Sunday, November 30, 2008

beRita keNGkaWaN

Ada beberapa berita kengkawan yang saya perolehi, antaranya :

1. Fadil Sutok yang terkandas di Bangkok baru-baru ini telah selamat pulang melalui Hatnyai dan telah tiba di KL Sentral pada hari Jumaat lalu. Beliau yang memulakan perjalanan dari Bangkok pada hari Rabu menceritakan perjalanan beliau yang seolah-olah berada di medan perang untuk pulang ke Malaysia.

2. Raman Kerbau dbS akan menjalankan perniagaan Driving Range Golf di Kelab Golf Maran. Beliau akan membuat pembukaan rasmi Driving Range tersebut dalam minggu hadapan dan akan beroperasi dari pagi hingga ke petang. Di samping itu beliau juga akan membuka cafe di Driving Range tersebut.

3. Blog budiMaN dari hari ke hari telah menarik perhatian pengunjung-pengunjung yang bukan saja terdiri dari kalangan bekas-bekas pelajar UitM Kuantan malah pengunjung-pengunjung dari kalangan personaliti terkenal seperti penulis-penulis novel baik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia, pensyarah-pensyarah dan juga beberapa VVIP yang terkenal ada mengikuti blog ini. Cuma kunjungan mereka itu hanya sekadar mengikuti perkembangan dan jarang untuk surface mengenalkan diri atau participate dalam perbincangan. Namun begitu, mereka-mereka ini tidak kurang juga ada memberikan sumbangan apabila sesuatu aktiviti amal di jalankan oleh budiMaN. Saya percaya dengan tekad kita untuk Beramal, Berbakti dan Bersilatulrahim yang menjadi teras dan tunjang utama blog budiMaN, insyaallah usaha murni kita ini bukan sahaja mendapat sokongan dari kalangan budiMaN sendiri tetapi juga dari tetamu-tetamu senyap (silent guest) kita itu.

Saturday, November 29, 2008

tabuNG aMaL aRWah soMPRak

Khamis lalu, Bilal ada mengirimkan sms kepada rakan-rakan budiMaN untuk mengingatkan tentang Tabung Amal Arwah Somprak yang kita lancarkan baru-baru ini. Saya juga sempat menyemak dengan Bendahari budiMaN, saudara Kitang untuk bertanyakan jumlah yang terkumpul setakat ini. Kitang memberitahu bahawa jumlah yang di sumbangkan setakat Khamis lalu hanyalah RM200 sahaja. Di sini saya amat mengharapkan agar rakan-rakan budiMaN agar dapat menyumbang kepada Tabung ini sebagai menyatakan simpati dan ingatan kita kepada Arwah. Dengan sumbangan ini walaupun saya jangkakan bukan dalam jumlah yang besar tetapi dapat menyatakan kepada keluarga Arwah bahawa rakan-rakan budiMaN yang bersama-sama Arwah menuntut di UitM Kuantan dahulu, amat prihatin dan sentiasa mengingati persahabatan kita semua bersama Arwah walaupun kita tidak dapat hadir memberi penghormatan terakhir kepada Arwah tempohari. Sumbangan ini insyaallah akan di serahkan kepada keluarga Arwah pada AidilAdha ini yang akan jatuh pada 8hb Disember 2008 kira-kira seminggu dari sekarang, jadi besar harapan saya agar rakan-rakan budiMaN dalam satu minggu ini akan dapat menyumbang seberapa yang mampu menerusi akaun Tabung seperti detail yang ada di artikel di bawah.

