Sunday, August 12, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: hiDuP tERLaLu fRagiLe

Dikelilingi oleh kawan-kawan dari pelbagai lapisan masyarakat menyerlahkan pelbagai bentuk kehidupan dan ragam manusia. Saya memang seorang yang suka memerhati gelagat dan perangai manusia sekeliling agar dapat dijadikan contoh teladan dan pengajaran yang berguna. Sejak berhenti dari perkhidmatan kerajaan dan bekerja sendiri, peluang saya bertemu dengan ramai orang kadang-kadang membuat saya terfikir... Allah swt memperlihatkan kepada saya berbagai bentuk kehidupan dan ragam manusia untuk saya mengambil iktibar dan sebagai panduan untuk kehidupan yang mendatang.

Pelbagai jenis kawan dan manusia yang telah diperlihatkan. Antaranya saya mempunyai kawan-kawan bekas pegawai tinggi kerajaan yang semasa perkhidmatan mereka menjawat jawatan sebagai ketua jabatan dan sebagainya. Semasa bekerja penuh dengan kemahsyuran dan mempunyai pendapatan yang banyak, mempunyai kawan yang ramai dan sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Namun semuanya berubah apabila mereka pencen dan tidak bekerja lagi. Tiada lagi kawan-kawan, tiada lagi kemahsyuran dan hidup keseorangan. Ada juga yang hidup dalam kedaifan walaupun semasa bekerja dulu mempunyai pendapatan melebihi RM10,000 sebulan. Anak-anak yang belajar tinggi tidak dapat membantu dan hanya menambah pening di kepala sahaja. Hidup bergantung kepada duit pencen semata-mata yang mana jumlah sebegitu amat mencabar dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Kini dipandang rendah dan tiada siapa yang memperdulikan.

Ada pula yang amat kaya kerana perniagaannya tetapi jatuh dalam sekelip mata sahaja. Kalau dulunya berbelanja RM10,000 sehari tetapi kini untuk membeli sekotak rokok pun terpaksa menagih simpati kengkawan. Dulu di kerumuni oleh ramai orang kerana mengikuti rentak kekayaannya tetapi kini terpaksa mengikut orang pula atau adakalanya menjadi balaci demi untuk mendapatkan makan dan minum.

Ada pula yang dulunya susah dan tidak berduit langsung tetapi kini kaya raya. Dahulunya terpaksa menjadi balaci kepada orang tetapi kini dia pula menjadikan orang yang diikutnya dulu sebagai balaci. Ada juga jenis yang beringat dan ada juga jenis yang lupa terus segala kepayahan yang lalu dan berbelanja sakan setelah kaya.

Namun begitu golongan yang bekerja sendiri atau berniaga adalah golongan yang amat terdedah kepada risiko tinggi kehidupan yang fragile. Memang golongan berniaga mungkin pada suatu masa berjaya dengan perniagaannya dan hidup dengan penuh kemewahan tetapi ianya boleh bertukar sekelip mata jika perniagaan tersebut merosot. Kadang-kadang bukan kerana mereka ini tidak beringat semasa mewah, mereka menyimpan, mereka membeli aset tetapi apabila perniagaan merosot, semuanya boleh hilang dalam sekelip mata.

Golongan bekerja swasta yang tidak mempunyai pencen juga terdedah kepada risiko kehidupan fragile ini. Walaupun semasa bekerja mempunyai pendapatan yang banyak tetapi semuanya akan hilang apabila mencapai umur pencen nanti. Hanya dapat bergantung kepada duit simpanan dan duit EPF sahaja. Selama manakah ianya boleh bertahan.

Golongan bekerja kerajaan juga tidak jauh bezanya. Walaupun mempunyai pencen yang tetap namun setakat duit pencen tidaklah mencukupi dalam keadaan ekonomi sebegini. Banyak yang terpaksa turunkan standard of living. Cuma yang untungnya kemudahan hospital percuma. Namun begitu masih terpaksa mengharapkan belas ikhsan anak-anak.

Anak-anak juga kekadang tu ramai yang kelihatan elok perangai dan kelakuannya semasa kecil tetapi semuanya boleh berubah juga apabila mereka dewasa dan berkahwin. Kadang-kadang ibubapa sangkakan apabila anak mereka pandai dan dapat belajar tinggi serta mendapat pekerjaan yang baik, mereka akan menjadi anak yang dapat membantu ibubapa di kemudian hari. Rupanya tidak, pelajaran dan didikan yang baik semasa kecil belum tentu dapat menjamin anak tersebut akan menjadi anak yang berguna kepada ibubapa nanti.

Kesimpulannya, sememangnya hidup ini umpama roda yang berpusing. Sekejap di atas dan sekelip mata boleh turun ke bawah. Qada' dan Qadar itu adalah ketentuan Allah swt keatas manusia yang tidak boleh diubah lagi. Walau apa pun yang kita usahakan yang kita harapkan kebaikan daripadanya, ketentuan yang datang hendaklah kita terima dengan penuh keredhaan dan pengucapan syukur kepada Allah swt. Di peringkat kebanyakan BUDIMAN telah mencapai umur 40an ketika ini, jangkamasa 20 tahun yang akan mendatang ini adalah suatu tempoh penuh dengan peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku kepada kita semua... Semoga kita semua dikurniakan tubuh badan yang sihat sentiasa.

4 comments:

Jun said...

betui tu, hidup camtu lah. ade masa senang, ade masa susah...kalu x sabar mmg hancus. masa senang susah nk beringat, bila susah br ingat kat Dia..nama pon manusia kannn....syukur atas ape yg ade, dikelilingi kwn2 n family yg memahami..alhamdulillah..selalu tgk org lain yg lebih susah, br nampak betapa byk kelebihan kita yg ade walau x 'kaya' dr beberape segi...

Anonymous said...

SALAM.....KIDA aku sokong btul tp semua rezeki yg ALLAH bagi kite sebagai hambanya kena patuh , bershukur dan reda kepada Qada& Qadar..anyway aku ade kat KL nie sbb ade NAFAM 2007(National Aset & Facilities konvensyen) 2 hari kat PWTC...p/s sape yea ummi tuu kida,,,batch kite kea?......
EPL 1 st match...liverpool menang beb petanda yg baik....joe..reds rules...-BobMg

Anonymous said...

Salam Bob..n sume..
Wah g konvensyen NAFAM ek..kua Berita TV3 mlm td siap nmpak Dato' K Siti lagi..Bob duk sebelah ker? hehe...
Eh ada lagi orang x kenal ummi ni yee..Kida, i intro myself sikit la ye..Ummi DSS batch Julai 85 intake, org Tmloh, dulu skul kat ABS Tmloh..
(*now anak2 sume skul kat SABS Ktn lak!...turut jejak - rakyat Sultan Abu Bakar la katakan..hehe)
My eldest boy dah msuk matrikulasi pun Jun baru ni, 2nd doter form 5, 3rd doter form 4, youngest boy std 3. Bob,ummi rasa x salah tekaan psl u ni kan? I duk lorong 11 kat cenderawasih tu...Bob lorong 12, betul ke??
Sorry Kida, x reti nk mengulas psl story u...apa2 aje lah, asalkan betul apa yang dibuat...hehe.. kehidupan oh kehidupan...

Anonymous said...

fragile and vulnarable..., apapun when going gets tough, the though gets going...

kalau nak diceritakan kisah kawan2 rakan2 dan sahabat2,... terlalu banyak..biarlah yang baik jadi tauladan, yang buruk atau kurang elok jadi sempadan.