Thursday, March 31, 2011

mAkaN2 dGN faMiLy

Semuanya ada keluarga sebelah saya kecuali Makcik, Sarah dan Aiman
Kami makan Chicken Maghut, Lamb Maghut dan Hoil Tea n Shisha
Kiri baju hitam tu adik saya yang bongsu, Muzamir, kerja di SUK Pahang, yg duduk hujung sekali tu adik ipar saya, Ahmad Zabarudin ex SEMSAS kini kerja di Telekom dan paling kanan tu adik saya no 4, Moharizal, kerja di TNB KL
Adik saya no 2 dan satu2nya pompuan dlm keluarga saya Masliyatun yang kerja di TNB Shah Alam takde dlm gambar ni sebab dia duduk kat suami dia Zabarudin tadi. Ini pula keluarga adik saya yang no 3 Mazulhisham yg kerja di Hospital Jerantut bersama isterinya juga bertugas di situ.
Gambar ayah saya bersama adik saya no 4 dan anaknya Hatem
Gambar adik ipar saya Tengku Vera Lidya (anak bekas Gabenor Medan Indonesia) kerja di MIA (Malaysia Institute of Accountant), tengah tu anak sulong dia Qisya dan sebelah tu siapa lagi SK la, isteri kesayangan saya...hehe

2 minggu lepas ayah serta adik-adik saya dari Kuantan, Temerloh, Jerantut dan Shah Alam beramai-ramai telah menziarahi nenek saya di Sg Buloh. Sepupu-sepupu saya yang berada di KL juga ada hadir sekali. Makcik (emak tiri) saya tak dapat datang kerana sudah ada temujanji dengan pihak RISDA yang mengaturkan pertemuan dengan pekebun-pekebun kecil di Kg Tanjung Besar, Temerloh.

Selepas menziarahi nenek saya, oleh kerana semuanya dah berkumpul di Kuala Lumpur (memang jarang dapat berkumpul di KL keluarga sebelah saya ni, selalunya di Temerloh tu memang biasa sangat lah), maka saya pun mengajak mereka semua makan di Restoran Al Rawsha (Lebanese Restaurant) berhampiran Bulatan Kg Pandan. Memang seronok makan ramai-ramai tambahan semua adik-adik saya ada bersama ayah saya. Cuma sayang makcik, Aiman (anak saudara saya) dan Maisarah, anak saya sahaja tiada.

Wednesday, March 30, 2011

goLf thRiLL

Semalam Mat Taib (Rasidi diB) dan Antu (Amy Jarr dpA) datang ke Kuala Lumpur dari Kuantan. Mereka sampai kira-kira jam 10 pagi dan menyelesaikan beberapa urusan kerja di Damansara dan Kelang. Sebelah petang seperti yang di janjikan dengan saya, mereka berdua serta seorang lagi rakan Mat Taib telah beradu golfing di Monterez Golf Club, Subang. Kami memulakan golfing lebihkurang jam 3 petang. Banyak flight pada petang itu dan sekitar jam 7-30 baru kami selesai permainan.

Perlawanan golf semalam sememangnya hebat. Paling hebat sekali kawan Mat Taib la si Jai, biasanya dia main sekitar 50 dan 52 katanya tetapi semalam dia main 86. (betul ke Jai ni...tapi Mat Taib confirm dia main camtu tapi semlm terkejut) Mat Taib macam biasalah main selamba dengan handicap 14. Antu hancur terus main 96, katanya dah 2 bulan tak pegang kayu golf. Saya macam biasa jugak main 90 (tupun dah 6 minggu tak balun golf...haha). Semalam saya rasa 1 lubang saja, boleh menang dengan bogey. First Nine it needs 2 birdies to win the carrying skins...gila beb. 2nd Nine, si Jai parting for eagle at Par 5 hole no 14 (rasanya)....macam pro! Memang really a good game except for Amy Jarr (tapi bukan slalu pun Antu camni....biasanya dia yang belasah orang...last game dia dengan Mardan Mamat Asia Tour Champion tu kat Kuantan)

Lepas makan dan mandi kami sembang lagi di Golf Club sambil tunggu kawan Mat Taib datang untuk urusan kerja beliau. Mulanya hasrat nak ziarah Mat Dwan tetapi tunggu kawan Mat Taib agak lewat maka takut menggangu Mat Dwan pulak maka kami tangguhkan dulu. Antu sampai esok ada di KL lagi dan mungkin sampai Jumaat so kita tengok camne mungkin ada sessi teh tarik lagi sebab Hanif dan Mat Rock pun memang tengah kemaruk teh tarik tu....haha.

