siarkan telefon, fax dan alamat pejabat beliau manalah tahu kot kengkawan ada urusan yang perlu untuk menghubungi beliau untuk kerja-kerja pembinaan.

Monday, April 07, 2008

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Hampir seminggu saya tidak menulis untuk blog. Nak kata sibuk tidak juga, mungkin kerana tiada mood untuk menulis kerana lebih seronok mentelaah beberapa blog-blog lain menyebabkan masa menulis blog sendiri terhad. Kengkawan budiMaN juga nampak sepi 2-3 menjak ni dan saya juga belum mendapat sebarang idea lagi untuk membuat sesuatu supaya budiMaN dapat berkumpul semula dalam suatu acara yang mungkin dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Namun begitu saya sempat juga bersama beberapa rakan budiMaN pada minggu lepas iaitu pada hari Rabu apabila Che Dat dan Raman Kerbau bersama-sama datang ke KL. Che Dat menghadiri mesyuarat di Putrajaya pada petang Khamis manakala Raman Kerbau menumpang kereta Che Dat kerana urusan kerja beliau. Jadi selepas mereka berdua tiba pada petang Rabu, saya dan Fadil Sutok sempat bersama-sama mereka berteh tarik.

Semasa berteh tarik dengan mereka, Che Dat ada mempelawa jika ada rakan-rakan budiMaN ingin ke Kuantan pada 11-13hb April ini (Jumaat-Ahad). Jika ada mungkin boleh diadakan acara Golfing Reunion budiMaN. Ini kerana Che Dat ada mengadakan program Rakan Muda di sebuah Resort di Cherating dan untuk lodging, kalau ada kengkawan nak tumpang bilik beliau yang besar tu, takde masalah katanya. Jadi sambil-sambil beliau menguruskan program Rakan Muda tersebut, mungkin sempat beliau selitkan untuk bergolfing dengan kita semua.

Raman Kerbau pun akan hadir di program Rakan Muda tersebut kerana membantu menguruskan beberapa perkara. Begitu juga dengan Bilal yang khabarnya akan bertindak menjadi fasilitator kepada program tersebut. Respek kepada Che Dat yang khabarnya banyak membantu kengkawan budiMaN setakat yang termampu oleh beliau. Harap dapat menjadi contoh kepada kengkawan lain yang memberi keutamaan membantu kepada kengkawan budiMaN apabila berpeluang terutama kepada kengkawan yang duduk high ranking dalam sesuatu organisasi. Kebiasaan beginilah yang sering dilakukan oleh geng-geng oldboys seperti MCKK, STAR dan SDAR serta MRSM dengan memberi keutamaan membantu kengkawan mereka setakat yang mampu di bantu oleh mereka.

So kepada kengkawan budiMaN, mungkin tahun 2008 ini sebagai detik permulaan kepada kita semua untuk mengerakkan sesuatu yang lebih memberikan kebajikan kepada semua rakan-rakan budiMaN sesuai dengan tunjang kita untuk beramal, berbakti dan bersilatulrahim. Setelah beramal mungkin kita boleh tuju step yang kedua iaitu berbakti sesama rakan pula.