Tuesday, March 30, 2010

aPaMz miNta tOLoNG

2 hari lepas saya sempat berbual dengan Apamz menerusi facebook. Dia minta saya siarkan kat blog berkenaan satu perkara. Katanya minggu ini assistant beliau yang membantu beliau berniaga di pasar malam tiada kerana terpaksa pulang ke kampung. Oleh itu beliau meminta kepada sesiapa anak kengkawan budiMaN ke atau budiMaN sendiri sesiapa yang boleh membantu beliau untuk beberapa jam sahaja untuk 2 hari yang kritikal. Ini kerana beliau kata kalau tiada assistant pada hari kritikal tersebut, beliau tidak dapat menjengok dan melihat keadaan Miza di dalam van bersama anak ke 2 beliau. Beliau bimbang terjadi peristiwa di mana Miza di ragut rantai lehernya seperti yang berlaku tidak lama dulu. Hari-hari kritikal itu menurut Apamz ialah Khamis ini antara jam 5-30pm hingga 7-30pm di Bukit Sekilau. Hari kritikal lain ialah pada Sabtu antara jam 7-30pm hingga 9-30pm di Sg Isap. Kalau kat KL ni mungkin ramai yang boleh bantu Apamz tetapi saya harap ada rakan budiMaN di Kuantan dapat membantu Apamz kalau tak boleh lama pun..untuk waktu-waktu kritikal itu sahaja pun dah memadai.

Friday, March 26, 2010

nGeteh

Hari Rabu malam yang lepas, beberapa rakan budiMaN telah mengeteh di Restoran Isfan, Batu Caves berhampiran pejabat Fadil Sutok. Antara yang datang malam itu ialah Bilal bersama anak sulong beliau dan adik iparnya. Mereka dalam perjalanan ke Janda Baik bagi menghadiri suatu kem motivasi yang dikendalikan oleh Bilal. Rakan budiMaN lain yang hadir selain dari saya sendiri ialah Fadil Sutok dbS, Raman Kerbau dbS, Kitang diA, Apek dpA dan Arash dpA. Acara mengeteh yang bermula pukol 9-00 malam itu berakhir kira-kira jam 2-00 pagi juga. Bermacam-mabam perkara berkaitan budiMaN dan perkembangan rakan-rakan (bukanlah mengumpat...kata orang kampung koi...kaji ke hal) diperbualkan.

Esoknya pada hari Khamis, Bilal ada menelefon saya memberitahu bahawa beliau ada menelefon Che Dat@ Sidi dpA. Rupa-rupanya Sidi telah 2 minggu di tukarkan ke Pejabat Belia dan Sukan Muar, Johor. Beliau cuma pergi seorang diri dahulu dan khabarnya isteri dan anak-anak beliau akan menyusul kemudian. Sayang la Che Dat, rumah banglo beliau di Durian Tawar baru sahaja di duduki dah kena tukar pulak. Mungkin Che Dat naik pangkat lagi agaknya. Moga bertambah2 la rezeki rakan budiMaN.

Wednesday, March 24, 2010

ceRitA keMatiAN

Tadi saya sempat jenguk blog Dona dsS dan Takziah serta Al-Fatihah saya ucapkan kepada beberapa rakan budiMaN senior yang telah kehilangan orang yang tersayang seperti Sheena yang kehilangan bapanya, Shake yang kehilangan adik iparnya, Dona yang kehilangan anak sepupunya dan Sit yang kehilangan abang iparnya.

Bercerita tentang kematian mengejut sebegini teringat saya suatu kisah yang menjadikan pengajaran kepada saya tentang kematian mengejut seorang insan tidak berapa lama dulu. Insan tersebut adalah sahabat kepada kawan saya. Insan tersebut meninggal dunia secara mengejut di pejabatnya dalam usia masih di awal 50an.

Apabila insan tersebut sudah di kebumikan, maka si anak pergi la ke pejabat arwah bapanya untuk mengambil barang-barang bapanya di pejabat. Sampai di bilik arwah bapanya, beliau pun menyelongkar segala barangan peribadi kepunyaan arwah untuk di ambil dan di bawa pulang. Rupa-rupanya kalau di rumah ayahnya hanya ada satu handphone tetapi di pejabat rupa-rupanya ada 2 handphone. Satu handphone yang biasa di gunakan untuk keluarga, peribadi dan pejabat tetapi rupanya ada satu handphone lagi untuk communication dengan girlfriend. Bukan sahaja ada berpuloh senarai girlfriend siap dengan sms sexual bahkan ada gambar video lagi sexual dengan girlfriends. Itu bab telefon. Buka pulak laptop ayah beliau....ada fail/folder lagi gambar2 dengan girlfriend dan macam-macam video lucah baik gambar beliau sendiri mahupun video lucah yang lain-lain.

Yang sedih dan hiba sangat si anak bila melihat semua itu...bila teringatkan ayahnya selalu ada di rumah dan tak kemana-mana bila balik dari pejabat. Ayahnya pula dah bergelar Haji. Sampaikan emak beliau kalau anak-anak selalu merayap atau melepak selalu bandingkan dengan ayahnya di mana emak beliau selalu berkata...."Cubalah korang ni jadi macam ayah kau ni...balik pejabat duduk rumah, pergi surau sembahyang maghrib dan isyak...dengar ceramah agama kat masjid...tak kemana-mana...elok jer duduk rumah"

Nasib baik la si anak pergi mengambil barang-barang ayahnya seorang diri tanpa di temani emaknya. Jadi si anak merasakan biarlah ianya menjadi rahsia dirinya sahaja dan tidak sampai hati untuk memberitahu ibunya.

Kesimpulannya saya nak ingatkan terutama kepada diri saya sendiri :

1. Mati itu bila-bila masa sahaja jadi bersiap sedia la sentiasa.
2. Jangan la simpan perkara yang bukan-bukan dalam handphone ke atau laptop ke. Yang penting jangan buat perkara yang bukan-bukan. Naya beb!
3. Penampilan yang baik belum tentu menjadikan seseorang itu baik. Ini tak kira jantan je sebenarnya, pompuan ada jugak zaman ni. Tambah dengan macam2 friendship site kat internet masa ni. Aktiviti black market yang dia seorang jer tahu banyak terjadi. Tapi bila mati semua tu exposed jugak kat atas dunia ni dan yang sedihnya waris pulak yang dapat tahu. Rupa-rupanya yang disanjung selama ini adalah sebaliknya.... kan naya tu beb.
4. Lain kali beritahu jer bini kita nak pi clubbing ker, nak pergi karaoke ker...kan senang takde rahsia...ingat kita beritahu bukan nak minta kebenaran...just to inform...after all it is our privilage and our prerogative...not theirs'...(haha...selit jugak kes takut bini ni)
5. Yang lain-lain tu korang pikir-pikir la sendiri dan tolong tambah kat komen tu.

Monday, March 22, 2010

nGeteh

Minggu lepas Bilal ada sms kepada beberapa orang kengkawan budiMaN ajak mengeteh pada hari Rabu nanti 24hb Mac pada sebelah malam di area Taman Seri Gombak. Bilal meminta saya memberitahu perkara ini di dalam blog dan jika ada kengkawan yang nak datang nanti boleh la bertanyakan Bilal venue di mana dan jam berapa. Bilal boleh dihubungi melalui 013-3350036. Saya insyaallah kalau tiada halangan akan pergi juga tetapi mungkin lewat sedikit kerana hari tu SK ke Sabah selama 4 hari sampai Sabtu kerana mesyuarat Prudential IT Asia ntah pasal apa, gua pun tak reti sangat bab IT ni... rasa dengar mcm pasal security and IT governance. Jadi nak kena ambik alih tugas-tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan macam biasa seperti jemput budak2, sediakan makanan dan sebagainya. Tapi nak golfing ok lagi sebab petang2 boleh difreekan...hehe. April atau Mei nanti SK mungkin ke China pula untuk mesyuarat dwi tahunan Prudential IT Asia mungkin 4 hari jugak tu.

Thursday, March 18, 2010

coRetaN abG dWaN - kadaNG2 kitA LupA

Mat Dwan ada menghantar sedikit coretan dan minta saya siarkan untuk tatapan rakan budiMaN semua. Terima kasih Mat Dwan dan harap kalau ada rodong lain nak hantar sebarang artikel, sila-silakanlah dan insyaallah akan saya siarkan di sini nanti. Beginilah coretan Abg Dwan ( bila masa plak Mat Dwan ni jadi Abang ni... kalau Pakcik Dwan tu ada la kena jugak...haha..jangan marah MatDwan)
Assalamualaikum Semua

Abg Matdwan terpanggil untuk mencoret disini bukan apa ., cuma sekadar untuk berbuat sesuatu yang jarang-jarang kita buat dan mungkin kita terlupa nak buat., terutama bila usia dah seperti sesetengah kata orang agak terlewat kalau tidak terlampau..,

Isu nya senang aja, iaitu apabila abg matdwan terbaca kata kata Zola dimana dia mengatakan anaknya yang nak belajar, dia cuma support aja.., memang betul lah gitu caranya sebagai org tua, kita kena memberi sokongan yang mantap kepada anak2 yang hendak belajar dan berjaya dalam hidup, malah lebih dari itu kita sebenarnya adalah idola atau peransang (secara sedar dan tidak sedar) kepada anak2 untuk terus belajar, maka kita tidak seharusnya melakukan kesilapan yang sama seperti yang ibubapa kita dahulu lakukan.

Abg matdwan bukan hendak menyalahkan sesiapa malah berterima kasih diatas usaha dan ikhtiar yang kedua orang tua abg matdwan lakukan dahulu hingga kini tidak jemu2 melayani karenah anak2.., cuma abg matdwan agak terasa kesal kerna diwaktu kita menjalani alam persekolahan dahulu kita tidak mendapat tunjuk ajar yang sempurna dari segi aliran dan kerjaya..(Ibubapa mungkin sibuk atau penat mencari rezeki seharian).., Rata-rata bila abg matdwan tanya rakan2 mereka juga menghadapi masalah yang sama, Pn kaunselor wife abg matdwan juga sama .., masing-masing melulu atau wat kata org kampong abg ‘menonong’ tanpa memikirkan apa kesudahannya nanti.., ini kebanyakannya samada satu ikut kengkawan, kawan masuk kelas sains kita masuk kelas sains, kawan ramai kat kelas perdagangan kita daftar kat kelas perdagangan.., atau tiada kauselor yg memberitahu berkenaan betapa pentingnya aliran didalam pembelajaran, antara rakan2 .., berapa ramai yg sempat ambil ‘personaliti test’ masa sekolah..?

Abg masih ingat lagi .., punya la haprak, pi masuk kelas sains, belajar fizik , kimia n bio susah2 .., bukan nak jadi saintis pun., pas tu masuk itm belajar business.., kan dah d kira membazir tu., membazir masa sendiri.., dan juga masa cekgu mengajar..,

Atau mungkin juga permasalahan dari segi mendapatkan imformasi, waktu itu informasi sangat susah tidak seperti sekarang ianya d hujung jari anda. Kaunselor waktu tu kalu ada pun taraf depa ni sikit bawah dari ‘disiplin master’ mereka yang bermasalah sahaja akan dirujuk kepada kaunselor dan yang ada pun main tangkap muat aje.., takde proper training. Inilah masalahnya.,kita pun agak takut nak jumpa kanselor ni, takut tak tahu nak cakap apa dan takut gaks d cap oleh rakan2 sebagai ada masalah disiplin.

Dari sebab-sebab itu, sbg ibubapa moden masakini yang berorientasikan informasi superhighway.,. jangan lupa atau buat-buat lupa untuk memberi tunjukajar dan panduan kepada anak-anak kita, jangan biarkan mereka hanyut bersama kengkawan atau angan2 untuk mejawat jawatan besar tanpa mengkira keupayaan diri dan asimilasi didalam kehidupan, bawa lah mereka untuk ‘personaliti test’ dan ‘iq test’ supaya jalan yang bakal mereka lalui itu bersesuaian dengan ‘what type of person they are’ dan I sure that this will enable them to be more confident and wiser in endeavoring their career life.

