Tuesday, December 23, 2008

beRita sMs

Pagi semalam saya dapat 3 sms dari 3 orang sahabat budiMaN. Ianya adalah :-

1. Sms dari Kudeng dsS menyampaikan kepada saya berita gembira bahawa pada pertengahan tahun hadapan insyaallah beliau akan menjadi bapa untuk kali ke 7. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada Kudeng yang akan menimang cahayamata ke 7. Bertambah-tambah nampaknya rezeki Kudeng sekeluarga.

2. Sms dari Bilal pula memberitahu bahawa pertukaran isteri beliau ke Nilai telah diluluskan. Beliau sekeluarga di jangka berpindah dari Kuantan ke Nilai pada 27hb Disember ini. Bilal mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kengkawan yang turut membantu memudahkan rayuan pertukaran isteri beliau tempohari. Nampaknya bertambah lagi seorang rakan budiMaN yang berhijrah ke Lembah Kelang dan semoga aktiviti budiMaN untuk tahun 2009 akan bertambah rancak dengan kehadiran Bilal yang semakin hampir dengan kengkawan di KL.

3. Raman Kerbau dbS pula sms kepada saya memberitahu bahawa beliau akan ke Besut, Terengganu bersama anaknya menaiki bas ekspress dari Temerloh untuk menghadiri temuduga Sek Agama MRSM pada hari ini. Mudah-mudahan anak beliau akan beroleh kejayaan dalam temuduga tersebut dan dapat memasuki Sek Agama MRSM dan secara tidak langsung dapat meringankan beban kewangan beliau bagi membolehkan anaknya mendapat bantuan elaun dari MARA.

Oleh kerana tiada gambar nak letak kerana semua gambar-gambar lama dah saya save dalam CD, maka saya letak gambar SK dengan kawan baik beliau, penulis novel terkenal, Norhayati Brahim sewaktu mereka bertemu sembang-sembang baru-baru ini.

Sunday, December 21, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Sebenarnya takde berita berkaitan budiMaN yang dapat saya sampaikan di sini. Ini kerana 2-3 minggu ni, saya jarang bertemu dengan kengkawan budiMaN, bukan juga kerana saya sibuk sangat tetapi banyak kengkawan budiMaN yang biasanya saya jumpa masing-masing sibuk dalam cuti sekolah ni. Sibuk dengan kenduri, sibuk melancong dan macam-macam lagi. Jadi peluang untuk teh tarik dengan geng budiMaN nampaknya sepi sikit.

Saya ada sms kepada Bilal bertanyakan perpindahan beliau ke Nilai lebih kurang 2 minggu lepas. Pada masa itu beliau beritahu masih tiada jawapan lagi berkenaan pertukaran isteri beliau. Katanya Hafaz Charlie Koy ada membantu beliau untuk mendapatkan pertukaran tersebut di Kementerian Pendidikan.

Semalam pula sewaktu hendak pulang ke rumah selepas bawa family round-round KL, saya dapat sms dari Baha@ Atuk dbS Jan 85 memberitahu bahawa beliau ternampak saya sekeluarga kat Plaza Low Yat. Beliau cuba menegur saya tetapi malangnya saya tak perasan. Saya terus call Atuk dan minta berbanyak-banyak maaf kerana tak perasan beliau ada memanggil saya semasa di Low Yat.

Saya pun tak banyak aktiviti dalam cuti sekolah ni kecuali aktiviti dengan family dan kengkawan golf saja. Awal cuti sekolah dulu kami sekeluarga sempat ke Pengkalan Balak di Melaka selama 2 malam. Boleh la untuk lepak-lepak tepi pantai. Tapi yang best makanan kat sana murah. Selain dari tu kami satu family biasanya weekend pun lepak jer sekitar KL ni sebab nak bercuti jauh pun, SKtak boleh cuti sebab nak tukar kerja pada 5hb Januari 2009 nanti. Antara tempat favourite lepak kami sekeluarga ialah di Carlos Canteena kat Pavilion. Dah 2 weekend dah kami lepak situ 4-5 jam sambil makan dan surf internet. Minggu depan pula ada gathering sebelah keluarga saya di PD selama 3 malam. Tu pun maybe budak-budak je la yang pergi sebab SK tak boleh cuti lagi.

Beberapa hari lagi kita semua juga akan melangkah ke tahun 2009 pula. Insyaallah nanti saya buat artikel lain pulak untuk menyorot aktiviti budiMaN sepanjang 2008. Sementara tu, teruskan enjoy for the balance of 2008.

