Tuesday, December 25, 2007

aidiLAdhA daN baNjiR

Hampir seminggu saya tidak berpeluang untuk update blog kerana beberapa urusan yang perlu diselesaikan dan juga bercuti di Temerloh kerana menyambut AidilAdha dari hari khamis sehingga Ahad yang lalu. Bagaimanapun tak banyak berita berkenaan kawan-kawan budiMaN yang di terima oleh saya, mungkin kerana hujung tahun banyak kengkawan yang sibuk dengan pelbagai urusan pejabat dan persendirian yang perlu di bereskan.

Saya juga tidak menerima apa-apa berita dari kengkawan yang berada di kawasan banjir cuma Wan Rozain dbS ada mengirimkan sms kepada isteri saya SK memberitahu rumah beliau di Pekan, Pahang telah terkepung dalam air banjir beberapa hari yang lepas dan beliau tidak boleh pergi kerja. Saya harap keadaan banjir berhampiran rumah beliau telah reda kini dan beliau dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.

Walaubagaimanapun bagi kawan-kawan yang lain yang mungkin menghadapi masalah banjir diharap telah pulih seperti biasa semula. Bilal di Sg Isap, Wan Azhar dan Che Dat di Maran serta kengkawan yang lain harap-harap tidak terjejas dengan banjir yang melanda kawasan mereka.

Semasa berkunjung ke rumah sanak saudara di Temerloh di AidilAdha, sempat saya rakamkan beberapa situasi banjir yang melanda sekitar daerah Temerloh. Kesan-kesan banjir masih jelas kelihatan dan di sesetengah tempat air banjir masih lagi bertakung. Masih ada sesetengah rumah yang masih digenangi air banjir. Ianya seperti di kampung-kampung yang menghala ke Triang dan sedikit di Tanjung Lalang, Temerloh. Mungkin kini dengan keadaan cuaca yang bertambah baik keadaan telah semakin pulih.

Tumpuan saya bagaimanapun adalah memerhatikan keadaan surau-surau dan balairaya yang telah ditenggelami air banjir. Di sekitar jalan menuju ke Triang seperti di Kampung Tenggoh, Lebak dan Tanjung Belenggu, saya dapati beberapa surau yang di naiki banjir kerana kesan-kesan lumpur dan sampah sarap jelas kelihatan. Ada sesetengahnya pula di kawasan sekeliling surau itu masih di genangi banjir.

Seperti gambar di atas di surau Kampung Tanjung Belenggu, saya di fahamkan banjir telah menenggelamkan surau tersebut sedalam 5 kaki dan merosakkan carpet dan segala peralatan surau yang sememangnya telah usang itu. Namun dalam keadaan surau yang telah di genangi banjir, umat Islam di situ tetap meneruskan ibadah mereka di surau tersebut dengan beralaskan tikar plastik dan sebagainya. Dengan keadaan banjir di rumah penduduk sekelilingnya yang masih belum reda (sehingga Ahad lalu), penduduk tidak berpeluang untuk membersihkan surau tersebut sepenuhnya dan saya lihat beberapa peralatan surau terbiar akibat banjir. Rata-rata penduduk di situ pula hanya membuat kerja-kerja kampung seperti menoreh getah, berkebun dan sebagainya. Saya rasa dengan kedaan kewangan surau itu, tentulah sukar bagi mereka untuk menggantikan peralatan-peralatan surau yang telah terjejas dan rosak akibat banjir tanpa mengharapkan sumbangan dan derma dari orangramai.

Alangkah eloknya kalau budiMaN dapat mengadakan satu lagi ekspedisi seperti yang kita lakukan semasa banjir di Johor tempoh hari (eM2bJ). Semasa di Johor dulu kita berkonvoi beramai-ramai dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat dan Parit Yanni dan beramai-ramai memberi bantuan kepada orang kampung, bergotong royong membersihkan balairaya dan surau serta mengadakan sedikit acara bersama kanak-kanak di Pusat Pemindahan Banjir Parit Yanni.

Mungkin di surau Kampung Tanjung Belenggu ini kita boleh bergotong royong membersihkan surau tersebut, mengecat surau serta menggantikan beberapa peralatan rosak setakat mana yang termampu oleh kita. Mungkin juga di penghujungnya nanti kita boleh pula bergotong royong mengadakan sedikit kenduri kecil bersama-sama penduduk kampung (kita pun ramai chef yang berkaliber seperti Chef Jun dan Chef Ummi - masa nilah eloknya nak keluarkan kepakaran memasak tu rasanya sambil berbakti kepada masyarakat) dan mengadakan solat bersama-sama serta sedikit tahlil dan doa selamat. Penduduk di kampung tersebut saya perhatikan tidak begitu ramai dan jumlah penduduk yang akan bergotong royong pun mungkin dalam 100 orang sahaja.