Tuesday, March 29, 2011

aRtiKeL dWaN - haK2 iSteRi jiKa beRLakU peNceRaiAN (Part 2)

Manakala Maintenance atau nafkah zahir boleh lah diertikan sebagai bantuan kewangan dalam masa perkahwinan dan dalam masa iddah selepas perceraian (Nafkah Iddah) seperti beberapa definisi IBNU QUDAMAH ‘Nafkah or maintenance is something which is spend for the necessities for the wife such as goods, drinks, clothes and shelter’. SAYYID SABIQ ‘Maintenance given to the wife such as food, medicine, even though a wife is a rich person’. IMAM NAWAWI ‘Maintenance includes clothes, shelter, comb, soap, powder, medicine, money that be used to by wife’s needs, servant if wife came from rich family’. Secara relatifnya nafkah zahir semasa perkahwinan ini adalah wajib disediakan oleh suami semasa didalam perkahwinan dan semasa iddah, kadangkala kita lihat isteri yang redha telah tidak menerima nafkah zahir oleh kerana kemampuan belaiu malah ada yang terpaksa menyara keluarga dan suami kerana ketidakmampuan suami, ini adalah dibenarkan dengan keredhaan tetapi ini tidak bermakna isteri tersebut tidak boleh membuat tuntutan nafkah apabila berlaku perceraian. Oleh itu diharuskan isteri untuk menceritakan apa yang berlaku kepad orang-orang yang boleh dipercayai didalam ahli keluarga kerana mahkamah akan melihat kepada saksi-saksi penting ini dalam menentukan jumlah tuntutan nafkah tersebut.

Didalam sebuah hadis Rasulullah bersabda “Fear Allah concerning women! Verily you have taken them on the security of Allah and intercourse with them has been made lawful by the words of Allah. You too have right over them, and they should not allow anyone to sit on your bed whom you do not like. But if they do that, you can chastise them but not severely. Their rights upon you are that you should provide them with food and clothing in a fitting manner. I have left among you the Book of Allah, and if you hold fast to it, you would never go astray.”

[Sahih Muslim]

Mengikut Imam Shafii, tempoh untuk membuat aduan adalah apabila suami tidak memberi nafkah selama 3 hari berturut-turut. Saksi-saksi tadi amat penting dalam kes sebegini. Dan seharusnya apabila suami didapati telah tidak mampu memberi nafkah lagi kepada isteri, maka siisteri boleh memfailkan kes perceraian di mahkamah.., kecuali suami terleih dahulu memfailkan nusyuz seperti didalam perkara 59 Enakmen Wilayah Persekutuan 1984, kuasa kuasa mahkamah untuk mengarahkan pembayaran nafkah dan kesan nusyuz.

Manakala nafkah iddah pula adalah nafkah yang wajib keatas suami didalam masa iddah yang telah ditapkan oleh mahkamah. Kadar nya adalah mengikut cara hidup didalam perkahwinan tersebut. Ini adalah untuk merigan kan beban isteri yang telah diceraikan.

Monday, March 28, 2011

seMbaNG

Bro Idris Tawfik menyampaikan Talk
Dr Hazwani Dr Abdullah (sepupu) yang jadi MC malam tuAimin kata Felda Di Saji sedap makanannya malam tu
1. Jumaat malam saya ada bersembang dengan Bilal di FB semasa beliau berada di Kuching mengadakan seminar di sana. Beliau ada mencadangkan supaya kita mengadakan kutipan amal untuk beberapa rakan budiMaN yang ditimpa musibah. Selain itu beliau juga menganjurkan untuk menziarahi Mulyadi pada 15hb dan 16hb April ini di Kedah. Saya beritahu beliau saya tidak ada halangan dengan kedua-dua cadangan tersebut dan jika ada rakan budiMaN yang nak menyertai atau hendak membuat sumbangan amal mungkin boleh hubungi saya dan insyaallah kita akan aturkan sesuatu.

