Sunday, July 29, 2007

tEh taRiK wANgSa mELaWati

Hari Jumaat malam yang lepas berlangsung sessi teh tarik BUDIMAN di Restoran Bidayah, Wangsa Melawati dengan di hadiri oleh Charlie Koy DIB, Rodzi DIB, Arash DPA, Fadil Othman Wisma Putra, Walid dan Kitang. Bilal dan Lan Kentei ada menelefon memberitahu tidak dapat hadir pada malam itu dan kami semua berteh tarik sambil membincangkan acara Grand Gathering. Semua yang hadir bersetuju untuk menyampaikan kepada saudara Bilal selaku penganjur utama Grand Gathering nanti bahawa Grand Gathering di adakan dalam bentuk dinner samada di Hotel seperti Hilton KL, Shangrila, Sheraton Imperial, Concorde dll atau di Dewan Perdana Felda atau tempat-tempat yang difikirkan sesuai. Kengkawan juga suggest kalau cost per head mahal, mungkin Bilal boleh aturkan untuk kengkawan buat installment monthly sikit-sikit 3-4 bulan sebelum Grand Gathering dinner itu. Tarikh yang dicadangkan oleh kengkawan sekitar bulan Disember 2007 nanti. Kengkawan banyak kata kalau nak buat event 2-3 hari banyak menyusahkan jadi lebih baik buat dinner untuk BUDIMAN dan spouse sahaja. Harap saudara Bilal ambil maklum cadangan tersebut.

Friday, July 27, 2007

jeMPutAn teh taRiK beSaR2aN - siRi 3

Saya cadangkan malam ini kita adakan sessi teh tarik bagi membincangkan cadangan untuk mengadakan Grand Gathering seperti berikut :

Tarikh : 27hb Julai 2007
Masa : 9-00 malam
Tempat : Wangsa Melawati ( seperti yang telah di offer oleh Charlie Koy di bilik mesyuarat pejabatnya) Di Wangsa Melawati ni pun banyak tempat ngeteh dan ada nasi lemak ayam kampung. Lokasi Wangsa Melawati ni kalau ikut MRR2 dari Ampang ialah kita akan jumpa exit Giant Melawati dan selepas itu exit Wangsa Melawati. Exit tu ada Stesyen minyak Petronas dan didepannya ialah kedai-kedai Wangsa Melawati.

Walaubagaimanapun sessi teh tarik ini bergantung dengan kehadiran kawan-kawan semua yang ingin menyumbang buah fikiran dan komitmen demi menjayakan Grand Gathering nanti. Oleh itu harap kepada sesiapa yang ingin hadir dapat menyatakan diruangan komen atau menelefon/sms kepada saya atau Bilal.

Wednesday, July 25, 2007

jeMPutAn teh taRiK beSaR2aN - siRi 2


Berikut adalah artikel berkaitan perbincangan yang telah diminitkan oleh saudara Raman Kerbau semasa Pregathering di Mercu Resort Cherating, Kuantan berkaitan program Grand Gathering yang di rancangkan. Kalau kita lihat dahulu semasa pregathering sudah dilantik AJK dengan bidang tugas masing-masing dan AJK rasanya tentu dah buat groundwork untuk bidang tugas masing-masing bagi acara Grand Gathering ini. Jadi saya rasa AJK yang terlibat dan berada di KL semestinya hadir dalam sessi teh tarik Grand Gathering ini dan kawan-kawan lain yang ingin turut serta menyumbang tenaga, idea dan komitmen demi menjayakan program kita ini. Di bawah ini saya siarkan petikan artikel perbincangan tersebut.

Monday, November 27, 2006

caTaTaN peRjaLaNan pReGaTheRiNG - 5 (Akhir)

Pagi Ahad 19hb November 2006, hari ke 2 pregathering, semua peserta pregathering telah menikmati sarapan yang disediakan oleh pihak Mercu Resort. Walaupun ramai diantara peserta tidur lewat tetapi kebanyakannya telah dikejutkan oleh anak-anak mereka yang ingin mandi di kolam renang. Nak tak nak kena bangunlah jugak melayan anak-anak.

Selepas bersarapan, Antu sebagai pengerusi perbincangan telah memanggil semua peserta pregathering untuk mengadakan suatu perbincangan khas mengenai Grand Gathering yang bakal berlangsung nanti seperti yang dicadangkan oleh saudara Bilal. Bilal terpaksa meninggalkan pregathering pada hari Ahad kerana beliau terpaksa berlepas ke Pulau Pinang atas urusan kerja.

Perbincangan adalah khusus membincangkan berkaitan Grandgathering. Hasil perbincangan yang telah diadakan adalah seperti berikut seperti yang telah dicatakan oleh Raman Kerbau pada pagi itu :

1. Penyertaan grandgathering nanti adalah tertumpu kepada bekas pelajar ITM batch Julai 1985 sahaja tetapi penyertaan daripada lain-lain batch sangatlah dialu-alukan.
2. Cadangan tarikh untuk Grandgathering adalah pada cuti sekolah Ogos 2007.
3. Tempat Grandgathering dipersetujui di Kuala Lumpur.

4. Lantikan AJK Grandgathering :
- Pengerusi : Mazlan Mokhtar @ Lan Kida
- Setiausaha : Azmi Abu Bakar @ Bilal
- Bendahari : Zainordin @ Kitang

- Wakil Kursus :
Dip In Accauntancy : Syed Hamid
Dip Business Studies : Hairul Salleh @ Jepun
Dip Public Admin : Apek / Antu
Dip Secretary : Muslim (jika Muslim setuju)
Dip Computer Science : Raman Boss
Dip Banking : Zul Sani
Wakil Junior : Md Nor @ Karat
Wakil Senior : Halim Mat Som
Wakil Wanita : Mahanim/ Shema
- Urusetia Penginapan/Tempat : Norazlan @ Lan Kentei


Perbincangan tersebut telah ditangguhkan pada pukol 12-10 minit.

Selepas itu semua peserta telah bersiap-siap untuk checkout dan menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak Mrecu Resort. Semasa makan tengahari, hadiah-hadiah untuk acara Telematch telah disampaikan oleh saudara Amy Jarr selaku AJK acara tersebut.

Lebihkurang pada pukol 2-00 petang, semua peserta telah berkumpul untuk mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan kolam renang Mercu Resort sebelum bersurai. Sesungguhnya acara pregathering yang telah dijalankan selama 2 hari di Mercu Resort Cherating tersebut telah dijayakan dengan begitu baik sekali dengan kerjasama daripada para peserta. Kesempatan berjumpa kembali antaranya yang sudah 18 tahun terpisah adalah satu catatan sejarah hidup yang sukar dilupakan.

Terimakasih yang tidak terhingga juga ingin dirakamkan kepada AJK pregathering yang telah bertungkus lumus tidak mengira waktu dan kewangan seperti Wan Rozain, Amy Jarr, Bilal, Kitang, Syed Hamid dan Padil yang telah merealisasikan impian kita untuk bertemu kembali. Terimakasih juga kepada para penderma dan penyumbang seperti Lan Kentei, Antu, Kitang, Bilal, Slumber, Mat Dwan dan pihak-pihak yang telah menyumbang dalam apa jua bentuk bagi menjayakan pregathering kita itu. Terima kasih.

Tuesday, July 24, 2007

jeMPutAn teh taRiK beSaR2aN

Berikut petikan jemputan Bilal untuk mengadakan sessi teh tarik besar-besaran bagi membincangkan Majlis Grand Gathering yang akan dianjurkan nanti. Harap kawan-kawan semua dapat menghadirkan diri dan memberikan sumbangan idea semoga perancangan tersebut menjadi kenyataan.

Bilal said...

Salam

iNvItAtIoN FOR MAJLIS MENGETEH BESAR=BESARAN !!
Koi nak ajak kawan jauh dan dekat, mana yg ada kelapangan untuk berbincang pasal Grand Gathering yg di cadangkan pada awal Disember.. Rodong-rodong sekitar lembah kelang TOLONG LAH HADIR - yang diluar lembah Kelang seperti di Nilai ke.. di Sg Buluh ke.. di Thailand ke NX ke.. (Ooopss..) kalau dapat hadir samalah SEKALI JE.. sebab ini Grand project.. ana perlukan maklum balas dan penglibatan ramai. Next week ana ada di KL pada 24,25,26,27, 29,30 dan 31. So harap dapat cadangan bila tarikh sesuai dapat kita jumpa.. Tempat ana leave it to everybody yang selesa untuk semua bertemu...Harap sambutan tak mengecewakan

Monday, July 23, 2007

SK ber-PoT LucK beRsaMa TeMaN2 bloggeRs

Hari Sabtu lepas (21/7/07) SK bersama dengan teman2 bloggers ber-pot luck di Taman Tasik. Usai solat zohor di rumah, SK bertolak ke Taman Tasik sebab pot luck bermula pada pukul 2.30 pm kiranya sempatlah sebab dari rumah SK ke Taman Tasik tak de lah jauh sangat. Walaupun pada ketika tu hujan agak lebat tapi sikit pun tak menghalang SK dan teman2 untuk meneruskan program pot luck.

Seronoknya tak terkata bila dapat jumpa teman2 tambahan pula dengan makanan yang di bawa semuanya enak2 dan menyelerakan. Nak tau ker menu hari tu? Ada mee bandung, nasi kerabu, ayam percik, ikan goreng bersalut tepung, rojak buah, buah2an, peach cobler, puding? (iejay, kak nim tak tau nama puding tu :p), ada 2 kek satu tu cheese kek, dan satu lagi birthday kek (tak tau nama kek but from sercet recipe), macam2 tib-bits di bawa dan tentunyalah air pun ada tidak tercekik ler....

Tapi yang buat SK terharu sangat bila teman2 siap buat sambutan harijadi untuk SK dan sorang lagi teman SK, Notie. Kami berdua dilahirkan dalam bulan yang sama. Seronok sangat! SK tak bawa camera jadi SK tak dapat nak siarkan gambar2 kat sini. Nanti bila SK dapat gambar dari kawan SK letakkan kat sini yea...

SK nak ucapkan terima kasih pada semua teman yang hadir di potluck. Juga pada yang belikan kek, hadiah dsbnya pada SK. Hadiah tu SK suka. Cantik!

Special thanks to:-
Kak Noor, Lia, Wawa, Notie, Kak Su, Em, iejay, Nacha, Jid, Wan, Wabbit, Ija, Ruby dan anaknya azmira (cunlah anak Ruby tu!), Kak Ee, Izzulizzati dan family, Zarina, Rosnita, Mar, Nawwir, Pink, Adhan dan Mama Erra. Sape lagi yea SK tak mentioned kat sini? SK minta berbanyak2 maaf terlalu ramai sangat maklumlah usia dah bertambah 1 tahun lagi jadi pelupa hehehehe...

Oh yea SK juga nak ucapkan terima kasih pada Bunga dari Jakarta kerana kiriman bingkisan yang cantik. Bunga, anim terharu sangat! Moga kita berpeluang bertemu suatu hari nanti insyaallah.

SK juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan tahniah pada Imaen kerana novel Labyrinth sudah berada di pasaran. Pada peminat2 novel yang ingin tahu lebih lanjut mengenai novel Labyrinth dan Imaen sila layari laman web http://jemari seni.com

SK di MaJliS uLanG TaHun KaKi NoVeL

Pada 15 Julai minggu lalu, SK menghadiri majlis ulang tahun ke-2 Kaki Novel Enterprise di Dewan Besar, Anjung Rahmat, Gombak. Turut serta dalam majlis tersebut ialah anak-anak yatim Darul Izzah, Bangi dan tak ketinggalan juga band jemputan MRU (tak silap anggota2 band MRU ini terdiri dari beberapa ahli dari band yang popular di Malaysia) . Sempena Ulang tahun ke2 ini, Kaki Novel juga melancarkan novel terbaru karya Izzulizzati yang berjudul Ku Seru Kasihmu.

Antara acara lain dalam majlis tersebut adalah bacaan sajak dari anak-anak yatim Darul Izzah. Pandainya anak-anak ini mencipta sajak! Majlis yang bermula dari pukul 10.30 pagi berakhir pada pukul 3.30 petang. Terima Kasih SK ucapkan pada Kaki Novel kerana sudi menjemput SK dan yang bestnya SK dapat hadiah cabutan bertuah hari tu! ;=)


Ku Seru Kasih mu ini merupakan novel ke2 Izzulizzati selepas novel pertamanya Bukan Cinta Biasa. Pada anda yang meminati novel melayu novel Ku Seru Kasih mu telah pun berada di pasaran.

Saturday, July 21, 2007

beRgOLfinG deNGaN hANif n AntU


Semalam saya, Hanif dan Antu bergolfing di Bukit Unggol Golf and Country Club selepas sembahyang Jumaat petang semalam. Hanif kata dia lama tak main golf dan tengok dari permainan beliau semalam pun memang boleh nampak dia lama tak main. Antu macam biasa main bagus lagi. Mungkin juga Hanif dengan Antu semalam tak berapa biasa main di Bukit Unggol. Hanif ni home ground beliau di Bangi Golf Resort jadi sebab tu semalam saya sengaja bawa Hanif main di Bukit Unggol untuk test dia. Lepas golf kami makan di Club House dan mandi. Lepas tu kami sambung ngeteh lagi di Kuala Lumpur sampai pukol 1-00 pagi.

Friday, July 20, 2007

seSSi tEh taRiK meNGejUt

Semalam berlangsung sessi teh tarik mengejut. Antu yang sampai di KL pada petang semalam kerana urusan kerja telah menelefon saya dan mengajak teh tarik di sebuah Restoran Mamak bersebelahan Hotel Grand Seasons pada pukol 9-00 malam. Jadi kami pun teh tarik sambil disertai Padil Sutok, Hanif (Senior DIB) dan Apek. Berbagai perkara di sembang dan dibincangkan dan sessi teh tarik tersebut berlangsung selama 6 jam dan berakhir pada pukol 3-00 pagi tadi.

