Malam-malam di Kuala Lumpur kalau nak di bandingkan dengan suasana malam di kampung saya di Temerloh jauh berbeza. Di KL ni aktiviti malam tak berhenti-henti. Kalau kita tengok kat KL ni masih ada orang yang pakai tie dengan longsuit sampai pukol 3-00 pagi. Kalau jumpa orang pakai macam tu kat kampung saya pukol 3-00 pagi, mahu rasanya orang kampung hantar ke Hospital Tanjung Rambutan.
Sebenarnya saya hendak ceritakan pengetahuan saya berkaitan beberapa aktiviti malam dan tempat-tempat menarik di sekitar KL untuk di kunjungi pada waktu malam. Kalau nak makan malam bersama keluarga atau family dinner, ada beberapa tempat menarik seperti Restoran Cerana di Cheras, Restoran Tupai-Tupai berdekatan DBP, Restoran Kunang-Kunang berhampiran MRR2, Restoran Nelayan Titiwangsa, Satay Hj Samuri di Kajang atau kini yang berdekatan KL seperti di R&R Awan Besar dan Taman Melati Utama. Ini kiranya untuk yang low budget sekitar RM400-RM500 untuk makan lebih kurang 10-12 orang. Ada juga satu tempat yang saya suka bawa keluarga untuk makan seperti di Restoran Ampang Yong Tau Fu ( makan nasi dengan Yong Tau Fu sup) atau di Western House di AU Keramat (western food murah). Kalau nak tempat yang mahal-mahal pun ada juga seperti Eden Garden, Bon Ton Restaurant ( Nyonya food), Melting Pot Concorde, Thai Restaurant Pasific Regency, Saloma Bistro, Roadhouse Grill, Victoria Station (pernah sambut annivesary candle light dinner dgn SK sekali kat situ) dan lain-lain lagi.
Kalau nak rilek-rilek sambil makan snack atau benda-benda ringan, saya suka dekat Nailis Ampang atau Sentul, Bora Ombak atau Coffee Bean dan Starbuck. Boleh lah kalau nak lepak sambil mengunyah-ngunyah dan sembang-sembang. Selain itu kalau kat Subang boleh pergi macam Gazebo, Summit Subang ( ada a few snack places) atau di Damansara macam Uptown Damansara atau The Curve yang ada beberapa restoran seperti TGI Friday, Penang Food dan lain-lain. The Curve pun sesuai untuk lepak-lepak sebab ada music dan suasana pun rilek jer. Katanya dekat Sri Hartamas pun happening jugak seperti tempat Uncle Don dan banyak khabarnya tempat hangout kat situ. ( Pernah sekali dua pergi tapi dah tak ingat dah)
Kalau nak lepak restoran mamak pulak kat KL ni malam-malam memang meriah. Nak pulak time bola EPL malam Sabtu. Dengan screen besar, kedai mamak ni memang lah meriah. Kalau kat KL saya suka pergi Restoran Lotus, Pelita dan NZ kat Wangsa Maju. Tapi mostly restoran mamak kat KL ni dah besar-besar dan penuh dengan orangramai malam-malam.
Kalau nak clubbing pulak... hmm.. kalau tempat untuk baya-baya kita ni, Hard Rock Cafe boleh lah sebab budak kecik (remaja) tak berani pergi sebab mahal. Budak kecik pergi Planet Hollywood dan The Zouk. Selain itu ada juga disko jalanan seperti The Beach, Aloha, Rum Jungle, Modesto dan lain-lain lagi. Kalau dulu masa muda pernah bawak SK pergi Tin Mine dekat Hilton KL ( sekarang ni Mutiara Hotel) tapi khabarnya dah tak happening tempat tu. Dulu-dulu kalau nak ikut kat area KLCC tu penuh disko seperti BeetleNut dan LaBamba, Jump, Fire dan Branigan.
Tapi kalau tak suka hingar bingar disko dan live band current music, boleh jugak pergi rilek-rilek sambil dengar music Jazz seperti di Restoran Alexis, Menara GE. Syok juga dengar Jazz ni seperti Dave Koz, Sharizan, Sheila dll. Banyak kerabat Pahang kekadang lepak situ seperti Tg Puan Pahang, Sultanah Pahang dll. Selain tu kalau nak dengar live band ni di Asian Heritage juga banyak tempat menarik. Nak karaoke boleh pergi News Ampang, Songbird, The Red Box atau Bangsar KTV, ni macam tempat family karaoke la. Kalau yang ber GRO tu, banyak juga tempat seperti Vegas, Club Twin, Crown, Bintang Palace, Superstar dan lain-lain. Kalau dangdut, sorry, saya kurang pengetahuan sikit sebab kawan-kawan saya takde yang kaki dangdut, jadi tak pernah dengar cerita dia orang.
Lepas clubbing ni, orang KL selalunya lepak makan dulu sebelum balik rumah. Tempat-tempat makan ni seperti Sup Ekor Mamak di Jalan Doraisamy, Nasi Lemak Kg Baru dan Suzy Corner. Tempat-tempat ni paling meriah dalam pukol 3-00 pagi. Macam-macam rupa dan jenis manusia boleh jumpa time ni kat situ. Artis, Dato, Tan Sri, sebut jer.
Tulah serba sedikit tentang nightlife atau aktiviti malam kat KL ni yang saya pernah explore atau kengkawan saya pernah explore dan ceritakan kepada saya. Mungkin kengkawan lain ada pernah explore tempat lain yang lebih menarik boleh lah ceritakan kat ruangan komen nanti. Seronok juga kekadang explore KL di waktu malam terutama tempat-tempat makan sambil buat family dinner dan gathering. Ini kerana bermacam rupa tempat yang menarik boleh ditemui. Ok. Selamat Malam KL.