Sekian.. Adious

Asta Lavista

Tuesday, March 16, 2010

keteMu budiMaN

Petang semalam saya bersama SK ke Sentul kerana ada sedikit urusan di Perodua. Kami bertemu dengan seorang pegawai jualan di situ dan bersembang sementara menantikan urusan kami selesai. Rupa-rupanya beliau juga seorang rakan budiMaN iaitu bekas pelajar UitM Kuantan. Beliau merupakan pelajar diA batch Jan 87. Nama beliau ialah Kamarudin Ramli atau dikenali sebagai KR. Beliau kini ialah pegawai jualan di Perodua Sentul. Selain dari kereta-kereta Perodua beliau juga mengambil tempahan untuk kereta-kereta jenis yang lain seperti Proton, Honda, Naza dan lain-lain lagi. Beliau juga mempunyai blog jualan kereta iaitu di http://sembangkereta.blogspot.com. Kepada rakan-rakan budiMaN yang ingin menempah kereta, saya boleh syorkan dengan KR kerana perkhidmatannya baik dan boleh runding. Beliau turut bercerita kepada saya tentang Asrama Bahaman, Cikgu Harun, Puan Rozainun dll lagi. Batch beliau katanya ramai juga yang berjaya dan antaranya ada yang menjadi Pengarah di Khazanah Holdings, CEO dan sebagainya. Tapi beliau kata ada juga yang masih tidak bernasib baik.

Saturday, March 13, 2010

spM

Khamis lepas telah diumumkan keputusan SPM 2009. Anak saya Sarah alhamdulillah berjaya mendapat 3A. Begitu juga dengan anak Fadil Sutok juga mendapat 3A. Anak Kudin Mekanik yang bersekolah di MRSM Kuantan pula berjaya mendapat 7A. Sekarang nak kena fikir pulak kemana budak-budak ni nak melanjutkan pelajaran seterusnya. Mungkin langkah terbaik di UitM la nampaknya.

Wednesday, March 10, 2010

ceNgei

Baru-baru ni saya ada tengok cerita DoReMi pasal si Re dengan ahli mesyuarat tingkapnya. Cengei sungguh bini Re dengan bini ahli mesyuarat tingkap. Tapi sebenarnya bukan bini Re dan ahli mesyuarat tingkap jer yang cengei, ramai saya tengok bini kengkawan pun banyak yang cengei-cengei. Heran jugak kekadang memikirkan sebab pompuan ni masa kita nak kahwin dia dulu punyalah lemah lembut tapi rupa-rupanya cengei sungguh. Ada je benda yang tak kena di mata dia orang tu. Nak pegi ngeteh pun cengei, lupa beli barang dapur pun cengei, nak balik lewat malam lagi la cengei. Kalau nak tengok bini jegil biji mata sampai nak terkeluar, cuba-cubalah try 2-3 malam balik pukol 3 pagi.

Nak kata salah lelaki pun memang ada yang buat salah tapi janganlah sampai semua nak control. Ini nak pegi mana-mana pun ada yang nak kena minta kebenaran bini...apahal! Bini ni sebenarnya kalau kita nak kemana-mana tak perlu minta kebenaran. Kita cuma perlu beritahu dia saja kita nak keluar...orang putih kata inform bukan minta permission. Dia nak kata apa dia punya pasal...she have no right to stop us! Tapi kalau bini nak keluar rumah....ha yang tu kena minta kebenaran dan restu...permission and blessing...dari sapa...dari kita ni chek oiii...orang jantan.

Ni sebenarnya bukan apa..kekadang tu meluat pun ada, menyampah pun ada, kesian pun ada. Susah benor nak ajak kengkawan ngeteh ke, main golf ke, lepak2 ker...sebab ada yang nak kena minta kebenaran bini....kekadang tengah lepak...bini call boleh terkeluar taik telinga dengar bini jerit tak payah pakai loud speaker phone...sekeliling boleh dengar. Tu nasib jugak la bini bagi keluar...ada yang tak bagi langsung! Apa punya bini la chek oii!

P/S : Sembang ni sembang jugak la...saya ni pun nasib baik la dapat bini macam SK tu...unlimited time approval...hehe. Tq SK yer.

