Wednesday, October 31, 2007

kitAnG di AMpaNg putRi - siRi 2

Malam semalam beberapa kengkawan BUDIMAN termasuk saya menziarah Kitang di Hospital Ampang Puteri. Saya sampai lebih kurang pukol 8-30 malam dan Kitang berada di Wad 542 di temani isteri beliau Lily. Tidak lama kemudian beberapa kengkawan BUDIMAN yang lain turut sampai seperti Kudin Mekanik, Apek, Zambran, Muslim FG dan juga Man Troq. Hampir 2 jam juga kami bersembang bersama-sama Kitang bertanyakan khabar beliau setelah menjalani pembedahan memasukkan skru ke tulang kaki beliau. Kaki beliau sudah semakin pulih tetapi beliau mengalami alahan dengan ubat yang diberikan mengakibatkan perut beliau berasa sakit dan kurang selesa. Beliau memberitahu bahawa kemungkinan beliau akan keluar dari hospital dalam 2-3 hari lagi dan pulang ke Temerloh.

Selesai menziarah Kitang, kami sempat pula berteh tarik di sebuah restoran berhampiran Hospital Ampang Putri. Zambran yang datang dari Temerloh dan bermalam di KL kerana urusan kerja menjadi tumpuan kengkawan yang lama tidak berjumpa seperti Kudin Mekanik, Apek dan Man Troq. Bermacam-macam cerita di sembangkan, bertanyakan khabar kengkawan dan sebagainya. Rupa-rupanya semalam adalah harijadi FG tetapi beliau senyap jer tak beritahupun kengkawan masa teh tarik tersebut. Salah kami jugalah sebab tak sempat baca e-mail beliau yang dikirimkan kepada kengkawan pada siangnya. Tidak, bolehlah minta beliau belanja teh tarik semalam. Akhirnya lebih kurang jam 12-15 malam, kami semua pun bersurai.

beSdAy aMiR n fG


Semalam 30hb Oktober rupa-rupanya harijadi Amir dan Muslim FG. Senyap-senyap je korang yer. E-mail la kat saya sehari sebelum ke bolehlah juga kawan-kawan BUDIMAN wish selamat harijadi dan mendoakan kesejahteraan korang semua. FG pun masa jumpa malam semalam semasa menziarah Kitang dan teh tarik pun tak kata apa-apa pasal harijadi dia, senyap jer. Apa-apapun takpe lah kurang-kurangnya sempat jugalah kita ucapkan belated Happy Birthday kepada Amir dan FG semoga anda berdua sentiasa sihat, sejahtera dan ceria sentiasa di samping keluarga dan kawan-kawan semua.

Wan Rozain juga khabarnya menyambut Ulangtahun Perkahwinan beliau semalam 30hb Oktober. So, saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Ulangtahun Perkahwinan untuk Niazor semoga anda sekeluarga sentiasa sejahtera dan berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Monday, October 29, 2007

rOzMah dbS


Semasa dalam perjalanan menghadiri majlis perkahwinan Bulu di Kg Kuala Lanar, Jerantut pada 20hb Oktober yang lalu, saya bersama SK sekeluarga sempat singgah berhariraya di rumah Rozmah dbS, classmate kami dahulu. Rumah Rozmah terletak berhampiran pekan Jerantut dan kedatangan kami telah disambut dengan begitu mesra oleh Rozmah dan suaminya Halimi. Sempat pula Rozmah menyediakan nasi tomato untuk hidangan kepada kami semua. Kebetulan Wan Azhar diA juga berada bersama yang mana Halimi suami Rozmah adalah bekas classmate beliau semasa di sekolah teknik dahulu.

Rozmah bersama Halimi kini menetap di Jerantut bersama anak-anak mereka seramai 4 orang iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Rozmah menjalankan perniagaan catering makanan dan membuat kuih-muih untuk bekalan kepada sekolah-sekolah di sekitar Jerantut. Terdapat ruangan di belakang rumah beliau yang dijadikan tempat membuat kuih-kuih termasuklah membuat kuih-kuih raya secara besar-besaran di mana beliau khabarnya terpaksa mengambil seramai 8 orang pembantu untuk menyiapkan tempahan. Semasa kedatangan kami juga, beliau sedang menyiapkan tempahan catering makanan untuk makan malam Jamuan sebuah keluarga Cina di pekan Jerantut.

Telatah anak perempuan bongsu beliau iaitu Sofea pada petang itu begitu ceria dan suka bergaya membuat kami tak henti-henti ketawa. Memang comel betul Sofea. Jadi kepada kengkawan yang berkunjung ke Jerantut atau nak buat tempahan catering makanan di sana, bolehlah berhubung dengan Rozmah atau suami beliau Halimi. Memang Rozmah masak sedap giler sampai saya tambah 3 kali makan nasi tomato beliau walaupun nak pergi ke majlis perkahwinan Bulu selepas itu.

Friday, October 26, 2007

kitAnG di AMpaNg putRi

Pada hari Rabu petang yang lepas, Kitang telah di masukkan ke Hospital Ampang Putri, Kuala Lumpur setelah dibawa oleh isteri beliau, Lily untuk mendapatkan rawatan lanjut kecederaan kaki beliau akibat kemalangan motosikal baru-baru ini. Rupa-rupanya doktor pakar di Hospital Temerloh telah mengesahkan terdapat tulang kaki beliau telah patah dan memerlukan rawatan dengan pembedahan untuk memasukkan 3 skru pada tulang kaki beliau. Kalau pembedahan ingin dilakukan di Hospital Temerloh, beliau terpaksa menunggu pada 7hb November barulah pembedahan dilakukan. Oleh kerana itu beliau telah minta dipindahkan ke Hospital Ampang Putri, Kuala Lumpur yang membolehkan beliau melakukan pembedahan lebih cepat. Insyaallah pembedahan tersebut akan dilakukan pada Jumaat 26hb Oktober. Namun begitu dari sms yang beliau kirimkan kepada saya sebentar tadi memberitahu bahawa pembedahan telahpun selamat di lakukan pada petang Khamis semalam bermula jam 6 petang dan selesai pada jam 8-00 malam. Kitang juga memberitahu bahawa beliau mungkin berada selama seminggu lagi di Ampang Putri.

Pada hari Rabu malam itu juga, beberapa BUDIMAN telah menziarahi Kitang di Hospital Ampang Putri. Antara yang menziarah ialah Bilal, Arash, Apek, Padil Sutoq, Man Troq, Kudin Mekanik dan saya sendiri. Kitang ditemani oleh isteri beliau Lily berada di wad MGW-6, Tingkat 5, Ampang Putri. Kami sampai lebih kurang pukol 9-00 malam dan berada di situ sehingga hampir jam 10-30 malam. Riuh rendah dengan kawan-kawan bersembang dapat meredakan sedikit ketegangan Kitang yang khabarnya mengalami tekanan darah rendah semasa di masukkan ke Ampang Putri akibat penerangan doktor berkaitan pembedahan tersebut. Rupa-rupanya inilah pertama kali beliau di masukkan ke wad setelah 2 malam di Hospital Temerloh. Gementar sungguh rupanya Kitang memikirkan pasal pembedahan tersebut.