2. Sabtu malam pula saya bersama isteri dan anak saya menghadiri Majlis Makan Malam Amal Sekolah Khalifah dan Talk oleh Bro Idris Tawfik. Sekolah Khalifah ialah sebuah sekolah agama swasta mempunyai pendidikan rendah dan menengah terletak berhadapan Ampang Point dan Hotel De Palma, Ampang. Makcik kepada Anim isteri saya iaitu Prof Dr Alini adalah salah seorang pengasas sekolah ini dan kini menjadi Board of Trustee sekolah tersebut. So, bapa mertua saya beli satu table dan kami sekeluarga, keluarga adik isteri saya dan Dato' Dr Nik (bekas KP Kem Tanah dan Galian yang diundang oleh bapa mertua saya) hadir pada malam itu bertempat di Dewan Merak Kayangan, Felda Jalan Semarak. Apa sebenarnya menarik yang saya nak cerita adalah berkaitan Talk yang diberikan oleh Bro Idris Tawfik (ada website dan FB Bro Idris) yang simple dan menyentuh hadirin. Bro Idris Tawfik adalah bekas paderi selama 20 tahun yang memeluk islam setelah bertemu dengan seorang budak pengilap kasut di London. Talk beliau pada malam itu bukanlah pasal camna beliau memeluk Islam tetapi bertajuk "Do Your Best" dan banyak yang boleh dikongsi sebenarnya. So kalau nak tahu mungkin rakan budiMaN boleh add FB Bro Idris Tawfik atau lawat website beliau.

Sunday, March 27, 2011

aRtiKeL dWaN - haK2 iSteRi jiKa beRLakU peNceRaiAN

Mat Dwan ada mengirimkan artikel untuk kita budiMaN kongsikan bersama. Artikel tersebut bertajuk "Hak-Hak Isteri Jika Berlaku Penceraian". Artikel tersebut agak panjang, oleh itu saya akan siarkan secara bersiri dari masa ke semasa. Moga menjadi pedoman kepada rakan budiMaN semua. Beginilah artikel tersebut :

Assalamulaikum rakan2 BudiMan, mula2 kito nok mitok kebenare abe ley kito nok nulih sket kat bloq dia nie, kito nak nulih sket sebanyak pasal undang2.., buke la kito ni pandai sangat, Cuma nya kito ‘berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran’ abe ley kalu ok post la article nie kalu dok ok kira trash jer la.

Saya Mat Dwan ada la sket ilmu peundangan, saya nak bercerita tentang beberapa aspek perundangan dalam kehidupan kita, mungkin ada diantara rakan2 yang lebih tahu dan mahir dari saya, tapi mungkin ada juga yang belum tahu.., biasalah kalu rajin dan ada masa baca je la dan kalu nak comment atau bertanya lebih lanjut amatlah dialu-alukan.

Kita mungkin akan bercerita tentang hak hak kita didalam sebanrang permasalahan atau isu, mungkin dalam satu article saya akan utarakan satu isu untik satu topic agar kita tak keliru sangat. InsyaAllah.

Kali ini buat pertama mula saya akan bercerita tentang ‘hak-hak seorang isteri apabila berlaku perceraian’, saya suka memilih tajuk ini memandang kan ramai kaum wanita yang terainaya apabila berlaku perceraian ataupun apabila suami mereka ‘menambah cawangan’ malah ada seorang rakan Mat Dwan telah bercerai selama 5 tahun tetapi tidak membuat sebarang tuntutan hanya kerana diugut oleh bekas suami beliau.., malah saya rasa banyak lagi kes kes yang sedemikian berlaku disekitar kita. Untuk tujuan itu, saya akan menggunakan beberapa rujukan seperti buku Prof Ahmad undang Syariah Kelantan dan Wilayah Persekutuan dan tentulah AlQuran dan Alhadis dan satu lagi citation mungkin di buat dalam bahasa inggeris, ini adalah kerana ia lebih jelas.

