Bilal ada mengirimkan email menganjurkan satu program amal Ramadhan bertajuk "Program Kasih Ramadhan". Saya percaya ramai rakan budiMaN turut menerima email dari Bilal. Bagaimanapun saya siarkan email beliau di bawah untuk tatapan rakan budiMaN semua.
OBJEKTIF PROGRAM
Melaksanakan program amal sempena Ramadhan
Membantu mereka yang amat memerlukan samada dalam bentuk kewangan mahupun barangan
Memberi ruang dan peluang bagi mereka yang Daif dan Miskin agar dapat sama menikmati Ramadhan dan Syawal bersama
keluarga
Memupuk keperihatinan dan sikap suka beramat serta tolonmg menolong sesame insan
Melaksanakan Salah satu dari Ibadat yang dituntut khususnya dalam bulan Ramadhan
SASARAN
1. Keluarga Miskin dan Daif sekitar Selangor, Kuantan dan Negeri Sembilan yang dikenal pasti dan dipilih.
2. Rakan-rakan BUDIMAN yang dah berkeluarga serta mempunyai pendapatan Seisi rumah kurang RM800 sebulan
BENTUK SUMBANGAN
1. Pakaian terpakai yang masih cantik dan boleh digunakan
2. Barangan keperluan asas seperti Beras, susu, minyak dll
3. Wang untuk sara kehidupan
Untuk Item 1 dan 2, Barangan akan di kutip pada 25hb dan 26hb Ogos 2010. Sila email butiran alamat agar mudah untuk diambil.
Beberapa sukarelawan yang ingin membantu mengkoordinasikan kutipan serta cadangan adalah dialu-alukan
Untuk item 3 sila bank in ke akaun maybank 101254011503 dan sms ke no 013-3350036 sebaik sahaja setelah bank in untuk
akad. Sumbangan wang mesti di salurkan sebelum 25hb. Ogos.
Semua Penyerahan akan dibuat pada 29 Ogos 2010 dan akan disertai oleh beberapa wakil BUDIMAN yang ingin turut serta.
(Jumlah penyerahan adalah tertakluk pada jumlah kutipan dan akan diumumkan pada semua)
Majlis akan dirakam dan gambar akan dikongsikan di laman Blog : www.budakitmpahang.blogspot.com
Jika ada cadangan lain juga turut di alu-alukan.
SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT
Boleh hubungi Hj Azmi Hj Abu Bakar ( Bilal) di : azmiabakar@gmail.com atau FB: Azmi A.Bakar atau 013-3350036