Saranan Bilal untuk mengadakan sessi teh tarik bagi membincangkan Grand Gathering, di harap kawan-kawan semua akan ramai hadir nanti. Seperti saranan Bilal, sila kemukakan tarikh, masa dan tempat yang bersesuaian.

Tuesday, July 17, 2007

sLaMbeR jR


Semalam Slamber Jr ada sms kepada saya memberitahu bahawa alamat e-mail beliau yang terkini ialah nizam.kadir@mydin.com Beliau juga memberitahu bahawa beliau kini tiada access kepada blog lagi. Patutlah tengok blog Jom Pancing terbiar je dan tiada update. Takpe la, kalau tak dapat berinteraksi dengan Slambe di internet, kita boleh mengunjungi beliau di Kedai Mydin Nilai sambil membeli belah.

Monday, July 16, 2007

sELamAt haRijaDi SK

Saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Harijadi kepada isteri saya yang tercinta iaitu SK semoga SK akan sentiasa ceria, bahagia, sihat dan sejahtera sentiasa. SK menyambut harijadi yang ke 41 pada hari ini 16hb Julai 2007. Tak tau lagi apa nak bagi hadiah untuk SK pada tahun ini. Last year bagi perfume Bulgary, tahun ni dah beli satu hadiah tapi rasa macam tak cukup je hadiah tu..nantilah gua fikir. Selalunya bila time birthday SK, jadual kerja saya selalunya padat. Harap-harap saya dapat squiz sikit time untuk celebrate birthday SK this year.

Sikit Biodata SK :

Lahir 16hb Julai 1966 di Kangar, Perlis. Bersekolah di Teluk Intan selama 2 tahun sebelum berpindah ke Seremban dan bersekolah sehingga Form 5 di Sek King George V (KGV) Seremban, Negeri Sembilan. Memasuki UitM Pahang pada Julai 1985 mengambil Diploma In Business Studies (Marketing) dan kemudian meneruskan di peringkat Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bekerja di AM Assurance, PLUS, AMAL, Pan Global Insurance dan kini menjawat jawatan sebagai Head Of Compliance And ISO, Great Eastern Life Assurance Bhd di Menara GE, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sunday, July 15, 2007

teTaP maChO


Dalam banyak kawan-kawan bekas UiTM batch Julai 85 yang saya sudah jumpa selepas 22 tahun di Kuantan dahulu ada beberapa orang yang saya rasa masih kelihatan macam dahulu tanpa sebarang perubahan bentuk fizikal yang ketara. Antaranya yang saya boleh namakan di sini adalah seperti :

1. Syed Hamid @ Walid
2. Sidi @ Che Dat
3. Khirusham @ Puis

Yang lain-lain tu saya rasakan mengalami bentuk perubahan fizikal yang samada begitu ketara atau terdapat sedikit perubahan fizikal. Seperti Slambe, Kitang, Lan Kentei, Man Troq, Jepun, Mat Dwan, saya rasakan ada sedikit perubahan fizikal sahaja dan masih boleh diingati seperti tahun 85 dahulu. Ada juga yang langsung tidak boleh di cam dan mengalami perubahan fizikal hampir 70% seperti Bilal dan Mat Rock. Mat Rock lagi teruk sampaikan masa saya buat Golf Reunion 2004 dahulu di Bkt Beruntong, kawan-kawan yang berada bersama beliau di Bilik Persalinan hampir kesemuanya tidak mengenali dirinya.

Budak-budak pompuan pula saya tak nak komen la kerana banyak yang saya jumpa hampir tidak boleh di cam langsung atau kalau boleh cam pun memang dah banyak out of shape betul. Maybe ada juga yang saya tak jumpa tapi anda semua terjumpa dan tengok kawan kita samada lelaki atau pompuan yang masih maintained macam dulu, mungkin boleh cerita sikit kat sini....

Friday, July 13, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Hari Selasa yang lepas, saya sempat sms kepada Apamz bertanyakan khabar beliau dan keluarganya. Beliau memberitahu bahawa beliau sekeluarga sihat sejahtera. Mieza, isteri Apamz pula khabarnya semakin sihat dan hampir pulih seperti sebelum sakit baru-baru ini. Pada petang Selasa itu juga wakil dari akhbar Sinar Harian edisi Pahang telah menemuramah Apamz berkenaan keluarganya. Apamz juga mengirim salam kepada semua kawan-kawan BUDIMAN dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak mendoakan kesejahteraan keluarganya.