Baik lah, kita bermula dengan prosedur perceraian itu sendiri, kita semua tahu perceraian adalah perkara halal yang paling di benci Allah. Maka dalam kebiasaan sesuatu perceraian akan mengambil masa dan prosedur tertentu yang natijahnya memberi waktu kepada pasangan untuk reconcile. Selepas mahkamah pronounce perceraian itu, biasanya hakim syariee akan mengumumkan 3 perkara iaitu pegesahan cerai, edah dan hak sementara penjagaan anak. Disini pihak isteri haruslah faham yang tuntutan yang lain mesti difailkan berasingan sejurus selepas kes perceraian selesai.

Diantara tunrutan yang boleh difailkan Maskahwin dan pemberian, accommodation atau penempatan selepas bercerai, mutaah, saradiri dan harta sepencarian. Saya akan cuba mengexplain satu persatu secara ringkas.

Maskahwin dan Pemberian adalah wajib dilunaskan oleh pihak lelaki seperti Surah An Nisa (Ayat 4) ‘And give the women (on marriage) their dower as a free gift; but if they, of their own good pleasure, remit any part of it to you, take it and enjoy it with right good cheer)’ Malah pemberian ini bukan sahaja mesti dilunaskan apabila berlaku perceraian tetapi juga apabila suami hendak berpoligami. Mengikut seksyen 57 dan 23(7) Enakmen undang undang syariah Wilayah Persekutuan. Isunya ialah apabila maskahwin atau dawry ini bagi kawasan Kelantan adalah ‘semua yang tersebut’ ini bermakan jumlah yang perlu dijelaskan adalah jumlah hantaran dan jika berhutang hendaklah dijelaskan hutang tersebut sejurus bercerai atau sebelum berpoligami.

bersambung........

Tuesday, March 22, 2011

aRwah ASRi




Amir ada mengirim gambar-gambar beliau bersama Arwah Mohd Asri Ismail semalam. Gambar-gambar tersebut diambil sewaktu Amir pulang ke Malaysia pada bulan Disember tahun lepas yang mana beliau sempat bertemu Arwah di Hospital Melaka. Menurut Amir itulah pertemuan pertama semenjak keluar dari UitM dan rupa-rupanya menjadi pertemuan terakhir dengan Arwah. Al Fatihah dan semoga roh Arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Monday, March 21, 2011

aL fatihaH

Saya baru buka email sebentar tadi dan mendapat msg dari Amir USA yang memberitahu bahawa seorang sahabat budiMaN iaitu Mohd Asri Ismail @ Atok batch diB Jan 86 telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam 20hb Mac 2011. Beliau telah mengalami stroke di samping mengidap penyakit jantung dan Allahyarham sebenarnya sedang cuba mendapatkan rawatan dan pembedahan di Hospital Serdang, Hospital Melaka dan IJN.

Beliau akan dikebumikan di Kampung beliau di Kg Johol, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Tiada maklumat keluarga beliau yang dapat saya sampaikan di sini, mungkin nanti Amir atau geng dib Jan 86 boleh ceritakan sikit tentang Allahyarham dan keluarganya. Namun begitu sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham dan semoga beliau di ampunkan segala dosa-dosanya, dilapangkan kuburnya, diterangi kuburnya dengan cahaya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Semoga keluarga beliau akan tabah menghadapi dugaan besar ini, semoga isteri dan anak-anaknya dipermudahkan dalam kehidupan dan semoga kejayaan dan kesejahteraan akan sentiasa bersama keluarganya. Amin.

Wednesday, March 16, 2011

ziARah

Bila saya bangun pagi semalam, terus saya teringat untuk ziarah nenek saya sebelah arwah emak saya di Sg Buloh. Nenek saya memang dalam keadaan uzur dan kini tinggal bersama emak saudara saya di Sg Buloh. Nenek saya bernama Habsah binti Hitam dan kini berusia lebih dari 90 tahun. Sebelah keluarga saya itulah satu-satunya nenek saya yang masih ada.

Masa kecil-kecil dahulu saya selalu tidur di rumah nenek saya ini. Musim cuti sekolah memang wajib saya tidor di rumahnya di Kampung Tanjung Belengu, Temerloh. Kiranya saya seoranglah cucu beliau yang rajin nak tidor kat rumah dia walaupun masatu takde TV atau Radio kat rumah dia dan malam pun pakai pelita dan gaslin saja.

