Wednesday, May 25, 2011

potLuck bbQ

Saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa Acara PotLuck BBQ yang dijadualkan di Port Dickson pada 29hb Mei ini terpaksa ditangguhkan kesuatu tarikh lain yang bersesuaian memandangkan penyertaan yang amat sedikit dari rakan budiMaN semua. Saya minta berbanyak maaf kepada 2-3 orang rakan budiMaN yang telahpun mengesahkan penyertaan tetapi insyaallah program ini akan tetap kita teruskan suatu masa nanti, insyaallah.

Wednesday, May 18, 2011

beRita

1. Ceramah untuk Freshie UitM Pahang yang sepatutnya berlangsung pada 25hb Mei 2011 untuk slot Alumni UitM Pahang ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan diberitahu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kelak. Saya ada menganjurkan golf pada 25hb sempena dengan ceramah tersebut dan nampaknya terpaksalah ditangguhkan juga.

2. Saya ada mencadangkan di dalam Event di FaceBook untuk mengadakan PotLuck Perkelahan/BBQ budiMaN di Port Dickson pada 29hb Mei 2011 bertempat di Pantai Telok Kemang bermula jam 10-00 pagi. Ini sebenarnya nak menyampaikan hajat Cadangan BBQ yang tertangguh dahulu seperti yang dicadangkan oleh Mat Dwan tempohari. Walaubagaimanapun Event ini terpulang kepada sambutan kengkawan semua. Saya ingat Event ini kita boleh membawa makanan sedikit seorang untuk BBQ sambil anak-anak kita mandi laut dan kita boleh beramahmesra antara kita semua. Setakat ini cuma 2 orang yang menyatakan keinginan untuk hadir iaitu Dzul Oink diB dan Mat Dwan sendiri. Jadi semuanya masih belum pasti lagi dan mungkin kalau ada 7-8 keluarga insyaallah akan kita teruskan.

Monday, May 16, 2011

faMiLy tRip

Seminggu saya tak posting apa-apa artikel kerana sedikit kesibukan dengan beberapa urusan kerja dan keluarga. Minggu lepas pada hari Sabtu malam saya sekeluarga berlepas dari rumah ke LCCT untuk ke Singapura. Kami sampai di Singapura jam 8-00 pagi Ahad dan terus ke Novotel di Clark Quay tempat kami menginap. Memang happening area Novotel Clark Quay berhampiran Marina Bay dengan nite life dan river cruise.

Macam biasa kalau ke Singapura tentunya berkunjung ke Universal Studio di Sentosa Island. Tiket agak mahal hampir RM700 untuk 4 orang tapi ada promotion MasterCard boleh dapat 20% discount dan voucher SD10. Kami menghabiskan seharian Ahad di Universal Studio dan mencuba semua ride kecuali RollerCoaster BattleStar Gallactica yang memang giler babi menakutkan. Pada saya Universal Studio fun jugaklah kerana sesuatu yang berlainan tetapi kalau compare dengan Genting Resort dan Sunway Lagoon...theme park di Malaysia lebih menyeronokkan dengan pelabagai pilihan ride.

Isnin kami makan tengahari di Orchard Road dan petangnya kami bersiaran di Marina Bay. Nothing special about Singapura tetapi kebetulan kerana ada kerja sedikit di sana dan semua family boleh join sekali, jadi meriahlah exploring bersama-sama. Memang minggu ni minggu exploring agaknya sebelum cuti sekolah bermula sebab keluarga kat KL ni ada yang exploring Pulau Perhentian dan ada yang nak ke Bandung this week.

Apa-apapun bila semua keluarga berkumpul ianya akan menjadi meriah walau dimana kita berada dan apa saja kita lakukan. Gathering is Happening!

Saturday, May 07, 2011

chaRLie

Charlie diB ada mengirim gambar yang beliau ambil sewaktu berkunjung ke Cambodia baru-baru ini. Antaranya gambar beliau bersama Fadil diB yang bertugas di Kedutaan Besar Malaysia di Cambodia.

Thursday, May 05, 2011

riLekS

Restoran Puti Bongsu Batam Nasi Padang
BBQ di Temerloh

Cuti panjang pada hujung minggu lepas sempena Hari Buruh berpeluang kepada kita untuk berehat bersama-sama keluarga. Saya sekeluarga juga tidak ketinggalan mengambil peluang tersebut untuk pulang ke Temerloh ke rumah ayah saya di Kampung Tanjung Besar, Paya Pulai, Temerloh pada hari Sabtu baru-baru ini. Saya telah menganjurkan BBQ bersama-sama semua adik-beradik saya yang juga telah pulang ke Temerloh.

Sebelum itu pada tengahari hari Sabtu tersebut, Mahanim, isteri saya telah menghadiri ReunioN Sekolah King George Seremban di Dewan FELDA Jalan Semarak. Sudah 2 kali KGV Seremban mengadakan ReunioN dalam masa terdekat ini. Sebelum ini di adakan di sekolah KGV sendiri di Seremban.

BBQ di Temerloh macam biasa kami bakar Ikan, Ayam, Udang, Keledek dan macam-macam lagi. Seronok sebab semuanya dapat berkumpul dan kami adik beradik bersembang sehingga jam 3 pagi bersama-sama ayah, makcik dan anak-anak saudara saya.

Hari Isnin pula kami pulang ke Kuala Lumpur dan sebagai meraikan harijadi emak Anim pada 30hb April yang lalu, kami sekeluarga bersama adik-beradik Anim mengadakan Jamuan Makan Tengahari di Restoran Puti Bongsu Batam (Nasi Padang) di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur bersama emak dan ayah Anim. Meriah jugak kami makan kat situ dengan lauk-pauk Nasi Padang yang sedap-sedap.

Alhamdulillah saya sekeluarga menikmati a very good weekend bersama-sama adik beradik saya, ayah dan makcik saya serta adik-beradik Anim bersama ayah dan emak mertua saya. Insyaallah coming weekend ni ada satu trip keluarga dari Sabtu sehingga Rabu menyeberangi Tambak Johor dan hopefully it will be a very nice outing for the family.

Tuesday, May 03, 2011

aLuMni

Petang Jumaat 29hb April 2011, saya bersama Shake dsS dan Rozlan diA telah menghadiri Majlis Santai Alumni bersama Penasihat Yayasan Budiman Tan Sri Arshad Ayub di IntekMa Resort Shah Alam. Kesemua wakil Alumni UitM seluruh Malaysia (Shah Alam dan cawangan-cawangan UitM termasuk Sabah dan Sarawak) telah menghadiri majlis ini. Jadi saya bersama Shake dan Rozlan mewakili Alumni UitM Pahang. Turut hadir Prof Dato Dr Sahol Hamid, Naib Canselor UitM dan Prof Dato Dr Abdullah Mohd Said, Timbalan Naib Canselor Student Affairs dan Alumni, yang menggantikan Dato' Nasuddin (bekas Pengetua UitM Pahang) yang telah bersara kira-kira 10 bulan yang lepas.

Majlis tersebut antaranya bertujuan beramahmesra antara Jawatankuasa Alumni seluruh Malaysia di samping bertukar-tukar pandangan untuk memajukan Alumni masing-masing diperingkat cawangan. Selain itu Tan Sri Arshad Ayub, Penasihat Yayasan Budiman juga meminta Alumni mencari jalan untuk menambah Tabung Yayasan BudiMaN bagi membolehkan membantu lebih ramai pelajar miskin yang sedang belajar di UitM sekarang bagi membayar Yuran Penggajian dan Elaun Sara Hidup mereka kerana lebih dari 5000 orang pelajar UitM sekarang tidak mendapat pinjaman PTPTN ditambah dengan kemiskinan dan dibantu sepenuhnya oleh Yayasan Budiman. Kerajaan katanya turut menyalurkan dana kepada Yayasan Budiman tetapi ianya tidak mencukupi.

Majlis yang bermula pada jam 3-00 petang telah selesai kira-kira jam 6-00 petang dan kami semua sempat bergambar dan bersalaman sebelum bersurai. Satu Majlis yang bermanfaat kerana dapat bertemu dengan wakil-wakil Alumni seperti yang saya, Rozlan dan Shake ketemu iaitu Alumni Sarawak, Alumni Melaka, Alumni Perlis dan Dato Abdullah Said sendiri, Timbalan Naib Canselor. Insyaallah ianya berguna untuk memajukan Alumni UitM Pahang yang kini dalam proses pendaftaran dengan ROB walaupun Alumni UitM Pahang adalah cawangan terakhir yang masih dalam proses pendaftaran kerana Alumni-Alumni lain telah beroperasi lebih dahulu sebelum kita.

Sunday, April 24, 2011

riLeK

Tiada apa sangat sebenarnya sebab seminggu dua ni tersibuk sikit dan maybe coming 2 minggu ni pun ada sikit sibuk menyibuk lagi. Jumpa geng ITM pun hanya Fadil Sutok sebab mintak tolong dia baiki sinki dapur rumah saya pecah hari tu dan juga jumpa Kudin Mekanik sebab mintak dia tukarkan minyak hitam Volvo dan Myvi. Shake pula ada call saya mintak saya hadir perjumpaan wakil semua Alumni UiTM seluruh Malaysia di INTEKMA Resort Shah Alam dengan Naib Canselor UitM pada 29hb April ni sebab Halem Mat Som tak dapat hadir. Saya pun tak dapat nak mengesahkan lagi kehadiran saya dengan Shake maybe 2-3 hari lagi tengok keadaan macamana.

Maisarah anak perempuan saya sudahpun menamatkan pengajian Matrikulasi Kejuruteraan di Kolej Matrikulasi Pontian dan kini bercuti sehingga bulan September menantikan kemasukan ke Universiti pula jika ada rezeki beliau, insyaallah. Jadi kini aktiviti keluarga kecil saya semakin meriah sikit sebab kami berempat sekeluarga semuanya ada. Banyak juga aturcara keluarga seperti 30hb April ni BBQ kat Temerloh dengan keluarga sebelah saya dan 2hb Mei nanti ada Acara Makan-Makan Keluarga sebelah isteri saya pula di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. 8-10hb Mei pula ada trip keluarga. Semuanya tu perancangan yang telah di atur dan jika di izinkan Allah swt. Semoga semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah swt. Amin.

BBQ budiMaN seperti yang di cadangkan oleh Mat Dwan nampaknya kurang mendapat sambutan dari kengkawan. Mungkin semuanya masih sibuk juga dan tak dapat memberikan kepastian untuk kehadiran. Insyaallah mungkin suatu hari nanti budiMaN akan dapat mengadakan juga BBQ tersebut.