Untuk itu marilah kita mendoakan agar Kitang kembali pulih seperti sediakala dan bersabar dalam menempuh dugaan ini.

Wednesday, October 24, 2007

niKah LaNChu

Semalam Fatimah/Mohideen dbS ada mengirimkan e-mail kepada saya untuk memberitahu bahawa Ghazali @ Lanchu(dbS batch Jan 85) ingin mengajak kengkawan BUDIMAN semua ke majlis perkahwinan beliau yang akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 28hb Oktober 2007
Tempat : No 5, Rumah Rakyat Kg Jiboi, Ampangan, 70400 Seremban

Beliau ada mengirimkan kad jemputan beliau yang telah di scan untuk disiarkan di sini. Didalam blog Pioneers ITM Pahang juga telah di siarkan kad undangan ini. So, kalau ada sesiapa yang kelapangan, marilah kita beramai-ramai meraikan hari yang bersejarah kepada sahabat kita Lanchu, moga-moga dengan kehadiran kengkawan BUDIMAN semua bukan sahaja akan menambahkan meriahnya majlis tersebut malah dapat merapatkan lagi silatulrahim antara kita semua di sini dalam majlis itu nanti. Insyaallah, kalau ada kelapangan saya juga akan turut serta nanti sebab SK pun pernah duduk area Kg Jiboi tu masa kecik-kecik, so harap kat dia lah arif dengan tempat tu.

Tuesday, October 23, 2007

kitAnG maSuk waD


Petang semalam akibat kemalangan motosikal pada minggu lepas, Kitang telah dimasukkan ke Hospital Temerloh setelah pemeriksaan mendapati terdapat tulang kaki di tempurung lutut beliau telah patah. Kini Kitang berada di wad Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut. Beliau yang masih lagi MC dari hari Khamis minggu lepas telah pergi ke Hospital Temerloh setelah mendapati bengkak dari peha sehingga ke hujung kakinya masih tidak surut dan keadaannya tidak banyak berubah. Lily ada mengirimkan gambar terbaharu beliau di wad pada petang semalam dan saya akan cuba siarkan nanti. Semoga kecederaan yang dialami beliau akan cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Nampaknya harijadi beliau ke 40 yang jatuh pada 22hb Oktober iaitu semalam terpaksa di raikan di wad Hospital Temerloh.

Sunday, October 21, 2007

buLU niKah

Petang semalam saya sekeluarga bertolak dari Temerloh untuk menghadiri majlis perkahwinan Bulu yang telah diadakan di rumah bapa beliau di Kg Kuala Lanar, Kuala Lipis. Sempat singgah mengunjungi Kitang yang kemalangan motosikal di rumah beliau di Taman Temerloh Jaya, saya bertolak ke Kuala Lipis via Jerantut lebihkurang pukol 12-15 tengahari. Sampai di Jerantut, saya menelefon Wan Azhar yang sudahpun berada di Jerantut dan sedang menunggu saya di rumah Rozmah dbS. Sempat pula berhariraya di rumah Rozmah dan menikmati masakan istimewa yang disediakan.

Saya dan Wan Azhar bertolak dari pekan Jerantut lebih kurang pukul 2-00 petang terus menuju Kg Kuala Lanar, rumah Bulu. Kami berdua sekeluarga sampai di rumah Bulu lebih kurang jam 2-45 petang dan rombongan Bulu dari Tumpat bersama pengantin perempuan masih dalam perjalanan dan belum sampai lagi. Kami menikmati dahulu nasi minyak kenduri. Tidak lama kemudian rombongan Bulu bersama pengantin perempuan pun tiba kira-kira jam 3-30 petang dan terus di arak untuk acara makan pengantin.

Jepun dan Shema sekeluarga menyusul tidak lama selepas itu dan begitu juga Charlie Koy yang tiba dari Pekan, Pahang bersama-sama keluarganya. So kami berempat BUDIMAN sekeluarga meraikan Bulu yang bergelar raja sehari pada hari itu. Bulu bertanyakan kepada saya, mana kawan-kawan ITM yang lain? Saya berasa serba salah untuk menjawab kerana kalau nak beritahu kawan-kawan sibuk atau ada urusan lain, saya rasakan tidak kena, kerana beliau telah memberitahu berkenaan jemputan ini kira-kira sebulan yang lalu dan mengirimkan sendiri kad undangan kepada sesetengah kawan-kawan. Saya cuma beritahu beliau tentang Kitang yang kemalangan motosikal dan tidak dapat hadir. Kitang pula semasa kami berbual-bual kebetulan pula telah menelefon Bulu. 2-3 kali juga Bulu masih bertanyakan kawan-kawan BUDIMAN yang nak datang pada petang tu. Syukur juga sekurang-kurangnya ada wakil diA iaitu Wan Azhar hadir, sekurang-kurangnya ada jugalah coursemate beliau yang datang.

Dan setelah berbual-bual seketika dan mengambil gambar bersama dan Bulu mengenalkan isteri barunya kepada kami semua, kira-kira jam 6-00 petang, kami semua bertolak pulang. Wan Azhar berseorangan balik ke Maran sementara saya, Jepun dan Charlie sekeluarga bertolak menuju ke Kuala Lumpur dalam kesesakan laulintas pengguna Pantai Timur dari Kelantan pulang berhariraya. Sempat singgah di rumah emak Shema di Raub untuk solat dan kami kemudiannya meneruskan perjalanan dan sampai di Tol Gombak kira-kira jam 10-30 malam dan pulang ke haluan masing-masing.

