Sunday, January 23, 2011

muLyAdi 2

Semalam Mat Dwan ada menelefon saya memberitahu tentang pembatalan trip ke utara untuk menziarahi Mulyadi pada hari ini. Ini kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan namun begitu Mat Dwan dan rakan budiMaN lain akan tetap meneruskan rancangan ke utara dalam masa terdekat ini dan berharap agar lebih ramai rakan budiMaN akan dapat menyertai mereka. Pada asalnya Mat Dwan, Hakim, Apek dan Slamber Jr akan ke utara dan Mat Dwan meminta saya agar menyampaikan di blog ini agar lebih ramai rakan budiMaN dapat menyertai konvoi ini di suatu tarikh yang lebih sesuai.

Wednesday, January 12, 2011

muLyAdi

Petang tadi Bilal ada sms kepada saya menyampaikan sedikit berita berkaitan Mulyadi.

Mulyadi Marjohan adalah dari kursus DPA batch Julai 1985. Kalau masa di UitM dahulu lebih dikenali dengan nama Gurubesar. Selalu di lihat rapat dengan Zuhairi dan juga Zaaba masa UitM dulu. Semasa di UitM Kuantan lagi sudah memakai rantai yang memaparkan bahawa beliau adalah pesakit diabetes kronik.

Setelah tamat UitM beliau telah melanjutkan pelajaran di UUM dan seterusnya telah berkhidmat dengan UUM sebagai pensyarah sehingga ke hari ini. Saya tak pasti pulak kehidupan rumahtangganya.

Bilal dalam sms beliau memberitahu kini Mulyadi sudah beberapa kali terlantar di Hospital Alor Star akibat kegagalan buah pinggang dan beberapa penyakit kronik akibat dari diabetes. Sekarang ini beliau masih lagi berada di wad dan ingin memohon sedikit sumbangan agar dapat meringankan kos rawatan dan kos sara hidup sebab hanya beliau sahaja yang bekerja di dalam keluarganya.

Oleh itu Bilal memohon rakan budiMaN semua membantu mana yang termampu atau menghubungi Mulyadi bagi bertanya kabar dan memberi semangat dan sokongan kepada beliau.

Mulyadi boleh di hubungi di 012-5392237
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan kepada Mulyadi pula boleh bank-in ke dalam :
Akaun Maybank Mulyadi no : 152068730837

Saya sendiri ada perancangan untuk mengumpul sedikit bantuan terutama kepada rakan budiMaN yang ditimpa kesusahan seperti ini. Saya ingat nak buat satu Majlis Makan Malam Amal antara kita budiMaN semua dan kutipan dari bayaran penyertaan majlis tersebut boleh disalurkan kepada tabung bantuan ini. Insyaallah saya akan berbincang lebih lanjut dengan rakan budiMaN lain dan juga berharap kengkawan boleh memberi pandangan di ruangan komen.

Monday, January 10, 2011

baRu saMpai

Pukol 12-30 tengah malam bertolak dari Johor Baru, berhenti di Pagoh untuk makan malam selama 40 minit, tertidor dan sedar-sedar dah sampai di rumah jam 3-30 pagi, alhamdulillah. Jadi 2 jam 20 min dari JB ke KL...nampak gayanya X6 BMW member aku ni tak boleh pecah rekod lagi 530i yang pernah buat 1 jam 45 min dari KL ke JB (Dah ler X6 ni kecik jer leg space untuk passenger belakang yang muat 2 orang jer dan bonet boleh muat 2 golf set jer walaupun 3500cc....macam naik Proton Gen2 jer...dinasihatkan kengkawan beli Range Rover baru tu lagi berbaloi). Tapi paling dahsyat sekali dalam hujan renyai ada member buat dengan Merc 124 dari Tol Temerloh ke Carefour Wangsa Maju dalam masa 32min sahaja.

Minggu lepas ada di JB sampai hari ini kerana urusan kerja macam biasa dan sempat balun golf di Pondarosa test TaylorMade Driver dengan Iron Set TaylorMade R9 baru...hehe. Jadi next Golf budiMaN...jaga2 yer kengkawan...tahun baru..senjata baru...semangat baru! Hehe..saja gurau.

Monday, January 03, 2011

gaMbaR LaMa


Sewaktu saya balik ke Temerloh baru-baru ini saya lihat ada sebuah gambar lama yang telah diperbesarkan dan di framekan semula oleh ayah saya tergantung di dinding rumah ayah saya di Kampung Tg Besar, Paya Pulai, Temerloh. Gambar di atas adalah gambar tersebut dimana ianya telah di ambil pada tahun 1958 sewaktu ayah saya berusia 18 tahun dan mula menjawat jawatan guru di Sekolah Kebangsaan Luit, Maran, Pahang.

Pasukan bolasepak itu ialah pasukan Belia Luit yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah pasukan lain ketika itu.

Yang menariknya gambar ini ayah saya perolehi daripada keluarga seorang rakan budiMaN kita iaitu Bapa Mertua kepada Apamz yang dahulunya bersama-sama ayah saya dalam pasukan bolasepak tersebut. Ayah Miza (isteri Apamz) merupakan salah seorang sahabat karib kepada ayah saya dalam pasukan tersebut dan beliau telah menyimpan gambar ini dengan baiknya.

Seingatan saya semasa Apamz dan keluarga berkunjung kerumah ayah saya di Paya Pulai sedikit masa dahulu, ayah saya telah bertanyakan tentang keluarga Apamz (sebelah Apamz memang ayah saya kenal rapat jugak. sama-sama cikgu) dan keluarga isteri Apamz, Miza. Barulah keluar cerita tentang ayah Miza dan tidak berapa lama selepas itu, ayah saya terus berkunjung ke rumah ayah Miza di Luit dan mendapatkan gambar lama ini. Begitulah ceritanya.

(Gambar ayah saya adalah di sebelah kiri barisan ke dua membongkok dan yang paling kiri sekali... gambar ayah Miza saya tak tahu dan lupa pula nak tanya ayah saya hari tu...mungkin Apamz boleh beritahu nanti)

2011

2011 dah pun menjelma. Makin lanjut lagi umur kita semua dan semakin dewasa lagi kita hendaknya. Semoga tahun 2011 akan membawa kemakmuran, kesenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada budiMaN semua. Semoga segala kesusahan, penderitaan akan berganti kecemerlangan dan kejayaan. Semoga kesihatan dan keupayaan semakin baik dan dipermudahkan. Semoga kita semua budiMaN benar-benar menjadi budiMaN.