Ini gambar rumah Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008 yang berjaya memperolehi 19 A1 dan 1 A2 (20A kesemuanya) menjadikan beliau pelajar paling berjaya dalam sejarah peperiksaan SPM. Bukti kekuasaan Allah swt menunjukkan bahawa kekurangan, kesengsaraan dan penderitaan tidak menghalang seorang insan dari mencapai kejayaan berkat ketabahan, kesabaran dan keimanan yang teguh. Nur Madihah banyak mempraktikkan sembahyang tengah malam, membaca Al-Quran, berpuasa dan sebagainya bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt di samping usaha yang kuat mengulangkaji pelajaran walaupun dalam keadaan amat-amat kekurangan. Rumah yang didudukinya di sewa oleh ayahnya dengan sewa RM90 sebulan dan itupun sudah hampir setahun ayah beliau tidak dapat menjelaskan sewaannya. Semoga Nur Madihah akan terus memperolehi kejayaan dan mengekalkan ketaqwaan beliau dan semoga beliau akan menjadi pendorong kepada anak-anak kita semua untuk mencapai kejayaan dan meningkatkan ketaqwaan.Amin
Tuesday, March 24, 2009
Sunday, March 22, 2009
ceRitA keNGkaWaN
1. Minggu lepas cuti sekolah seminggu dan tentunya ramai rakan-rakan budiMaN sibuk melayani karenah anak-anak yang bercuti sekolah. Kenduri kahwin pun tak kurang juga samada di KL dan di kampung halaman pada musim cuti sekolah. Saya dan SK pula tidak kemana-mana dalam cuti sekolah lepas cuma kami meluangkan masa bersama dan pergi makan malam dengan Sarah dan Aimin di sekitar KL. Semasa kami pergi makan di Uptown Damansara hari Rabu lepas terjumpa dengan Walid dan isteri beliau, Raja juga sedang makan di situ. SK pula yang baru pulang dari Filipina tak lepas peluang untuk makan makanan Malaysia sebab asyik makan sayur dan buah sahaja masa di Cebu seminggu dahulu.
2. Saya juga terima sms dari Raman Kerbau memberitahu beliau ada berjumpa dengan Hamdan Boly diB. Dahulunya Hamdan bertugas sebagai ADO di Pejabat Daerah Bera tetapi kini beliau telah bertukar sebagai Akauntan di JPJ Temerloh pula. Kata Raman lagi, Hamdan sekarang bergiat cergas dalam golf dan mencadangkan agar di adakan reunion golf dengan rakan-rakan budiMaN. Nampaknya bertambah seorang lagi budak diB yang kaki golf. Memang geng sukan betul budak-budak diB ni.
3. Saya masih lagi menimbang untuk mengadakan projek "Car Wash Amal budiMaN" bagi mengisi tabung amal budiMaN. Walaupun feedback dari rakan-rakan nampak sepi sedikit tetapi saya masih mencari tarikh dan tempat yang sesuai untuk di laksanakan kerana saya rasa ianya suatu program bermanfaat untuk berkumpul rakan-rakan budiMaN sekeluarga sambil membuat kerja amal. Insyaallah ianya akan di laksanakan nanti.
Friday, March 13, 2009
beRitA keNGkaWaN
1. Rabu malam yang lalu saya terima sms dari Kitang memberitahu bahawa Lan Kentei diA di masukkan ke hospital di Selangor Specialist Centre, Seksyen 20, Shah Alam dan akan menjalani pembedahan hernia pada keesokannya (Khamis). Kudeng dsS juga ada menghantar sms kepada beberapa kengkawan memberitahu hal ini. Kentei kini ditempatkan di Wad 347 dan telah selamat menjalani pembedahan tersebut. Saya telah menelefon beliau sebentar tadi dan beliau beritahu saya keadaan beliau baik dan pembedahan tersebut berjalan dengan selamatnya. Semoga Kentei akan segera sembuh dan kepada kengkawan yang nak menziarah Kentei eloklah telefon beliau dulu di 019-3852022.