Sesungguhnya meraikan perkahwinan rakan BUDIMAN yang merupakan salah satu hari penting dalam hidup beliau walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh dan mengenepikan urusan-urusan peribadi seketika, sekurang-kurang dapat mengembirakan hati seorang rakan yang tentunya berharap kawan-kawan akan tiba bagi memenuhi undangan yang di sampaikannya. Kepada Bulu, saya dan rakan-rakan BUDIMAN mengucapkan Selamat Pengantin Baru semuga anda sekeluarga akan sentiasa bahagia, sejahtera dan sihat sentiasa hingga ke akhir hayat.

kitAnG keMaLanGAN

Pada hari Khamis yang lepas sewaktu Kitang dalam perjalanan ke pejabatnya bagi memulakan tugas setelah bercuti Hari Raya, beliau telah terlibat dengan kemalangan semasa menaiki motosikal superbikenya. Kemalangan yang berlaku kira-kira 500 meter dari tempat kerjanya di Dataran Maybank Bangsar berlaku apabila sebuah teksi secara tiba-tiba membuat pusingan U-turn dan mengakibatkan Kitang terlanggar teksi berkenaan. Kaki kiri beliau telah ditimpa oleh superbike beliau dan mengakibatkan bengkak yang besar. Selain itu beliau juga mengalami luka-luka ditangan dan kaki. Rakan-rakan sepejabatnya telah menghantar beliau ke klinik dan isteri Kitang, Lily telah bergegas ke Kuala Lumpur dari Temerloh bersama anak-anak untuk melihat keadaannya dan membawa Kitang balik ke Temerloh. Beliau kini bercuti sakit (MC) di rumah. Nasib baiklah Lily isteri beliau yang juga mengalami terseliuh kaki kiri sebelum ini sudah sembuh sedikit. Kalau tidak naya betul, suami isteri dua-dua sakit kaki kiri. Akibatnya Kitang juga tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Bulu di Kuala Lipis pada hari Sabtu.

beRayA diRuMah kitANG

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada BUDIMAN semua. Pada hari raya yang ke 3, BUDIMAN beramai-ramai telah berkumpul dirumah Kitang untuk berhariraya dan bermaaf-maafan di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang. Antara yang hadir pada petang raya ke 3 itu ialah :

1. Saya sekeluarga
2. Sabri Ismail diA sekeluarga
3. Bilal sekeluarga
4. Mat Rock diA
5. Ummi sekeluarga
6. Apamz sekeluarga
7. Ismail Rodzi diA sekeluarga (batch Januari 86)

Selepas berhariraya di rumah Kitang, Apamz dan Bilal pula telah mengunjungi rumah Wan Azhar yang baru saja sampai dari Kuala Terengganu di rumahnya di Maran, Pahang. Walid juga khabarnya ada mengunjungi rumah Kitang pada hari raya ke 5 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Wan Azhar juga telah mengunjungi beberapa kawan-kawan BUDIMAN berhariraya di Temerloh dan Jerantut. Bilal juga memberitahu bahawa beberapa kawan BUDIMAN telah berkunjung ke rumahnya di Kuantan. Di Taman Pinggiran Subang, pada hariraya ke 6 pula, Arfah Zakiah dbS telah meraikan kawan2 yang mengunjungi rumahnya seperti Fatimah/Mohideen dbS serta Rozmah dbS sekeluarga.

Saya, SK dan Kitang serta Lily juga telah mengunjungi rumah AR yang berhariraya di Taman Semantan, Temerloh dan menikmati spagetthi istimewa masakan AR. Begitulah meriahnya sambutan hariraya dan kesempatan bertemu dengan kengkawan BUDIMAN menambahkan meriahnya aidlfitri.

Thursday, October 11, 2007

sELaMat haRiRAya aidILfitRi


Sebenarnya saya rasa nak siarkan ucapan selamat Adilfitri dari kengkawan semua menerusi artikel Selamat Hari Raya sebegini tetapi ramai pulak kengkawan dah ucapkan melalui artikel-artikel yang lepas di ruangan komen. Walaubagaimanapun kalau nak buat ucapan lagi pun takpe, sila-silakanlah di ruangan komen tu.

Apa-apapun saya, SK dan keluarga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga BUDIMAN dan pengunjung-pengunjung blog ini tidak kira di mana anda semua berada baik di Malaysia mahupun di luar negeri. Saya dan SK juga ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan kemaafan jika sekiranya terdapat sepanjang persahabatan kita di blog ini terdapat artikel-artikel atau tuturkata kami yang menyinggung mana-mana pihak dan kawan-kawan semua. Semuga anda semua bergembira di hariraya ini dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kepada kawan-kawan yang ingin mengunjungi kami bolehlah datang ke rumah ayah saya di Kg Paya Pulai, Temerloh kerana insyaallah saya sekeluarga akan berada di sana. Kepada kengkawan yang berkunjung ke rumah BUDIMAN tu, tolonglah ambil gambar dan e-mail kepada saya, supaya nanti boleh kita siarkan kat sini. Kepada Amir USA, Pyang, Fadil dan Mizi yang beraya di luar negeri, kirimkanlah gambar raya kat sana nanti yer.

teRuS beRBudI beRsaMA budIMaN

biRthdAy

Sebelum blog ni bercuti sempena hariraya aidilfitri, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Harijadi kepada beberapa orang kengkawan BUDIMAN yang akan menyambut harijadi dalam masa cuti aidilfitri ini. Antaranya seperti di bawah :

1. Lan Kentei @ Norazlan diA
LK menyambut harijadinya pada hari ini 11hb Oktober 2007. LK yang kini bertugas di CIMB Kuala Lumpur tinggal di Subang bersama-sama isteri Jun dan keluarga. Sedang mengikuti pengajian separuh masa di peringkat Master di UIA. Seorang golfer yang kini jarang-jarang berada di padang golf akibat kesibukan pelbagai urusan. Walaupun jarang menyertai program BUDIMAN secara langsung tetapi amat aktif di belakang tabir dalam sebarang program BUDIMAN yang dijalankan.

2. Apamz @ Norhisham diA
Apamz pula akan menyambut harijadi beliau pada 16hb Oktober 2007 ini. Kini tinggal di Kuantan bersama-sama isteri Miza yang mengalami lumpuh dan 2 anak lelaki. Apamz berniaga sendiri di pasar-pasar malam di sekitar Kuantan. BUDIMAN amat prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga Apamz dan akan cuba memberikan bantuan semampu yang boleh dari masa ke semasa.

3. Walid @ Syed Hamid diA
Walid juga akan menyambut harijadi beliau pada 21hb Oktober ini. Walid kini bekerja di Subang dan tinggal bersama keluarga di Sg Buloh, Selangor. Sering bersama dalam sebarang aktiviti BUDIMAN dan antara pengunjung paling setia blog ini.

4. Kitang @ Zainordin diA
Kitang juga akan menyambut harijadi beliau pada 22hb Oktober 2007 nanti. Kitang yang sering bertindak sebagai Bendahari kepada BUDIMAN juga sering bersama-sama dalam setiap aktiviti BUDIMAN. Kini bekerja di Maybank Bangsar dan menjadi weekend husband kerana keluarga beliau berada di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang. Isteri beliau Lily juga begitu aktif dalam BUDIMAN dan kini mengusahakan Butik Avon di Mentakab.