Bilal juga ada menghantar sms kepada saya memberitahu beliau berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja dari hari Selasa sehingga petang Khamis. Beliau ada mengajak saya untuk teh tarik tetapi kerana kesuntukan masa, saya tidak berpeluang untuk bertemu beliau. Namun begitu beliau akan datang semual ke KL pada 24hb Julai ini dan mungkin kalau ada kelapangan bolehlah kita beramai-ramai ngeteh. Rasanya dah lama benar tiada sessi teh tarik besar-besaran dengan kawan-kawan BUDIMAN di KL ini.

Puis juga ada menelefon saya malam semalam (Rabu malam) memberitahu bahawa beliau berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

Kawan-kawan seperti Ummi, Mizi, Kudeng, Jun, Walid, Kitang, Slamber, Niazor, Mat Dwan ada juga sekali-sekala kita lihat di dalam blog ini samada di chatbox atau di ruangan komen. Kawan-kawan yang lain seperti Fadil Sutoq, Lan Kentei, FG, Bob MG, Joe Malady, Antu, Jepun, Shema dan lain-lain nampaknya dah lama tidak berkunjung ke sini. Mungkin sibuk juga dan tidak berpeluang ke sini. Kalau ada pihak-pihak yang nak anjurkan acara makan-makan pun rasanya sesuai juga kerana dah lama warga BUDIMAN tidak berjumpa di KL ni. Tentu banyak cerita menarik dan khabar berita. Apa-apa pun kita doakan agar semua warga BUDIMAN dalam keadaan sejahtera dan sihat sentiasa.

Thursday, July 12, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: beRbiNi LeBih

Kali ini saya nak bawa satu topik yang hangat dan boleh jadi panas juga kalau di bicarakan. Topik ini sebenarnya selalu juga diperkatakan baik sesama lelaki mahupun wanita yang sudah berkahwin. Tapi topik ini jarang dibicarakan antara suami dan isteri. Bahaya. Boleh membawa maksud lain dan menjadi perang besar kalau silap gaya. Saya tidak mahu membincangkan dari segi hukum Islam kerana sudah jelas bahawa Islam membenarkan lelaki untuk beristeri sehingga 4 orang. Cuma undang-undang syariah negara kita berbeza-beza mengikut negeri dalam membenarkan lelaki Islam beristeri lebih dari seorang.

Namun begitu realiti dan kenyataannya, setiap lelaki normal sebenarnya menginginkan isteri lebih dari seorang. Jangan pula kaum wanita terkejut dengan statement ni. Realitinya sememangnya begitu. Memang setiap lelaki normal secara ikhlasnya ingin beristeri lebih dari seorang. Tapi ingin tidak bermakna mahu, berkeinginan sahaja, MAHU mungkin tidak ramai. Tak percaya tanya pasangan masing-masing. Tanya dia secara ikhlas dan jujur. Kalau lelaki itu tiada keinginan untuk beristeri lebih dari satu, memang sah kurang normal sedikit.

Yang membataskan keinginan tersebut pada zaman moden ini hanyalah kemampuan kewangan sahaja. Jika seseorang lelaki tersebut mampu menyara lebih dari seorang keluarga, insyaallah masalah andartu di Malaysia ini boleh di selesaikan. Sebab itu lelaki kalau dia mempunyai duit yang banyak selalunya beisteri lebih. Yang tak beristeri lebih tu sebabnya kerana di control oleh isteri dan tidak dapatlah menunaikan hajatnya untuk beristeri lebih. Lelaki ni kekuatan dirinya terletak di wang ringgit je kekadang tu. Kalau berduit tengoklah gaya dirinya, mesti hebat. Kalau tidak jalan menunduk sajalah.

Kalau nak dikatakan berkahwin lebih, lelaki tidak dapat memberikan kasih sayang yang adil, rasanya pendapat tersebut memang salah. Lelaki ni bab cinta kasih sayang ni memang terror. Kalau lelaki ada perempuan lain tidak bermakna dia tidak sayangkan isterinya. Malah kekadang tu sayangnya makin bertambah lagi ( sebab campur dengan rasa guilty conscious). Lelaki ni kalau kata bab membahagi-bahagikan kasih sayang ni sebenarnya tiada masalah langsung. Ini bagi lelaki yang budiman lah, janganlah ambil contoh lelaki yang jahat dan sebagainya. Cuma yang selalunya jadi masalah sebab wanita-wanita yang dikasihinya mahukan perhatian lebih dan mahu meminta lebih lagi dari apa yang isteri lain dapat. Itu yang selalunya jadi punca nampak lelaki tu macam jadi tak adil kepada isteri-isterinya. Lelaki ni kalau ada 4 isteri, dia boleh mencintai 4 isterinya itu sama rata, sebab itu kita lihat ada orang yang beristeri 4 boleh semuanya duduk dalam satu bumbung.