Thursday, November 27, 2008

beRita keNGkaWaN

Musim cuti sekolah ni nampaknya aktiviti kengkawan budiMaN agak senyap sunyi sedikit. Barangkali ramai yang sibuk dengan kenduri di kampung dan aktiviti melayan anak-anak yang bercuti sekolah. Peperiksaan SPM pun dah selesai 2-3 hari lepas cuma ada beberapa pelajar lagi yang hanya akan selesai SPM pada minggu hadapan. Keadaan hujan setiap malam di Kuala Lumpur dan di tempat-tempat lain juga mungkin menyebabkan kurangnya aktiviti teh tarik. Jadi tak banyak berita yang dapat saya sampaikan. Itupun berita di bawah ini saya perolehi daripada Kudin Mekanik yang ada menelefon saya semalam.

1. Menurut Kudin Mekanik, Bilal ada menelefon beliau memberitahu bahawa beliau mengalami kemalangan di Lebuhraya Karak pada hari Selasa lalu. Kereta Volvo beliau telah terbabas semasa hujan lebat dan tergelincir ke arah railing jalan. Khabarnya beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan tetapi kereta beliau agak teruk juga. Saya pula tidak sempat menelefon beliau lagi untuk bertanya keadaan sebenar. Bilal sekeluarga sebenarnya bercadang untuk berpindah ke Nilai, Negeri Sembilan pada awal Disember ini dan baru-baru ini beliau ada sms bertanyakan jika ada kengkawan yang mempunyai kontek di Kementerian Pelajaran bagi memudahkan pertukaran sekolah isteri beliau ke Nilai.

2. Fadil Sutok pula khabarnya kini terkandas di Bangkok akibat penutupan lapangan terbang Suvarnabhumi di sana. Beliau yang kesana bersama seorang rakan baru-baru ini sepatutnya di jadualkan pulang pada hari semalam Rabu tetapi sehingga kini masih tersadai di sana kerana tiada penerbangan pulang. Mungkin ada alternatif lain seperti melalui keretapi atau bas dan di harapkan beliau akan dapat pulang dengan selamat.

Itulah antara beberapa berita kengkawan yang saya perolehi melalui Kudin Mekanik. Saya pula agak sibuk sedikit 2-3 menjak ni dan belum dapat memikirkan sebarang aktiviti budiMaN dalam masa cuti sekolah ini. Telefon bimbit saya pula buat hal sehingga saya terpaksa format balik memory card dan menyebabkan hilangnya beberapa data penting termasuk beberapa gambar rakan budiMaN yang saya temui baru-baru ini.

Thursday, November 20, 2008

gaMbaR2 budiMaN

Rasanya hampir dekat-dekat 2 minggu juga saya tidak menulis untuk blog kecuali artikel ucapan besday untuk Fadil Sutok dbS pada Ahad lepas. Ini kerana selepas bermulanya AGGP 2008 pada Isnin 10hb Nov dengan pelbagai acara AGGP yang berakhir kira-kira jam 4-00 pagi, saya terus menerus setiap hari selepas itu mempunyai beberapa urusan yang menyebabkan saya tidak tidur malam ( Rabu dan Khamis sampai saya tak tidur dan mandi 2 hari) sehinggalah ke hari Isnin lepas (itupun 2 hari semalam- Selasa/Rabu rakan perniagaan saya terperuk di The Zone,KL(sebelum tu 2 hari terperuk kat Mandarin Oriental) menyiapkan beberapa urusan dan saya surrender dah) barulah segala urusan dapat di selesaikan dan alhamdulillah dapat berehat sedikit untuk menjenguk blog budiMaN kembali. Jadi selepas membawa SK dan 2 anak saya menonton Quantum of Solace kira-kira jam 10-00 malam tadi, sampai rumah sekitar jam 12-00, terus saya mengadap komputer dan mendownload serta mengedit gambar-gambar yang telah dikirimkan kepada saya sebelum ini oleh Bilal dan Kitang untuk tatapan anda semua.
Gambar di atas telah dikirimkan oleh Bilal semasa penyerahan Tabung Amal budiMaN dalam bulan Ramadhan lalu kepada Maahad Darul Fikri, Kuantan. Sumbangan tersebut telah diterima sendiri oleh pengasas Maahad iaitu Ustaz Rosli Jabar yang menurut Bilal telah menyampaikan jutaan terima kasih kepada semua budiMaN yang bersimpati dan bersedekah sumbangan kepada Maahad tersebut.