Kepada LK, Apamz, Walid dan Kitang (kebetulan semuanya diA) saya mengucapkan selamat harijadi yang saya rasa semuanya ke 40, semoga anda semua sihat sejahtera, bahagia dan mencapai segala kejayaan di masa hadapan.

Wednesday, October 10, 2007

bALik kaMPunG rayA

Gambar : Meriam Buluh power yang menggegarkan satu kampung di Mahang, Kulim pada raya lepas.

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti selama 11 hari kerana AidilFitri. Jadi mulai esok dengar-dengarnya ramai yang dah mula balik ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan sanak-saudara. Kalau dari KL nak balik ke Utara atau Selatan atau ke Timur, lebuhraya yang besar selalunya makin menjadi sempit dan sesak dengan kenderaan. Kena banyak bersabar nak balik kampung beraya.

Bilal katanya menerusi e-mail ucapan selamat hari raya akan balik ke Johor esok untuk beraya di rumah orangtuanya manakala pada raya ke 2 beliau akan ke Jerantut, Pahang pula untuk beraya di rumah mertuanya. Katanya lagi hari raya ke 5 beliau sudah berada di Kuantan.

Saya sekeluarga pula hanya akan balik beraya ke Temerloh, Pahang selepas sembahyang Jumaat kerana SK mulai bercuti pada hari Jumaat petang. Insyaallah saya sekeluarga akan berada selama seminggu di Temerloh sebelum pulang ke KL.

Blog ini pun maybe akan bercuti mulai Jumaat ini kerana tiada talian internet di kampung saya di Temerloh tu. Jadi kalau ada kengkawan nak umumkan apa-apa rancangan untuk berhari raya ini, sila lah e-mailkan kepada saya sebelum Jumaat ini supaya sempat saya siarkan pada hari Jumaat atau lebih awal lagi. Kot-kot ada yang nak buat open house ker, nak jemput warga BUDIMAN ke rumah ker atau apa-apa je la.

Kepada yang nak berkonvoi bagi menghadiri majlis perkahwinan Bulu di Kuala Lipis harap dapatlah calling-calling kawan-kawan untuk sama-sama pergi. Saya pun tak tahu samada akan bertolak dari Kuala Lumpur atau dari Temerloh nanti, jika pergi. Kalau tak dapat call tu, sms je la, sebab tahu-tahu lah duduk kat kampung ni...telefon selalunya kat rumah..orangnya kat belakang tengah panjat pokok kelapa ker, pokok mempelam ker, menebas semak ker dan macam-macam lagi.

Tuesday, October 09, 2007

aLbuM gaMbaR - berbUkA pUaSa di rUmaH aPamZ

Salam semua,

Disebabkan masa tak mengizinkan, SK letak semua gambar yang diambil di rumah apamz. Tak dan nak pilih2 dan dan yg penting tak de super impose yea. Cuma yang tak clear saja tak de di sini (ada kot dalam 3 gambar). Jadi korang tatap lah puas2... Tapi bila dah ada artikel baru, album ini akan di letak di bawah sekali.. Rasa2 rindu kat SK (ehem2x) boleh scroll kat bawah sekali...

beRbUkA deNgaN aPaMZ - siRi 9


Gambar 1 : Bilal dan Raman Kerbau menunggu waktu berbuka
Gambar 2 : Wan Rozain dan Apamz bersembang sambil berbuka puasa
Gambar 3 : Bob MG DiA, Joe Malady DiB dan Charlie Koy DiB
Gambar 4 : Wan Azhar DiA - kontraktor besar dari Maran
Gambar 5 : Bob MG - Jejaka Paling Bergaya pada malam itu, siap dengan tasbih, sedang membawa rendang ayam special untuk kengkawan, kira-kira Man Of The Match la.

Masih lagi dengan kemeriahan berbuka puasa BUDIMAN dengan Apamz pada Sabtu lepas, so saya siarkan lagi gambar-gambar yang ada. Actually hari tu tak banyak sangat gambar yang sempat dirakamkan kerana bersembang tak henti-henti dengan kengkawan yang hadir. Macam-macam cerita di tanyakan dan dikhabarkan antara kengkawan, jadi nak stop untuk ambil gambar pun tak sempat.

Apamz ada sms kepada saya pada petang Ahad yang lepas memberitahu bahawa jumlah sumbangan yang telah diterima oleh beliau adalah sebanyak RM2,502-00. Ini adalah jumlah yang diterima oleh beliau pada malam berbuka puasa BUDIMAN iaitu sebanyak RM2,102-00 dan juga sumbangan yang diterima secara direct oleh beliau dari beberapa kengkawan yang tidak dapat hadir berbuka tetapi telah bertemu dengannya sebelum hari berbuka itu. Apamz mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kengkawan yang telah hadir berbuka dan menyumbang dan menurut beliau pada raya tahun ini setelah sekian lama menerusi sumbangan tersebut dapatlah beliau berbelanja seperti membelikan pakaian baru untuk anak-anaknya, setelah beberapa tahun tidak dapat melakukannya. Menurut Apamz lagi beliau dan Miza begitu terharu dengan ingatan dan keprihatinan kengkawan BUDIMAN kepada keluarganya.

Seperti cadangan Kla2 dalam ruangan komen, mungkin acara sebegini boleh di jadikan acara tahunan. Sememangnya aktiviti-aktiviti amal sebegini tidak sahaja harus dilakukan setahun sekali tetapi pada setiap masa jika terdapat keperluan dan kemampuan untuk dilakukan oleh BUDIMAN kerana bukan sahaja Apamz tetapi jikalau ada kengkawan BUDIMAN lain di mana sahaja yang memerlukan pertolongan, jika berkemampuan, insyaallah BUDIMAN akan membantu. Kepada kengkawan yang berada di Kuantan, saya harap jika ada aktiviti kebajikan dan amal sebegini yang dianjurkan BUDIMAN di tempat-tempat lain hendaklah turut serta dan janganlah hanya Ummi dan Bilal sahaja yang kerap datang.

So, masa di rumah Apamz Sabtu lepas, ada kengkawan cadangkan untuk buat Sambutan HariRaya BUDIMAN pula, jadi kita tunggu pula kot-kot ada kengkawan yang hendak anjurkan maybe di Kuantan, Temerloh, Jerantut atau KL. Kita bagi peluanglah kawan-kawan anjurkan pulak, jangan kata asyik orang yang sama jer anjur, tak syiok jugak, macam nak conquer jer kan tapi pakat-pakatlah. Kita nak tengok pula kot Zamberan ker nak buat kat Temerloh atau Muslim ker nak buat sambutan raya BUDIMAN kat KL, bila lagi kan.... atau pakat-pakat combine pun boleh juga... ( sebab dia orang berdua ni khabarnya janji nak datang berbuka kat rumah Apamz dan buat keZZutan tapi last-last minute cancel tanpa sebab yang munasabah... memang tak patut dan oleh itu patut di denda dengan mengelolakan sambutan HariRaya BUDIMAN... Zamberan n Muslim...jangan buat-buat senyap jer skodeng blog ni yer... BUDIMAN tunggu korang berdua organize ni... hehehe)

Dari sembang-sembang masa berbuka di rumah Apamz juga khabarnya ramai yang hendak pergi ke kenduri Bulu pada 20hb Oktober nanti di Kg Kuala Lanar, Lipis untuk majlis perkahwinan Bulu nanti. Wan Azhar hari tu beriya-iya mengajak kengkawan untuk konvoi beramai-ramai. So, insyaallah, kalau ada peluang dan kelapangan marilah kita beramai-ramai ke kenduri perkahwinan Bulu nanti berkonvoi ramai-ramai dari Kuala Lumpur, Kuantan dan Temerloh.

Sunday, October 07, 2007

beSdAy umMi


Hari ini 7hb Oktober 2007 adalah harijadi Ummi yang ke 41. Sama umur SK dah! Camne pun Ummi masih tetap nampak muda dan anggun lagi. Ummi dulu semasa di UitM Kuantan mengambil kursus DSS dan kini bekerja di Lembaga Pembangunan Tioman di Kuantan. Suami beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Nu juga bekerja di tempat yang sama. Tinggal di Cendrawasih, Kuantan bersama-sama 4 orang anaknya, 2 lelaki dan 2 pompuan. Sejak mengenali Ummi sekeluarga menerusi blog BUDIMAN, Ummi sekeluarga tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap aktiviti yang di adakan oleh BUDIMAN dan sememangnya beliau seorang yang amat rajin, cekal dan sabar. Untuk Ummi, saya sekeluarga mengucapkan selamat harijadi semoga dikurniakan tubuh badan yang sihat, di murahkan rezeki, sejahtera dan bahagia di samping keluarga dan sahabat.

Semalam semasa berbuka puasa di rumah Apamz, Ummmi dan kawan-kawan yang menyambut harijadi dalam bulan Oktober sempat memotong kek yang dibawa oleh Kitang. Ianya juga bersempena ulangtahun pertama BUDIMAN yang jatuh pada 28hb September yang lalu. Antara yang memotong kek semalam selain Ummi ialah Walid, Apamz dan Kitang selain saya sendiri untuk ulangtahun BUDIMAN. Artikel birthday mereka nanti akan disiarkan pula mengikut tarikh birthday masing-masing.

beRbUkA deNgaN aPaMZ - siRi 8

Gambar 1 : 4 sekawan DiA yang setia : Walid, Kitang, Apamz dan Bob MG
Gambar 2 : Berbuka dengan kurma, air dan rokok dulu beb
Gambar 3 : Lauk-lauk dari caterer- kari daging, sayur, ayam kicap dll
Gambar 4 : 3 sekawan - Ummi, Z.Rosmena dan SK
Gambar 5 : Penyerahan sumbangan oleh Kitang kepada Apamz
Gambar 6 : Gambar ramai sebelum bersurai

Hadir : Kida sekeluarga, Ummi sekeluarga, Bilal sekeluarga, Kla2 sekeluarga, Mat Taib sekeluarga, Bob MG sekeluarga, Rozain sekeluarga, Kitang 3 beranak, Walid, Charlie Koy, Joe Malady, Raman Kerbau, Wan Azhar, Norlia sekeluarga dan Z.Rosmena sekeluarga.

Saya bertolak dari Kuala Lumpur selepas solat zohor semalam bersama-sama keluarga menuju ke Kuantan untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa BUDIMAN dengan Apamz. Dalam hujan lebat dan kesesakan lalulintas di MRR2, kira-kira jam 3-00 petang saya tiba di Tol Gombak dan terus meredah Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Kuantan. Sebelum tiba di Temerloh terserempak dengan Charlie Koy yang memandu berseorangan dan beliau menelefon saya memberitahu akan singgah di Chenor dan Maran untuk mengambil Raman Kerbau dan Wan Azhar sebelum ke Kuantan.

Saya teruskan perjalanan saya dan singgah di Hentian Maran untuk solat Asar. Berpandukan gambaran yang diberikan oleh Apamz, saya meredah Lebuhraya Pantai Timur dan tiba di Tol Jabor kira-kira jam 5-45 petang dan keluar menuju ke Taman Balok Makmor, rumah Apamz. Saya tiba kira-kira jam 6-00 petang dan Apamz menyambut kedatangan saya yang merupakan orang pertama tiba.

Selepas itu barulah Ummi dan Abd Nu sekeluarga pula tiba dan diikuti oleh kawan-kawan lain. Kira-kira jam 6-45 petang, semua kawan-kawan dari Pekan, Kuantan, Temerloh dan Kuala Lumpur selamat tiba di rumah Apamz. Dari senarai kehadiran yang datang cuma Zamberan dan Ismail Rodzi sahaja tidak dapat datang. Walaubagaimanapun kehadiran Wan Azhar dan Rashidi@ Mat Taib yang tiada dalam senarai awal menambahkan lagi meriah majlis.

Suasana menjadi riuh rendah dan kemeriahan yang amat sangat jelas terasa apabila kengkawan lama bersua kembali setelah ada diantara mereka tidak berjumpa sekian lama. Semuanya berpelukan, bersalaman dan mengenalkan keluarga masing-masing yang turut serta. Kla2 atau Shamsul Amri, Norlia DSS dan juga Z.Rosmena sememangnya lama tidak ditemui oleh kengkawan semua.

Makanan dari caterer betul-betul tiba di saat 2-3 minit sebelum berbuka dengan lauk dan nasi yang menyelerakan. Di tambah pula dengan asam pedas ikan patin dan puding special dari Ummi. Ayam masak rendang dari keluarga Bob MG. Murtabak Pekan yang di sponsor oleh Charlie Koy dan dibawa oleh Rozain sekeluarga. Jun LK pula tidak ketinggalan membawakan sebakul kuih-kuih raya untuk Apamz sekeluarga. Apamz dengan masakan istimewa Bubur Lambok (memang best giler) dan puding special. Bilal membawakan Nugget, Fries dan Dadih istimewa ( Joe Malady hentam dadih dekat 10 cawan...sedap sungguh dia kata)

Dengan berkumandang azan Maghrib dan bacaan doa berbuka oleh Bilal, kami semua berbuka dalam suasana yang sungguh meriah tak terkata. Sambil makan tak henti-henti bersembang, bersalaman dan bertanyakan khabar. Kemudiannnya kami beramai-ramai solat maghrib berjemaah di masjid berhampiran dengan di imamkan oleh Joe Malady. Selesai solat maghrib, kami kembali semula ke rumah Apamz dan menyambung makan dan perbualan yang tak henti-henti.

Berkumandang azan Isyak, kami semua berhenti menunaikan solat Isyak dan berterawikh dengan diimamkan pula oleh Bilal. Selesai kira-kira jam 9-00 malam, kami meneruskan perbualan dan menjamu selera lagi. Sementara itu Kitang selaku Bendahari BUDIMAN melakukan kutipan sumbangan daripada tetamu yang hadir. Dari sumbangan secara online akaun Maybank terhasil sebanyak RM880 manakala kutipan sumbangan dari tetamu berbuka puasa pula telah menghasilkan jumlah keseluruhan kutipan sumbangan sebanyak RM2,102 dan penyerahan secara ringkas telah dibuat dihadapan semua tetamu yang hadir oleh Kitang kepada Apamz.

Kami kemudian mengadakan sessi bergambar dan Apamz pula telah menyediakan Ice Blended special kepada kawan-kawan BUDIMAN. Akhirnya kira-kira jam 11-30 malam, kami semua beredar dari rumah Apamz dengan perasaan gembira, seronok dan masing-masing beriya-iya untuk mengadakan majlis seperti ini di masa hadapan. Saya, Charlie dan Kitang kemudiannya berkonvoi menuju ke Temerloh dan singgah di Maran untuk drop Wan Azhar. Sempat pula kami mengeteh di Maran pada pukol 12-30 pagi dan lebih kurang jam 1-30, saya dan Charlie meneruskan perjalanan kami ke Kuala Lumpur. Kami selamat tiba di Tol Gombak kira-kira jam 3-00 pagi dan saya dan Charlie berpisah untuk meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing. Akhirnya kira-kira jam 3-45 pagi selamat tiba di rumah.

Sesungguhnya majlis berbuka puasa BUDIMAN dengan Apamz sekeluarga telah berjalan dengan lacar, meriah dan penuh kejayaan, alhamdulillah. Apamz yang merasa amat terharu dengan ingatan kengkawan kepada keluarganya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kengkawan yang sudi hadir ke rumahnya. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis berbuka ini. Terimakasih juga kepada kawan-kawan yang hadir dan juga yang begitu prihatin membuat sumbangan wang ringgit kepada Apamz sekeluarga. Semoga Allah swt memberkati usaha murni kita ini dan semoga dilimpahkan rezeki dan kesejahteraan kepada kengkawan semua agar usaha-usaha murni kita ini diteruskan lagi dimasa hadapan, insyaallah.

Saturday, October 06, 2007

beRbUkA deNgaN aPaMZ - siRi 7 - haRi niLa, jOmLa oiii


Maka hari yang dinanti-nantikan untuk majlis berbuka puasa BUDIMAN dengan Apamz pun sampai juga. Petang nanti akan berkumpullah BUDIMAN dari Kuantan, Temerloh dan Kuala Lumpur untuk sama-sama berbuka puasa dengan Apamz sekeluarga di kediaman beliau di Taman Balok Makmor, Beserah, Kuantan. Seronok sangat rasanya dapat berbuka bersama-sama sambil kita semua beramal untuk saudara BUDIMAN kita Apamz.

Ummi, pagi-pagi semalam telah menelefon saya untuk memastikan semua aturcara berbuka nanti agar dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Usaha yang tak kenal penat dari Ummi sememangnya salah satu faktor yang membolehkan majlis ini terlaksana, insyaallah. Begitu juga usaha kawan-kawan yang lain yang turut sama memastikan agar majlis ini terlaksana dengan jayanya.

Rozain@ Niazor pula siap sms kepada saya pukol 1-00 pagi tadi untuk memberitahu bahawa Murtabak Pekan telahpun di pesan dan di aturkan oleh Charlie Koy. Beliau akan mengambil 20 keping murtabak tersebut daripada adik Charlie yang berada di Pekan petang nanti. Terima kasih banyak-banyak Charlie. Bukan murah juga harga murtabak tu, dengarnya antara RM6-8 sekeping. 20 keping hampir RM150 untuk hidangan kepada kawan-kawan nanti.

Niazor juga memberitahu bahawa petang nanti juga akan ada suprise dimana akan hadir seorang yang tiada dalam list BUDIMAN untuk berbuka pada asalnya tetapi akan menyertai kita semua petang nanti. Saya pun tak tahu siapa dan memang betul2 suprise ni. Niazor kata gerenti gempaq dengan kehadiran orang itu nanti. Suspen betul lah Niazor ni!

Ummi pun khabarnya ada suprise menu juga petang nanti. Suspen betul lah dia orang ni. Ada je nak kasi kezutan. Hari tu pun Kitang kata nak celebrate bawak kek untuk BUDIMAN yang sambut birthday bulan Oktober ni bersekali dengan belated birthday BUDIMAN yang pertama. Suprise lagi. Ummi birthday esok 7hb Oktober 2007. Sape lagi yer BUDIMAN yang celebrate birthday Oktober...kena tunggu petang ni ler nak tahu.

Apa-apa pun jangan korang bagi keZutan dengan bawak terlampau banyak makanan dah ler. Nanti tak habis kang, membazir plak. Rasa-rasa macam tak cukup masa la petang nanti...nak berbuka lagi, nak terawikh lagi, nak sembang lagi, nak kezutan lagi.... mahu pukol 1-00 pagi habis ni...macam nak kena bawak tikar bantal jer ke rumah Apamz ni. Jadi elok lah rasa-rasanya pesan kat anak-anak kita yang datang sekali nanti beritahu mereka balik lewat sikit ni...kena pandai-pandailah bawak diri yer.... dan kepada yang last minute nak mai tu.... jangan tunggu lagi... jom ler...makan tu tak berapa kisah sangat...ni banyak keZutan kengkawan nak bagi ni... ambik kunci keta....jom blah pi rumah Apamz...sekarang juga!!!!!

Friday, October 05, 2007

beRbUkA deNgaN aPaMZ - siRi 6


Rasanya 42 pax adalah jumlah yang muktamad sehingga ke saat ini yang akan berbuka puasa di rumah Apamz pada petang esok. 42 pax ini cuma angka untuk di sediakan kepada caterer. Jumlah sebenar yang akan menghadiri majlis ini jika di campur dengan kanak-kanak mungkin akan mencecah sehingga 60 orang.

Alamat untuk ke rumah Apamz nanti adalah seperti berikut :

21, Jalan Balok Makmor 16,
Taman Balok Makmor, Beserah,
Kuantan, Pahang.
Tel Apamz : 013-9987697

Apamz juga ada berpesan kepada kengkawan yang akan hadir ke rumahnya nanti jika dari Kuala Lumpur atau Temerloh lagi senang ikut Lebuhraya Pantai Timur dan exit kat Tol Jabor (Baru), atas lagi dari Tol Kuantan, lepas tu keluar di Simpang Jerangau-Jabor. Tapi Apamz kata lepas Tol tu ada persimpangan bertingkat, naik jalan atas ke Beserah/Gebeng, then terus dan keluar ikut susur Pelabuhan Kuantan ( Tapi Apamz kata masa persimpangan bertingkat tu jangan ikut susur ke pelabuhan dulu, nanti lagi jauh lepas ke Sungai Ular) ( Ini saya copy dari sms yang Apamz hantar kat saya semalam)

Harap-harap tiada masalah untuk kengkawan sampai ke rumah Apamz nanti. Insyaallah mungkin dalam pukul 6 petang atau lebih awal lagi kawan-kawan semua akan sampai. Saya pun mungkin bertolak selepas zohor dari KL. Caterer akan menghantar makanan terus ke rumah Apamz nanti. Pinggan dan cawan/gelas untuk 60 orang. Pinggan untuk lauk-lauk. Pinggan untuk kuih-muih dan buah-buahan. Sudu, senduk tak banyak kot sebab buffet. Tikar, meja letak makanan ( buat buffet).

Apamz juga beritahu bahawa beliau juga menyediakan bilik untuk bersalin pakaian bagi lelaki dan wanita. Masjid pula hanya walking distance (100 meter) dari rumah Apamz. Jadi aturcara kita petang esok maybe boleh buat seperti berikut :

6-30 petang : BUDIMAN sampai dan persediaan berbuka
6-45 petang : Kutipan bayaran makanan dan sumbangan
7-01 petang : Berbuka Puasa BUDIMAN dan sembahyang mahgrib
8-10 malam : Sembahyang Isyak dan Terawikh di Masjid berdekatan
9-45 malam : Berkumpul semula di rumah Apamz dan penyerahan sumbangan.
masa sendiri : Bersurai

Tapi mana yang datang lebih awal tu lebih elok jadi takdelah kelam kabut sangat untuk membuat persiapan nanti. Apa-apa pun harap-harap segalanya berjalan lancar dan semuanya selamat sampai menghadiri majlis berbuka puasa ini nanti. Terima kasih di dahulukan kepada kengkawan semua yang telah bekerja keras demi menjayakan majlis berbuka puasa ini. Ummi, Bilal, Walid, Apamz dan semua yang terlibat dalam menjayakan dari mula sampai akhir nanti. Berkat kecekalan, ketabahan dan kerja keras anda semua, insyaallah kita akan beroleh kejayaan.

Berbudi Melalui BUDIMAN.
Jumpa anda semua di sana, insyaallah.

Thursday, October 04, 2007

beRbUkA deNgaN aPaMZ - siRi 5


Alhamdulillah, sehingga malam tadi seramai 42 pax telah mengesahkan penyertaan iaitu tambahan 2 pax lagi dari jumlah yang telah diberikan oleh Ummi dalam ruangan komen semalam. Sehingga kini BUDIMAN yang akan menyertai adalah :

1. Ummi sekeluarga - 5 pax (Kuantan)
2. Bilal sekeluarga - 4 pax (Kuantan)
3. Shamsul Amri sekeluarga - 2 pax (Kuantan)
4. Bob MG sekeluarga - 3 pax (Kuantan)
5. Z.Rosemina sekeluarga - 6 pax (Kuantan)
6. Norlia sekeluarga - 2 pax (Kuantan)
7. Apamz sekeluarga - 4 pax (Kuantan)
8. Joe Malady - 1 pax (Kuantan)
9. Ismail Rodzi - 1 pax (Kuantan)
10. Kitang sekeluarga - 4 pax (Temerloh)
11. Raman Kerbau - 1 pax (Temerloh)
12. Zambran - 1 pax (Temerloh)
13. Charlie Koy - 1 pax (Kuala Lumpur)
14. Walid - 1 pax (Kuala Lumpur)
15. Wan Rozain sekeluarga - 2 pax (Kuantan)
16. Kida sekeluarga - 4 pax (Kuala Lumpur)

Manakala Lan Kentei dan Jun sekeluarga cuma dapat mengesahkan penyertaan di saat-saat akhir nanti sekiranya tiada program pejabat yang menghalang walaupun Lan Kentei telefon saya pagi semalam dengan suara serak2 basah Ella memberitahu teruja sangat nak pergi. Man Troq pula memberitahu bahawa tidak dapat untuk travel buat masa sekarang kerana isterinya mengalami alahan kerana mengandung 4 bulan dan beliau telah memaklumkan kepada Apamz petang semalam. Saya cuba menghubungi Kaybee di talian 012-9565151 tetapi tiada jawapan. Kalau ada sesiapa yang mempunyai nombor telefon Kaybee yang terbaharu harap dapat memberitahu saya atau menghubungi Kaybee untuk mengajak beliau sekali.

Saya juga telah menghubungi Apamz malam tadi dan bercakap dengan beliau memberitahu jumlah kehadiran setakat ini. Apamz dan Miza begitu teruja menantikan kehadiran kawan-kawan semua pada hari Sabtu ini.

Kitang juga ada memaklumkan kepada saya bahawa tabung sumbangan untuk keluarga Apamz telah mencecah RM500 setakat ini.

Berkenaan makanan pula, kalau di lihat dari menu yang disediakan oleh caterer adalah untuk lauk dan nasi serta air sahaja. Bilal katanya akan membawa sup daging, nugget dan kentang goreng serta dadih sebagai tambahan. Bob MG pula akan membawa lauk ayam. Menurut Ummi juga ada bubur lambuk dan puding (bukan puding raja kot sebab YM Raja tak datang, hantar wakil saja...hehe). Kuih-kuih belum ada dan buah-buahan serta kurma. Maybe boleh pakat-pakat nanti. Murtabak Pekan tu memang sedap jugak tapi kena ihsan orang yang duduk Pekan la nampaknya ( rasa macam ada orang yang bertolak dari Pekan nanti...). Dapat sejuring kecik pun takpe la...hehe sebab murtabak tu mahal.

Apa-apa pun pada sesiapa yang nak bawak lauk, kuih-muih dan buah-buahan tambahan tu di ingatkan dengan keras janganlah bawa terlampau banyak. Ala-ala kadar je cukup, biar tak cukup jangan sampai terlebih takde orang makan....(pengecualian untuk murtabak Pekan la...sebab sejuring tak cukup rasanya...hehe. Ada kena baling dengan murtabak ni nanti... mesti marah orang yang bertolak dari Pekan ni... keke).

