Monday, March 28, 2011

seMbaNG

Bro Idris Tawfik menyampaikan Talk
Dr Hazwani Dr Abdullah (sepupu) yang jadi MC malam tuAimin kata Felda Di Saji sedap makanannya malam tu
1. Jumaat malam saya ada bersembang dengan Bilal di FB semasa beliau berada di Kuching mengadakan seminar di sana. Beliau ada mencadangkan supaya kita mengadakan kutipan amal untuk beberapa rakan budiMaN yang ditimpa musibah. Selain itu beliau juga menganjurkan untuk menziarahi Mulyadi pada 15hb dan 16hb April ini di Kedah. Saya beritahu beliau saya tidak ada halangan dengan kedua-dua cadangan tersebut dan jika ada rakan budiMaN yang nak menyertai atau hendak membuat sumbangan amal mungkin boleh hubungi saya dan insyaallah kita akan aturkan sesuatu.

2. Sabtu malam pula saya bersama isteri dan anak saya menghadiri Majlis Makan Malam Amal Sekolah Khalifah dan Talk oleh Bro Idris Tawfik. Sekolah Khalifah ialah sebuah sekolah agama swasta mempunyai pendidikan rendah dan menengah terletak berhadapan Ampang Point dan Hotel De Palma, Ampang. Makcik kepada Anim isteri saya iaitu Prof Dr Alini adalah salah seorang pengasas sekolah ini dan kini menjadi Board of Trustee sekolah tersebut. So, bapa mertua saya beli satu table dan kami sekeluarga, keluarga adik isteri saya dan Dato' Dr Nik (bekas KP Kem Tanah dan Galian yang diundang oleh bapa mertua saya) hadir pada malam itu bertempat di Dewan Merak Kayangan, Felda Jalan Semarak. Apa sebenarnya menarik yang saya nak cerita adalah berkaitan Talk yang diberikan oleh Bro Idris Tawfik (ada website dan FB Bro Idris) yang simple dan menyentuh hadirin. Bro Idris Tawfik adalah bekas paderi selama 20 tahun yang memeluk islam setelah bertemu dengan seorang budak pengilap kasut di London. Talk beliau pada malam itu bukanlah pasal camna beliau memeluk Islam tetapi bertajuk "Do Your Best" dan banyak yang boleh dikongsi sebenarnya. So kalau nak tahu mungkin rakan budiMaN boleh add FB Bro Idris Tawfik atau lawat website beliau.

Sunday, March 27, 2011

aRtiKeL dWaN - haK2 iSteRi jiKa beRLakU peNceRaiAN

Mat Dwan ada mengirimkan artikel untuk kita budiMaN kongsikan bersama. Artikel tersebut bertajuk "Hak-Hak Isteri Jika Berlaku Penceraian". Artikel tersebut agak panjang, oleh itu saya akan siarkan secara bersiri dari masa ke semasa. Moga menjadi pedoman kepada rakan budiMaN semua. Beginilah artikel tersebut :

Assalamulaikum rakan2 BudiMan, mula2 kito nok mitok kebenare abe ley kito nok nulih sket kat bloq dia nie, kito nak nulih sket sebanyak pasal undang2.., buke la kito ni pandai sangat, Cuma nya kito ‘berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran’ abe ley kalu ok post la article nie kalu dok ok kira trash jer la.

Saya Mat Dwan ada la sket ilmu peundangan, saya nak bercerita tentang beberapa aspek perundangan dalam kehidupan kita, mungkin ada diantara rakan2 yang lebih tahu dan mahir dari saya, tapi mungkin ada juga yang belum tahu.., biasalah kalu rajin dan ada masa baca je la dan kalu nak comment atau bertanya lebih lanjut amatlah dialu-alukan.

Kita mungkin akan bercerita tentang hak hak kita didalam sebanrang permasalahan atau isu, mungkin dalam satu article saya akan utarakan satu isu untik satu topic agar kita tak keliru sangat. InsyaAllah.

Kali ini buat pertama mula saya akan bercerita tentang ‘hak-hak seorang isteri apabila berlaku perceraian’, saya suka memilih tajuk ini memandang kan ramai kaum wanita yang terainaya apabila berlaku perceraian ataupun apabila suami mereka ‘menambah cawangan’ malah ada seorang rakan Mat Dwan telah bercerai selama 5 tahun tetapi tidak membuat sebarang tuntutan hanya kerana diugut oleh bekas suami beliau.., malah saya rasa banyak lagi kes kes yang sedemikian berlaku disekitar kita. Untuk tujuan itu, saya akan menggunakan beberapa rujukan seperti buku Prof Ahmad undang Syariah Kelantan dan Wilayah Persekutuan dan tentulah AlQuran dan Alhadis dan satu lagi citation mungkin di buat dalam bahasa inggeris, ini adalah kerana ia lebih jelas.

Baik lah, kita bermula dengan prosedur perceraian itu sendiri, kita semua tahu perceraian adalah perkara halal yang paling di benci Allah. Maka dalam kebiasaan sesuatu perceraian akan mengambil masa dan prosedur tertentu yang natijahnya memberi waktu kepada pasangan untuk reconcile. Selepas mahkamah pronounce perceraian itu, biasanya hakim syariee akan mengumumkan 3 perkara iaitu pegesahan cerai, edah dan hak sementara penjagaan anak. Disini pihak isteri haruslah faham yang tuntutan yang lain mesti difailkan berasingan sejurus selepas kes perceraian selesai.

Diantara tunrutan yang boleh difailkan Maskahwin dan pemberian, accommodation atau penempatan selepas bercerai, mutaah, saradiri dan harta sepencarian. Saya akan cuba mengexplain satu persatu secara ringkas.

Maskahwin dan Pemberian adalah wajib dilunaskan oleh pihak lelaki seperti Surah An Nisa (Ayat 4) ‘And give the women (on marriage) their dower as a free gift; but if they, of their own good pleasure, remit any part of it to you, take it and enjoy it with right good cheer)’ Malah pemberian ini bukan sahaja mesti dilunaskan apabila berlaku perceraian tetapi juga apabila suami hendak berpoligami. Mengikut seksyen 57 dan 23(7) Enakmen undang undang syariah Wilayah Persekutuan. Isunya ialah apabila maskahwin atau dawry ini bagi kawasan Kelantan adalah ‘semua yang tersebut’ ini bermakan jumlah yang perlu dijelaskan adalah jumlah hantaran dan jika berhutang hendaklah dijelaskan hutang tersebut sejurus bercerai atau sebelum berpoligami.

bersambung........

Tuesday, March 22, 2011

aRwah ASRi




Amir ada mengirim gambar-gambar beliau bersama Arwah Mohd Asri Ismail semalam. Gambar-gambar tersebut diambil sewaktu Amir pulang ke Malaysia pada bulan Disember tahun lepas yang mana beliau sempat bertemu Arwah di Hospital Melaka. Menurut Amir itulah pertemuan pertama semenjak keluar dari UitM dan rupa-rupanya menjadi pertemuan terakhir dengan Arwah. Al Fatihah dan semoga roh Arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Monday, March 21, 2011

aL fatihaH

Saya baru buka email sebentar tadi dan mendapat msg dari Amir USA yang memberitahu bahawa seorang sahabat budiMaN iaitu Mohd Asri Ismail @ Atok batch diB Jan 86 telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam 20hb Mac 2011. Beliau telah mengalami stroke di samping mengidap penyakit jantung dan Allahyarham sebenarnya sedang cuba mendapatkan rawatan dan pembedahan di Hospital Serdang, Hospital Melaka dan IJN.

Beliau akan dikebumikan di Kampung beliau di Kg Johol, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Tiada maklumat keluarga beliau yang dapat saya sampaikan di sini, mungkin nanti Amir atau geng dib Jan 86 boleh ceritakan sikit tentang Allahyarham dan keluarganya. Namun begitu sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham dan semoga beliau di ampunkan segala dosa-dosanya, dilapangkan kuburnya, diterangi kuburnya dengan cahaya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Semoga keluarga beliau akan tabah menghadapi dugaan besar ini, semoga isteri dan anak-anaknya dipermudahkan dalam kehidupan dan semoga kejayaan dan kesejahteraan akan sentiasa bersama keluarganya. Amin.

Wednesday, March 16, 2011

ziARah

Bila saya bangun pagi semalam, terus saya teringat untuk ziarah nenek saya sebelah arwah emak saya di Sg Buloh. Nenek saya memang dalam keadaan uzur dan kini tinggal bersama emak saudara saya di Sg Buloh. Nenek saya bernama Habsah binti Hitam dan kini berusia lebih dari 90 tahun. Sebelah keluarga saya itulah satu-satunya nenek saya yang masih ada.

Masa kecil-kecil dahulu saya selalu tidur di rumah nenek saya ini. Musim cuti sekolah memang wajib saya tidor di rumahnya di Kampung Tanjung Belengu, Temerloh. Kiranya saya seoranglah cucu beliau yang rajin nak tidor kat rumah dia walaupun masatu takde TV atau Radio kat rumah dia dan malam pun pakai pelita dan gaslin saja.

Saya seronok tidur rumah nenek saya sebab sebenarnya masa tu saya dapat wang upah. Pertama, pagi-pagi saya akan ikut datuk saya pergi menoreh getah, bukan menoreh pun, tolong-tolong macam tu je, so bila jual getah dapat upah. Kedua, nenek saya ni berjual di Pekan Sehari, jadi saya tolonglah kutip sayur, pisang dan isi dalam guni atau bekas untuk jualan nanti. Masa tu Pekan Sehari ada di Durian Tawar, Triang dan Pekan Sehari Temerloh. Jadi bila habis berjual tu, saya dapatlah upah sikit dari nenek saya. Masa tu kalau dapat RM2 pun kira dah besar sangat. 3 kali pekan sehari dapat RM6 campur upah menatin getah bolehlah seminggu dapat RM10. Kira hebat sangatlah tu.

Saya sampai di Sg Buloh kira-kira jam 12-30 tengahari dan saya singgah beli buahtangan sikit. Banyak gerai jualan di tepi jalan di Sg Buloh menghala ke Kuala Selangor. Saya makan nasi tengahari bersama emak saudara dan bapa saudara saya. Nenek saya sudah makan dah masa tu. Selepas itu saya bersembang dengan nenek saya dan sempat jugak saya lena sekejap sebelah nenek saya.....(haha.....dah tua2 pun tidor kat ketiak nenek) Memang suasana kampung di rumah emak saudara saya tu sungguh tenang dan boleh membuatkan terlena.

Nenek saya sememangnya terlalu uzur dan kini hanya berbaring sahaja. Percakapannya pun dah tak jelas tetapi kadang-kadang ingatannya masih kuat lagi mengingati nama-nama cucu serta cicitnya. Saya ingin menikmati saat-saat bersama nenek saya ini dan berharap akan lebih kerap lagi dapat menziarahi beliau dan berbicara serta mengucup dahinya, insyaallah.

Monday, March 14, 2011

jeaNs

Minggu ni dah mula cuti sekolah selama seminggu. Anak saya Sarah pun ada balik Jumaat lepas, katanya sebab lama dah tak balik rumah KL dan tak lama lagi peperiksaan Akhir Matrikulasi akan bermula awal bulan April nanti. Jadi Sabtu dan Ahad kami sekeluarga santai makan-makan dan lepak-lepak sambil strolling beberapa shopping complex kat KL ni.