Gambar di atas ini pula ialah kunjungan keluarga Kudeng dsS ke rumah Kitang di Temerloh semasa Aidilfitri yang lalu. Kudeng sekeluarga sebenarnya dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Kuala Lumpur pada waktu itu.

Gambar di atas pula ialah Saudara Jamalatif dsS yang saya ceritakan tempohari. Beliau sempat bersama geng-geng budiMaN yang mengadakan PotLuck Aidilfitri di rumah Kitang di Temerloh. Beliau sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Ipoh, di mana beliau sekeluarga tinggal kini. Jamalatif ni memang peramah dan lawak giler orangnya dengan slang Perak, memang tak kering gusi bersembang dengannya. Beliau setelah tamat UitM telah berkhidmat selama 9 tahun sebagai Steward dengan MAS dengan macam-macam pengalaman. Setelah itu berkhidmat dengan Celcom dan kini membuka perniagaan sendiri di Ipoh. Saya lupa pula nak minta no phone beliau, maybe Ummi boleh berikan di ruangan komen dan ceritakan sedikit tentang Jamalatif ni. Di bawah ini saya teruskan cerita dengan gambar-gambar PotLuck Aidilfitri di rumah Kitang baru-baru ini.

Ini pula gambar 3 sekawan pengasas rumah bujang di Taman Cenderawasih sekitar tahun 1989-1991 dahulu. Yang kiri tu saya lah siapa lagi, yang tengah tu ASP Ismail Rozi diA batch Jan 86 dan sekarang ini berkhidmat di Mahkamah Shah Alam. Yang paling tinggi tu siapa lagi kalau bukan Apamz. Selepas 3 orang mengasaskan rumah bujang ni barulah datang pula Kla-Kla atau Shamsul Amri dbS duduk sekali. Masa tu ramailah menepek kat rumah bujang ni seperti Walid, Bob MG, Lan Kentei, Man Troq, KB @ Khairul Bahri dbS dan ramai lagi lah. Menjadi markas Band terunggul di Kuantan pada masa tu iaitu Kumpulan CRX. Memang tak pernah sunyi rumah bujang tu sampai banyak kali dapat surat layang dari penduduk suruh diam dan jangan buat bising.

Ini pula gambar Ummi di kiri sekali, di tengah pula ialah Roslina dbS yang kini berkhidmat sebagai Akauntan Kanan di ROC Kuala Lumpur dan akan menunaikan haji dalam beberapa hari lagi. Yang tepi sekali tu SK la , siapa lagi yer.

Ini pula gambar dari kiri anak Kitang, tengah anak saya dan kanan sekali anak Ummi. Dia orang bertiga ni memang rapat dah sebab selalu bertemu dalam banyak program budiMaN walaupun masing-masing duduk di Kuala Lumpur, Temerloh dan Kuantan. Alhamdulillah, mudah-mudahan anak-anak budiMaN akan meneruskan silatulrahim sampai bila-bila di antara mereka.

Ini pula gambar anak dara Ummi yang kat kiri tu sementara yang baju pink tu pula anak dara saya. Mereka berdua ni pun dah jadi kamceng semenjak bertemu dalam beberapa program budiMaN sebelum ini.

Ini gambar geng budiMaN menjamu selera di PotLuck Aidilfitri. Yang baju putih tu ialah Adenan dbS yang kini berkhidmat di KWSP Cawangan Wilayah Persekutuan di Jalan Raja Laut. Tapi beliau pun macam Kitang jugak weekend husband sebab keluarga beliau pun di Temerloh juga.

Lagi gambar menjamu selera. Yang baju biru belang tu pula ialah Hakim dbS yang kini berkhidmat dengan KWSP Petaling Jaya. Sebenarnya Hakim dengan Adenan ni dari UitM Kuantan dulu lagi dah kamceng bebenor sampai kerja pun tempat yang sama. Memang hebat!