Saya seronok tidur rumah nenek saya sebab sebenarnya masa tu saya dapat wang upah. Pertama, pagi-pagi saya akan ikut datuk saya pergi menoreh getah, bukan menoreh pun, tolong-tolong macam tu je, so bila jual getah dapat upah. Kedua, nenek saya ni berjual di Pekan Sehari, jadi saya tolonglah kutip sayur, pisang dan isi dalam guni atau bekas untuk jualan nanti. Masa tu Pekan Sehari ada di Durian Tawar, Triang dan Pekan Sehari Temerloh. Jadi bila habis berjual tu, saya dapatlah upah sikit dari nenek saya. Masa tu kalau dapat RM2 pun kira dah besar sangat. 3 kali pekan sehari dapat RM6 campur upah menatin getah bolehlah seminggu dapat RM10. Kira hebat sangatlah tu.

Saya sampai di Sg Buloh kira-kira jam 12-30 tengahari dan saya singgah beli buahtangan sikit. Banyak gerai jualan di tepi jalan di Sg Buloh menghala ke Kuala Selangor. Saya makan nasi tengahari bersama emak saudara dan bapa saudara saya. Nenek saya sudah makan dah masa tu. Selepas itu saya bersembang dengan nenek saya dan sempat jugak saya lena sekejap sebelah nenek saya.....(haha.....dah tua2 pun tidor kat ketiak nenek) Memang suasana kampung di rumah emak saudara saya tu sungguh tenang dan boleh membuatkan terlena.

Nenek saya sememangnya terlalu uzur dan kini hanya berbaring sahaja. Percakapannya pun dah tak jelas tetapi kadang-kadang ingatannya masih kuat lagi mengingati nama-nama cucu serta cicitnya. Saya ingin menikmati saat-saat bersama nenek saya ini dan berharap akan lebih kerap lagi dapat menziarahi beliau dan berbicara serta mengucup dahinya, insyaallah.

Monday, March 14, 2011

jeaNs

Minggu ni dah mula cuti sekolah selama seminggu. Anak saya Sarah pun ada balik Jumaat lepas, katanya sebab lama dah tak balik rumah KL dan tak lama lagi peperiksaan Akhir Matrikulasi akan bermula awal bulan April nanti. Jadi Sabtu dan Ahad kami sekeluarga santai makan-makan dan lepak-lepak sambil strolling beberapa shopping complex kat KL ni.

Sabtu petang kami makan-makan kat The Curve sambil window shopping. Duduk lepak sampai maghrib sambil surfing internet dan tengok orang lalulalang di gerai-gerai di tengah The Curve. Maghrib kami singgah di rumah Mak Mertua saya di Ukay Perdana dan sembang-sembang sekejap. Dalam pukol 10 malam, dari Ukay Perdana kami ke Al Rawsha pula pekena Barbican Jus Arab Saudi dan makanan Arab. Restoran Arab ni famous jugak la sebab Agung pernah makan kat sini dan Tun Mahathir pun 2-3 kali makan kat sini. Lama jugak la lepak situ sampai pukol 1 pagi.

Dan petang Ahad kami lepak kat tempat biasa di Carlos Pavillion pekena Nachos DeepCheese. So minggu ni minggu makan dan melepak sambil cucimata window shopping.

Yang menariknya ada satu kedai isteri saya la tunjukkan namanya Bread and Butter. Saya ingat kedai bakery ke apa. Rupa-rupanya kedai jual seluar jeans. All type of Jeans...tapiiii....semuanya Posh Jeans..Branded and Luxury. Ada jenis Seven For All Mankind, 575 Denim, Denim For Immortality, Evisu dan True Religion. Jenis Levis ke...Lee ke...takde kat kedai ni. Sehelai jeans dia harga paling murah RM800 sehelai. Average harga lebihkurang dalam 2-3ribu sehelai. Kalau jeans koyak lagi mahal...ada yang sampai RM5,000 pun ada sehelai. Jadi kalau kita tengok orang pakai Jeans koyak tu rupa-rupanya mahal tu zaman sekarang ni. Dan rupa-rupanya kita tengok jeans yang brand ntah apa-apa tu rupa-rupanya beribu ringgit sehelai....iskh..iskh.

