Thursday, February 25, 2010

saLaM maULiduR raSuL

Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bererti Kelahiran Rasul) iaitu Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw. Di harap saya sendiri dan rakan budiMaN semua akan lebih menginsafi diri dan memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Kalau masa budak2 dulu rajin kita mengikut berarak Maulidur Rasul, kini mungkin kita hanya menonton sambutan Maulidur Rasul di kaca TV sahaja, itupun kalau bangun awal...kalau terlajak sampai pukol 11 pagi...Maulidur Rasul kita masa sembahyang Jumaat mendengar kutbah saja la nampaknya.

Wednesday, February 24, 2010

LaWaN teTap LaWaN

Insyaallah jika jadi ReuNioN UitM PahanG - Retro Nite pada bulan Mei nanti, saya bersama anggota jiB akan cuba membawa Bruce Dickinson, Steve Harris dan Dave Murray ke pentas reunion nanti. Kita bikin konsert metal beb. Paling kurang 2 lagu metal giler. Kita lawan geng Jan 85 yang kebanyakannya geng jiwang dengan Panah Beracunnya. Apa ada hal. Apa kata kengkawan semua? Dan saya akan cuba usahakan satu Ryder Cup untuk kita rentap sama geng Jan 85. Apa ada hal..kita ada Mat Taib Wood handicap 8, Amy Jarr handicap 10...ada berani ke dia org tu agaknya. Jadi sesape yang nak datang nanti tolong konpem cepat2 sebab kalau tanpa sokongan anda semua batch Julai 85...semangat yang membara hanya tinggal semangat sahaja...

Saturday, February 20, 2010

reUniOn UitM pahaNG - siRi 6

Cuti-cuti sempena Raya Cina dah sampai ke penghujung. Tapi kedai Cina masih lagi banyak yang tak buka-buka. Kereta saya pulak dua-dua buah buat hal dengan aircondnya lah dan bearing tayar. Nak baiki pun Kudin Mekanik kata Cina tak buka kedai lagi. Banyak betul duit dia org ni raya lama-lama plak tahun ni. Kalau 2-3 tahun lepas rasanya masuk raya ke3 jer...hampir semua kedai dah buka.

Saya pula sempat balik juga ke kampung di Temerloh pada Ahad lepas sehingga hari Selasa. Malangnya kenduri AR tak sempat saya pergi kerana saya juga mempunyai kenduri di Sg Buloh di rumah Mak Sedara saya pada tengahari itu juga. Minta maaf banyak2 AR kerana tak dapat nak hadir. Mungkin Kitang dgn Lily pergi kot... okaylah kurang2 ada jugak wakil budiMaN.

Semalam juga saya email kepada wakil2 kelas Reunion dan bertanyakan sambutan setakat ini dari rakan budiMaN. Masih lagi dingin dan beku. Takat ini ada la 4-5 orang jer budiMaN yang sahkan nak pergi. Nak buat camne...takat 4-5 org kita pergi ngeteh jer la sambil pakai baju batik UitM kat mamak tepi longkang Masjid India pekena roti canai banjir nampak gayanya.

Thursday, February 11, 2010

reUniOn UitM pahaNG - siRi 5

2 hari lepas Shake dan Norm dsS ada meminta saya memberikan nama Wakil Kelas bagi batch Julai 1985. Wakil Kelas ini di lantik bertujuan untuk koordinasi penyertaan bekas2 pelajar kursus dalam ReuNion ini nanti. Saya sebenarnya ingin meminta maaf kepada rakan budiMaN yang mana saya tanpa berhubung atau bertanya dahulu kepada beberapa rakan budiMaN telah mencadangkan beberapa nama kepada AJK ReuNion sebagai Wakil Kelas/Kursus bagi batch Julai 1985. Antara nama yang saya cadangkan ialah :

1. DBS - saya sendiri
2. DPA - Azmi (Bilal)
3. DIA - Zainordin (Kitang)
4. DSS - Ummi
5. DIB - Zul Sani
6. DCS - Wani

Bila di tanya bagaimana agaknya sambutan ReuNion ini dari batch Julai 1985, saya sendiri sebenarnya tidak dapat memberikan kepastian. Dari pengalaman saya kebanyakan batch Julai 1985 hanya memberikan pengesahan biasanya di saat-saat akhir dateline. Pandangan saya kalau geng perempuan memang susah la nak attend ReuNion ni di KL kerana kebanyakannya bekeluarga. Sebab itu 2 kali REunion batch Julai 1985 saya buat di Pahang(Kuantan 2006 dan Maran 2007) dan itupun hanya sebilangan geng perempuan yang hadir.

Satu lagi saya ada suarakan concern saya pasal bayaran RM100 tu yang saya rasa tinggi bagi sesetengah orang. Tapi alhamdulillah pihak AJK sedang berusaha keras sebenarnya untuk mengurangkan lagi kadar bayaran tersebut, insyaallah.

Selain itu usaha mengumpulkan data untuk dimuatkan di dalam majalah Bekas Pelajar UitM Pahang yang di lakukan oleh Shake juga mungkin mengalami kesukaran dari segi format gambar baru dan lama. Kalau perempuan biasanya susah sedikit terutama yang dulu tak bertudung dan sekarang bertudung. Satu lagi nak cari gambar lama dan scan hantar kat Wakil Kelas untuk di berikan kepada Shake pun satu hal jugak tu. Kalau nak cilok gambar dalam photopages Dona yang ada gambar lama...tu pun kena minta kebenaran dari tuanpunya badan dulu tu.

Apa-apa pun kita doakan semoga usaha murni AJK untuk menghimpunkan batch Jan dan Julai 1985 ini sempena Jubli Perak UitM Pahang akan berjaya hendaknya. Memang banyak kesukaran yang di tempuh terutama bagi mendapatkan confirmation awal penyertaan beserta dengan bayaran sedangkan venue mesti di tempah dengan jumlah peserta dan deposit mesti di dahulukan. Kerjasama semua pihak sebenarnya amatlah diperlukan di antara kita dengan cara kita semua di sini menyebarkan kepada rakan budiMaN yang mungkin tidak tahu dan dapatkan pengesahan awal mereka untuk di sampaikan kepada Wakil Kelas masing-masing. Even jika tidak dapat menyertai pun minta tolong supaya dapat memberitahu seawal yang boleh supaya senang AJK membuat tempahan.

Monday, February 08, 2010

waLiMatuL UrUs




Rakan budiMaN semua yang tertunggu siapakah yang akan melangsungkan perkahwinan pada 14hb Februari 2010 ini, maka inilah jawapannya. Beliau ialah Tengku Arbaiyah bt Tengku Abd Rahman atau lebih di kenali sebagai AR di kalangan rakan budiMaN. AR ialah adik kepada Noranita dsS batch Jan 86. Beliau juga sebenarnya seorang lulusan UitM.

AR selalu mengikuti program budiMaN dan antaranya ialah semasa eM2bJ iaitu Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Johor pada awal 2007 di mana AR banyak membantu dan menceriakan konvoi budiMaN terutama semasa budiMaN beramah mesra dan menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Parit Yanni. AR yang memang mesra dengan kanak-kanak turut menyertai konvoi budiMaN lagi semasa eMay iaitu Ekspedisi Membantu Anak Yatim di Rumah Anak Yatim Darul Izzah Temerloh dengan turut terlibat dalam program. AR memang antara tulang belakang dalam menjayakan kerja-kerja amal budiMaN bersama rakan budiMaN yang lain. Banyak jasa AR pada kerja amal budiMaN walaupun beliau bukan dari UitM Pahang tetapi sanggup bersama sedangkan ada antara kita dari UitM Pahang sendiri mendiamkan diri sahaja bila di ajak beramal.

Kesibukan tugas AR sebagai Interior Designer kemudiannya banyak membataskan penglibatan beliau dalam budiMaN namun keakraban AR bersama budiMaN tetap diteruskan. Kini AR bertugas dengan KFC Holdings di Studio Technical Dept.

Sebagai mewakili AR yang meminta menjemput semua rakan budiMaN ke Majlis Perkahwinan beliau seperti berikut :

Tarikh : 14hb Februari 2010 (Ahad)
Tempat : Dewan Serbaguna, Taman Seri Semantan, Temerloh, Pahang.
Acara : 12-30 hingga 5-00 petang - Jamuan Makan. 1-30 petang - Bersanding

Kepada rakan budiMaN mana-mana yang kelapangan di harap akan dapat menyerikan majlis perkahwinan AR nanti dan saya bersama SK insyaallah akan turut pergi nanti. Mungkin kita boleh konvoi dari KL dan ramai-ramai berjumpa di Temerloh nanti. Geng Lelaki kalau ada yang nak anjur Golf ReuNion hari itu pun cantik jugak lepas kenduri AR tu kat Bera atau Maran.

Friday, February 05, 2010

reUniOn UitM pahaNG - siRi 4

Petang semalam kira-kira jam 6-00, saya bersama Bilal dpA menghadiri mesyuarat ReuNion Jubli Perak UitM Pahang yang telah di adakan di pejabat Halim dpA di Plaza Pantai. Hadir dalam mesyuarat tersebut AJK utama ReuNion iaitu Halim dpA, Shake dsS, Norm dsS, Sit dsS, Khatilah dsS, Razlan diA serta saya dan Bilal. Beberapa perkara telah dibincangkan berkaitan ReuNion antara yang telah diputuskan ialah :

1. Tarikh ReuNion adalah 29hb Mei 2010.

2. Venue ReuNion telah ditukar dengan first choice tempahan di IntekMa Resort di Shah Alam dan ke dua di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

3. ReuNion hanya untuk ex-UitM Pahang batch Jan dan Julai 1985 sahaja tanpa keluarga atau spouse. Namun begitu jika ada keluarga yang mengikuti peserta ReuNion, mereka bolehlah mendapatkan penginapan dengan sedikit bayaran kecil di Asrama UitM Shah Alam.

4. Bayaran penyertaan setakat anggaran semalam adalah RM100 seorang meliputi Jamuan Makan Malam ReuNion dan Majalah biodata Ex-UitM Pahang batch Jan dan Julai 1985.

5. Shake dsS meminta kerjasama kepada semua batch Jan dan Julai 1985 untuk menghantar biodata diri serta gambar lama dan baru untuk di muatkan di dalam majalah biodata itu nanti. (Contoh biodata yang akan dimuatkan seperti gambar di atas)

6. Tema ReuNion dan dress code adalah Retro 85 Nite dan ReuNion akan di adakan secara free n easy di mana hanya Dato Nasuddin bekas Pengetua UitM Pahang beserta dengan beberapa bekas kakitangan dan pensyarah akan di jemput ke ReuNion itu nanti. Mesyuarat memutuskan tidak menjemput VVIP ke Jamuan ReuNion. Peserta akan digalakkan memakai pakaian seperti masa di UitM Pahang dolu-dolu dan kemungkinan akan diadakan best dress Retro.

AJK ReuNion sudahpun mendapatkan pengesahan dari beberapa ex-UitM Pahang(kebanyakannya batch Jan 1985) yang akan memberikan sumbangan bagi meringankan beban kos ReuNion ini. Namun begitu jika ada sumbangan dari dermawan batch Julai 1985 amatlah di alu-alukan supaya kos akan lebih berkurangan dan mungkin boleh mengurangkan participation fee RM100 seorang yang dikenakan.

Pandangan rakan budiMaN semua terutama untuk perkara 2, 4, 5 dan 6 seperti di atas amatlah di harapkan agar menjadi panduan kepada AJK ReuNion. Pihak AJK juga mengharapkan jika ada rakan budiMaN yang ada connection dengan printing company dan mungkin boleh mendapatkan harga yang berpatutan untuk mencetak majalah Ex-UitM Pahang nanti. Satu lagi nak dapat respond dari kengkawan budiMaN semua, sape yang nak pegi ReuNion ni...takat ni yang tengok bersemangat hanyalah geng dsS sahaja...bagaimana yang lain?

Wednesday, February 03, 2010

beRitA

1. Malam semalam saya mengeteh dengan Raman Kerbau di Pandan Perdana. Beliau datang ke KL petang semalam. Mulanya cadang nak mengeteh di ofis Sutok tetapi beliau pula ada hal bersama isterinya. Kemudiannya kami cadang nak ngeteh di WW tapi setelah telefon Walid beliau beritahu Warung Walid di tutup pula hari ini.

2. Tengahari semalam juga saya dapat sms dari Norm dsS memberitahu bahawa Jawatankuasa Reunion akan mengadakan satu mesyuarat pada hari Khamis ini jam 6-00 petang di pejabat Halim dpA di Bangsar. Kak Shake juga ada sms saya memberitahu bahawa Facebook Itm Pahang (berkaitan Reunion) sudah pun ada dan minta saya add ke FB saya nanti.