Gambar ni pula semasa semua orang nak berangkat balik dah selepas hampir 4 jam kat PotLuck Aidilfitri. Memang meriah dan seronok berAidilfitri sambil bertemu rakan-rakan budiMaN. Macam-macam cerita dan siapa yang tak datang tu memang rugi bebenor la rasanya. Takpe insyaallah kalau panjang umur nanti kita buat lagi berkumpul-kumpul macam ni bersama keluarga supaya silatulrahim bukan sahaja antara kita budiMaN tetapi seluruh keluarga kita akan dapat di panjangkan lagi.

Saturday, November 15, 2008

haPPy beSday sutOk

Amir, terima kasih kerana memberitahu tentang harijadi Fadil Sutok dbS yang jatuh pada hari ini. Saya sendiri walaupun rapat dengan beliau tapi tak mengetahui tarikh harijadi beliau sebab selalunya bila time birthday, kawan-kawan sambut dengan anak bini jer, jadi member tak mengetahui la. Saya terus sms Sutok sebentar tadi ucap selamat harijadi dan call Kudin Mekanik beritahu, Kudin pula memberitahu harijadi beliau jatuh baru-baru ini juga tapi bila saya tanya tarikhnya beliau tak mahu beritahu pulak. Apa-apa pun Selamat Harijadi kepada Sutok dan Kudin semoga anda berdua sihat sejahtera, berbahagia dan di murahkan rezeki sentiasa.

Monday, November 10, 2008

aGGp 2008 -ediSi 4

Insyaallah pada petang ini akan berlangsung AGGP 2008 Edisi ke4 di Kelab Golf Kinrara, Kuala Lumpur mulai jam 1-00 petang. Antu yang menelefon saya malam tadi telah mengesahkan beberapa rakan budiMaN yang akan hadir. Harap-harap cuaca baik agar AGGP dapat berjalan dengan lancar. Kepada rakan budiMaN yang ingin menyertai AGGP masih belum terlambat lagi dan boleh hadir sebelum 1-00 petang nanti atau menghubungi Antu. Kepada sesiapa yang nak menyertai selepas acara golf juga boleh berbuat demikian. Jadi, kita tunggu dan lihat siapa yang akan menjadi Juara AGGP 2008-Edisi 4 budiMaN.

Sunday, November 09, 2008

tabuNG aMaL budiMaN uNtuk keLuaRGa aRWah soMPRak

Seperti yang dicadangkan oleh Bilal dan beberapa rakan budiMaN tempohari maka dengan ini saya lancarkan Tabung Amal budiMaN untuk disedekahkan kepada keluarga Arwah Hamzah Somprak dpA yang telah kembali ke rahmatullah pada 3hb November 2008 yang lalu. Sumbanglah seberapa yang termampu untuk kita sedekahkan kepada keluarga Arwah yang meninggalkan seorang balu surirumah dan 3 orang anak beliau yang masih lagi kecil dan bersekolah. Mungkin kita semua tidak dapat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Arwah tempohari tetapi dengan sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat menyatakan kepada keluarga Arwah bahawa kita semua rakan budiMaN tidak sekali-kali melupakan persahabatan kita bersama Arwah. Insyaallah sumbangan ini akan di serahkan kepada keluarga Arwah pada AidilAdha nanti dan mungkin saudara Bilal boleh mengaturkan penyerahan tersebut. Sumbangan bolehlah di lakukan menerusi :

Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Telefon : 03-22972584, 019-7567799

Setelah anda menyumbang menerusi akaun tersebut, sila sms atau berhubung dengan Kitang untuk memberikan butiran sumbangan anda untuk tujuan catatan pengurusan.

Berbudi Melalui budiMaN
Beramal, Berbakti, BersilatulrahiM

Saturday, November 08, 2008

beRitA keNGkaWaN

Berikut sedikit berita berkaitan rakan-rakan budiMaN yang telah saya terima. Antaranya :

1. Puan Miza, isteri Apamz telah selamat menjalani minor operation semalam (Jumaat 7-11-2008) di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Menurut Apamz, pembedahan telah berlangsung selama 1 jam setengah dan isterinya tidak mengalami apa-apa masalah semasa pembedahan. Puan Miza di jangka keluar dari HTAA pada hari ini. Baby girl Apamz pula kini berada di Temerloh bersama-sama neneknya.

2. Wani dcS yang menunaikan fardu haji pada tahun ini telah mendaftarkan diri bersama suami dan emak mentuanya di Tabung Haji Kelana Jaya semalam. Wani ada sms kepada saya kronologi perjalanan beliau ke Tanah Suci sebaik berangkat keluar dari rumah beliau. Berikut kronologi sms yang dikirimkan kepada saya semalam :

7hb Nov 2008
5-54pm : Dugaan pertama bila mak kena stroke on monday. Admitted to Serdang Hospital on Wed n discaj on Thurs. On d way ke Kelana Jaya. My mom alhamdulillah dah 2 hari tak kena stroke. Bg makan intra. Hayati kalimah alhamdulillah.

11-19pm : Bas mula bergerak ke KLIA

12-13am : 12 buah bas di iringi ambulan dan raider tiba di KLIA jam 12-20am

1-17am : Dah dalam perut kapalterbang. Kami last group masuk sbb kami agak depan. Row ke 8

6-07am : Masih di KLIA. Kapalterbang rosak. Jangka bertolak pukol 8am

8-24am : Jangka pukol 5 bertolak. Transfer ke Hotel Mines, Serdang.

Itu last sms yang saya terima dari Wani dan saya sms beliau kembali tapi masih tiada jawapan sehingga artikel ini ditulis pada jam 11-20am. Mungkin beliau berehat kerana satu malam tidak tidur. Saya pun sms meminta beliau bersama suami dan emak beliau berehat. Saya tidak pasti samada penerbangan beliau jam 5-00pm atau 5-00am kerana beliau hanya nyatakan jam 5 sahaja. Apa-apa pun saya dan SK doakan beliau sekeluarga di permudahkan, sejahtera dan sihat apabila sampai ke Tanah Suci nanti. Mungkin dugaan di permulaan untuk dipermudahkan kemudian, insyaallah.

3. AGGP 2008
Insyaallah AGGP 2008 akan berlangsung Isnin ini 10hb November 2008 di Kelab Golf Kinrara dan bakal di sertai oleh ramai rakan-rakan budiMaN dari Kuantan, Temerloh, Alor Star dan Kuala Lumpur tidak mengira batch senior dan junior. Setakat ini sebanyak 3 flight sudah pun mengesahkan penyertaan. Kepada rakan budiMaN yang tidak bergolfing tetapi mahu menyertai makan malam di Kelab Golf Kinrara boleh datang sekitar jam 7-00 malam untuk bertemu rakan budiMaN nanti. Kita pun mungkin ada sessi teh tarik yang berlarutan sehingga tengah malam nanti. Kepada rakan2 yang ingin datang boleh berhubung dengan Antu di 012-9860005 atau saya sendiri di 013-3511913.

Tuesday, November 04, 2008

aL-fatihaH buat aRWah haMZah (sOMpRak) dpA

Allahyarham Hamzah Somprak dpA batch Julai 85 telah kembali ke rahmatullah di rumah beliau di Port Dickson awal pagi semalam. Berikut adalah e-mail yang saya terima dari Bilal yang telah menziarahi Jenazah Allahyarham dan menghadiri pengkebumian arwah di kampung beliau di Segamat.