Friday, March 11, 2011

beRitA

Ada beberapa berita yang saya sampaikan di sini, antaranya :

1. Mat Dwan pada hari Rabu baru-baru ini telah ke Raub untuk berjumpa Doktor Pakar Jantung yang juga sahabat beliau masa di sekolah dahulu. Beliau ditemani oleh Slambe Jr. Doktor memberitahu beliau bahawa keadaan jantungnya adalah lemah dan sememangnya memerlukan rawatan lanjut termasuk kemungkinan pembedahan bypass. Mat Dwan juga ada sms kepada saya meminta saya sampaikan ucapan terima kasih beliau kepada semua rakan2 budiMaN yang telah menelefon, menziarah dan mendoakan kesihatan beliau. Kepada rakan budiMaN yang tidak berkesempatan lagi, saya di sini amat berharap agar dapat menziarah Mat Dwan kerana keadaan beliau amat memerlukan sokongan kita semua di sini.

2. Fadil Sutok pada hari Rabu baru-baru ini telah berada di Alor Star kerana ayah beliau turut menjalani pembedahan di sana. Ayah beliau yang menziarah keluarga di Kedah telah jatuh sakit dan terpaksa di rawat di Alor Star. Saya mendoakan agar ayah Fadil kembali sembuh dan sihat sediakala. Amin

3. Shake dsS ada menelefon saya untuk meminta maklumat bagi pendaftaran Alumni UiTM Pahang yang akan di daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM Pahang. Insyaallah Alumni UitM Pahang akan mempunyai sebuah jawatankuasa penaja sebelum satu mesyuarat penubuhan dan pemilihan jawatankuasa sebenar di adakan nanti. Harap semua bekas pelajar UitM Pahang tidak kira batch mana sekalipun akan mendaftar sebagai ahli Alumni dan bersama-sama menggerakkan Alumni itu nanti.

4. Golf budiMaN insyaallah akan diadakan pada 16hb Mac 2011 ini bertempat di Berjaya Hill Golf Resort di Bukit Tinggi dan saya telah berbincang dengan Amy Jarr untuk menyelaraskan penyertaan rakan budiMaN. Golf budiMaN sebenarnya hanyalah bertujuan untuk rakan budiMaN berkumpul dan bertukar fikiran serta mengetahu kabar antara rakan budiMaN.

Tuesday, March 08, 2011

apA pLaN

Tadi saya dapat sms dari Mat Dwan memberitahu beliau sudahpun memulakan rawatan susulan di PPMC (saya lupa nak tanya apa benda PPMC tu). Walaubagaimanapun doktor akan membuat rawatan lanjut lagi pada 15hb Mac ini. Sementara itu Mat Dwan hanya berehat di rumah. Beliau juga beritahu bahawa Amir USA, Mr T dpA yang kini berada di Arab Saudi dan juga Antu ada menelefon beliau bertanya kabar. Sebelum itu Mat Taib juga ada memberitahu saya beliau ada call Mat Dwan bertanya kabar. Insyaallah mudah-mudah segala urusan Mat Dwan akan dipermudahkan dan beliau dapat menjalani rawatan susulan dengan sempurna dan kembali sihat sediakala. Amin.

Minggu depan dah mula cuti sekolah selama seminggu rasanya. Mungkin budiMaN boleh berkumpul lagi kalau ada program seperti golfing ke atau trip ziarah kengkawan budiMaN. Golf Day budiMaN di Bukit Tinggi saya dah propose kat Joe Malady dan trip ziarah Mulyadi saya propose dekat Antu. Insyaallah kalau semuanya ada kelapangan mungkin sesuatu boleh diatur di masa cuti sekolah ini.

Sunday, March 06, 2011

M.DwaN 2

Mat Dwan kakinya bengkak dan cuma boleh minum air tidak lebih 1 liter sehari.
Bilal, Fadil Sutok dan Lan Kentei
Kudin Mekanik, Kitang dan Mat Dwan
Walid (Syed Hamid), Kentei dan Sutok

Hari Jumaat lepas, Kitang ada menelefon saya mengajak rakan budiMaN beramai2 menziarahi Mat Dwan di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam. Saya kemudiannya menelefon Kudin Mekanik dan Fadil Sutok mengajak mereka sekali. Lebihkurang jam 8-00 malam, saya, Kudin dan Fadil bertolak dari Gombak ke Shah Alam dan sampai di rumah Mat Dwan agak lewat kira-kira jam 9-30 malam kerana kesesakan jalanraya.

Di rumah Mat Dwan sudah sampai Kitang dan Bilal. Tidak lama kemudian Walid (Syed Hamid diA) serta Lan Kentei diA pun tiba. Saya membawa sedikit buahtangan untuk di hidangkan bersama Mat Dwan dan rakan budiMaN. Jadi kami semua bertemu Mat Dwan dan bertanyakan kabar sambil mengeteh dan menjamu selera di situ.

Seperti yang saya terangkan dalam artikel terdahulu, Viral Fever adalah punca di mana Mat Dwan terlantar di hospital dan menyebabkan jangkitan kepada jantung beliau. Ini menyebabkan doktor menjalankan proses engiogram bagi memastikan punca sebenar keadaan jantung beliau pada hari Selasa minggu lepas di Sime Darby Medical Center. Beliau semasa dalam keadaan demam telah mengalami kesukaran bernafas yang amat kirikal.

Sebelum beliau discharge dari SDMC pada hari Khamis lalu, doktor telah menerangkan hasil ujian engiogram kepada beliau. Hasil ujian menunjukkan terdapat 3 blokage dalam saluran darah ke jantung beliau yang memerlukan pembedahan bypass di jalankan. Doktor di SDMC telah mengaturkan rawatan susulan untuk pembedahan jantung beliau di Hospital Universiti, Petaling Jaya dan insyallah minggu ini beliau akan menjalani rawatan susulan tersebut.

Harap mana kengkawan budiMaN yang kelapangan bolehlah pergi menziarahi Mat Dwan yang fizikalnya begitu lemah dan memberikan sedikit moral support kepada beliau. Dengan kedaaan kesihatan dan pembedahan jantung yang bakal di hadapi beliau serta dengan kos rawatan yang begitu tinggi yang terpaksa di tampung, kadangkala membuatkan orang yang sakit semakin sakit dengan bebanan yang terpaksa di fikirkan. Dengan kehadiran rakan2 sekurang-kurangnya boleh memberikan sedikit kekangan dari tekanan dan moral support.

beRitA taMbahaN

Selepas menziarahi Mat Dwan dan beredar dari rumah Mat Dwan kira-kira jam 12-00 malam, kami semua berteh tarik pula di sebuah restoran berdekatan situ. Sambil bersembang kami bertukar-tukar berita tentang rakan budiMaN. Antaranya :

1. Emak Mertua Bilal yang terlantar di Hospital akibat stroke kini beransur pulih tetapi masih lagi perlu di tempatkan di Hospital. Kini berada di Hospital Kuala Lumpur Bahagian Neurologi dan Bilal kata beliau nak cuba tukarkan ke Hospital Seremban yang mana berdekatan sedikit dengan adik-beradik isterinya atau beliau sendiri dan senang berulang-alik. Sudah hampir 4 minggu emak mertua Bilal berada di Hospital dan Bilal memberitahu kebanyakan masanya berulang-alik ke Hospital.

2. Emak Mertua Mat Dwan juga dalam masa yang sama semasa beliau di serang sakit jantung dan Viral Fever ini, juga menghadapi sakit jantung dan di jaga oleh isteri Mat Dwan. Memang keluarga Mat Dwan menghadapi pelbagai dugaan kini dan kesabaran keluarganya menempuh memerlukan sokongan dan doa kengkawan budiMaN semua di sini.

3. Sabri diA kini sudah berhenti dari Arab Malaysian Assurance yang saya rasa beliau mula bekerja bersama isteri saya dahulu selepas graduate tahun 1988. Beliau kini bekerja sendiri dan tinggal bersama keluarganya di Bangi.

4. Charlie diB sekeluarga mengalami kemalangan di Pontian kira2 3 minggu lepas dan mengalami cedera ringan dan kini beransur pulih. Isteri beliau yang terkena airbag mengalmai kecederaan di tangan memerlukan jahitan yang banyak juga dan hampir 2 minggu tidak dapat bertugas. Semoga Charlie sekeluarga sihat dan pulih kembali, Amin.

Akhirnya selepas selesai menziarahi Mat Dwan dan kemudian berteh tarik, kira-kira jam 2-00 pagi, kami semua beredar dari Shah Alam. Kitang terus balik ke Temerloh manakala saya, Kudin dan Fadil ke Gombak dan selepas menghantar Kudin dan Fadil, barulah saya beredar pulang dan sampai kira-kira jam 4-00 pagi di rumah.

Diharapkan ziarah kepada Mat Dwan ini bukan setakat kali ini sahaja dan di harapkan mana kengkawan berdekatan atau datang ke KL tu, dapatlah menziarah Mat Dwan atau mana2 kengkawan budiMaN lain jika ada kelapangan.

Friday, March 04, 2011

M. dWaN

Petang semalam Mat Dwan telah pun discharge dari SDMC dan kini beliau berada di rumahnya di Shah Alam. Saudara Kitang ada menelefon saya sebentar tadi memberitahu beliau baru saja bercakap dengan Mat Dwan. Saudara Kitang juga menganjurkan rakan budiMaN untuk menziarahi Mat Dwan pada petang ini di rumah Mat Dwan di Shah Alam. Cadangannya berjumpa dalam pukol 8mlm di Shah Alam. Alamat rumah Mat Dwan ialah di No 7, Jalan 7/34a, Seksyen 7, Shah Alam. Insyaallah saya free 2-3 hari ni dan berhajat pergi sekali....kalau nak terus ziarah Mulyadi lepas tengok Mat Dwan pun tadak hal...hehe

Thursday, March 03, 2011

maKLumaN

Hampir sebulan lebih saya tidak menulis apa-apa di blog. Dengar dari kengkawan ada yang kata saya merajuk tak nak tulis blog, ada yang kata saya kena tegur oleh seseorang kerana penulisan dalam blog ini dan ada juga kata saya ada masalah peribadi sebab tak menulis di sini. Semuanya itu sebenarnya adalah tidak benar sama sekali. Sebab utama saya tidak menulis di sini kerana kekurangan bahan untuk di tulis dan juga kekurangan masa untuk memikir dan menulis.

Walaubagaimanapun saya sebenarnya tidak berjauhan dari rakan budiMaN. Antu, Charlie, Mat Taib, Amin, Fadil Sutok, Kudin Mekanik, Apek, Mat Dwan dan Hakim ada saya temui dalam masa sebulan ini. Saya juga sebenarnya ada merakan gambar-gambar bersama-sama mereka berteh tarik dan sebagainya cuma saya tidak berpeluang untuk menulis dan siarkan gambar2 tersebut di sini.

Satu lagi saya lihat kini penggunaan FB di kalangan rakan budiMaN sangat aktif dan perkembangan rakan budiMaN sentiasa boleh diikuti di dalam FB menyebabkan saya juga kekurangan bahan untuk memaklumkan perkembangan rakan budiMaN kerana semuanya boleh berinteraksi terus di FB.

MAKLUMAN KHAS

Amir seperti di dalam ruangan komen di bawah ada memberitahu bahawa Mat Dwan dbS di masukkan di ICU. Saya sebentar tadi telah menghubungi Mat Dwan dan bercakap dengan beliau panjang lebar. Beliau sebenarnya berada di Wad CCU Sime Darby Medical Center di Subang. Secara ringkasnya beliau telah di serang Demam Virus dan menyebabkan masalah kepada jantung beliau. Insyaallah hari ini doktor akan memberikan keputusan hasil ujian engiogram yang telah dilakukan untuk mengetahui bentuk rawatan selanjutnya yang diperlukan. Mudah-mudahan Mat Dwan tidak mengalami sesuatu yang serius. Kepada rakan budiMaN yang ingin menghubungi Mat Dwan boleh lah sms beliau kerana sms rasanya lebih baik di 019-2200808. Harap dpt memberi kata-kata perangsang kerana orang yang sakit biasanya sedikit morally down dengan keadaan kesihatannya.

Insyaallah kalau ada perkembangan lanjut tentang Mat Dwan akan saya cuba maklumkan di sini. Saya juga sebenarnya amat berharap untuk menziarah Mulyadi di UUM Kedah yang juga uzur tetapi kerana tiada kengkawan yang nak pergi, saya tak tahu sampai bila nak tangguh. Nak pergi sorang2, saya lebih senang kalau dapat pergi bersama 2-3 orang rakan budiMaN sekali.