Apa-apa pun saya cuma menyampaikan idea saya sahaja di sini dan terpulanglah kepada anda semua kengkawan budiMaN saya untuk memberikan reaksi anda terhadap idea ini. Peluang membuat pahala terbuka luas di depan mata dan ianya perlu di rebut dengan segera. Mungkin ianya boleh kita lakukan di hujung minggu selepas pembukaan sekolah dimana segala permasalahan sekolah anak-anak kita telah di selesaikan ( kira-kira 2-3 minggu dari sekarang). Jadi apa kata kengkawan semua? Sila feed back di ruangan komen untuk memberikan pendirian anda dan janganlah hanya berdiam diri sahaja dan membiarkan kengkawan yang sama (balik-balik muka tu jugak) sahaja. Kita nak tengok juga muka-muka baru dengan pendirian dan idea-idea mereka daripada diam memerhatikan sahaja blog ini tanpa ingin bersuara (takut menyusahkan diri sendiri kot). Janganlah hanya sokong dari belakang sahaja, marilah bersama-sama kita turun padang, berbakti sendiri dengan masyarakat, barulah kita lihat sendiri dan dapat menyaksikan kepayahan mereka. Duit ringgit sesiapa pun boleh hulurkan tetapi takkan sama dengan pergi sendiri melihat, duduk bersama mereka dan menyaksikan sendiri kepayahan mereka ( Ada jenis yang main hulur derma sahaja tapi tak mahu kotorkan baju bersama orang kampung).

Tuesday, December 18, 2007

sELaMat meNyaMbUt aiDiLAdhA

Kepada semua budiMaN, saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan jatuh pada hari Khamis ini 20hb Disember 2007. Mungkin ramai yang akan pulang berhari raya di kampung halaman dan mungkin juga ada yang akan menyambutnya di rumah masing-masing sahaja. Namun begitu kemeriahan AidilAdha tentunya akan lebih terasa di kalangan kita semua dengan acara korban yang akan dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau yang berhampiran rumah kita semua. Kepada yang akan memandu untuk pulang ke kampung, selamat memandu dengan penuh cermat dan berhemah. Saya sekeluarga insyaallah akan pulang berhariraya di Temerloh selepas sembahyang raya di Kuala Lumpur dan mungkin berada di sana beberapa hari sehingga Ahad nanti. Dengan keadaan banjir yang masih belum reda di sesetengah tempat di Pahang, harap-harap semua kengkawan budiMaN tidak akan tersangkut dalam banjir semasa cuti AidilAdha ini.

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Baru-baru ini saya telah menerima e-mail dari 2 kawan budiMaN kita iaitu Norzulaipah Abu Bakar diA atau lebih dikenali sebagai Zola. Beliau telah mengirimkan sedikit biodata berkenaan diri beliau dan insyaallah akan saya muatkan di dalam directory budiMaN nanti. Zola kini bertugas di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan tinggal di Taman Inderapura, Kuantan.

Saya juga turut menerima e-mail daripada Jalil dcS yang kini menetap di Dubai dan beliau juga ada menyatakan sedikit biodata tentang diri beliau. Insyaallah akan saya muatkan di ruangan directory budiMaN juga nanti.

Saturday, December 15, 2007

HaPPeniNg Nite at BoRa OmbaK

Nampaknya SK terpaksa jadi wartawan budiMaNlah sebab kidA berada jauh nun di utara huhuhu...Tak tau camner nak letak story kat sini uuwwaaaaa....

Petang semalam lepas berbalas2 msg kat chat box dengan Dona, tak cukup msg kat chat box smbg guna text sms la pulok! At last SK confirmed untuk join sessi teh tarik bersama Dona (masa tu SK tak tau lagi sapa yg turut serta). But then sessi teh tarik di Tesco Ampang telah bertukar menjadi dinner at Bora Ombak. Enjoy sangat!

Selepas maghrib lebih kurang 7.40 pm gitu, SK dan anak2 terus ke Bora Ombak, Ampang. Sampai di sana lebih kurang 8.15 pm SK nampak Dona dan beberapa lagi 'kanda2' ex-ITM. Segan gak tapi wat2 tak segan jelah. Antara yang hadir ialah Rahim, Milah, Sheena, Dona, Habib, Halem, Norm, dan Rosman (masa SK sampai Rosman dah balik).

Walaupun sebelum ni SK tak pernah bertegur sapa dan ada yang SK kurang cam tapi SK tak terasa canggung lansung join the crowd ahaks! Biasalah kalau dah jumpa tu cerita2 lama tentunya jadi topik.

Sorry tak banyak pun SK leh update kat sini, antaranya ialah:-
  • Abdul Halem Mat Som - dpA, bekerja di Syabas. SK dengor selalu jer kuar dalam news (TV, radio dan news paper) amboi glamor eh! Jadi kalau nak kenal sape Halem tontonlah TV, dengarlah radio dan bacalah akhbar setiap masa hua hua hua...

  • Azlina Ismail (nickname - Dona) bekerja di payment Transaction Technologies Sdn Bhd as Customer Service Manager (hehehehe thanks for the biz card).

  • Normawati (nickname – Norm). SK tak sempat interview tapi memang vogue (psstt Norm leh kasi petua tak?). Bila borak2 dgn Norm barulah SK ingat, dulu SK panggil kakak garang huhuhuhu. Actually she's not.. she's really nice person. Kiranya malam tadi farewell untuk Norm lah.. sbbnya Norm nak berpindah ke Kertih. Oh yea! Norm ni roommate Rosnah dcS.

  • Sharifah Norashikin (nickname – Sheena). Disebabkan SK asyik tengok jer terlupa gak nak interview. adeh! *tepuk dahi* Maintain wa cakap lu… Anggun!... lepas ni SK nak blajor grooming ngan Sheena dan Normlah ahaks!

  • Rosmila Baharudin - dpA (nickname - Milah). Pada mulanya SK memang tak berapa cam tapi bila dok tengok senyuman Milah barulah SK leh recall. Tapi tak sangka betul Milah ni berjiran pulak dengan penulis kesayangan SK, Noor Suraya.

  • Rahim (tak silap course diA) – SK pernah jumpa sekali tapi tu pun SK segan gak nak tanya lebih2 sbb Rahim ni pendiam nor!