Saturday, December 13, 2008

CeRitA aPaMZ

Sebentar tadi kira-kira jam 1-00 pagi baru saya berpeluang membuka laptop dan membaca e-mail antaranya saya terima dari Apamz. Beliau juga ada mengirimkan gambar di atas dan saya siarkan di sini untuk tatapan kengkawan budiMaN sekelian. Semoga Apamz sekeluarga akan sentiasa tabah dan di permudahkan dalam menjalani kehidupan. E-Mail Apamz seperti di bawah :

Kida,
Bersama ini di attached gambar kwn satu family dan gambar latest baby Aqeela pada raya haji yang lepas.

Cuma nak cerita skit... pada raya haji yang ke3 biras kwn telah meninggal dunia secara mengejut akibat komplikasi buah pinggang pada umur awal 50an, biras kwn ni adalah suami kepada kakak Miza yang menderita sakit yang sama dgn miza. kesian aku tengok kakak ipar aku, tapi nasib baiklah anak2nya dah besar2, yang bongsu pun dah 17 tahun. Terfikir jugak kwn, kalaulah perkara yang sama terjadi kat kwn, mcmmanalah agaknya anak isteri kwn... kwn ni pun bukannya sihat sangat. Miza & kakaknya walaupun sakit begitu, tapi bebas dari penyakit 5 bintang, darah ok, jantung ok, tiada kencing manis.... semua ok. Tapi kwn ni rasanya dah lekat 2 bintang dah, cuma kwn ni takut nak buat check up, takut tahu ada banyak penyakit... tapi makan minum memang control sikit skg.

Lepas raya haji ingat nak start niaga hari rabu, tapi terpaksa ditangguh ke hari khamis sebab kematian biras kwn tu, Khamis kwn gi niaga macam biasa, tanpa pembantu sebab pembantu tu adalah anak bongsu arwah... jadi terpaksalah kwn angkut satu family bawak gi niaga terbasuklah baby aqeela... mulanya semuanya jalan lancar, tapi menjelang maghrib Aqeela meragam... mulanya menangis biasa, ingatkan lapar, bagi susu taknak, kemudian makin menjadi2 sehinggalah sampai satu peringkat dia melolong macam kena histeria... kelam kabut kwn satu family dibuatnya, dah le pelanggan tengah ramai masa tu, sampai pelanggan pun tolong pujuk baby, lama jugak dia keadaan mcm tu, dekat sejam, baru dia berenti, kusut betul aku hari tu, dah le lampu stall tak boleh menyala, masa tu lah dia nak meragam... kwn rasa nak menjerit je masa tu, rasa nak suruh pelanggan aku balik je & terus tutup stall je masa tu, tapi sabar je lah...

Entah bila lah hidup kami ni terus menerus begini, bukan menyesal tapi kadang kadang bila terjadinya peristiwa2 sebegitu, betul2 menggugat kesabaran.... SABAR AJE LAH....

Friday, December 12, 2008

mOhd noR N siti MiNah

Baru-baru ini seorang lagi sahabat budiMaN iaitu Mohamad Nor kursus DPIM batch Jan 86 dan isteri beliau Siti Aminah kursus dpA batch Julai 85 ada mengirimkan e-mail beserta gambar mereka sekeluarga. Tapi takde pulak no phone beliau berikan. Maybe Mohd Nor boleh berikan di ruangan komen jika beliau membaca posting ini. Di bawah ini saya siarkan e-mail dari Mohd Nor.

Assalamualaikum wrrt beb,
Seronok baca kekawan punya blog, nipun aku rasa aku termasuk hari ni ke blog budiman. Aku perkenalkan diri aku, nama aku Mohamad Nor (DPIM), masa ni grup aku adalah pioneer utk course DPIM. Aku beristerikan Siti Aminah (DPA). We all menginap di Segamat, aku keje kat Pejabat Daerah Segamat dan buat biz kecil-kecilan, dan isteri aku berkeje kat hospital Segamat

Oklah, aku anta pic aku sekeluarga masa idil fitri lepas. Aku ada 4 anak, 3 lelaki (3 abdul) 1 perempuan

Salam idil adha, kirim salam kat kekawan

Wednesday, December 10, 2008

tabuNG aRWah soMPRak

Tabung Amal budiMaN untuk keluarga Arwah Hamzah Somprak dpA batch Julai 85 telah di sampaikan kepada isteri Arwah pada Hari Raya AidilAdha baru-baru ini oleh saudara Bilal. Jumlah sumbangan yang telah dikutip melalui akaun yang dikendalikan oleh Kitang adalah berjumlah RM400. Keluarga Arwah yang dahulunya menetap di Port Dickson kini telah berhijrah ke Segamat. Al-Fatihah untuk Arwah dan saya doakan agar isteri dan anak-anak beliau akan terus tabah, di murahkan rezeki, sihat dan sejahtera dalam meneruskan kehidupan ini.