Tapi bukan senang sebenarnya kalau nak beristeri lebih dari satu ni. Bagi lelaki, banyak persediaan mental dan fizikal yang perlu di persiapkan selain dari persediaan kewangan dan penyusunan masa. Memang lelaki yang kahwin lebih dari satu ni boleh salute la dengan ketabahan, kesabaran dan perjalanan hidup yang ditempuhinya itu. Bukan senang nak layan isteri di zaman moden ini, yang satu ada kat rumah pun dengan bermacam-macam kerenah, tambah pula lebih dari satu, silap-silap berserabut otak. Tapi itu semua akan menjadi mudah sekiranya semua pihak berkerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Yang jadi masalah selalunya di peringkat permulaan, mungkin ambil masa 3-4 tahun juga, barulah kehidupan yang normal boleh di jalani apabila semuanya sudah saling bersefahaman.

Apa-apa pun wanita dah banyak yang jadi andartu sekarang ni. Walaupun mereka-mereka tu nampak macam tak kisah jer kerana sibuk dengan karier dan mampu berdikari serta hidup sendiri, namun sebenarnya tersirat jauh di sudut hati inginkan seorang suami dan zuriat juga seperti orang lain. Lelaki sebenarnya mampu memenuhi kekosongan tersebut namun batas-batas tertentu kekadang menghalang pengisian itu. Dan selalunya batas-batas halangan utama adalah dari wanita sendiri.

Tuesday, July 10, 2007

aPa haL Lu oRanG keCOh2 Ni beB

Lama gua tak masuk rumah gua ni beb. Ni pun dah pukol 4-47 pagi beb. Dah 5 malam berturut-turut gua balik pukol 4-5 pagi , tak larat dah gua nak buka blog gua ni. Bini gua SK pun dah jeling-jeling semacam je tengok gua balik lambat sampai pagi ni, nak buat macam mana beb banyak urusan. Gua pun dapat tahu perkembangan blog pun dari sms SK kat gua bila dia ingatkan gua dah pukol 4-00 pagi bila gua tak sampai rumah lagi.

Gua tengok artikel rokok gua tu kecoh semacam je beb. Lu orang ni apahal la nak kecoh-kecoh sangat. Ni bukan tempat untuk bincang pasal politik beb. Sini tempat orang baik-baik nak buat amal kebajikan beb. Gua peduli apa lu UMNO ke, Keadilan ke, PAS ke, MCA ke... lu orang pergi main jauh-jauh la nak bincang bab politik ni.

UMNO totok gua tak kira la, lu tu Menteri ke, Wakil Rakyat ke..lu jangan nak cuba-cuba promote lu punye politik kat sini. PAS, Keadilan, MCA, MIC.... lu pergi main jauh-jauh... jangan nak bincang bab politik kat blog gua ni. Politik ni kerja orang bodoh je. Kerja orang pandai, berniaga, cari duit dan buat sedekah banyak-banyak. Gua biasa dah halau wakil rakyat ni dari majlis gua..gua peduli apa..politik-politik gua tak main beb.

Si Lewis Hamilton, lu nak tunjuk lu punya totok lu sokong kerajaan, gua warning lu pergi jauh-jauh. Banyak lah lu dengan kerajaan lu tu. Si anonymous yang mencarut-carut tu, lu pergi la kat Planet Hollywood ke atau Hard Rock Cafe...lu carut la kat situ berapa banyak lu suka..gerenti orang tak marah sebab kat situ tempat orang berdengung...tak kisah.

Gua dah la pening banyak kerja ni beb dan pening takde artikel nak tulis kat sini ni...lu orang jangan buat hal beb nak bergaduh pasal politik plak kat sini. Lewis Hamilton, Anonymous, Nila Utama... lu boleh blah...lu cari gelanggang lain nak gaduh pasal politik ni. Pilihanraya nanti kita sokong ikut suka kita....lu orang jangan nak promote-promote UMNO ke, PAS ke, Keadilan ke kat sini..PAHAMMM. Blog ni untuk buat kerja kebajikan dan silatulrahim jer...lu paham tak bahasa melayu Lewis Hamilton, Anonymous dan Nila Utama.

Alright Brother...Gua nak mandi n masuk tidor dulu. Salam semua.