Salam kida...
Jam 10.45am koi terima panggilan dari isteri Allahyarham Hamzah Ramli memberitahu bahawa Hamzah telah menghembuskan nafasnya dan kembali kerahmatullah jam 4.00 pagi 3hb Nov 2008. Terkedu yang amat sangat bagai jantung direntap rasanya. koi pun menghebahkan berita sedemikian pada semua sahabat BUDIMAN melalui SMS.

Jam 11.30am Koi bergegas ke Segamat kerana menurut Isteri arwah, jenazah telah pun disempurnakan di Hospital Port Dickson dan dalam perjalanan ke Segamat - kampung arwah. Dalam perjalanan.. koi masih terngiang-ngiang gelak tawa dan ramah mesra arwah ketika Koi bertemu dengan arwah sekeluarga Petang Syawal Pertama di rumah arwah sendiri di Segamat. Amat tidak menyangka.. Arwah yang koi cuba jejaki selama 18 tahun disebabkan lost contact.. akhirnya Allah perkenankan doa dan hasrat dan diketemukan di syawal berkenaan.. Pun rupanya merupakan pertemuan terakhir.. Pilu yang amat.. tatkala menatap kembali photo yg sempat dirakamkan.

Buat teman-teman.. Allahyarham Hamzah Ramli 41 tahun adalah anak kelahiran segamat dan mengambil jurusan DPA ketika di ITM pahang. Seorang yang sentiasa senyum..dengan kumis sejemput di bawah bibir.. arwah adalah pelajar yang low profile. Arwah amat popular dengan gelaran "Somprak" gelaran yang diberikan oleh Syariff and the gang.. Selama di ITM, arwah adalah sahabat yang baik..mudah ketawa dan amat rapat dengan Apek, Arash, Man rapu, Man gelap dan sahabat DPA yg lain. Selepas tamat pengajian.. menurut arwah walaupun berjaya dengan temuduga Inspector dan BPR, arwah membuat keputusan untuk menyertai Petronas untuk projek pipe and gas.

Kemudian Arwah berjinak-jinak mencebur perniagaan yang berkaitan dengan wiring and cabling untuk power plant sehingga kini malah menurut partner arwah.. 2009 perniagaan mereka kini hampir mulai berkembang ke Dubai, Qatar dan Bintulu dan arwah merupakan tulang belakang utama projek mereka kelak. Malah ketika bertemu dengan arwah Syawal nan lalu koi lihat arwah masih kekal dengan low profile dan mesra seperti dulu dan tidak angkuh dan sombong meskipun koi kategori arwah sebagai amat berjaya.. Kini Koi dan rakan rakan DPA khususnya serta mereka yang mengenali arwah amnya.. telah kehilangan seorang sahabat yang mana Allah lebih menyayanginya. Koi difahamkan.. Arwah tidak mempunyai sebarang penyakit dan mungkin arwah tak sedar yang dia mempunyai penyakit. Jam 3 pagi.. arwah tersedar dan mengadu sesak nafas dan kemudian hanya dalam seketika tatkala menunggu ambulan tiba.. Hamzah telah menghmbuskan nafasnya disamping isteri dan anak-anaknya. Innalillahi wainnailaihirojiuun.. Koi tiba rumah arwah jam 1.25 tengahari dan arwah telah di bawa ke tanah perkuburan di Bt 8 Buluh Kasap. Kami bergegas ke sana. Sebaik tiba.. arwah telah disemadikan dan imam sedang mentalkin kan..Ramai sungguh mereka yang hadir mengiringi jenazah.

Arwah meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja - suri rumah sepenuh masa, 3 orang anak yg sulong adalah lelaki baru saja tamat PMR, yng kedua perempuan ting 1 dan yang kecil, sama umurnya dengan anak koi yg bungsu.. baru 6 tahun. Sempat koi renung anak-anak arwah yang mungkin mula mengenang nasib mereka selepas ini..