Friday, December 05, 2008

seLaMat aidiLAdhA

Hari Isnin minggu hadapan semua umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Oleh kerana saya dan keluarga akan pulang ke kampung di Temerloh pada pagi esok insyaallah untuk menyambut AidilAdha, maka saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua warga budiMaN khasnya dan semua umat Islam yang mengikuti blog ini. Marilah kita sama-sama menghayati AidilAdha bersama-sama keluarga dan rakan-rakan pada hari itu nanti. Kepada yang nak pulang ke kampung, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan anda semua untuk berhati-hati memandu di jalanraya dan semoga AidilAdha ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan meningkatnya ketakwaan kita semua.

Thursday, December 04, 2008

ceRitA sKet

Hari Isnin yang lepas, saya ke Temerloh ke rumah ayah saya di Kampung Paya Pulai dengan tujuan menghantar 2 orang anak saya beserta 2 anak saudara saya yang hendak tinggal di kampung sempena cuti sekolah ni. Cadangnya saya nak balik semula ke Kuala Lumpur pada keesokannya pada hari Selasa tetapi ayah saya pula mengadakan kenduri tahlil dan doa selamat pada hari Selasa malam. Jadi saya ambil keputusan untuk bermalam lagi dan pulang pada hari Rabu.

Kebetulan pada hari Selasa, motosikal Honda Cub C70 ayah saya yang di baiki di Bandar Temerloh sudah siap dan saya pun memandu motosikal C70 ke rumah ayah saya di Paya Pulai. Ni yang saya nak cerita sedikit, bukan apa tetapi pengalaman naik motosikal di jalan besar ni rasanya dah hampir berpuluh tahun jugak saya tak lalui. Bukannya tak pernah naik motor masa kat UitM dulu, memang saya ada motor pun.

Masa memandu C70 tu, terimbau jugalah kenangan naik motor masa kat UitM. Lebihkurang 15 minit bawak motor tu dengan kelajuan yang amat slow sebab gabra bila lori kontena follow kat belakang terutama bila lalu jambatan Temerloh, ada pulak roadblock JPJ yang memang tahan motor saja. Terpaksa la pulak bersoal jawab dengan Pegawai JPJ. Mulanya gabra jugak sebab fikir, aku ni ada lesen motor ke tak... masa UitM dulu rasanya pakai lesen gantung L memanjang. Nasib baik la, rupa-rupanya masa kerja kat BPR dulu saya ada ambil lesen motor, kelas B full pulak tu...fuyoo! So dengan bangganya tunjuk kat Pegawai JPJ tu, almaklumlah lama dah tak kena tahan roadblock naik motor ni.

Lepas dari roadblock tu, bawak slow lagi dengan kelajuan 20km sejam, gabra tengok lori besar-besar kat belakang. Dulu-dulu cilok jer kat tepi tayar lori masa kat UitM. Nampak stesyen minyak berhenti kejap, isi minyak...alahai murahnya full tank C70 ni... RM4 jer dah penuh. Perghh! Memang menjimatkan betul la naik motor ni. Full tank Volvo saya... RM150, ni masa minyak murah... masa minyak mahal dulu jangan cerita la.

Tulah, pengalaman balik kampung kali ni, bawak motor kat Jalan Besar Maran-Temerloh. Memang mengimbaukan dan membangkitkan nostalgia.

Satu cerita lagi, insyaallah mulai 5hb Januari 2009 nanti, SK pulak akan bertukar kerja ke Prudential dari Great Eastern tapi masih portfolio yang sama lah, IT. Tu yang kelamkabut jugak balik hari Rabu ni sebab banyak benda jugak nak discuss untuk settlekan pertukaran SK ni sebab Notis kena bagi 3 bulan tapi Prudential nak cepat dan cuma sanggup bayar compensation sikit jer. Poning jugak saya dan SK di buatnya.