Sabtu petang kami makan-makan kat The Curve sambil window shopping. Duduk lepak sampai maghrib sambil surfing internet dan tengok orang lalulalang di gerai-gerai di tengah The Curve. Maghrib kami singgah di rumah Mak Mertua saya di Ukay Perdana dan sembang-sembang sekejap. Dalam pukol 10 malam, dari Ukay Perdana kami ke Al Rawsha pula pekena Barbican Jus Arab Saudi dan makanan Arab. Restoran Arab ni famous jugak la sebab Agung pernah makan kat sini dan Tun Mahathir pun 2-3 kali makan kat sini. Lama jugak la lepak situ sampai pukol 1 pagi.

Dan petang Ahad kami lepak kat tempat biasa di Carlos Pavillion pekena Nachos DeepCheese. So minggu ni minggu makan dan melepak sambil cucimata window shopping.

Yang menariknya ada satu kedai isteri saya la tunjukkan namanya Bread and Butter. Saya ingat kedai bakery ke apa. Rupa-rupanya kedai jual seluar jeans. All type of Jeans...tapiiii....semuanya Posh Jeans..Branded and Luxury. Ada jenis Seven For All Mankind, 575 Denim, Denim For Immortality, Evisu dan True Religion. Jenis Levis ke...Lee ke...takde kat kedai ni. Sehelai jeans dia harga paling murah RM800 sehelai. Average harga lebihkurang dalam 2-3ribu sehelai. Kalau jeans koyak lagi mahal...ada yang sampai RM5,000 pun ada sehelai. Jadi kalau kita tengok orang pakai Jeans koyak tu rupa-rupanya mahal tu zaman sekarang ni. Dan rupa-rupanya kita tengok jeans yang brand ntah apa-apa tu rupa-rupanya beribu ringgit sehelai....iskh..iskh.

Friday, March 11, 2011

beRitA

Ada beberapa berita yang saya sampaikan di sini, antaranya :

1. Mat Dwan pada hari Rabu baru-baru ini telah ke Raub untuk berjumpa Doktor Pakar Jantung yang juga sahabat beliau masa di sekolah dahulu. Beliau ditemani oleh Slambe Jr. Doktor memberitahu beliau bahawa keadaan jantungnya adalah lemah dan sememangnya memerlukan rawatan lanjut termasuk kemungkinan pembedahan bypass. Mat Dwan juga ada sms kepada saya meminta saya sampaikan ucapan terima kasih beliau kepada semua rakan2 budiMaN yang telah menelefon, menziarah dan mendoakan kesihatan beliau. Kepada rakan budiMaN yang tidak berkesempatan lagi, saya di sini amat berharap agar dapat menziarah Mat Dwan kerana keadaan beliau amat memerlukan sokongan kita semua di sini.

2. Fadil Sutok pada hari Rabu baru-baru ini telah berada di Alor Star kerana ayah beliau turut menjalani pembedahan di sana. Ayah beliau yang menziarah keluarga di Kedah telah jatuh sakit dan terpaksa di rawat di Alor Star. Saya mendoakan agar ayah Fadil kembali sembuh dan sihat sediakala. Amin

3. Shake dsS ada menelefon saya untuk meminta maklumat bagi pendaftaran Alumni UiTM Pahang yang akan di daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM Pahang. Insyaallah Alumni UitM Pahang akan mempunyai sebuah jawatankuasa penaja sebelum satu mesyuarat penubuhan dan pemilihan jawatankuasa sebenar di adakan nanti. Harap semua bekas pelajar UitM Pahang tidak kira batch mana sekalipun akan mendaftar sebagai ahli Alumni dan bersama-sama menggerakkan Alumni itu nanti.

4. Golf budiMaN insyaallah akan diadakan pada 16hb Mac 2011 ini bertempat di Berjaya Hill Golf Resort di Bukit Tinggi dan saya telah berbincang dengan Amy Jarr untuk menyelaraskan penyertaan rakan budiMaN. Golf budiMaN sebenarnya hanyalah bertujuan untuk rakan budiMaN berkumpul dan bertukar fikiran serta mengetahu kabar antara rakan budiMaN.