  • Syed Karami - diA Jan '86 (nickname - Habib). Kat ITM dulu dengornya vocalist. Pernah menjadi remiser dan kini involve in event management (tu curi2 dengor jer)

About 10 pm lebih cam tu.. we all pun make a move...SK nak ucapkan thanks to all. SK and kids really enjoy the dinner and had a great time. Insyaallah panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi...


Friday, December 14, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Sudah beberapa hari sibuk sedikit dengan pelbagai urusan dan tak sempat nak buat artikel atau nak update directory budiMaN. Namun begitu ada beberapa berita berkaitan kengkawan yang sampai kepada saya dan saya kongsi dengan anda semua di sini :

1. Pada Selasa malam yang lepas, saya dan Fadil Sutoq sekeluarga sempat menonton theater muzikal kanak-kanak Alladin yang telah dipentaskan di Istana Budaya. Meriah juga, maklumlah anak-anak saya dan Fadil tidak dapat berjumpa semasa gathering di Maran dahulu. Budak-budak tu pula dah mula rapat setelah bertemu dalam beberapa acara budiMaN sebelum ini. Actually anak-anak budiMaN yang sebaya yang pernah menyertai acara budiMaN bila bertemu sudah mesra kerana hubungan yang rapat antara ibubapa mereka. Hampir 3 jam kami menonton theater lakonan Erma Fatimah dan Faizal Ismail Hot FM yang bermula pada jam 8-30 malam dan selepas itu kami semua pekena nasi lemak Kg Baru pula sehingga tengah malam.

2. Wan Azhar dan Raman Kerbau ada sms kepada saya memberitahu keadaan banjir yang teruk di Maran dan Chenor. Harap-harap tiada kengkawan budiMaN yang rumahnya di naiki air banjir. Kalau dulu rumah Kla-Kla dan Bilal di Kuantan yang terletak di Sg Isap selalunya di naiki air banjir tetapi tak tahu lah pulak pada kali ini. Saya pun ada terfikir juga untuk mengadakan ekspedisi membantu mangsa-mangsa banjir Pahang seperti mana yang kita pernah buat semasa banjir Johor dahulu. Mungkin kita boleh berikan sedikit sumbangan, membersihkan surau dan balairaya dan sebagainya. Mungkin kawan-kawan di Pahang boleh berikan maklumat bagaimana boleh kita memberikan bantuan melalui budiMaN.

3. Dona DSS juga ada sms kepada saya petang semalam memberitahu bahawa beliau bersama beberapa bekas pelajar UitM Kuantan akan mengadakan sessi teh tarik hari ini (Jumaat) di Tesco Ampang bermula jam 6-30 petang. Katanya antara yang akan hadir ialah Hasni, Jim, Habib, Rosman, Rahim, Sheena, Norm, Milah dan beliau sendiri. Maybe kalau ada kengkawan budiMaN yang kelapangan boleh join sekali dan boleh call Dona ( no phone kat link directory yer).

So, begitulah serba sedikit beberapa berita yang saya perolehi dan sempat saya catatkan di sini. Namun begitu idea untuk mengadakan satu ekspedisi bagi membantu mangsa banjir Pahang masih menjadi harapan utama saya dan saya harap weekend ni boleh sitdown dan fikirkan something to proceed with the idea. Saya cadang maybe kita boleh pergi satu kampung dan berikan sedikit sumbangan, membersihkan surau atau balairaya di situ yang di genangi air banjir atau bergotong royong bersama penduduk kampung tersebut. Kalau ada kengkawan yang mempunyai maklumat especially yang berada di Pahang, harap dapat catatkan di ruangan komen.

Selain itu, saya juga ada terfikir untuk mengadakan sedikit bantuan kepada Apamz sekeluarga maklumlah dengan keadaan banjir dan hujan yang khabarnya tidak berhenti-henti di Kuantan sudah tentulah menjejaskan pendapatannya berniaga di Pasar Malam sedangkan penggal persekolahan akan bermula dan sudah tentulah perbelanjaan yang tinggi akan di hadapinya. Semasa gathering di Maran dulu, beliau ada memberitahu saya dengan sumbangan budiMaN semasa bulan puasa dahulu dapatlah beliau menggantikan seat van beliau yang menjadi tempat duduk Miza semasa beliau berniaga dan di pasangkan kipas bagi keselesaan Miza dan anak ke 2 beliau menunggu di dalam van semasa beliau berniaga.

Dalam kesibukan kengkawan budiMaN yang saya tahu pada hujung tahun ini penuh dengan kesibukan tugas-tugas di pejabat dan sebagainya, namun begitu maybe kita boleh luangkan sedikit masa untuk kerja-kerja amal sebagai bekalan kita di akhirat dan sebagai sumbangan kita kepada masyarakat, bangsa dan agama.

Tuesday, December 11, 2007

RosNah Ismail dcS

(gambar lama, Rosnah yang bertudung hitam)


Hari ni seperti biasa wajib SK buka personal email selain office email. Bukan apa teruja sesangat nak gi gathering@potluck yang di anjurkan oleh Wani dcS dan lokasinya pula di rumah Rosnah. Masa mula2 dapat email tu rasa segan gak nak join sebab SK tengok email address semuanya to dcS girls dan SK sorang jer dari dbS. Tapi memandangkan walaupun SK berlainan kursus mereka sudi menjemput SK jadi SK buanglah rasa malu tu mmmmhhh atau SK sememangnya tak malu! ahaks!


(gambar terkini)


Tak kisahlah kalau dulu tak pernah bertegur sapa atau mungkin kurang mengenali antara satu sama lain. Sekurang2nya kali ini SK di beri peluang untuk mengenali dan mengikat semula silatulrahim yang telah terputus lebih kurang 19 atau 20 tahun.. huh lama tuh! Macam program jejak kasih jer! Thumbs up to you Wani! Moga Allah swt. memberi seribu keberkatan atas usaha murni Wani ni.

Nak di jadikan cerita dalam berbalas2 email barulah SK terperasan email address Rosnah. Tak sangka betul! Rupa2nya ofis kita berjiran Rosnah ooiiii… keciknya doniaaaaa….Jadi tadi SK pun bermsglah dgn Rosnah untuk bertemu masa lunch td…. Macam wat blind date jer rasanya sebab manalah tau kot2 SK tak leh cam Rosnah yelah dah beberapa tahun berlalu pun kan… atau mungkin jugak Rosnah tak kenal SK (mmg betul pun *wink*) huhuhuu... Dalam pada tu SK sempat gi amik gambar Rosnah untuk tatapan kengkawan (tapi SK tak cakap pun nak letak kat sini harap mu tak marah yea Rosnah)


Sunday, December 09, 2007

diReCtoRy budiMaN

Satu link khas telah saya buat di bawah dengan nama Directory budiMaN yang mengandungi senarai nama budiMaN beserta sedikit biodata yang telah di berikan menerusi catatan semasa berlangsungnya Gathering budiMaN edisi ke 2 di Maran baru-baru ini. Ianya mengandungi no telefon, alamat rumah dan beberapa catatan lain berkenaan budiMaN. Link ini sebenarnya adalah satu subsidiary blog budiMaN dibawah blogsome. Biodata kengkawan budiMaN boleh di cari dengan klik kepada kategori yang saya pecahkan mengikut kursus atau samada terus menaip nama kengkawan budiMaN itu di ruangan Search dan klik di situ. Insyaallah biodata tersebut akan saya tambah lagi dari masa ke semasa bergantung kepada maklumat daripada kengkawan dan akan saya siarkan sekali bersama gambar setiap kengkawan budiMaN nanti. AlMaklumlah kerja nak buat directory ni mengambil masa juga kerana nak salin setiap maklumat yang ada. Saya juga berharap kengkawan budiMaN dapat memberikan maklumat biodata kengkawan yang lain jika anda ada dengan e-mail kepada saya atau kepada sesiapa yang nak masukkan biodata mereka juga, sila lah e-mail kepada saya. Jika terdapat sebarang maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat yang telah disiarkan, saya juga berharap kengkawan dapat memperbetulkannnya dengan e-mail kepada saya atau mencatat di ruangan komen di link directory tersebut di bahagian biodata kengkawan tersebut.

Saturday, December 08, 2007

jOM gathERiNG baWaK faMiLy ke iStaNA budAyA


Sempena dengan musim gathering ni, saya dan keluarga serta kengkawan budiMaN sekeluarga nak buat gathering family jugak kat Istana Budaya. Kebetulan theatre muzikal kanak-kanak Alladin akan dipentaskan di sana bermula 11-18 Disember ini. Jadi pada Selasa lepas sempatlah kami semua pergi ambil tiket untuk menyaksikan pembukaan theater yang akan berlangsung pada 11hb Disember, Selasa ini jam 8-30 malam. Setelah kita semua bergathering di Maran tempoh hari, kini kita bagi peluang pulak kepada anak-anak kita dan keluarga untuk bergathering sambil tengok theater. Kalau tahun lepas ada theater kanak-kanak Ali Baba yang begitu menghiburkan dengan Aznil Nawawi. Harap-harap theater Alladin ini yang menampilkan pengarah yang sama dengan Pengarah Muzikal Pak Ngah akan lebih menghiburkan lagi. Memang suatu pengalaman baru kepada kanak-kanak yang pergi tengok theater ni, kena pula theater tersebut bagus mutunya. Jadi kepada kengkawan yang nak bawak family join sekali tu jomlah, tiket-tiket ada lagi kat Istana Budaya tu rasanya.

Thursday, December 06, 2007

muSiM gAthERiNG

Agaknya sekarang musim gathering. Iyelah sekarang ni pun banyak kenduri kendara dan sebagainya di musim cuti sekolah ni, tu pun gathering jugak, gathering keluarga dan sahabat handai. budiMaN pun baru sudah mengadakan gathering budiMaN 2007 pada 1-2 Disember yang lepas. Dengar-dengar khabarnya kalangan sahabat-sahabat budiMaN pun akan mengadakan gathering lagi dalam masa terdekat ini. Antaranya yang saya dengar ialah :

1. PotLuck di Kuantan yang dianjurkan oleh Sheena, Amy Jarr dan beberapa kengkawan yang lain di Taman Gelora, Kuantan. Khabarnya pada 9hb Disember ni. Tentunya meriah dengan kehadiran ramai kengkawan dan budiMaN semua.

2. Wani dcS pun khabarnya ada menganjurkan PotLuck juga di rumah Rosnah dcS antara 29 atau 30 Disember nanti. Khabarnya PotLuck ini untuk Ladies sahaja dan ramai geng dcS dan beberapa kursus lain bakal menyertai.

3. Geng dsS pun khabarnya ada buat ReUnion juga anjuran Muslim@ FG. Mungkin untuk dsS sahaja agaknya.

Apa-apapun alhamdulillah, nampaknya semakin ramai kengkawan UitM Kuantan kini telah kembali bertemu dan bersilatulrahim sesama mereka semua. Di harap dengan ramai permuafakatan akan memudahkan dan memperbanyakkan lagi kerja-kerja amal yang bakal kita lakukan pada tahun hadapan supaya pertemuan semula kita ini iaitu semua bekas-bekas pelajar UitM Kuantan akan membawa manfaat kepada kita, keluarga dan masyarakat daripada hanya berjumpa dan bersembang kosong tanpa sebarang faedah dan matlamat.

teruS beRbudi meLaLui budiMaN
beRaMaL, beRbaKti, beRsiLatuLRahiM

pOSinG mAUt gAthERiNG

Gambar-gambar gathering budiMaN 2007 telah pun di muatkan dalam satu link khas di bawah dengan tajuk Gambar Gathering budiMaN 2007 untuk tatapan kengkawan semua. Cuma gambar-gambar dari kamera Abang Nu sahaja yang telah saya terima melalui PosLaju pada hari Selasa lepas belum lagi dimuatkan. Insyaallah akan saya muatkan kemudian. Itupun saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada SK, isteri saya yang telah bersusah payah memuatkan gambar-gambar tersebut kerana saya sendiri tidak sempat untuk berbuat demikian kerana kesibukan menguruskan beberapa hal.

Dalam banyak-banyak gambar yang saya ambil pada hari itu ada satu gambar posing maut telah diberikan oleh 2 orang sahabat budiMaN kita semasa di Air Terjun Teladas. Cuba teka siapakah mereka ini agaknya. Ramai yang dah tahu agaknya sebab gambar nipun ada di muatkan dalam link gambar gathering. Gambar ni pun sebenarnya di ambil secara lawak sahaja dan jangan prasangka buruk pulak.

Apa yang sebenarnya saya nak beritahu kepada kengkawan semua menerusi gambar ini ialah walaupun setelah 22 tahun bertemu, berpisah dan bertemu kembali, semangat persahabatan, kemesraan dan ikatan seperti adik beradik masih lagi tersemat antara budiMaN semua. Itulah yang ditunjukkan oleh semua budiMaN yang menyertai Gathering budiMaN baru-baru ini. Kemesraan jelas terlihat di semua budiMaN walaupun sebelum ini mungkin ada antaranya yang tidak pernah bertegur sapa semasa di UitM Kuantan dulu, contohnya Wani, Dona, Sheena, saya sendiri tak pernah bertegur sapa dengan dia orang sebelum ini. Begitu juga Hamdan Boly dan lain-lain lagi. Tapi saya lihat pada gathering tersebut semuanya macam sahabat akrab tanpa ada rasa segan, pemalu, rendah diri atau takut untuk berjumpa kawan. Yang berjawatan tinggi, berjaya dalam perniagaan membuangkan semua pangkat dan darjat dan duduk bersama-sama macam adik beradik. Sebenarnya tiada penghalang antara kita semua sebab kita semua daripada asal yang sama iaitu UitM Kuantan. Jadi tidak sepatutnya kalau kawan-kawan yang lebih berjaya untuk bermegah atau membangga diri.

Apa-apapun semoga silatulrahim yang terjalin antara kita semua selama ini akan terus berkekalan dan semoga kengkawan yang menjauhkan diri akan kembali mendekati kita semua agar dengan lebih ramai budiMaN akan memberikan lebih banyak manfaat kepada semua budiMaN nanti.

Tuesday, December 04, 2007

cAtAtaN peRjaLaNaN gatHeRiNG budiMaN 2007

Setelah hampir sebulan membuat perancangan untuk mengadakan Gathering budiMaN 2007 edisi ke 2, tarikh 1hb Disember 2007 yang dinanti-nantikan pun tiba jua akhirnya. Saya memulakan perjalanan menghadiri gathering dengan bertolak dari Kuala Lumpur pada malam 30hb November 2007 menuju ke Maran, Pahang tempat berlansungnya gathering nanti. Sampai di Temerloh lebih kurang jam 11-30 malam dan saya bertemu Raman Kerbau yang sudah siap sedia menanti saya. Kami mengadakan perbincangan untuk memastikan segala persiapan gathering akan berjalan lancar pada keesokannya.

1hb Disember 2007, jam 7-15 pagi saya sudah berada di Pekan Maran menikmati teh tarik dan roti canai di sebuah restoran di sana. Tidak lama kemudian Sidi, Bilal, Raman Kerbau bersama 2 adiknya juga tiba. Hamdan Boly diB yang kini bertugas sebagai ADO Bera yang saya kira sejak dari graduate dulu tidak pernah saya temui juga sampai. Kami semua menikmati sarapan pagi bersama-sama. Selesai sarapan, kami bertolak ke Kelab Golf Maran di mana acara gathering yang pertama iaitu Pertandingan Golf Piala budiMaN akan di adakan.

Setibanya di Kelab Golf Maran, kami semua bertemu pula Antu dan Amin dsS yang juga tiba pagi tadi dari Alor Star, Kedah. Lebih kurang jam 8-45 pagi, pertandingan golf budiMaN pun dimulakan. Sebanyak 3 flight golf telah memulakan pukolan di TeeBox Pertama untuk acara ini. Acara golf telah berakhir lebih kurang jam 2-30 petang. Sementara itu panggilan telefon dari beberapa kengkawan yang memberitahu mereka sudah sampai di Maran membuatkan kami yang bermain golf semakin teruja. Tamat permainan golf, pemain-pemain telah menikmati makan tengahari di Kelab Golf Maran tetapi saya terus bergegas ke Kompleks Rakan Muda Maran untuk bersama-sama Urusetia Pendaftaran Peserta iaitu Keluarga Ummi dsS yang telahpun berada di sana sejak jam 1-00 tengahari lagi. Keputusan Acara Golf Piala budiMaN :

Johan : Antu dpA
Naib Johan : Raman Kerbau dbS
Tempat ke 3 : Lan kidA dbS

Semasa sampai lebih kurang jam 3-00 petang di Kompleks Rakan Muda, saya dapat mendengar keadaan riuh rendah dengan suara budiMaN yang bertemu rakan-rakan lama. Tak dapat dibayangkan keseronokan bertemu kawan-kawan lama yang sekian lama terpisah. Ummi memberitahu saya beberapa budiMan dan keluarga telahpun mendaftar. Setiap budiMaN yang mendaftar telah diberikan Aturcara Program, Goodies berupa Mug dan HandTowel tertera dengan tulisan Gathering budiMaN 2007 dan mencatatkan biodata diri dalam Buku Catatan Gathering budiMaN 2007. Antara yang telah mendaftar ialah Antu dpA sekeluarga, Ummi dsS sekeluarga, Rohana dsS sekeluarga, Wan Rozain dbS sekeluarga, Azahari (Bai) diB, Wan Azhar diA sekeluarga, Wan Mazlan (Apek) dpA sekeluarga, Norhisham (Apamz) diA sekeluarga, Salwani Ali dcS sekeluarga, Rashidah dsS sekeluarga dan Joe Malady diB sekeluarga. Ini diikuti pula dengan kehadiran peserta-peserta golf budiMaN yang sampai dari Kelab Golf Maran seperti Bilal dpA, Amin dsS, Raman dbS dan Sidi dpA.

Lebihkurang jam 4-00 petang, Minum Petang telah di hidangkan kepada semua budiMaN yang telah berada di Kompleks Rakan Muda Maran. Semasa minum petang, ramai lagi budiMaN yang tiba untuk mendaftarkan diri seperti Zambran dbS, Kitang diA sekeluarga, Kudeng dsS sekeluarga, Padil Sutoq dbS dan Charlie diB. Tepukan gemuruh di Dewan Makan Kompleks kedengaran setiap kali budiMaN dan keluarga tiba mendaftar dan memasuki dewan. Memang meriah dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata keseronokan bertemu semula setelah sekian lama. Kedengaran teriakan, sorakan, gelak ketawa dan keadaan dalam dewan hingar bingar dengan suara budiMaN.

Acara sukan yang sepatutnya di mulakan pada jam 5-00 petang terpaksa di mulakan lewat akibat kawan-kawan yang enggan berganjak dari dewan kerana tak habis-habis lagi excitement berjumpa kengkawan lama. Namun akhirnya acara sukan dapat juga dimulakan pada jam 5-30 petang. Sebelum sukan bermula, beberapa keluarga juga di dapati baru sampai seperti Mat Taib diB sekeluarga, Nasrun diA dan juga Syed Hamid diA.

Acara sukan telah di hoskan oleh Amy Jarr@ Antu pada petang itu dan telah dimulakan dengan senaman ringkas beramai-ramai yang telah di berikan oleh Sidi. Acara sukan telah diadakan di padang futsal yang terletak di tengah-tengah kompleks. Selesai senaman ringkas bagi memanaskan badan terutama kepada kengkawan yang jarang bersenam, acara Futsal Lelaki antara kursus pun bermula. Sementara itu acara sukaneka kanak-kanak telah di selang selikan antara perlawanan Futsal Lelaki. Acara Bola Baling Wanita juga telah diadakan melibatkan 2 buah pasukan. Keadaan Kompleks riuh rendah dengan sorakan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian seolah-olah seperti semasa di UitM Kuantan dulu semasa perlawanan antara kursus di adakan. Keputusan Acara Sukan :

Johan Piala budiMaN Futsal Lelaki Antara Kursus : DiploMa iN BankinG
Johan Acara Bola Baling Wanita : Pasukan Ummi

Akhirnya acara sukan berakhir pada jam 6-45 petang dan kami semua bersiap sedia untuk acara seterusnya iaitu Solat Maghrib berjemaah.

Lebih kurang jam 7-15 malam, kami semua berkumpul di Surau Kompleks untuk Solat Maghrib berjemaah dengan di imamkan oleh Kudeng dsS. Selesai solat maghrib, kami semua telah mengadakan bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat dengan niat untuk di sedekahkan kepada kawan-kawan UitM Kuantan yang telah meninggal dunia seperti Allahyarhamah Radziah dbS Jan 85, Allahyarhamah Rosnah diA Jan 85, Allayarham Aidilfitri diB Jan 85, Allayarham Zainal dbS Jul 85 dan Allahyarham Tarmizi diB Jan 86. Selesai doa selamat, kami berkumpul di surau dan menunggu azan Isyak. Azan kemudiannya telah dikumandangkan oleh biLaL dpA dan kami semua bersembahyang berjemaah bersama-sama.