2. SK pula telah selamat sampai di Manila dan terus ke Cebu dalam penerbangan yang memakan masa hampir 6 jam. SK menginap di Hotel Shangrila Mactan Cebu dan telah mula bermesyuarat dari semalam (Khamis). SK kata pantai di Cebu cantik dan air lautnya jernih. Waktu solat Subuh pula jam 4-45 pagi dan waktu Isyak pula masuk pada pukol 7-02 malam jadi aktiviti di Cebu tutup seawal jam 8-30 malam. Mencari makanan halal adalah paling sukar kerana kebanyakan makanan adalah tidak halal. Jadi SK beritahu beliau cuma makan buah dan biskut yang dibawa dari Malaysia saja. Cuma semalam SK jumpa suatu restoran yang ada nasi dengan ikan yang di masak dengan di beritahu tanpa penggunaan benda yang tak halal jadi jumpalah dengan nasi. Yang tak bestnya SK kata semua wakil IT Head/ CEO/ COO IT Prudential Insurance Asia Region yang datang semuanya lelaki baik dari Japan, Korea, China, India, Thailand, Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Singapore dan lain-lain negara Asia, jadi SK seorang jer pompuan. SK In A Man'S World! Insyaallah SK akan sampai pulang pada Sabtu malam nanti dan SK ada ambil banyak gambar, jadi lepas ni boleh siar kat blog.
Tuesday, March 10, 2009
baLik teMerLoh 2
Petang Sabtu lalu saya sampai di Temerloh bersama keluarga. Pelbagai rancangan yang saya fikirkan sebelum ini untuk di lakukan di Temerloh bersama rakan-rakan budiMaN nampaknya tidak menjadi kenyataan. Mungkin ramai rakan budiMaN yang sibuk dan peluang untuk bertemu mereka agak sukar. Namun begitu saya juga mengambil kesempatan berada di Temerloh untuk bersama keluarga saya menikmati suasana kampung dan masakan Temerloh yang sememangnya tak boleh dilupakan.
Saya juga masih menantikan respon rakan-rakan budiMaN berkaitan cadangan untuk mengadakan kegiatan amal kita seperti di artikel sebelum ini. Nampaknya respon rakan budiMaN masih tiada setakat ini tetapi saya percaya dengan semangat keikhlasan yang tinggi di kalangan rakan-rakan budiMaN untuk beramal, bersedekah dan berbakti kepada masyarakat seperti yang pernah dilakukan suatu waktu dahulu, insyaallah niat ikhlas kita semua itu akan beroleh kejayaan.
Saya juga mungkin agak sibuk dalam minggu ini tambahan pula SK pada pagi ini akan ke Manila sorang2 dan dari sana akan ke Cebu pula sehingga hari Sabtu malam kerana menghadiri Prudential Insurance Asia Region IT Meeting di Hotel Shangrila Mactan Cebu. Risau jugak sebab SK travel sorang2 dari Malaysia tapi apa nak buat, den tak boleh nak poie. Moga SK selamat pergi dan kembali, insyaallah. Nampaknya makan meggi lagi la minggu ni dengan Aimin.
Wednesday, March 04, 2009
baLik teMeRLoh
Insyaallah cuti weekend ni, saya sekeluarga akan balik ke Temerloh. Isnin minggu depan pula cuti Maulud Nabi, jadi weekend ni panjang sikit untuk berada lama di Temerloh. Saya rasa mungkin ramai di kalangan budiMaN yang berada di KL dan Kuantan juga akan pulang ke kampung masing-masing nanti. Dengan cuti yang panjang tu, saya terfikir juga untuk bertemu kawan-kawan budiMaN yang berada di sana.
Mungkin pada hari Ahad, saya rasa boleh dikumpulkan sebilangan budiMaN untuk bergolfing di Kelab Golf Maran pada sebelah petang. Mungkin juga kita boleh adakan suatu acara PotLuck di Temerloh samada di rumah ayah saya atau rumah rakan budiMaN yang lain bagi kita sekeluarga berkumpul. Buat barbeque bakar ayam, satay dan sebagainya, cantik jugak tu.
Sebenarnya untuk kegiatan amal pula, saya ada terfikir untuk mengadakan suatu acara "Car Wash Amal budiMaN" dengan cara kita semua beramai-ramai bersama keluarga mencuci kereta dan hasilnya kita sedekahkan di dalam taB 2009. Di samping itu kita juga boleh mengadakan PotLuck atau menyediakan sedikit makanan dan minuman semasa acara tersebut. Mungkin ianya boleh di lakukan untuk one day event. budiMaN semua sekeluarga boleh berkumpul sambil melakukan kerja amal. Masalahnya tempat untuk mengadakan acara seperti ini. Adakah ianya sesuai di lakukan di KL, Kuantan atau Temerloh atau di tempat2 lain. Tempat tersebut pula mestilah ada kemudahan untuk "Car Wash Amal" tersebut dengan suatu kawasan yang luas parking kereta, tempat untuk keluarga budiMaN duduk dan menunggu serta pelanggan yang ingin membasuh kereta. Mungkin rakan-rakan budiMaN ada cadangan?
