Thursday, October 11, 2007

sELaMat haRiRAya aidILfitRi


Sebenarnya saya rasa nak siarkan ucapan selamat Adilfitri dari kengkawan semua menerusi artikel Selamat Hari Raya sebegini tetapi ramai pulak kengkawan dah ucapkan melalui artikel-artikel yang lepas di ruangan komen. Walaubagaimanapun kalau nak buat ucapan lagi pun takpe, sila-silakanlah di ruangan komen tu.

Apa-apapun saya, SK dan keluarga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga BUDIMAN dan pengunjung-pengunjung blog ini tidak kira di mana anda semua berada baik di Malaysia mahupun di luar negeri. Saya dan SK juga ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan kemaafan jika sekiranya terdapat sepanjang persahabatan kita di blog ini terdapat artikel-artikel atau tuturkata kami yang menyinggung mana-mana pihak dan kawan-kawan semua. Semuga anda semua bergembira di hariraya ini dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kepada kawan-kawan yang ingin mengunjungi kami bolehlah datang ke rumah ayah saya di Kg Paya Pulai, Temerloh kerana insyaallah saya sekeluarga akan berada di sana. Kepada kengkawan yang berkunjung ke rumah BUDIMAN tu, tolonglah ambil gambar dan e-mail kepada saya, supaya nanti boleh kita siarkan kat sini. Kepada Amir USA, Pyang, Fadil dan Mizi yang beraya di luar negeri, kirimkanlah gambar raya kat sana nanti yer.

teRuS beRBudI beRsaMA budIMaN

8 comments:

Jun said...

LK and family..mengucapkan selamat hariraya n maaf zahir batin...
semuga budiman semua bergembira dihariraya, selamat dalam perjalanan n semuga berjumpa lagi lepas raya nanti. we all raya kat kuantan so sape2 lalu sana, leh la calling2 ya...
*jemput datang rumah tp bila we all dah balik la ye..hehe

Anonymous said...

Selamat menyambut Aidil Fitri,
Pandu Chermat Jiwa Selamat,
Bahasa Jiwa Bangsa...

SaYanG kidA said...

salam to all..

cepatnya ramadhan berlalu.. dah sampai penghujung pun.. alhamdulillah SK masih lagi bernafas dan di beri peluang menikmati ramadhan yang mulia ini insyaallah. semoga amalan kita di sepanjang bulan ramadhan tahun ni diterima olehNya.

SK doakan mudah-mudahan Allah swt temukan kita lagi dengan bulan mulia ini tahun hadapan dan juga tahun2 seterusnya..insyaallah...

Kepada teman-teman dan juga pengunjung blog SK ucapkan Selamat Hari Raya. SK mohon ampun dan maaf atas tuturkata yg tak terjaga, janji yang terabai, hati yang berprasangka & sikap yang pernah menyakitkan hati teman2 dan pengunjung blog

salam lebaran dari SK

Anonymous said...

Salam...buat BUDIMAN seme...yg jauh,yg dekat,yg kenal & yg x kenal...kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin

Rumah sentiasa terbuka...sudi-sudikanlah berkunjung...yg penting call dulu(H/P 019-7567799),bukan apa,biasanya raya ni ada kat 3 rumah!...hehehe
Alamat umah : No 12, Jln TJ 5/7,
Tmn Temerloh Jaya, Temerloh...satu lagi kat Desa Murni Kerdau...yg ketiga kat Kg Haji Ali...banyoklah puloookkk!

Anonymous said...

congrats utk korang kerana berjaya mewujudkan laman ni untuk mengimbas kembali cite2 lama. slamat ari raya juga. rodong dib tak join may be sebab tak ada geng laaa... suhaimi @ gm,che pah, ma, azahari, adik, etc where are you?

Anonymous said...

Assalamualaikum,,

Baru berkesempatan jenguk blog ni..
Kwn juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya. Mohon maaf di atas segala kesalahan dari lebih 20 tahun dulu hingga kini.

Hari ni ada kuantan..
Esok.. Sapa nak kontoi ke rumah bulu nihh..

Anonymous,,
Masih ada lagi wakil DIB..
The rest tu bukan apa.. PEMALU..

Charlie..

Anonymous said...

Malu kemende nye dah tua2 ni...

Anonymous said...

Malu-malu kucing...tapi mau!...ahaks!!!