Marilah wahai sahabat, pertamanya kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, kedua kita turut mendoakan agar arwah diampun kan segala dosa serta ditempatkan bersama para ambia. Seterusnya kita hulurkan sedikit bantuan mahupun sumbangan kewangan agar meringankan tanggungan waris untuk kehidupan seterusnya. Sekadar untuk makluman, arwah pernah turut serta menyumbang dalam Projek Amal budiMaN surau Tanjung Belenggu dan beberapa aktiviti amal BUDIMAN yang lain..Moga Allah mencucuri Rahmat terhadap rohnya.. AAMIIIIIN.

Kida.. lets activate kutipan amal dan mohon jasabaik Kitang utk manage. Kita target, raya Haji nanti wakil diminta menyerahkan kepada keluarga Arwah, Insyaallah.

Bilal

Saya juga berasa amat terkejut mendapat berita berkenaan pemergian ke rahmutallah sahabat budiMaN kita Allahyarham Hamzah atau lebih dikenali sebagai Somprak, kursus dpA UitM Pahang batch Julai 1985. Walaupun semenjak meninggalkan UitM, saya tidak pernah bertemu dengan beliau cuma mendengar berita berkenaan beliau sahaja, tetapi kalau sebut sahaja nama Allahyarham, mesti kita semua tak dapat lupakan karekter beliau yang pendiam, mudah tersenyum dan humble dengan kengkawan.

Saya sendiri sebenarnya amat terkilan kerana lewat petang tadi barulah saya mendapat khabar berita yang menyedihkan ini. Terkilan kerana tidak berpeluang untuk menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Arwah sedangkan saya agak lapang hari ini. Takdir menentukan saya tidak berpeluang bertemu dengan Arwah lagi. Mungkin Bilal yang ada memberitahu berita kematian ini melalui sms kepada beberapa kengkawan terlupa untuk sms kepada saya kerana sehingga pukol 5 petang tadi, tiada sms atau call yang memberitahu saya berita ini. Itupun nasib baiklah, Raman Kerbau dbS ada sms kepada saya tadi bertanyakan saya, siapa Hamzah Somprak ni, lalu saya tanya balik kenapa dan barulah beliau beritahu bahawa Bilal ada sms pagi tadi beritahu bahawa Hamzah Somprak meninggal dunia. Saya terus menelefon Bilal kira-kira jam 5-30 petang tadi dan Bilal mengesahkan berita tersebut dan beliau baru pulang dari Segamat menziarahi serta menghadiri pengkebumian Allahyarham Hamzah Somprak. Saya terus minta Bilal memberikan sedikit berita berkaitan Allahyarham dan meminta pandangan beliau agar dapat di anjurkan kutipan sumbangan bagi keluarga Allahyarham. Bilal telah menghantar e-mail berita Somprak seperti di atas lebihkurang jam 10-30 malam beserta gambar-gambar yang di ambil oleh beliau.

Kalau dulu mungkin ada di antara kita yang mengenali beliau, sama-sama naik bas Bombay, sama-sama bergelak ketawa, mungkin juga Arwah ada membelanja kita makan dan sebagainya tetapi kini yang tinggal hanya kenangan. Kepada kengkawan budiMaN yang tidak berpeluang menziarahi Arwah, sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al-Fatihah dan bacaan Yassin serta ayat-ayat Al-Quran. Arwah adalah sahabat kita semua di sini. Saya juga sebaik menerima pengesahan dari Bilal pukul 5-30 petang tadi telah mengirimkan sms kepada keluarga Arwah menerusi telefon bimbit Arwah ( 012-3668566) mengucapkan Takziah, memohon maaf kerana lambat menerima berita ini dan tidak dapat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Arwah dan berharap keluarga Arwah akan berbanyak sabar dalam menghadapi dugaan ini.

Kini setelah perginya Arwah Zainal Arrifin Tukimin dbS batch Julai 85, Arwah Fitri diB batch Jan 85, Arwah Radziah dbS batch Jan 85, telah menyusul pula Arwah Hamzah Somprak dpA batch Julai 85.

Al-Fatihah