Friday, July 06, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: haRgA rOkOk nAiK LaGi

Bermula semalam harga rokok naik lagi antara 60-80 sen sebungkus. Ini berikutan dengan kenaikan cukai sebanyak 3 sen bagi setiap batang rokok yang di jual. Kenaikan ini saya rasa tidak akan terhenti setakat ini sahaja kerana kebiasaannya setiap kali pembentangan Belanjawan Negara pada bulan September nanti akan menyaksikan kenaikan dalam cukai tembakau pula. Harga rokok Kelas A yang sebelum ini RM7-40 sebungkus kini telah mencecah RM8-20 manakala rokok-rokok lain yang lebih murah juga mengalami kenaikan.

Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai kempen supaya orang ramai menghentikan tabiat merokok. Khabarnya suatu kempen terbaharu akan dilancarkan tidak lama lagi untuk memberi kesedaran dan menggalakkan orang ramai agar berhenti merokok.

Persoalan yang saya ingin utarakan di sini ialah sejauh manakah keikhlasan pihak kerajaan agar orang ramai berhenti merokok dan kesan kenaikan harga rokok akibat kenaikan cukai. Selama ini apabila harga rokok dinaikkan, orang ramai tidak memberikan sebarang respon atau sebarang bantahan terhadap kenaikan tersebut berbanding apabila kenaikan barangan lain seperti minyak, tepung dan lain-lain. Ini kerana kenaikan harga rokok adalah patut supaya akibatnya orang ramai akan menjadi kurang untuk merokok atau berhenti terus dari merokok. Itulah justifikasi kerajaan dalam menaikkan cukai rokok kerana kenaikan tersebut tiada sangkut paut dengan apa-apa kenaikan dalam harga tembakau dunia atau sebarang kenaikan kos dalam industri tembakau dan rokok. Begitu juga dalam kenaikan cukai untuk minuman keras, justifikasinya adalah sama seperti cukai rokok.

Tapi adakah kerajaan benar-benar serius supaya orang ramai berhenti merokok? Bagaimana akibat dari kenaikan ini semua perokok yang di anggarkan lebih dari 8 juta orang di Malaysia ini berhenti merokok. Tahu tak kita bahawa bagi setiap bungkus rokok kerajaan mengutip lebih kurang RM3 sebagai cukai. Jika semua perokok yang rata-ratanya membeli sebungkus rokok setiap hari berhenti merokok, kerajaan akan kehilangan hasil cukai sebanyak RM24 juta sehari. Sebulan kerajaan akan kehilangan sebanyak RM24 juta x 30 hari ( perokok hari2 beli rokok, takde cuti) iaitu RM720 juta sebulan. Setahun kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM8.7 billion dalam cukai rokok. Sanggupkah kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM8.7 billion, boleh lumpuh kerajaan kalau takde hasil cukai sebanyak itu.

Sebenarnya perokok adalah penyumbang cukai terbesar kepada kerajaan berbanding dengan individu-individu lain di Malaysia ini. Perokok selain dari membayar cukai pendapatan turut menyumbang melalui cukai rokok. Malah perokok adalah 'the only individual' yang membayar cukai setiap hari kepada kerajaan. Individu yang minum arak pun tidak minum arak hari-hari, jadi cuma hari-hari tertentu sahaja dia membayar cukai arak kepada kerajaan. Tapi perokok adalah individu yang never fail without a single day membayar cukai rokok setiap hari.

Namun begitu layanan terhadap perokok adalah amat tidak berpatutan dan adil. Perokok sering dikategorikan sebagai 2nd Class Citizen dimana keutamaan selalunya diberikan kepada Non-Smokers. Kawasan-kawasan yang digazetkan tidak boleh merokok dan perokok tiada keutamaan di situ. Sepatutnya perokok adalah orang yang mendapat keutamaan dalam segala hal kerana beliau adalah penyumbang terbesar cukai kepada kerajaan. Perokok sepatutnya mendapat 1st class treatment di hospital-hospital kerajaan berbanding pesakit-pesakit lain. Wad Kelas 1 sepatutnya dikhaskan untuk perokok.

Itulah realitinya dimana sebenarnya kerajaan tidak ikhlas dalam menaikkan cukai rokok dengan keinginan untuk membasmi tabiat merokok yang dikempenkannya. Kerajaan berselindung buat kempen ajak orang berhenti merokok tetapi realitinya ia memerlukan hasil cukai rokok dari kantung perokok. Ia sebenarnya satu langkah memeras perokok melalui kuasa yang ada kepada kerajaan. Ia sebenarnya untuk kesenangan kewangan pihak-pihak tertentu demi mencapai agenda politik ( cukai rokok ni katanya untuk bayar kenaikan gaji kakitangan awam yang mana kenaikan itu sebab pilhanraya tak lama lagi... jadi orang gomen kena terima kasih kat perokok yer). Yang terus menjadi mangsa adalah perokok, yang terus bodoh membayar cukai setiap hari kepada kerajaan adalah perokok juga dan yang senang lenang adalah kerajaan. Bila la agaknya gua nak berhenti merokok ni......

Wednesday, July 04, 2007

faDiL ke PnOm Penh


Semasa eMay dahulu, Fadil Othman DIB bersama keluarga ada datang untuk meraikan anak-anak yatim bersama-sama BUDIMAN. Fadil ada memberitahu bahawa beliau akan ditukarkan dari Wisma Putra di Putrajaya ke Kedutaan Malaysia di Pnom Penh, Cambodia. Jangkaannya pada penghujung bulan Jun atau awal Julai. Saya ada beritahu beliau untuk menghubungi saya jika tarikh pertukaran beliau telah di tetapkan. Mungkin kita boleh adakan satu sessi teh tarik Farewell BUDIMAN untuk Fadil sebelum beliau berangkat ke Cambodia nanti. Setakat ini beliau belum menghubungi saya lagi, mungkin tarikh pemergian beliau sekeluarga belum di tetapkan lagi. Beliau yang baru sahaja membeli rumah di Putrajaya dan telah menerima kunci baru-baru ini nampaknya tidak berpeluang untuk pindah ke rumah barunya itu. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Fadil sekeluarga semoga sentiasa kekal bahagia dan sentosa walau dimana mereka berada.

Monday, July 02, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: tAk cUkUp dUit

Malam tadi seperti biasa saya free sikit dan balik awal ke rumah setelah beberapa malam mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan sehingga lewat malam. Jengok ke blog BUDIMAN dan e-mail saya, tiada apa yang menarik kecuali beberapa e-mail berkaitan kerja. Tak tahu apa idea nak di cetuskan sebagai artikel dan akhirnya setelah pekena sebatang rokok Peter Stuyvenson, datang pula ilham dengan tajuk seperti di atas. Sambil-sambil tu sempat juga saya saksikan F1 France GP di TV2 sementara menunggu US Woman Open di Channel 83 pada pukol 2-00 pagi nanti.

Tak cukup duit. Sindrom tak cukup duit sebenarnya telah melanda dari zaman dahulu lagi sejak kita semua remaja sehinggalah ke hari ini. Dengan keadaan harga barangan dan taraf hidup yang semakin tinggi, sindrom ini nampaknya menjadi parah dari hari ke hari baik dikalangan kita semua di sini mahupun orang ramai di sekeliling kita. Dengan keadaan pendapatan yang tidak banyak berubah kepada golongan makan gaji kepada pendapatan yang tidak menentu bagi golongan yang berniaga, keupayaan untuk berbelanja makin lama menjadi makin terhad.

Persoalannya di sini, benarkah semua pihak merasakan keperitan kesan ekonomi atau ianya tertumpu kepada sesuatu kumpulan sahaja. Kalau kita lihat samada di media elektronik mahupun internet, keluhan sebilangan masyarakat terhadap kesan ekonomi yang semakin perit sering di luahkan. Namun begitu kita lihat ramai juga di antara kita yang masih boleh menukar kereta baru yang mahal, berbelanja ke luar negara atau berbelanja secara mewah.

Kadang-kadang kita lihat sebilangan mereka-mereka ini apabila bersama orang lain sering menunjukkan bahawa mereka tidak berduit dan amat tertekan dengan keadaan ekonomi yang mencengkam. Namun di sebalik hakikatnya, mereka ini ada mempunyai simpanan yang banyak dan boleh pula berbelanja samada untuk pelaburan perniagaan atau membeli harta dan berbelanja besar. Jenis manusia macam ni kadang-kadang teh secawan pun tunggu member bayarkan dan buat muka seposen jer macam takde duit.

Sebut pasal member bayarkan ni ada macam-macam jenis sebenarnya. Ada setengahnya kalau dengan kawan-kawan memang mereka ni nak tunjuk mereka tak berduit kononnya. Atau kalau dalam sesuatu sessi bersama kawan-kawan tu, ada pula kawan yang nampak senang sikit, maka jawabnya member yang nampak senang tulah terpaksa membayar segala bil. Yang konon tak berduit tu mampus satu sen pun tak nak keluarkan duit dia.

Kadang-kadang keadaan macam tulah yang membuat kita tertanya-tanya, betul ke masyarakat amat tertekan dengan kenaikan kos taraf hidup dan tidak berduit atau sebenarnya hanya kita seorang yang tidak berduit. Orang lain kata je tak berduit. Tapi kereta baru, rumah baru, perabot baru, melancung oversea... iskh..iskh...kata pokai tak cukup duit atau nampak macam tak berduit. Pening..pening...

Jadi minta pendapat kawan-kawan pula la...camne yer?