Jam 8-45 malam, kami semua berkumpul pula di Dewan Makan Kompleks untuk Jamuan Makan Malam budiMan. Sementara itu beberapa budiMaN yang baru tiba seperti Zul Sani diB, Halim Lucah diB, Wahab Kasim diB dan isteri, Dona dsS dan Sheena dsS turut menyertai Makan Malam. Kami semua dihidangkan dengan Nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak, ayam goreng, sayur, kerabu pucuk paku dan beberapa masakan lain yang sungguh menyelerakan. Disamping itu kengkawan budiMaN masih lagi tidak henti-henti bertemu dan bersembang, bertanyakan khabar dan suasana memang meriah sekali. Bilal yang menjadi hos pada malam itu telah memulakan acara dengan pengenalan diri di ikuti dengan kengkawan budiMaN yang lain. Penyampaian hadiah turut di lakukan untuk beberapa acara sukan yang telah di adakan pada sebelah siangnya. Suasana gemuruh dengan sorakan dan teriakan kengkawan.

Acara malam itu turut di meriahkan dengan persembahan karaoke dari beberapa budiMaN seperti Amin, Sidi, Nasrun dan lain-lain. Memang suara dia orang ni power-power lagi seperti Amin dan Antu serta Nasrun dan lain-lain. Wan Azhar yang meniru gaya ala-ala Mawi memeriahkan dengan lagu Kian. Dona dsS juga tak kalah dengan suara merdunya berduet mendendangkan lagu Dua Insan. Bermacam-macam aksi kengkawan budiMaN ditunjukkan untuk memperlihatkan bakat masing-masing.

Sementara itu turut di berikan lucky draw yang berupa 5 hadiah sumbangan dari Hasni diB Jan 86 yang tidak dapat hadir tetapi telah mengirimkan sumbangan menerusi Charlie Koy. Sumbangan beliau iaitu Magnetic Bangle bernilai RM200 setiap satu telah di jadikan hadiah lucky draw. Antu juga telah mengadakan acara birthday untuk anak ke 2nya yang telah memotong kek seberat 3kg dan memberikan goodies untuk kanak-kanak.

Supper pula telah dihidangkan sekitar jam 11-00 malam dan kami semua meneruskan acara sambil bersembang dengan kengkawan budiMaN dan keluarga. Lebihkurang jam 12-30 malam, beberapa keluarga budiMaN telah beredar. Begitu juga dengan Dona dan Sheena yang turut beredar pulang ke Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun sebilangan besar budiMaN masih lagi berada di Dewan meneruskan perbualan dengan rakan-rakan yang lama tidak bertemu. Serasa memang tidak cukup masa dan banyak cerita yang ingin di tanyakan dan di bualkan. Setelah hampir 20 tahun terpisah, terlalu banyak yang ingin di tanyakan, di ceritakan dan dibualkan. Kemesraan semacam adik beradik sama seperti semasa di UitM Kuantan dahulu dapat dirasakan walaupun telah terpisah lama. Mungkin dulu semasa di UitM ada antara kita mungkin tidak pernah bertegur sapa pun tetapi dengan adanya gathering ini, ianya telah menyatukan silatulrahim antara semua budiMaN seolah-olah kita semuanya kawan yang teramat karib dari dulu hingga kini.

Jam hampir 2-30 pagi dan kami semua beredar ke bilik Asrama. Zul Sani, Halim Lucah dan Bai diB yang pada mulanya bercadang untuk balik ke Kuala Lumpur pada malam itu, menangguhkan hasrat mereka untuk terus bersama kengkawan sehingga esok pagi. Charlie, Antu, Joe Malady, Mat Taib yang sepatutnya tidur di chalet bersama keluarga turut "skuad" (term masa kat UitM Kuantan bila tumpang bilik orang lain) kat bilik Asrama. Di bilik asrama kami semua sembang lagi dan saya akhirnya terlelap kira-kira jam 3-30 pagi.

6-30 pagi kami semua di kejutkan dengan suara BiLaL yang mengajak kengkawan untuk sembahyang Subuh. Pada jam 8-00 pagi, kami semua bersarapan di Dewan Makan. Semuanya nampak ceria dan bersemangat dan masih tak henti-henti bersembang dengan budiMaN yang lain walaupun tidak cukup tidur.

Jam 9-00 pagi kami semua berkonvoi untuk Pusat Rekreasi Air Teladas dengan di dahului oleh Wan Azhar yang bertindak sebagai hos untuk acara ini. Perjalanan ke Teladas mengambil masa lebih kurang 10 minit dari Kompleks. Sesampai di Teladas, kanak-kanak tanpa membuang masa terus terjun untuk mandi air sungai Teladas. Beberapa acara kanak-kanak telah di aturkan oleh Wan Azhar di tepi sungai tersebut. Makanan dan minuman serta goodies kanak-kanak turut di berikan. Acara santai seperti Limbo dan acara games keluarga juga di adakan. Meriah dengan gelak ketawa dan suara budiMaN dan keluarga memberikan suasana yang sungguh menceriakan.

Setelah hampir 3 jam, berendam dalam air yang sejuk dan mengambil bahagian dalam games yang di hoskan oleh Wan Azhar, kami semua beramai-ramai berkonvoi pulang ke Kompleks dan chalet untuk acara terakhir Jamuan Makan Tengahari. Jam 1-00 tengahari, kami berkumpul di Dewan Makan kompleks untuk bersama-sama menikmati makan tengahari iaitu Nasi Minyak dengan lauk-lauk yang menyelerakan. Dan setelah mengadakan sedikit acara penutup dan pemberian hadiah untuk acara games dan sukan air, kami semua telah mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan sebelum semuanya bersurai kira-kira jam 3-00 petang.