Monday, March 08, 2010

seMbaNG

Macam Sarif Zafar
Sebenarnya takde cerita sangat nak share pun. Minggu lepas saya cuma sempat bertemu dengan beberapa rakan budiMaN yang memang biasa saya ketemu seperti Walid, Raman Kerbau, Fadil Sutok dan Kudin Mekanik. Walid katanya dah lama bercuti dari WW kerana rakankongsi beliau mempunyai hal yang perlu di selesaikan di kampung. Walid banyak menumpukan kepada kerja-kerja audit/akaun syarikat saja sekarang. Katanya beliau ada bertemu dengan Zambran dbS dan Suhaimi diA di Temerloh pada minggu lepas.

Raman Kerbau ada datang ke KL minggu lepas dan katanya beliau ada membuat kerja bersama Fadil Sutok dbS. Kudin Mekanik pula nampak macam sibuk dengan banyak kereta yang perlu di baiki di Wokshop beliau di Selayang. Sempat jugaklah saya bersama Walid, Raman dan Sutok jamming 2-3 lagu minggu lepas di ofis Sutok di Batu Caves.

Pihak AJK ReuNioN pula ada mengedarkan borang penyertaan ReuNioN kepada wakil-wakil kelas untuk di edarkan kepada rakan budiMaN yang ingin hadir nanti. Borang tersebut untuk di isi bagi mengesahkan penyertaan beserta dengan bayaran yang telah ditetapkan sebanyak RM80 seorang. Selain itu peserta juga di minta menyatakan samada membawa keluarga dan memerlukan penginapan. Kepada rakan budiMaN yang ingin hadir ke ReuNion bolehlah mendapatkan borang penyertaan tersebut dengan menghubungi wakil kelas masing-masing seperti yang saya nyatakan didalam artikel ReuNioN di bawah (Artikel ReuNioN siri 5).

Thursday, March 04, 2010

meNiNGkat uSiA

Semalam Raman Kerbau ada sms bahawa beliau nak datang KL pagi ni untuk bekerja part time dengan Sutok selama 2-3 hari. Saya beritahu beliau insyaallah bolehlah kot kalau free saya akan datang ofis Sutok untuk jiB nanti. Mungkin boleh ajak Walid dengan Apek sekali kalau dia orang pun free.

Lama rasanya saya tak menulis artikel berbentuk rencana dalam blog. Bukan tiada idea tetapi kekadang tu idea ada tapi tak berkesempatan untuk saya catatkan di mana-mana. Akhirnya terlupa begitu sahaja dan kalau recall balik macam idea tu tak berapa nak cukup jer.

Ahad lepas saya menziarah kawan saya Mejar (B) Yahya di Wad Dermatology HKL. Beliau yang berusia 62 tahun mendapat alahan kulit yang dikatakan berpunca dari wrong medication. Teruk juga saya lihat dengan hampir seluruh badan keluar bintik merah dan di bahagian muka pecah-pecah terutama di bibir dan mulut. Mungkin lama beliau akan terus berada di wad kerana saya dapati pesakit di sebelah katil beliau sudah hampir sebulan di rawat kerana penyakit yang sama. Mejar (B) Yahya dan beberapa rakan golf saya sebenarnya ada yang sudah berumur 60 tahun ke atas. Sebelum mereka ini berumur 60 tahun saya lihat kebanyakan fizikal mereka begitu kuat dan boleh saya katakan sekuat fizikal macam kita yang berusia awal 40an.

Tetapi apabila sahaja mereka mencecah umur 60 tahun, terdapat perubahan fizikal yang ketara dan boleh lihat keadaan mereka semakin kurang keupayaan fizikalnya. Sedangkan kita yang telah mencecah usia 40an ini mengalami bermacam-macam perubahan fizikal, rupa-rupanya kalau dipanjangkan umur kita mencecah 60an, akan berlaku sekali lagi perubahan fizikal terhadap diri kita. Itupun tak tahulah tentang seksual lagi macam mana perubahannya terutama bagi lelaki. Kalau perempuan tu kita dah tahu, dah confirm punya monopause. Tapi kalau jantan ni mungkin ada yang makin bagus sebab itulah ada yang tambah collection lagi bila cecah umur macam tu agaknya....