Wednesday, October 03, 2007

beRbUkA deNgaN aPaMZ - siRi 4


Alhamdulillah, setelah sambutan agak dingin sebelum ini untuk mengadakan berbuka puasa BUDIMAN dengan Apamz, nampaknya berkat usaha gigih Bilal, Ummi, Walid dan kengkawan yang lain memujuk dan merayu ihsan rakan-rakan, maka semakin ramai yang tampil untuk bersama-sama di dalam majlis berbuka puasa itu nanti. Menu telah ditetapkan oleh Ummi dengan harganya RM8-50 perperson. Bayaran menurut Ummi bolehlah dijelaskan lebih awal atau di hari berbuka pada Sabtu 6hb Oktober 2007 nanti. Setakat petang tadi di mana Bilal dan Raman Kerbau ada sms kepada saya memberitahu bahawa BUDIMAN yang bakal menyertai nanti ialah :

1. Ummi sekeluarga (Kuantan)
2. Bilal sekeluarga - 4 orang (Kuantan)
3. Rozain sekeluarga - 2 orang (Pekan)
4. Bob MG sekeluarga - 4 orang (Kuantan)
5. Kla2 Shamsul Amri sekeluarga - 2 orang (Kuantan)
6. Kitang sekeluarga - 4 orang (Temerloh)
7. Zambran - 1 orang (Temerloh)
8. Raman Kerbau - 1 orang (Temerloh)
9. Walid - tak tahu lagi berapa orang? (Kuala Lumpur)
10. Saya sekeluarga - 4 orang (Kuala Lumpur)

Jadi setakat ini saya rasa mungkin sudah ada seramai 30 orang seperti kata Ummi yang akan menyertai nanti bersama-sama keluarga Apamz sendiri. Penyertaan masih lagi terbuka sebelum senarai jumlah terakhir harus diserahkan kepada caterer sehingga petang ini. Apamz sendiri khabarnya betul-betul teruja dengan hasrat kita semua untuk berbuka di rumahnya dan khabarnya akan menyediakan 2 juadah istimewa untuk kengkawan BUDIMAN.

Oleh itu kepada BUDIMAN yang lain, masih belum terlewat lagi, marilah kita bersama-sama mengembirakan hati saudara kita Apamz dengan berbuka dan mengunjungi beliau dan Miza. Saya dapat merasakan Miza dalam keadaan sakit dan kepayahan itu semestinya berasa amat gembira dan berbesar hati kerana kawan-kawan suaminya masih lagi mengingati dan sanggup bersama-sama walaupun dalam kehidupan mereka yang kepayahan dan kedaifan itu. Dalam keadaan begitu kawan-kawan Apamz masih lagi tidak mengabaikan dan meninggalkannya. Mungkin juga kalau ada rezeki lebih, mana-mana kengkawan yang datang nanti boleh membawakan buah tangan sedikit seperti baju baru untuk Apamz, Miza atau anak-anaknya nanti.

Cuma yang agak mendukacitakan saya buat masa ini ialah tabung sedekah dan sumbangan untuk Apamz yang di buat menerusi akaun Kitang masih lagi kosong tanpa sebarang sumbangan. Kepada kawan-kawan yang tak mahu pergi atau tak dapat pergi, sumbang-sumbangkanlah sedekah anda di bulan Ramadhan yang mulia ini kepada saudara kita Apamz sekeluarga. Sudahlah anda tidak mahu pergi, janganlah pula sampai tidak mahu bersedekah kepada Apamz walau RM1 sekalipun kerana dengan RM1 anda itu jika dikumpulkan dengan semua BUDIMAN yang menziarahi blog ini boleh mencecah RM300 hingga RM500. Sekurang-kurangnya ingatan dan kasih anda kepada saudara seislam BUDIMAN tetap ada dari hanya berkata-kata sahaja.

Memang kadang-kadang saya termenung memikirkan betapa ada di antara kawan-kawan yang pernah serumah, sebilik, sama-sama di ITM Pahang, susah senang, dikala bujang dahulu banyak di tolong oleh Apamz tetapi apabila sudah berkeluarga, berjawatan besar terus melupakan beliau malah tidak pernah mengunjungi beliau sekalipun walaupun duduk berhampiran. Malah kengkawan yang duduk jauh pula memberitahu mereka bahawa Apamz di dalam kesusahan tetapi itupun tidak cukup lagi untuk mereka datang dan menjenguk Apamz dan sehingga kini masih tidak tahu dimanakah rumah Apamz. Masyaallah...moga-moga Allah swt membukakan pintu hati mereka suatu hari nanti untuk melihat sendiri penderitaan Apamz.

tadiKA paSti


Terimakasih kepada Wan dari PASTI yang telah sudi mengunjungi blog BUDIMAN. Sesungguhnya artikel berkaitan Dairi Guru PASTI dari blog Wan amat menyentuh perasaan kami semua di sini. Betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru-guru PASTI dalam mentarbiyahkan anak-anak kecil sehingga terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan cabaran yang memerlukan ketabahan dan kecekalan hati yang kuat. Wan juga telah meninggallkan pesan kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada PASTI agar dapat menghubungi pejabat PASTI di talian 09-7486042. Manakala sesiapa yang ingin mengunjungi blog PASTI pula di http://pastikelate.blogspot.com/ Insyaallah di masa yang mendatang mungkin BUDIMAN boleh mengadakan satu projek kebajikan bersama-sama PASTI pula nanti.

Kudeng DSS juga ada menyatakan didalam ruangan komen artikel Kisah Ramadhan berkaitan tadika PASTI. Komennya seperti berikut :

Kudeng said...
Assalamualaikum. Anak ana yang no. 5 tu sekarang ni bersekolah di Tadika PASTI An Nur, Sri Kundang. Tadika tersebut adalah dibawah kelolaan PAS Cawangan Kundang. Alhamdulillah, ana ada hubungan yang baik dengan pengetua PASTI merangkap Ketua Cawangan Pas merangkap Imam 2 Masjid Kundang. Memanglah keadaan tadika agak daif jika dibandingkan dengan tadika2 lain. Bangunan lama dan kemudahan uzur. Tapi insyallah, biasanya tempat yang mujahadah seperti ini lah akan dapat memupuk peribadi rohaniah yang tinggi. Anyway, sebarang bantuan memang dialu2kan. Bantuan boleh dihulur kan terus kepada Ustaz Hishamuddin, Pengetua PASTI An Nur. Insyallah ana boleh tolong uruskan. Jazakallah khair. Khaddam Fiddin

So kepada sesiapa yang berhasrat untuk memberikan sumbangan samada kepada PASTI bolehlah menghubungi nombor telefon seperti di atas atau kalau ingin bersedekah kepada PASTI An Nur mungkin boleh meminta pertolongan Kudeng DSS.