Begitulah catatan perjalanan Gathering budiMaN 2007 dan alhamdulillah perjalanan aturcara gathering semuanya telah berjalan dengan lancar dan baik. Sebanyak 32 budiMaN telah menghadiri gathering pada kali ini dengan 14 yang datang secara solo sementara bakinya seramai 18 telah datang bersama-sama keluarga masing-masing yang berjumlah hampir 110 orang. Walaupun bayaran penyertaan tidak mencukupi untuk menampung jumlah perbelanjaan gathering namun sumbangan dari beberapa kengkawan seperti Wan Azhar, Antu dan saya sendiri telah mencukupkan jumlah kewangan untuk menjelaskan semua bil yang harus di bayar.

Saya dengan ini juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hadir memeriahkan gathering, semua wakil-wakil kursus yang telah bertungkus lumus berusaha menjemput kengkawan tanpa mengira masa, bil telefon dan komitmen yang tak mengenal putus asa, kepada Urusetia Gathering iaitu Sidi, Wan Azhar, Ummi dan Abg Nu sekeluarga, Antu, Bilal dan Raman Kerbau serta kepada semua pihak yang telah terlibat baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan gathering pada kali ini. Ribuan terima kasih juga kepada semua penyumbang seperti Antu, Wan Azhar, Joe Malady, Hasni dan yang lain-lain baik sumbangan wang ringgit, idea, tenaga dan usaha atau apa saja demi menjayakan gathering ini. Gambar2 gathering akan saya loadkan dalam satu link khas setelah saya terima gambar2 dari kamera Abg Nu nanti.

Jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan dalam pengurusan gathering ini, saya mewakili urusetia memohon ampun dan maaf, berikanlah teguran kepada kami, insyaallah kami akan cuba membaikinya di gathering yang akan datang. Moga kita akan dipertemukan lagi dalam lain-lain acara yang bakal di adakan oleh budiMaN dan semoga pertemuan kita di Maran tidak terhenti setakat itu sahaja. Kepada yang baru menyertai kita semua di Maran seperti Wani dcS, Dona dan Sheena, teruskanlah menjadi sebahagian dari budiMaN kerana anda semua dan sesiapa sahaja bekas pelajar UitM Kuantan adalah budiMaN dan di harapkan untuk menyertai sebarang aktiviti bersama budiMaN. Insyaallah selepas ini sudah ada cadangan dari beberapa budiMaN untuk mengadakan acara-acara Amal maybe dalam 2-3 bulan lagi. ( Ada cadangan seperti untuk beramal dengan mengecat dan membaiki surau di kampung yang terpencil sambil mengadakan Jamuan dan Doa Selamat bersama penduduk kampung tersebut, insyaallah). Sememangnya hasrat saya untuk kita berkumpul beramai-ramai ini dengan mempunyai tujuan yang jelas sesuai dengan halatuju budiMaN iaitu BeRAmaL, BeRbaKti dan BersiLatULrAhiM daripada kita hanya berkumpul tanpa sebarang matlamat dan tujuan. Inilah saluran kita untuk membuat sedikit bakti dan amal secara terus kepada masyarakat dengan sumbangan seikhlas dan semampu oleh kita semua.

Gathering budiMaN 2007 telahpun berakhir namun kenangan selama 2 hari 1 malam bersama-sama budiMaN sesungguhnya sukar untuk di lupakan. Semoga kemeriahan dan ikatan silatulrahim antara budiMaN dan keluarga tercapai dan berkekalan dan akan membuka ruang yang lebih luas lagi untuk kita terus bersama-sama dalam satu halatuju yang jelas sebagai bekalan kita dalam sisa-sisa hayat yang ada ini.

teRuS beRbuDi beRSaMa budiMaN
BeRaMaL, beRbaKti, beRSiLatuLRahiM

Sunday, December 02, 2007

baRu saMpAi

Baru sampai rumah kira-kira pukol 10-00 malam tadi dari Gathering budiMaN 2007 di Maran, Pahang. Setelah hanya tidur lebih kurang 1 jam sahaja pada Jumaat malam dan kemudiannya pada Sabtu malam setelah jamuan gathering, bersembang sampai pukol 3 pagi dengan kengkawan dan pada pukol 6-30 pagi pula di kejutkan oleh Bilal untuk sembahyang Suboh. Jadi dengan tidur hanya 5 jam dalam masa 3 hari ini membuatkan betul-betul flat bila sampai rumah. Walaupun gathering selesai kira-kira pukol 3-00 petang semalam namun saya bersama Wan Azhar dan Che Dat telah berkumpul semula dalam suatu perbincangan bagi menyelaraskan semua perbelanjaan untuk bayaran melalui kutipan yang di perolehi. Hampir 1 jam berbincang dan menyelesaikan semua perbelanjaan yang dilakukan, saya mengemaskan barangan saya, mandi dan bertolak keluar dari Asrama kira-kira jam 5-00 petang. Singgah sebentar di rumah ayah saya di Kg Paya Pulai, Temerloh dan selepas maghrib bertolak balik ke KL dan sampai pada pukol 10-00 malam tadi. Insyaallah esok akan saya ceritakan secara terperinci Catatan Perjalanan Gathering budiMaN 2007 yang telah berlansung selama 2 hari di Maran beserta sedikit gambar-gambar. Saya juga menunggu gambar yang diambil menerusi kamera Abg Nu untuk di hantar kepada saya nanti dan insyaallah apabila semua gambar telah ada akan di buat satu link baru gambar Gathering budiMaN 2007 nanti. So, sehingga esok, Selamat Malam sebab gua dah nak pi tidur dah beb, nak cover tidur 3 hari yang dah miss.....chau chin chau.