Apa-apa pun semuanya bergantung kepada semangat rakan budiMaN semua dan pandangan untuk menjayakan sesuatu acara begini mestilah datang dari rakan-rakan semua.
Tuesday, March 03, 2009
jaLaN-jaLaN juMpa kaWaN
Hari Ahad lepas saya ke Temerloh berseorangan dari Kuala Lumpur dan terus menuju ke Kg Awah untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Ummi. SK pula tak dapat pergi sekali kerana nak hantar barang-barang kepada anak saya Sarah di Gombak pada sebelah petangnya. Saya sampai di rumah Ummi lebihkurang pukol 1-00 tengahari dan bertemu dengan Ummi dan Abg Nu. Sedang saya menikmati nasi kenduri, Kudeng dsS bersama keluarga pula sampai dari KL dan kami makan sekali sambil bersembang. Sebelum itu Ummi beritahu, Kitang sekeluarga juga ada datang tetapi tidak sempat menunggu kami kerana ada urusan. Lebih kurang pukol 2-15 petang, saya bersama Kudeng sekeluarga beredar dari rumah Ummi. Kudeng terus balik semula ke KL untuk menghantar anak sulongnya ke asrama di Subang manakala saya pula beredar ke Kelab Golf Maran.
Saya sampai di Maran lebihkurang pukol 3-00 petang dan terus ke Driving Range Maran yang di usahakan oleh sahabat budiMaN kita Raman Kerbau. Sampai di Driving Range, saya lihat Hafash Charlie Koy diB sudah berada di situ sambil mengeteh dengan Raman. Saya pun join sekali. Antu dari Kuantan pula ada menelefon saya memberitahu bahawa beliau dalam perjalanan dari Kuantan ke KL dan saya ajak beliau singgah di Maran sekali untuk join kami mengeteh. Selesai mengeteh kami sempat juga pukol satu round golf di Kelab Golf Maran sebelum kami semua mandi di Club House dan sama-sama beredar ke Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, sempat saya menelefon Apamz dan beliau beritahu saya bahawa beliau ada bermalam di Temerloh di rumah emak beliau kerana keesokannya pada Isnin 2hb Mac, beliau akan menghantar anak sulongnya Shafik mendaftar di MRSM Bentong. Alhamdulillah, sumbangan budiMaN berjumlah RM1,200 berjaya di perolehi hasil sedekah beberapa rakan budiMaN dan juga seorang novelis terkenal (saya rasa beliau buat sumbangan kat airport sebelum menaiki penerbangan ke Brunei untuk menghadiri jemputan khas di Pesta Buku Brunei). taB 2009 yang dikutip melalui akaun Maybank Bendahari budiMaN, saudara Kitang telah di sampaikan kepada Apamz melalui Bob MG di Kuantan pada hari Sabtu 28hb Feb. Apamz meminta saya menyampaikan berbanyak-banyak terima kasih dan beliau sekeluarga melahirkan rasa terhutang budi kepada semua yang menyumbang. Sumbangan budiMaN amat besar maknanya kepada Apamz sekeluarga. Semalam, Isnin 2hb Mac, saya call Apamz dan beliau beritahu Shafik telah selamat mendaftar di MRSM Bentong. Terimakasih kepada semua yang menyumbang dan terima kasih kepada Kitang yang berusaha mengumpulkan sumbangan dan menguruskan pemberian sumbangan kepada Apamz menerusi Bob MG.
Sumbangan budiMaN (taB 2009) akan tetap diteruskan dan kepada sesiapa yang ingin terus menyumbang amatlah di alu-alukan kerana ada beberapa kerja amal dan bantuan yang boleh dilakukan oleh budiMaN bagi membantu rakan-rakan budiMaN yang kurang bernasib baik serta masyarakat yang memerlukan bantuan. Insyaallah saya akan terus menyiarkan berita berkaitan taB 2009 dari masa ke semasa dan insyaallah saya juga akan mencadangkan beberapa cara untuk kita beramal sambil berkumpul budiMaN sekeluarga.
Subscribe to:
Posts (Atom)