Friday, March 26, 2010

nGeteh

Hari Rabu malam yang lepas, beberapa rakan budiMaN telah mengeteh di Restoran Isfan, Batu Caves berhampiran pejabat Fadil Sutok. Antara yang datang malam itu ialah Bilal bersama anak sulong beliau dan adik iparnya. Mereka dalam perjalanan ke Janda Baik bagi menghadiri suatu kem motivasi yang dikendalikan oleh Bilal. Rakan budiMaN lain yang hadir selain dari saya sendiri ialah Fadil Sutok dbS, Raman Kerbau dbS, Kitang diA, Apek dpA dan Arash dpA. Acara mengeteh yang bermula pukol 9-00 malam itu berakhir kira-kira jam 2-00 pagi juga. Bermacam-mabam perkara berkaitan budiMaN dan perkembangan rakan-rakan (bukanlah mengumpat...kata orang kampung koi...kaji ke hal) diperbualkan.

Esoknya pada hari Khamis, Bilal ada menelefon saya memberitahu bahawa beliau ada menelefon Che Dat@ Sidi dpA. Rupa-rupanya Sidi telah 2 minggu di tukarkan ke Pejabat Belia dan Sukan Muar, Johor. Beliau cuma pergi seorang diri dahulu dan khabarnya isteri dan anak-anak beliau akan menyusul kemudian. Sayang la Che Dat, rumah banglo beliau di Durian Tawar baru sahaja di duduki dah kena tukar pulak. Mungkin Che Dat naik pangkat lagi agaknya. Moga bertambah2 la rezeki rakan budiMaN.

No comments: